........... Laaa.... Kerajaan BARU NAK Tubuh Makmal Kaji Kos Sara Hidup Rakyat ? ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Laaa.... Kerajaan BARU NAK Tubuh Makmal Kaji Kos Sara Hidup Rakyat ? ? ?

Thursday, December 19, 201345comments

Sebuah makmal untuk mengkaji kos sara hidup rakyat Malaysia bakal ditubuhkan di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri.

“Makmal ini akan mengkaji kos sara hidup dan akan mengemukakan cadangan dan cara penyelesaian serta cadangan.  Cadangan tersebut akan dibentangkan di Kabinet selepas dimuktamadkan,” demikian kata Khairy Jamaluddin.

Saya tak pasti apakah KJ punya maksud lain melalui kenyataan di atas tapi jika betullah kefahaman saya ( dan saya percaya ramai juga akan setuju ), kenyataan di atas hanya akan mengundang LAGI kemarahan rakyat ! Sebabnya -

Baru nak tubuh makmal NAK kaji kos sara hidup rakyat ? ! adeeeeh .....

Selama ni yang duk kata kerajaan faham dan perihatin dengan masalah rakyat, konon ada connection dengan akar umbi tu semua..... rakyat NEGARA MANA ?

Semasa duk merasionalisasikan subsidi dan naikkan harga, apakah kerajaan TIDAK mengkaji kos sara hidup rakyat ? Lebih ekstrim - apakah kerajaan tidak kisah kesan kenaikan harga semua benda itu kepada kehidupan rakyat ( sebab merasakan tidak perlu untuk kaji ! )

Korang sambung lah pulak ..... buat sakit hati jer malam2 buta ni .. 

PS - Kalau salah pemahaman ini, tolonglah blogger2 KJ perbetulkan secepat mungkin !



Share this article :

+ comments + 45 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 1:30 AM

kereta sudah jalan,baru mau ingat pasang tayar belakang punya kereta.Diam2 duduk lah.Diam2 kerja.Ayoyo...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 1:47 AM

Orang putih biasa berkata ' You must plan ahead' tapi yang bijak lagi berkata 'You must be ahead of plan. Selepas 8 tahun Ah Jib Gor bayar consultant untuk buat apa punya research dan recommendation dalam bidang apa????

Setiap government polisi MEMANG sepatut nya di buat kajian begini sebab keputusan di umum kepada raykat. Masalah nya Ah Jib Gor di kelilingi oleh Menetri yang berfikir kerja mereka adalah menyokong semua kehendakan President Parti UMNO kerana menteri2 ini percaya ini adalah satu cara untuk 'survival politik' mereka.

Alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 3:53 AM

ini makmal cuma main silap mata nak kelentong rakyat. Makmal akan mengambil masa terlalu lama dan lepas itu akan di bubar kan secara senyap senyap. Makmal untuk gula gula kan rakyat. Tektik lama yang di kitar berulang ulang kali sampai naik lali. Apa dia orang ingat rakyat bodoh ke? (Pss... Aku rasa rakyat malaysia memang bodoh sebab mudah kena kelentong)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 6:37 AM

klu baru nak tubuhkan..agak2 korang bila baru tertubuh?

klu baru nak kaji...agak2 korang bila baru selesai kaji? pastu bila pulak baru dilaksanakan?

ini semua ayat politik je..nak sedapkan hati rakyat konon...tapi rakyat skrg bukan mcm 10tahun lalu la Kj ooooi..

jika dilihat kadar kelembapan kerajaan skrg..tunggu smp pru14 pun rasanya tak selesai lg kajian tu..nak bagi explanation pasal SEKURANG2NYA 7.2billion byr konsetan pun ambil masa berminggu..jawapan pulak setakat gred E punya jawapan..

so JANGAN PERCAYA kata2 politician semua tu!!!

