........... Isu Syiah-MatSabu-KDN .... Kenapa Pelik Jer Isu Ini .... ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Syiah-MatSabu-KDN .... Kenapa Pelik Jer Isu Ini .... ?

Saturday, December 14, 201316comments



Saya nak sentuh sikit bab Syiah dan Mat Sabu yang sedang heboh diperkatakan sekarang. Sebelum ini saya tak berapa nak layan isu ini sebab tak berapa mahir bab2 mazhab. Jadi komen saya lebih kepada pemerhatian tentang apa yang berlaku ketika ini.

Mula2 kenyataan dari Jakim - Semua ajaran Syiah di Malaysia menyeleweng daripada Syarak ( TMI )

Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata sehubungan itu beliau menafikan sekeras-kerasnya sekiranya ada dakwaan mengatakan terdapat fahaman Syiah yang mempunyai persamaan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini.

Beliau berkata berdasarkan kajian Jakim, dakyah Syiah sebagai sebuah Mazhab berasaskan aliran Syiah Imamiyyah Ithna ‘Ashariyyah atau Imam Dua Belas mula aktif di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada 1979.

"Jadi ajaran Syiah yang diamalkan oleh pengikut di Malaysia sehingga kini adalah aliran Imam Dua Belas ini yang bercanggah dengan ajaran Islam,"

Othman berkata antara penyelewengan aliran Syiah Imam Dua Belas itu adalah:
  • Meyakini imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada sebarang dosa.
  • Mengkafirkan para sahabat Rasulullah S.A.W.
  • Tidak ada Solat Jumaat.
  • Mengharuskan jamak solat fardu dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab.
  • Menghalalkan nikah Muta'ah. * Menolak Ijmak Ulama.
  • Penyanjungan yang keterlaluan kepada Saidina Ali sehingga disama tarafkan dengan Rasulullah S.A.W.
  • Menambah nama Saidina Ali dalam kalimah syahadah selepas nama Nabi Muhammad S.A.W.
"Pada 24 Julai lepas, KDN (Kementerian Dalam Negeri) telah pun mengisytihar Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang.

"Bukan sebagai ajaran sesat sahaja daripada aspek agama iaitu sekiranya melanggar fatwa akan dikenakan tindakan mengikut Akta/Enakmen Jenayah Syariah Negeri, malah aspek keselamatan negara pun turut diambil kira pihak oleh KDN yang mana pertubuhan Syiah ini tidak boleh bergerak aktif dalam negara ini kerana salah daripada sudut undang-undang,"


OK, Jakim kata Syiah MENYELEWENG dan Pertubuhan Syiah Malaysia adalah haram disegi undang2. Dan Mat Sabu dituduh sebagai penganut atau pro Syiah. Alasan2 adalah seperti tertera di imej di atas.

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang alasan2 yang diberikan bagi mensabitkan Mat Sabu dengan Syiah walaupun saya tak berapa nak setuju, mungkin anda boleh baca apa yang dikomen oleh  Ibrahim Ali - Bukti KDN tak cukup tuduh Mat Sabu Syiah ( TMI ) Ia lebih merujuk kepada alasan kekaguman Mat Sabu terhadap Khomeini sebab beliau sendiri pernah berjumpa dengan Khomeini !

Kemudian KDN minta Mat Sabu tampil kemuka bukti bukan Syiah ( Mkini )..... Part ini yang saya agak heran ...... Bukan hendak mempertikaikan apa2 atau menyokong Mat Sabu tapi saya heran kenapa pula Mat Sabu yang kena tampil untuk buktikan yang dirinya bukan Syiah ?

Kalau bukti dah ada, cukup kuat dan KDN yakin .... kenapa tidak bertindak saja terhadap Mat Sabu ? Dakwa saja Mat Sabu ! Kenapa nak di ajak Mat Sabu berbalas pantun di media ?

