........... Jika Demo Turun Tiada Sambutan, Jangan Pula Ada Kenyataan Ayam Dari Menteri ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Jika Demo Turun Tiada Sambutan, Jangan Pula Ada Kenyataan Ayam Dari Menteri !

Sunday, December 29, 201326comments

Saya memang tidak menyokong sebarang demo haram ( setakat inilah ) dan ini termasuk perhimpunan haram TURUN bagi memprotes Barang Naik sempena menyambut Tahun Baru lusa nanti.

TAPI ..... saya juga tidak mahu mendengar/membaca sebarang Kenyataan Ayam pada 1 Januari 2014 sekiranya Perhimpunan Turun tidak mendapat sambutan ... contohnya -

Perhimpunan Turun Tidak Mendapat Sambutan BUKTI Rakyat Malaysia Sokong Kenaikan Harga !

Boleh tak Pak2 Menteri semua ambil perhatian dan berjanji TIDAK akan menyebut ayat di atas atau ayat2 yang sewaktu dengannya ?

Ini termasuk PM Najib dan para pemimpin Umno yang suka PERASAN dengan membuat kenyataan SYOK SENDIRI contohnya - Keputusan PRU13 Bukti Umno Kuat ! 

..... padahal Umno bernasib baik saja masih kekal jadi kerajaan hasil ehsan undi orang Melayu Pribumi yang tidak mahu melihat PR menjadi kerajaan bukan kerana mereka suka sangat pada Umno.

Sama juga malam 31 Disember nanti, saya percaya ramai rakyat yang masih mampu berfikiran waras yang menolak sebarang bentuk demonstrasi haram untuk menyatakan pandangan tapi tidak bermakna mereka tidak menyokong usul yang dibawa oleh para pendemo.

Usul mereka sokong cuma cara penyampaiannya saja yang mereka tidak sokong.

Sekiranya ada juga dikalangan Menteri yang sudah berkira2 hendak mengarang teks ucapan Ayam, saya harap tuan keluarkan satu kenyataan awal bagi menyatakan hasrat anda itu, contohnya -

Sambutan Demo Turun akan menjadi penentu sokongan rakyat kepada Kenaikan Harga yang dibuat oleh kerajaan.

Jika ada cabaran sebegitu, saya pula akan sokong Demo Turun !

Share this article :

+ comments + 26 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2013 at 1:31 PM

"Usul mereka sokong cuma cara penyampaiannya saja yang mereka tidak sokong." Saya suka dgn kenyataan ni. Mabeles.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2013 at 2:12 PM

Bila transaksi wang RM 7billion ke Pulau Cyman Berlaku?

Bila Riza anak emas FLOM jadi pengarah filem Hollywood?

Cuba rasionalkan masa-masa tersebut, seperti ada kesinambungan cinta gitu....

Oh ya, cuba pulak rujuk mantan-mantan pengarah Hollywood yang ada Box-Office, berkenaan dengan jumlah $$$ yang mereka dapat?

Hey... PM tu rupanya ringkasan kepada Pakar Menipu!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2013 at 2:18 PM

Saya sokong kenaikkan harga Barang Naik kerana saya adalah pengundi BN. Hanya UMNO tempat melayu bergantung. Hidup melayu!....

....................
Reply To This Comment ...................
December 29, 2013 at 2:58 PM

@Anonymousselangor pun BN perintah ya..?

....................
Reply To This Comment ...................
December 29, 2013 at 3:00 PM

@Anonymouskomen terlajak 3 artikel nih

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2013 at 3:28 PM

Biarlah harga barang naik meninggi,rakyat berpendapatan rendah terhimpit dengan kesusahan walaupun dalam usaha memerah keringat untuk menyara kos sara keluarga dan diri.Itu jam, baru ler lahir pemikiran kritis atau di luar kotak kasut dalam memikirkan kekusutan masalah rakayt sementara wang rakyat,terus di boroskan.Maka 4-5 makmal akan di tubuhkan utk menyelesaikan masaalah rakyat tanpa nilai petrotik sebagai penyedap hati.KDN menerima tempiasnya dan terpaksa menubuhkan banyak makmal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2013 at 3:41 PM

Poduser bukan pengarah la.....producer not director.....