....................
Reply To This Comment ...................
December 19, 2013 at 7:15 AM

Sebelum ini, kajian mungkin dah ada, tetapi dibuat di dalam bilik darjah sahaja. Bila semakin serius, maka perlulah dibuat di dalam makmal supaya lebih terperinci lagi kajian dilaksanakan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 7:44 AM

inilah yang dikatakan sudah terhantuk baru nak tengadah. kerosakan sudah pun berlaku. dah sangat nyata kerajaan telah melakukan pembaziran yang amat banyak dengan membayar konsultan atau Najib sememangnya blurrr. dari kudis dah menjadi pekong hinggakan sekarang ni dah nak jadi tokak pulak dahhh. dah jadi trend pulak bukak makmal. bila bukak makmal akan melibatkan kos lagi. resultnya entah apa pun belum tau lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 7:48 AM

Kita sayang umno..Tapi pemimpin UMNO nampak bodoh..next PRU aku tak pasti nak sambung kontrak mereka atau tidak. satu lagi mereka hanya nak kaji rakyat berpendapatan rendah...tak faham aku...Ini menunjukan ketidak adilan. Org yg berpendapatan sederhana pun kena bahana kenaikan juga juga.Tapi kenyatan menteri ini memang pelik...Baru nak tubuh makmal. patutnya buat makmal dulu...dan kaji. Mereka membuat kerja secara Songsang...

....................
Reply To This Comment ...................
esa adam
December 19, 2013 at 7:57 AM

Salam dan selamat pagi Bro
Jadi selama ni yg pak2 menteri cakap tak membeban rakyat bila umum satu2 kenaikan semuanya 'bullshit' la.

Cakap ikut sedap mulut.

....................
Reply To This Comment ...................
Kubai
December 19, 2013 at 8:00 AM

Kah Kah Lah... kelakar bodoh sungguh.

1. Dah bertahun2 PEMANDU memandu dengan NKRA, ETP dan macam2 lagi baru nak but kajian sara hidup. BODOH ke apa? Some PEMANDU heads must roll.
2. 7.2 Billiion bayar con-sultant, tak sorang pun ingat nak check kos sara hidup dalam memberi nasihat kat kerajaan?
3. Bagi duit BR1M, takkan tak kira kos sara hidup?
4. Gomen kira ekonomi Malaysia mana boleh tak kira kos sara hidup?

Sebab tu Gomen cakap orang Malaysi gaji purata 4000 sebulan. Diaorang memang tak tahu apa yang berlaku dan dilalui oleh rakyat.

Memang sah kerajaan Ah Jib Gor dan Cabinetnya golongan Elit. Tak layak jadi pemimpin Malaysia. Lebih Sibuk memimpin keluarga dan kroni mereka sendiri. Same je perangai dengan Pakatan.

Mampos lah kita rakyat marhaen....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 8:11 AM

Salam,
Makmal tu nak kaji lifestyle hidup rakyat malaysia. Kos sara hidup meningkat kerana lifestyle yg tak betul dgn pendapatan. Kalu nak instagram, kena phone camera yg hebat, baru gambar cantik. Baru ada lifestyle. Dah tak mampu, yg pi berintenet siang malam berlifestyle, makin meningkat la kos sara hidup. Cadangan tu dr menteri sukan dan bkn menteri kewangan, menteri wanita, menteri pengguna. Nampak sgt lifestyle, menteri tak ingat rakyat kat bwh

....................
Reply To This Comment ...................
jeRunG
December 19, 2013 at 8:44 AM

Nk kaji lah,ape lah..wayang sume tue..time angkat sumpah aritue spatutnyer kne sedar ape pranan dorang..ini X..kne tggu 2-3 tahun baru ckap nk buat itu ini..dasar menteri xboleh pakai..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 8:45 AM

Kengkawan aku yg aku yakin mmg pengundi BN sebelum ni, adik ipar aku yg pernah jadi ketua pemuda cwgn pun sekrg ni dah bunyi lain mcm je, mcm nak ke seblh sana je skrg. Adik aku, yg keje gomen yg non partisan jgn cakap la, dah mmg ke arah seblh sana je cakap cakapnye. Kalau trend skrg berterusan aku mmg yakin, BN sbg k'jaan pusat bakal berakhir pd PRU14, Tanbihul ghafilin !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 8:59 AM

Nak kaji kos hidup rakyat, tak payah susah-susah tubuh makmal. Semua pegawai PEMANDU diminta untuk cuba hidup sebagai rakyat marhein selama sebulan jer. Caranya ialah dengan....