Ni satu lagi yang buat saya agak skeptikal dengan cara isu Syiah ini dimainkan - Saya tidak nampak Mat Sabu seorang Syiah, kata Ketua Syiah Kedah ( TMI )

Bukan kenyataan Abdullah Hassan selaku Ketua Syiah Kedah yang saya pertikaikan tapi yang saya heran ....... bukankah secara terang disebut Abdullah itu sebagai KETUA SYIAH KEDAH ! CONFIRMED dia Syiah, berjawatan KETUA lagi ! 

Patutnya si KETUA SYIAH inilah yang menjadi perhatian KDN bukannya Mat Sabu yang masih diperingkat berbalas pantun. Ke saya salah ?

Di Utusan pula, Zahid tampil dengan berani mempertahankan dakwaan Mat Sabu Syiah - Sedia Berdepan Mat Sabu.

"Saya tahu kebenaran mengenai pendedahan ini (Syiah). Mat Sabu juga tahu kebenarannya dan begitu juga dengan pemimpin Pas yang lain. Kita ada bukti dan saya tidak sedikit pun gentar dengan ugutan Mat Sabu mahu menyaman saya serta Kementerian Dalam Negeri. Saya bersedia untuk jumpa Mat Sabu di mahkamah.

"Sebab itu jangan lihat isu Syiah ini dalam konteks politik. Syiah ialah persoalan akidah dan keselamatan. Sebagai umat Islam kita kena mengikut ajaran sebenar iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah tanpa sebarang kompromi. Begitu juga dalam aspek keselamatan kerana kita tidak mahu perpecahan berlaku,"

Serius, saya heran ! Kenapa pula KDN yang kena tunggu Mat Sabu bawa kes ini ke mahkamah ? Kenapa tidak KDN saja yang terus bertindak ! ?

Kalau Mat Sabu buat tak tahu jer .... so apa jadi dengan segala pung pang pung pang tentang Syiah ini ? Bagaimana dengan KETUA2 SYIAH yang tak kisah pun jika jawatan mereka sebagai KETUA SYIAH disebarkan dalam media ? 

Saya sekadar heran dengan perkembangan isu Syiah ini ....itu saja.


PS - Oya, isu kebanjiran pendatang asing seperti yang disaran oleh Mazidul ( KLiK ) supaya Zahid beri perhatian ni macamana pula ? Tak nak minta pendatang2 itu pula tampil dan berikan bukti kenapa mereka BUKAN pendatang ?

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2013 at 4:53 PM

Pada saya isu syiah nie perlu diberi perhatian dan perincian dalam segenap segi lebih2 lagi melibat pemimpin besar mana2 parti politik yg dgn mudah dpt meracuni pemikiran rakyat. Sejarah telah byk membuktikan peranan syiah dlm politik2 kerajaan2 Islam yg menjurus ke arah kehancuran baik dari segi akidah mahupun tamadun itu sendiri. Dalam kes Mat Sabu nie, beliau adalah pemimpin no 2 yg menang atas dasar majoriti dlm pemilihan. Kecondongan politik beliau ke arah fahaman syiah sungguh ketara dalam banyak perkara seolah2 sedang menyemai benih2 asas pemikiran tersebut ke atas pengikut2nya...seterusnya menjalinkan hubungan2 dgn pemimpin2 syiah drp luar dgn mempergunakan alasan politik dlm mengharuskan tindakan beliau. Mestikah kita membutakan mata kita seolah2 benih2 itu tidak akan bercambah selepas ini? KDN sepatutnya bertindak bukan sahaja kepada Mat Sabu malah kesemua ketua2 syiah yg dikenalpasti dgn melucutkan kerakyatan mereka atau setidak2nya menahan mereka tanpa kompromi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2013 at 4:58 PM

saya sangat bersetuju dengan kamu Din. dari awal lagi saya sudah menjangka peperangan dialam maya akan berlaku. disebabkan itu saya sememangnya tidak mengikuti perkembanganya sebab telah menjadi semakin kembang dan dah tak terikut lagi. Zahid cakap bukan isu politik tapi kenapa Mat Sabu yang belum pun pasti syiah diberikan tumpuan. saperti kata kamu nama ketua syiah sudah pun diketahui umum, tapi kenapa dibiarkan. ada kah untuk menghasilkan lebih ramai syiah? kalau kes Ayah Pin dan Tuhan Harun, Arkam dll boleh diambil tindakan tegas, kenapa pula tidak dengan kumpulan syiah nih? mungkin sebab didalam kumpulan tuh tak ada orang politik agaknya.