....................
Reply To This Comment ...................
esa adam
December 29, 2013 at 4:57 PM

Bro
Sebenarnya demo bantah naik hrga brg ni mmg ptut disokong. Cuma entah mcm mana dimanupulasi mengatakan demo guling kerajaan.
Ngo2 yg pro kerajaan semuanya kata demo nak guling kerajaan. Media arus perdana memainkan peranan besar disini. Walhal penganjur tak kata gitu.
Sudah tentu ada tangan2 yg sponsor ngo2 ni.
Aku pun ingat nak turun sokong TURUN ni. Niat mereka baik.
Banyak yg kata harus berunding secara baik. Tapi tak tunjuk mcm mana. Harapkan UMNO jgn mimpi.
MCA diamkan diri kerana peniaga banyak org dia.
Yg tersepit ialah org Melayu. Tspi kalau Melayu pun sokong naik harga yg diatas akan fikir semua yg dibuat tu betul.
Mereka semua akan tersedar bila sudah tiada kuasa. Kesian anak cucu aku.

....................
Reply To This Comment ...................
December 29, 2013 at 6:05 PM

@esa adamsaudara pun terfikir perkara yg sama :)

Demo Guling ni siapa penganjur dia ? Sedangkan Bersih dulu pun perlu perancangan rapi dengan penganjur yg ramai serta makan berbulan masa persiapan ...... Guling ?

TURUN tenggelam dek Guling yg entah ya ntah tidak....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2013 at 6:14 PM

Kadang-kadang saya heran kat Ahjib nih, bukan kah banyak makmal kat sekolah-sekolah kerajaan tu, apasal dia tak pakai?

Jika ramai yang tak TURUN, katakanlah hanya silent protest ... atau protes dalam hati jak, mesti menteri cap ayam tuh kata kat Ahjib.....

"Majoriti rakyat telah memahami dan menerima apa itu rasionalisasi subsidi...."

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2013 at 6:33 PM

Rasanya bukan sahaja pembangkang yang akan turun untuk berdemo, penyokong UMNO juga mungkin akan bersama sama. Bukanlah kerana menentang kerajaan, tetapi menyokong saranan TURUN. Bagaimana pun, bagi mereka yang berhasrat untuk berdemo, fikirkanlah samada agenda mereka itu benar benar untuk mendesak kerajaan menurunkan harga barang atau untuk mendesak kerajaan yang ada sekarang nih untuk TURUN. Bagaimana pun Najib serta seluruh barisan menteri nampak begitu sepi. Tiada lagi kedengaran kokok yang bersahut sahutan saperti sebelum PRU yang lepas. Kenapa? Mungkin juga sudah mula berasa malu kerana tidak dapat menunaikan janji. Rakyat telah menjalankan tanggungjawab. Bakti telah disemai untuk mempertahankan maruah UMNO. Dah sampai masanya untuk dituai segala yang telah disemai. Najib telah banyak menyemai janji. Najib juga pernah mengatakan bahawa mereka yang memungkiri janji adalah mereka yang MUNAFIK. (Satu kenyataan yang ditujukan kepada pembangkang).

Bagaimana sekarang? PRU belum lagi lama, ibarat orang berkahwin, inai masih lagi dijari, Najib telah menunjukkan sifatnya yang sebenar. Sifat yang tidak jauh larinya dengan pemimpin disebelah sana. Najib telah dihukum oleh kejahilanya sendiri. Rakyat yang dahulunya menyanjung dan menghormatinya dan berpendapat tugasnya akan lebih baik dari PM sebelumnya telah musnah. Dimusnahkan oleh Najib sendiri. Sekarang pula berlaku kemelut keluarga. Pelaburan besar dalam industry perfileman dan pembelian kondo yang mahal adalah contoh terbaik sebagai pembalasan terhadap dirinya.

