........... KPDNKK - Sebelum Nak Pantau Harga, Bersihkan Reban Dulu ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

KPDNKK - Sebelum Nak Pantau Harga, Bersihkan Reban Dulu !

Tuesday, December 31, 20138comments

Saja saya nak lari topik perhimpunan haram malam nanti .... bagi kurang sikit tension. Ingatkan nak tulis sesuatu bersandarkan tajuk - Bukan Guling Kerajaan Tapi Najib Berundur, tapi rasanya biarlah esok2.

Isteri tengah goreng ayam buat lauk makan malam .... hmmmmm teringat Menteri Ayam ! Tapi kali ni saya cuba tak nak balun, ok.

Melihat kepada betapa aktifnya Menteri KPDNKK ini membuat kenyataan media, saya yakin segalanya urusan dalam KPDNKK pastinya TIP-TOP.


Ingat dua bulan lepas betapa pantasnya Datuk Hasan bertindak ... Belum Seminggu GST diUmum, KPDNKK Dah Tambah Pegawai Nak Pantau Harga !

Idak ler saya nak menyibuk cek dalam pejabat, dah namanya pun blogger.... maka ke website KPDNKK la saya terjah. - KLiK.





TAHNIAH KPDNKK ! Kali terakhir dikemaskini adalah pada 22 Ogos 2012, ok la tuh .... ada Kementerian sampai bertahun2 tak kemaskini, KPDNKK baru setahun setengah jer.

Nak pantau harga ya ..... reban tu kasi bersih dulu !

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 8:48 PM

ni contoh golongan2 yg mkn gaji buta..kpdnkk mana ada keje..keje pun main2 je..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 8:54 PM

Din ...
Engkau cerita bab ayam ...
So aku komen pun tentang ayam jugak ...
Anak buah menteri ayam tak bersih reban kerana sibuk dok pantau harga ayam dan buat kempen besar-besaran menasihatkan agar rakyat jangan makan ayam kerana boleh menyebabkan penyakit darah tinggi kerana harga ayam yang tinggi itu. memandangkan makan ayam boleh merbahayakan kepada rakyat maka sebagai kerajaan yang perihatin cukai akan dikenakan mengikut berat ayam. Ini bermakna rakyat yang miskin tidak akan terbeban kerana mereka tak perlu membeli ayam yang besar yang mana cukai yang tinggi dikenakan. Harga ayam masih kekal ditahap lama dan kerajaan melarang sebarang kenaikan kos. Cumanya rakyat perlu membayar cukai ... dan ianya bukan membayar harga ayam. Rakyat diingatkan yang cukai ini adalah untuk kebaikan rakyat juga. Rakyat hendaklah faham yang harga ayam tidak berubah. Bayaran tambahan itu adalah bayaran cukai yang perlu rakyat buat demi kebaikan rakyat juga.
Er ... Mana ah jib gong ni ... Aku nak cium tangan dia ... Tahun depan sambung jawatan sebagai menteri lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 9:05 PM

Din ...
Aku tak nampak siapa perdana menteri selepas najib yang layak melainkam rosmah.
Mengikut kajian aku urutan nama pm ialah rahman (pemurah) dan rahim (penyayang). Cuba kita teliti nama rahman.
R - Tg abdul Rahman
A - Tun Abdul razak
H - Tun Husein on
M - Tun Mahadir
A - Tun Abdullah
N - Najib gong

R - Rosmah mansur
A - Anwar ibrahim
H - Hj Hadi
I - Idris jala
M - Muhyiden

nampaknya muhyiden perlu menunggu lama lagi baru boleh jadi pm.

Kalau ikut ilmu mantik aku la ...
Ala Din jangan serius sangat ...
Relaks le ...

....................
Reply To This Comment ...................
December 31, 2013 at 10:27 PM

Class, sinis betul kau din!!, cayalahhhhh?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 10:35 PM

salam,

bajet untuk admin web kementerian tak ada. admin yg ada mungkin dok asyik memantau harga barang, tak sempat la nak update. lagi pun tak kasi duit poket. dah lari daripada bidang kerja. pm ada admin khas it, untuk fb, untuk twet, instagram, blog dan sebagainya. kementerian lain tarak. kalu nak, kena bayar. mana ada benda percuma dah sekarang ni. semua main kira. kalu nak web, kita buat, janji ada. nak update tunggu arahan boss la.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 11:09 PM

Web yg hangat hangat ..... ayam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 1, 2014 at 12:56 AM

Najib nak kasi bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 untuk setiap murid. Soalannya....apakah ianya mencukupi untuk cover segala kos persekolahan anak-anak jika mengambilkira kos uniform sekolah, alatulis, buku-buku, yuran tambahan, bas sekolah, tuisyen, pakaian sukan dan serba-serbi kos yang terpaksa ditanggung ibubapa. Mesti ada yang berkata kita patut bersyukur. Baiklah, untuk menjelaskan maksud saya, andaikan seekor lembu yang telah disembelih diagih-agihkan. Untuk YB-YB, pemimpin-pemimpin kerajaan dan CEO GLCs diberi bahagian daging yang enak-enak jer. Manakala untuk rakyat marhean cuma diberi tulang jer. Pemimpin kerajaan seringkali mengingatkan rakyat marhean supaya bersyukur kerana mereka tetap diberi bahagian masing-masing meskipun cuma tulang jer. Jika kerajaan benar-benar prihatin dan mendengar denyut nadi rakyat apakata kalau pemimpin pulak yang diberi tulang. Ok apa, boleh wat sup tulang kan. Dalam erti kata yang lain, sanggupkah pemimpin-pemimpin kerajaan semua bekerja 12 jam sehari dengan pendapatan tak sampai pun RM2,000 sebulan. Boleh tak cuba rasai apa yang rakyat rasai apabila dihimpit dengan bermacam-macam kos yang tak masuk akal. Ini tidak, harapkan report dari penasihat semata-mata. Selagi pemimpin tak menyelami sendiri kesusahan rakyat, selagi itulah saya melihat kerajaan masih belum bersedia untuk mendengar rintihan, rungutan dan keluh-kesah rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 1, 2014 at 1:57 AM

yg melantik sengal,yg dlantik lakSEWEL..elokk2la tu.makn lama,makn ramai mentri kabinet yg selalu kuar staement x cerdik..lg cikai akai dp bangla keje kilang!

Post a Comment