orang UMNO/Melayu akan terpengaruh dengan watak Zahid dan terus mengiktiraf sebagai pejuang agama, tapi bagi orang yang faham akan mengatakan inilah lakonan politik, hebat dengan suara tapi tidak menampakkan kerja. buat bising seolah olah mereka benar benar bekerja. lepas tuh, bila ada kaunter attack, mereka akan retreat dan bangkitkan isu lain pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2013 at 5:15 PM

Kdn lambat sgt. Ape susah kalau bukti dh ada press conference je la. Kata nk buat. Lama2 lagi buat ape nnt org suspicious.

Ke tgh kasi masa nk ugut mat sabu nk buat apa2 deal. Dgn politician ni kita bukan boleh percaya.

Buat je la pengumuman bukti ape yg lama sgt. Sekarang dh nampak mcm kdn yg bluffing. Isu ni dh untungkan kerajaan kgn sanpai kene pukul balik dgn isu ni.

Melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2013 at 5:56 PM

Bro,

Aku setuju dengan hujah2 kamu ni. Takkan OKT yg kena buktikan yg dia tak bersalah sepatutnya KDN yg kena buktikan. Kalau dengar cakap2 sebelum ni KDN dah ada bukti. Tapi dimana buktinya. Aku juga setuju dgn pandangan Anon 4:58PM.

Kalau setakat kagum dgn Komeini aku rasa tak cukup. Aku juga kagum dgn Komeini kerana dia berani berdepan dengan Amerika. Adakah aku ni Syiah.

Aku percaya KDN tak berani ambil tindakan kerana ada ahli pemimpin UMNO yg berfahaman Syiah juga. Jadi adegan 'berbalas pantun' ni hanya untuk tujuan menakut-nakut orang ramai aja dan tak lebih dari itu.

Apabila diumumkan oleh Pegawai KDN ni aku lihat pegawai tu macam kena suruh buat kerja yg dia tak setuju. Tak serius macam Ketua Polis Negara beri amaran.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2013 at 5:57 PM

mat sabu aliran syiahnya boleh rampas isteri orang dan berzina kow-kow kah? DUSTA! boleh duduk dalam exco Islam lagi kah? KHIANAT!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2013 at 6:42 PM

Inilah kualiti pemimpin yg kita ada..banyk sangt isu lawak jenaka yg mereka mainkan. kita kekeringan pemimpin pelapis atau dah dicanta awal2...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2013 at 7:08 PM

Isu syiah memang bagus, dari sudut pembelajaran,pendedahan dan kefahaman.Kita sebenarnya kurang kefahaman tentang fahaman syiah.Yang menjadi pertikaian sekarang ini,,mengapa unsur2 pengaruh syiah dari lur sempanan malaysia boleh di bawa masuk dekad ini.Inilah bahayanya orang politik yang menggunakan, apa jua instrumen dan sokongan luar semata2 kerana kuasa dan dendam politik.Setinggi manapun ilmu islam sebenar di pelajari,isu seperti fahaman syiah tiada tempat di malaysia seperti juga fahaman2 lain kecuali yng telah di persetujui di dalam perenggan pelembagaan negara.Bagaimana pula dengan fahaman ahli sunnah wal jamaah.Kalau mainten semua segi merangkumi espek dunia dan akhirat.Tidak ada masaalah sebegini.Malah kesatupaduan ummah terus utuh.