Najib tidak ada kejujuran dalam mentadbir negara. Kemungkaran pembangkang saja dijadikan isu untuk menutup kelemahan dirinya dan akan selalu didendangkan untuk menidurkan ahli UMNO yang sudah semakin lesi. Belum lagi nyata sesuatu dari hasil pemikiran Najib sendiri yang boleh dibanggakan. Benar kata orang tua tua bahawa orang yang bodoh akan selalu melakukan kerja kerja bodoh dan akan menghasilkan jawapan yang bodoh juga. Orang yang bodoh jugalah yang telah melantik menteri menteri yang bodoh untuk memberikan jawapan bodoh dengan beranggapan rakyat pun bodoh macam menteri dan PM yang bodoh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2013 at 6:36 PM

@Anonymous

saya SOKONG walaupun turun jika agenda mereka BENAR BENAR BETUL. tapi nampaknya belum pun tiba masanya dah macam macam berita pulak yang timbul. adoooiiii!!! ada ajenda tersembunya rupanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2013 at 6:44 PM

@Anonymous

producer tuh pengeluar dan pengarah tuh produk keluaran pengeluar. producer tuh banyak hasil. tu sebab boleh beli kondo mahal. tapi yang selalu meniti dari bibir kebibir ialah penagarah dan pelakun

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
December 29, 2013 at 8:36 PM

Ramai atau tidak yang hadir perhimpunan nanti belum pasti akan hilangkan kenyataan cap ayam pak menteri bro Din. Mereka ni Najib yang lantik, bukan kita yang pilih. Jadi tahap IQ mereka ni bukan kita yang menilaikan.

Kalau yang melantik asyik mabuk dengan kencing cina, tak perlulah kita berharap sangat pada yang dilantik untuk memberikan khidmat terbaik untuk kita. Cuba interview pengunjung setia kedai-kedai arak, jawapan yang kita terima sama seperti statement bodoh yang keluar dari mulut pak menteri. UMNO dan BN sebenarnya dah nazak. Tinggal tunggu masa je sebelum mereka ni ditalkinkan.

....................
Reply To This Comment ...................
December 29, 2013 at 8:46 PM

@AnonymousDah cukup komen2 mengenai isu filem dan ank Rosmah, melalut jauh dari topik

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2013 at 10:14 PM

Bro Din ni memang rajinlh.. Sanggup melayan komen dr pengormen2.. Gd job...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2013 at 11:24 PM

Ayam mahal wehhh. Kenyataan ayam, kenyataan mahal. Cuba tukar, ayam tukar tupai ke, biawak kw. Ayam mahal, tak murah dan ramai cari lauk ayam dan nasi ayam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2013 at 11:44 PM

AHLI-AHLI UMNOLAH YANG WAJIB TURUN BERAMAI-RAMAI BERDEMO DAN MENYATAKAN KETIDAKPUASAN HATI TERHADAP CARA PEMERINTAHAN NAJIB. INI SEBAGAI TINDAKBALAS TERHADAP PEMIMPIN UMNO YANG SECARA SISTEMATIK MENOLAK UNTUK MENDENGAR RINTIHAN DARI ANGGOTA BAWAHAN UMNO SEMASA PAU. ORANG UMNO MESTI TUNJUKKAN YANG MEREKA DAH BETUL MENYAMPAH DENGAN CARA PEMERINTAHAN NAJIB DENGAN TURUN BERAMAI-RAMAI SEMASA DEMO ITU NANTI.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2013 at 7:06 AM

Seorang bapa baru pulang dari membeli kereta porsche...

Anak : wau. Cantik kereta ayah. Mesti mahal ni.
Ayah : mesti lah. Mulai hari ini ayah terpaksa catu perbelanjaan kamu semua.
Anak : eh kenapa pulak ayah. Saya baru je nak tanya kenapa semalam ayah kurangkan belanja sekolah saya, hari ni ayah nak kurangkan lagi?
Ayah : memang la. Kamu kena jimat sikit berbelanja. Semalam kan ayah beli motor harley davidson. Ayah dah banyak hutang. Kamu kena berjimat sebab tu ayah kena kurangkan belanja sekolah kamu.
Anak : ayah dah ada banyak motosikal dan kereta kenapa ayah beli lagi? Ayah yang berhutang dan berbelanja sesuka hati kenapa saya yang kena berjimat ayah?
Ayah : dah dah dah kamu jangan cakap banyak sangat. Syukurlah ayah masih lagi bagi duit belanja. Lagipun akhir tahun nanti ayah bagi la bonus sikit. Kalau kamu tak suka, kamu boleh cari keluarga lain. Kami tengok jiran-jiran kita tu, anak-anaknya melarat.
Anak : tapi ayah, tu sebab ayah diorang kerja biasa je tak berjawatan besar macam ayah. Diorang takde kebun besar macam ayah. So hasil pendapatan pun tak semewah ayah. Ayah banyak hasil tapi masih lagi banyak hutang. Sekarang ni ayah nak catu perbelanjaan saya pulak.
Ayah : banyak cakap pula kamu ni. Dah dah dah ayah ada kerja ni.
Anak : ayah nak pergi mana?
Ayah : mak kamu nak pakai duit sikit nak pergi hawaii katanya nak beli handbag. Ini demi kepentingan keluarga kita.
Anak : ooo...
Ayah: Kamu tanya banyak sangat ni....apasal? Kamu nak gulingkan ayah ker? 