Simpan dalam poket duit sebanyak RM2000 jer. Belanjakan duit tu untuk kegunaan membayar segala bil selama sebulan. Antaranya bil elektrik, bil air, bil indahwater, bil internet, bil astro, cukai pintu, bulanan kereta, bulanan rumah, prepaid, belanja dapur, belanja anak2, servis kereta, road tax kereta dan apa jua perbelanjaan yang difikirkan perlu. Sekiranya baki akhir hujung bulan adalah di bawah RM500, ini bermakna kos sara hidup rakyat adalah sangat membebankan. Kan senang kalau nak dapat result yang lebih tepat daripada hasil kajian simulasi oleh makmal yang belum tentu tepat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 9:14 AM

Bila kita kata bodoh ...bangang ... marah pulak. Tapi memang betul betul lahabaw ! Jadi selama nie, Najib tak tahu kos sara kehidupan penduduk malaysia .. baru nak tubuh makmal utk kaji... selepas penasihat2 dia buat pengumuman.. itulah klu dpt PM yg malas dan tak bijak... jadi tukang rasmi majlis dan cuma tau baca text aje...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 9:15 AM

I like your article Din. What happen to the government now? Those donkeys and half past-six and yes- men cabinet just woke up from sleep. Naikkan harga barang kemudian baru tersedar the impact to the rakyat?. Bodoh betul. Apa guna consultant yang ramai tu? Now tubuh lagi lab..bayar consultant juta-juta lagi. Yang dah banyak kat PEMANDU tu apa hasil entah. No tangible result and no positive outcome. So why create more labs?? Next we will see more acronyms
ESKRIM – Elaun Sarahidup Kepada Rakyat 1Malaysia
MLME1MUKI – Program MLM Ekstra 1Malaysia untuk Kenaikan Imbuhan
Hopefully this ‘animal farm’ will be removed by early next year before the report and blueprint be released. Waste of time and sickening‼

....................
Reply To This Comment ...................
December 19, 2013 at 9:35 AM

Dan "staff" makmal ni akan terdiri dari mereka yang tak mainla kereta proton, apatah lagi yang naik bas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 9:47 AM

Salam DT,

Letih la aku tengok sikap menteri2 kita ni. Yg PM ni pun satu hal. Facebook ada, twitter ada tapi tak tau denyut nadi rakyat. Apa cer ni??? Sembang macam nak terrrbang tapi elek. Selama ni dalam FB dia tu org dok puji je kot...tu yang tak tau kepayahan hidup rakyat. Konon hari hari tengok FB. Piiirahhh...

-zam-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 10:07 AM

Itu KJ lah bang! Itu bangla mari punya statement. Dia nih 'menjerit' (melalak) jak kuat, tu pasal dapat anugerah! Hakikatnya, dari zaman pak bedullah lagi benda2 yang berkaitan dengan rakyat hanya jadi retorik!

Yang aku tahu, kebanyakan pemimpin2 melayu mcm takder telur atau telur melanyut! Lain lah penyu yang bertelur banyak tuh.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 11:01 AM

yg mengeluar kan ucapan sebelum di bentangkan kepada kabinet. ialah Mr Shout Award, KJ.
nak jugak dia jadi popular..

....................
Reply To This Comment ...................
December 19, 2013 at 11:45 AM

he..he..kj jaga kbs. camno lak nak buek makmal yang ni? apo montoghi bokonaan tak buek kojo ko? cam perliiii je e er....

kok maleh betingkek-tingkek...camno nak transformasi?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 11:56 AM

Pemandu=makmal kajian=consultan kroni makin kaya=duit rakyat hangus=barang makin mahal=inflasi makin tinggi=rakyat marah=kerajaan tumbang....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 12:32 PM

Inilah kerajaan bak kata al jib gong yang mendengar denyut nadi rakyat.. eeeee geli den dengarnya!!

Apa punya kompeten si najib ni.. sebelum ni xde kajian beban kos hidup rakyat ke? Sume bende harga naik baru nak sedar rakyat xtahan dgn beban sara hidup lagi? Selama ni buat ape? Goyang telor?

Yang lawaknya lagi bro din, PEMANDU idris jalang ni yang buat polisi ntah ape2 yg bebankan rakyat.. tup2 mangkuk ni jugak yang dibagi tanggungjawab kaji kos sara hidup rakyat.. tak ke bengong namanya!

....................
Reply To This Comment ...................
December 19, 2013 at 12:54 PM

@AnonymousMLME1MUKI ? Peeeergh.... I Like !

....................
Reply To This Comment ...................
December 19, 2013 at 12:55 PM

( dan saya percaya ramai juga akan setuju ) - Kannnn ?

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
December 19, 2013 at 1:07 PM

Salam Sdr Din.