....................
Reply To This Comment ...................
batu api
December 14, 2013 at 7:30 PM

Benteras semua syiah tanpa pilih bulu....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2013 at 8:48 PM

syiah patut ditentang...pendatang asing yg ada kad pengenalan asli atau palsu mst ditangkap..liberalisme dan pluralisme mst dihapuskan..kenaikan kos sarahidup mst dihalang..pembaziran kerajaan wajib dihentikan..bla bla bla

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2013 at 8:59 PM

Mereka ini hipocrate besaq....jika sudah sampai ke 1juta pengikut mereka mmg pretty soon negara tercinta akan jadi seperti negara2 arab yg belaku sekarang. Na'uzubillah. By that time we will be in bigger shithole...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2013 at 9:00 PM

Dulu lagi aku dah kata, Zahid Hamidi ni HANGIT orangnya....oportunis. Malah lebih hangit dari Hishamudin CKMM. Kategori HOPELESS.

Kalau Hisham ckmm asyikkkkkkk dgn perkataan... Tiada Kompromi la...Amaran....Amaran keras la..Amaran terakhir la.

Zahid Hamidi pulak balik-balik...Tidak Gentar la...Kita ada bukti la...Sedia hadapi la...Sedia Bertindak la.

Takkan korang tak nampak. Cuba korang perhatikan wajah dua2 MANGKOK tu bila mereka gelak ketawa, nampak sangat HANGIT dan BACUL.

....................
Reply To This Comment ...................
December 15, 2013 at 12:36 AM

"Jadi ajaran Syiah yang diamalkan oleh pengikut di Malaysia sehingga kini adalah aliran Imam Dua Belas ini yang BERCANGGAH DENGAN AJARAN ISLAM"

KEPERCAYAAN2 lain pun bercanggah dgn islam. jadi adakah syiah imam 12 ni bukan islam? short of saying "ajaran sesat", " fahaman syiah tidak mempunyai persamaan dengan pegangan ahli sunnah wal jamaah di negara ini", "syiah ini tidak boleh bergerak aktif dalam negara ini kerana salah daripada sudut undang-undang," istihar saja syiah bukan islam. no such thing as a little bit pregnant. samada bunting atau tidak. isu nama allah pun tak selesai lagi, sekarang ni tambah dgn syiah lagi. harga barang2 dok naik gila2, ada yg dah kena ikat perut oi!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 15, 2013 at 6:35 PM

@kampong ladYa betul istihar saja syiah bukan islam. Dan bukan islam boleh beramal di Malaysia macam Kristian, Budha, hindu, siam dll -- bukan islam gak mereka ni. Kalau nak berperang dengan bukan islam ( syiah) kena lawan gak dengan bukan islam yang lain lain. Confusing!!

....................
Reply To This Comment ...................
December 17, 2013 at 2:45 AM

Lebih elok klu tidak ade langsung manusia yg mengagumi peranan puak syiah lebih lg jgn lah nak cakap yg kamu mengangumi pemerintahan khomeini...byk lg pemimpin lain yg boleh dikagumi selain khomeini...mengagumi khomeini samalah menyokong perjuangannya...bahalol...Aku tk pernah mengagumi pemimpin yg menyesatkan agama islam...fikirkan lah...harap istifar byk2

....................
Reply To This Comment ...................
December 17, 2013 at 2:50 AM

lol...syiah ni memesongkan agama islam dan mengajak ahli sunnah spy terpesong dgn pegagang mereka kerana mereka iaitu syiah jg bersaksi Allah yg satu cuma ditambah nama Ali dlm syahadah...Perkara beginilah yg ditakutkan menyesatkan umat islam lain yg cetek pegangan agama mcm kau ni...fikir2 blk la ye sblm comment bodoh tu

....................
Reply To This Comment ...................
December 23, 2013 at 4:39 PM

Sekarang ni nama Zahid dah jd mainan puak pembangkang jer. Bila dia berdegar-degar cakap pasal nk buktikan Mat Sabu ni Syiah, member aku yg sokong pembangkang tanya aku, mana pendedahan Zahid pasal dalang Lahad Datu? Konon nak tunggu lepas PRU sebab tak nak namppak kerajaan mempolitikkan isu tersebut. Tapi sekarang mana pendedahan Lahad Datu?

Takkan dah menang PAU dgn undi tertinggi terus senyap kot abg Zahid?

Post a Comment