....................
Reply To This Comment ...................
December 30, 2013 at 8:42 AM

Harga barang akan naik dari masa ke semasa dan bergantung kepada beberapa faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran. Kenaikan harga barang bukan disebabkan kos pengeluaran. Ianya banyak dipengaruhi oleh permintaan pengguna. Oleh itu, pihak yang paling sesuai untuk turunkan harga barang adalah pengguna itu sendiri dan bukannya kerajaan. Pilihan untuk membeli atau tidak membeli barangan yang naik harga terletak pada pengguna.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2013 at 9:54 AM

Artikel hang memang 'class' din,
Sokong biar bertempat, Tembak kepada yang patut,
Kalau dah rakyat hidup merempat, apalah gunanya menyimpan menteri berakal kepala lutut...

....................
Reply To This Comment ...................
December 30, 2013 at 12:21 PM

@AnonymousAyat paling akhir tu yang tak boleh blah ! hahahaha....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2013 at 12:51 PM

Penyokong menteri cap ayam ...
Kalau kos dah tinggi ... Peniaga menjual harga bawah kos ...
Tokeh babi pun jual kandang ...
Elok hang berniaga barang dan jual bawah kos ...
Aku nak pi beli ...
Dan tengok berapa lama hang bertahan ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2013 at 3:33 PM

kalau tak ramai turun pun..aku yang baru2 ni undi BN, takkan undi BN dalam dalam PRU14..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 12:23 AM

Alah kalau sokong demo, terus trg saja. Tak payah berteka teki. Jgnlah bengap sgt, harga naik ke, pilihanraya bersih ke, ptptn ke hanyalah alasan utk demo. Pokok pangkalnya, nk demo. Takkan benak sgt sampai tak nmpk....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 5:02 AM

Anonymous December 31, 2013 at 12:23 AM

Inilah sikap Melayu yang Cepat Putus Asa, Cepat Buat Keputusan Terburu2..

Hang Memang Melayu Bengong..

Ada pergi sekolah ke tak... kalau tahu menulis takkan tak tahu Baca.. Tak Paham ke Apa Artikel2 tu tulis dan Apa Komen2 Rakan2 dalam Blog Din Turtle...

Isu dan kupasan dan Komen.. 3 perkara.. Tak paham jugak... Patutlah Melayu Mundur...

Nak Marah.. Marahlah..

Ini bukan soal Politik pembangkang ke Pro Kerajaan ke..Ini soal Dasar Kerajaan Yang Tak Betul... Manifesto AkuJanji... Tapi Bikin Rogol Janji.. Ikutkan Sakit Hati bukan ROGOL tapi SODOMI Janji...

Pembangkang Memang Biol, Tak da Pemimpin Pembnagkang Yang Mampu Meneraju Negara... Nuar Berahi tu Boddo, Hal2 Ekonomi dia tak Pandai...

Tengok Kerajaan PAS.. di Kelantan... Terengganu... Kedah... Kelantan susah nak cakap, sentimen negeri kuat sangat.. Tapi terengganu dan Kedah CUMA Setahun saja... Orang Melayu pon Tak Nak PAS PIS PUS...

UMNO tak bersalah, Yang Salah Najib Razak...Rosemah, Omar Ong, Jamaluddin Jarjis, Khairy Jamaluddin, Pemandu Idis Jala..Hasan Malek..kalau nak senarai ramai lagi...laaa..beberapa Pemimpin Yang Tak Melihat Kepentingan Rakyat!!!!

Post a Comment