Saya agak konfius dengan situasi ni...

Kerajaan tubuh makmal bagi mengkaji kos sara hidup rakyat dan akan di terajui oleh PEMANDU untuk memperbaiki masaalah yang sememangnya berpunca dari PEMANDU sendiri.

Ini bukan ke ibarat nak suruh PEROMPAK mengaku bahawa dia adalah PEROMPAK?

Makin lama makin bertambah BODO plak saya tengok Kerajaan Malaysia ni di bawah pimpinan NAJIB

....................
Reply To This Comment ...................
December 19, 2013 at 1:19 PM

Bila rakyat mula melihat pak2 Menteri lebih bodoh dari rakyat, bersiap sedia jerlah ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 2:07 PM

Dah den kobarkan dulu, ado ompek taun jo laie makmal nak buek ujikaji sambil sarbat 7 billion laie.

Joe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 2:07 PM

Skrg ni perasaan menyampah yg aku pernah rs masa pak lah jd PM dulu da makin kuat... Najib,lps ni kalo da tak tahan dgn respond rakyat yg makin menekan kerajaan,just sound je balik " kalo tak puas hati dgn kerajaan,jgn tunjuk kt atas jalan..tunjuk kat atas kertas undi tau..." 31 dec ni bang non ajak demo.. So najib bersedia je la..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 2:25 PM

Makmal ke , makmah ke , pemandu ke atau pemandul ke watever yg kali neh plak brape juter atau billion nyer charge nnt? Najib n da lembus makin mnyusah n mnyesakkn rakyat,... Berentila jadi pemimpin yg mnyusahkn rakyat wahai najib...jgn di hancurkan apa yg tlh di bina oleh pemimpin2 terdahulu dgn kelembuan korng... Sy xnak negara jatuh ke tgn al kafirun di sbbkn kelemahan kepimpinan skrg.,,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 2:50 PM

Terima kasih najib sbb supply bullet byk2 bg kt PR.. PR tak mintak pn..BN yg beria2 nk bg...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 3:22 PM

percayalah.. setahun atau 2 tahun sebelum PRU14, kerajaan akan hamburkan lagi wang sbg gula-gula kepada rakyat. kononnya prihatin.. tapi ramai dah yang sedar. taktik tu tak menjadi dah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 3:28 PM

Marilah kita amati rahsia besar "subsidi" dengan lebih mendalam.Jangan dok tengok paras atas shj.Subsidilah yang memainkan peranan yang penting dalam krisis ekonomi dan politik 97-98.Terima kasih Tun mahadtir.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 3:48 PM

Subsidi adalah asas kekuatan mengharungi krisis poiltik dan ekonomi 97-98,di samping tambatan ringgit atau kawalan modal.Kalau rasionalisasi subsidi,apa akan terjadi,pada masa itu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 3:54 PM

Pundek la semua ni.sementara nak buat makmal tu rakyat semua dah mampoih kebuloq.

Dari consultan ke pemandu ke menteri sampai ke pm bodo bangangnya bertingkat tingkat..

Pi mampoih la hampa semua.rakyat dah naik darah. ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 4:58 PM

Kerajaan Ah Jib Gor... Memang Memalukan.. Pemandu telah menyonsang arus ke Arah Negatif... Maka berdondong2 lah Rakyat Pro-Kerajaan Mengkritik... Tapi yg dok lena kat dlm pemerintahan takut.. takut dgn citer sebenar yg BN hari nie tak dapat sokongan lagi drp puak pro-kerajaan..

Pembangkang ... statistik penyokong tak berubah.. Yg atas pagar semua dah lari condong ke Pembangkang...Yg dok ada Pro-Kerajaan Tak Nak Kelaur Ngundi..Undi Pon undi Rosak..

Jadi nya Berapa Lama lagi Kerajaan Najib nie boleh Bertahan

Jadi Kita tengok Demonstrasi Jalanan sbg titk permulaan tahun 2014 sebagai permulaan Tahun2 Kelam BN...

....................
Reply To This Comment ...................
December 19, 2013 at 5:06 PM

Bro,

Aku dulu pada tahun 1972-75 kerja di Jabatan Perangkaan. Tugas aku dulu buat Household Income and Expenditure Survey secara berkala. Sampai sekarang pun masih dibuat. Hasil kajian adalah untuk EPU bagi tujuan perancangan. Statistic dari kajian inilah dibuat asas bagi CPI (Consumer Price Index). Basket of goods akan dijadikan asas memilih barang2 yg akan dipantau harganya setiap bulan. Maka dari situlah akan keluar angka2 mengenai CPI atau dipanggil inflation rate.

