........... Isu Sabasun - Demi Agama dan Bangsa, Seharusnya Tidak Timbul Masalah Yang Tidak Boleh DiSelesaikan | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Sabasun - Demi Agama dan Bangsa, Seharusnya Tidak Timbul Masalah Yang Tidak Boleh DiSelesaikan

Monday, December 9, 20132comments

Masih ingat lagi tentang isu Sabasun VS MBKT  - KLiK. Sejak artikel pertama saya keluarkan bulan lepas, isu ini mendapat perhatian rakyat Terengganu kerana membabitkan perjuangan seorang anak Melayu tempatan dalam perniagaan peruncitan. Hampir semua rakyat Terengganu mengenali pasaraya Sabasun HyperRuncit yang mula bertapak sejak 18 tahun dahulu, bermula dari sebuah kedai runcit sehinggalah berjaya membuka sebuah lagi cawangan bersaiz pasaraya.

Apa yang menariknya mengenai Sabasun adalah mereka berjaya meredah persaingan yang diberikan oleh pasaraya2 Hypermarket seperti Mydin dan Giant dengan mengekalkan konsep perniagaan runcit yang berteraskan Islam. Sabasun juga menggunakan 100% khidmat pekerja tempatan, hampir 400 orang dan turut membantu ratusan peniaga2 IKS tempatan dalam memasarkan produk masing2.

Tidak hairanlah jika rakyat tempatan terus memberi sokongan kepada Sabasun selama ini dan isu yang timbul antara Sabasun dengan pihak berkuasa tempatan MBKT telah menarik minat rakyat Terengganu. Setelah mendapat liputan khas oleh pihak Sinar Harian, kemudian diikuti oleh TMI, akhirnya memaksa pihak MBKT memberi respon awal bulan ini.


MBKT nafi tindas Sabasun dan sedia berunding - Sinar 3 Disember.

Menurut Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Adzlan Mohd Dagang -

"MBKT sehingga kini masih menunggu kedatangan pemilik Sabasun untuk bersemuka...sebaliknya dia menggunakan hebahan di media sosial pembangkang untuk memburuk-burukkan imej MBKT dan kerajaan negeri,"

Adzlan mahu pemilik Sabasun menghentikan tohmahan itu dan datang berbincang untuk menyelesaikan masalah.

"MBKT banyak bertolak ansur selama ini dengan pihak Sabasun walaupun mereka banyak melakukan kesalahan seperti menambah binaan bangunan tanpa kelulusan dan permohonan pelan kepada MBKT.

"Sabasun adalah tempat tumpuan ramai.. jika tiada kelulusan bangunan bermakna tiada kelulusan bomba dan agensi-agensi lain dan jika berlaku kemalangan seperti kebakaran dan runtuhan, MBKT juga boleh disaman," kata Adzlan.

Mengulas dakwaan Sabasun kononnya MBKT tidak mahu menjual sebidang tanah bersebelahan premisnya untuk dijadikan kawasan parkir, sebaliknya dikenakan sewa RM4,000 sebulan, Adzlan berkata MBKT tidak boleh sewenang-wenangnya menjual aset mereka, terutama lokasi strategik dalam bandar.

Saya tidak mahu mengulas dakwaan pihak MBKT buat masa ini kerana tidak mahu panjangkan isu ini dialam siber memandangkan pihak MBKT sudahpun membuka pintu kepada Sabasun untuk bertemu dan berunding. Sebaiknya kita serahkan sepenuhnya kepada pihak yang terlibat menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul dengan aman kerana bagi saya apa yang penting, biarlah bangsa Melayu yang menang.

Bukan niat saya mencari kesalahan sesiapa, jauh sekali mempolitikkan isu ini.... kalau boleh biarlah situasi MENANG-MENANG dicapai.

Saya cukup bersetuju dengan mesej yang cuba disampaikan melalui artikel Sinar pada 6 Disember -

MBKT, SABASUN perlu semuka.

Menurut Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu (DPMMT), Datuk Ir Tengku Ismail Tengku Jaafar -

“Perkara ini perlu ditangani secara rasional. tidak perlu diheboh-hebohkan. Mengenai masalah teknikal dan birokrasi yang dihadapi Sabasun, pihak kerajaan perlu beri kelonggaran kepada mereka dengan mengurangkan karenah birokrasi.

Katanya, DPMT ingin melihat usahawan Melayu maju, bukan mundur disebabkan masalah begini yang dianggap boleh diselesaikan dengan menggunakan budi bicara pihak berkuasa.

“Jika benar Sabasun tidak cukup kawasan parkir, apa salahnya jika beri kemudahan parkir kepada mereka, jika bangunan mereka tidak cukup luas untuk tampung barang yang dijual, apa salahnya jika beri mereka ruang untuk besarkan bangunan.

“Sepatutnya kita tolong Sabasun sebagaimana kita bantu Mydin dan Giant. Sepatutnya kerajaan beri tanah ‘prime’ juga kepada Sabasun sebagaimana Mydin dan Giant..Barulah mereka tak berdepan dengan kesulitan sebegini,”


Ya saya setuju ! APA SALAHNYA Sabasun dibantu ?  Sebagai sebuah syarikat utama yang menaungi ratusan usahawan IKS Melayu, kenapa tidak diPERMUDAHkan segala urusan ? Kalau tanah jadi masalah, gantikan dengan tanah lain yang lebih sesuai, kalau masalah teknikal bangunan jadi isu, maka selesaikanlah secara BERSAMA ..... kedua2 pihak adalah orang Melayu !

Yang mendapat terkesan dari segala kemelut ini juga adalah orang2 Melayu. Melayu sama Melayu kasi MENANG-MENANG lah ! What is the problem

Cara yang diaplikasikan oleh Sabasun selama ini terbukti BERJAYA membantu usahawan2 Melayu, jadi kenapa tidak dibantu dan dipermudahkan ?

Dari kerajaan terus mencipta pelbagai program baru yang belum tentu berjaya yang bertujuan memajukan usahawan2 Melayu, kenapa tidak bekerjasama saja dengan pihak yang sudah pun berjaya dan diakui oleh usahawan2 Melayu yang terlibat ?

Seriusli, saya tidak nampak sebarang masalah sekiranya semua pihak ikhlas mahu membantu dan memperjuangkan nasib usahawan Melayu. 

Yang sulit dipermudahkan, yang kurang dicukupkan, yang tiada diadakan. Dimana masalahnya ?

PS - Ada perkembangan baru dalam isu ini yang akan saya kemaskinikan tidak lama lagi.

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 9, 2013 at 1:46 PM

Lain di mulut,lain dihati.. Mulut boleh cakap apa yg org nk dengar tp tindakan akan menceritakan isi hati kita. Dari segi tindakan mmg nampak sabasun seperti sengaja dianiaya oleh pbt.. Kepada pbt yg diberi kuasa, gunakan kuasa yg diberi sebaik mungkin. Jgn menindas dan aniaya org lain. Sy doakan kedua2 pihak berlapang dada dalam menyelesaikan perkara yg tak sepatutnya jd isu ini..aminnnn..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 9, 2013 at 4:25 PM

Haa Haa MBKT dah Kantoi laa Tuuh... Bila Dah Berdesing Telinga baru lah nak panggil meeting...Alahai Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Adzlan Mohd Dagang... Baru terasa pedasnya Cili Kasi Taroookk...

E2 lah pie Makan Manis2 sangat drp Puak Cinabeng & Mamak tuuuh... sesekali Makanlah Cili Pulak...Nantikan kena Kencing Manis Pulok...kah kah kah kah... baru padan muka

Post a Comment