Sebenarnya banyak data yg dipungut dari kajian ini. Apa yg perlu ialah Economist/Statistician yg boleh buat interpretasi data2 ini.

Lab2 ni mengarut. Bila ditubuh lab nanti akan dipanggil consultant yg akan mencadang buat kajian (survey). Berjuta-juta ringgit lagi diperlukan untuk buat kajian. Yang masuuuk ialah consultant walhal Pegawai2 Kerajaan di EPU boleh buat kerja ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 7:06 PM

kita harap2kanlah lab yg akan ditubuhkan ni boleh membuat satu resepi makanan istimewa utk rakyat tanpa melibatkan kos dgn HANYA SEDUT UDARA BOLEH KENYANG SEPANJANG HARI.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 9:37 PM

bila dah kalah nanti salahkan rakyat. kalau menteri cap ayam dah boleh cakap kalau fikirkan tol mahal, boleh gunakan jalan alternatif. oleh itu, jika difikirkan kerajaan kejam, maka rakyat juga boleh pilih parti alternatif. apa nak fikir banyak banyak. macamana pun kerajaan yang berkuasa. bila nak dekat PRU nanti barulah kerajaan sedar. maa tuh fikir fikirkanlah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 11:17 PM

Rakyat PP yang majoritinya Cina senyap saja bila PP naikkan caj air. Rakyat Selangor senyap je bila gaji MB dan exco naik berlipat ganda. Mereka tak nak perbesarkan isu tersebut kerana tak kisah asalkan yang memerintah DAP. Saya bukan kata kita tak boleh komplen isu kenaikan, tapi janganlah sampai berkata nak mengundi pakatan pada pilihanraya akan datang. Pembangkang sedang memerhatikan dan menolong sama dalam membesarkan isu ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 20, 2013 at 8:06 AM

Anonymous :7am, Isu Ini Memang Besar... Soal Kehidupan Harian.. Kalau Kenanikan Barangan dan perkhidmatan Tak Jejas duit poket, siapa nak peduli, siapa nak hairan???

Kenapa Kita Tak boleh Kritik, Hantam, Komen kesalahan, Keborosan, Kebodohan, Kedungguan, Ketidak Upayaan Mentadbir Para Menteri dan Pemerintah Kita.. kerana Takut Pada Pembangkang..

Kita kena ambil berat dan komen apa yang pada dasarnya salah dan tidak beretika, dan Kita SemestiNya Memiliki Prinsip Yang Benar Tetap Benar Lagi Haq dan Yang Salah Tetap Salah..

Susah sangat ke Nak Paham...

Ke Kita Nak cover yang buruk, basi, dah jadi taik, cover bagi citer molek lagi sedap... Nanti Berdondong2 Orang ramai Tak Kira Parti Berdemonstrasi di Jalanan Baru Nak SPIN... masa tuuu... eloklah sedia kan keranda... Tak Paham jugak... Pergi lah main jauh 2 .. Main buat rumah2 ke, main guli ke.. Ok

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 20, 2013 at 9:36 AM

Lab tu nak kasi keja tu

....................
Reply To This Comment ...................
December 20, 2013 at 11:12 AM

PEMANDU,PEMUDAH,PELINCIR dnm mcm2 'PE' lagi lepas ni apa lagi? Nka tunggu masa PEGI MAMPUS agaknya BN ni?

Dah letih dengar perkataan bombastik, MAKMAL la,TRANSFORMASI la,ETP,GTP,PPP tp hasil kelaut. Ah jib gor ni sebijik mcm bang non yg hanya pandai retorik dn cakap berdegar-degar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 20, 2013 at 3:06 PM

Last sekali PELINGKUP...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 4, 2014 at 4:35 PM

Ko orang semua sudah kena main dengan pemimpin paria..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 11:05 AM

nak buat makmal dah pakai ratus juta ,nak buat kajian pun pakai ratus juta juga
projek kroni yang dapat,setahun buka makmal dah tutup ,rakyat apa pun tak dapat hampeh betul kerajaan sekarang ,buat perabih beras je ambik manusia macam jadi menteri

Post a Comment