........... Isu Rosmah Naik Jet - Parti Rakyat Bawa Suara Rakyat ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Rosmah Naik Jet - Parti Rakyat Bawa Suara Rakyat ?

Saturday, December 7, 20139comments


Perwakilan Umno Wilayah Persekutuan, Affendi Zahri hari ini mempertahankan kontroversi kerajaan menaja penerbangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor menggunakan jet peribadi.

Katanya, penggunaan jet peribadi oleh pasangan hidup Datuk Seri Najib Razak itu untuk tujuan keselamatan semata-mata.

“Kalaulah apa-apa terjadi kepada tubuh badan dan keselamatan isteri perdana menteri sudah tentu bebanan emosi kepada perdana menteri kita, dia (Najib) kena fikir 27 bilion, huih, sayang o," katanya ketika membahaskan usul ekonomi yang dibawa perwakilan Umno Kelantan.

Affendi sekali gus mengkritik pembangkang yang didakwanya banyak membuat tohmahan kepada pasangan negara itu kebelakangan ini.


Ucapan beliau itu menggamatkan suasana dan mencuit hati perwakilan di dalam mahupun di luar dewan.

Suasana lebih menghiburkan apabila Pengerusi Tetap Umno, Tan Sri Amiruddin Badaruddin turut mencelah sebelum Affendi meneruskan perbahasan.

"Kalau benda itu kelulusan rasmi, apakah itu rasmi? Rasmi ini adalah apabila mendapat jemputan, bukannya isteri perdana menteri itu nak pergi holiday (bercuti). Kalau pergi holiday saya pun tak setuju, lainlah kalau dia jemput saya sekali.

"Tapi ini dijemput, jadi teruskan. Isu keselamatan tidak ada had harga...,"
tambahnya lagi
. - Mkini.


Benarkah kenyataan2 diatas mewakili pandangan rakyat ?

Saya tak tahulah korang tapi mengambilkira keadaan semasa dan tujuan trip yang bagi saya TIDAK PENTING mana pun, saya masih tidak bersetuju.


Oya, apakah ada kesan pada negara jika PM mendapat bebanan emosi ? Yang berfikir untuk negara bukankah para penasihat dan konsultan ? RM7.2 Billion tuh !

Maaf jika agak kasar bunyinya tapi kenapa tidak ada perwakilan yang bawa usul mengenai keperluan segala para penasihat dan konsultan PM ? RM7.2 Billion tuh ! ! 

Itu isu antara isu utama yang rakyat duk bercakap - Kenapa parti yang mendakwa sebagai Parti Rakyat tidak mahu bawa isu rakyat ?

PS - Ekoran video pakcik Umno berjoget sakan ala aksi Mahmud Jun dalam filem DoReMi ( KLiK ), RAMAI rakan2 blogger yang marah pada saya, ramai juga yang menuntut saya tarik balik video itu. Tidak kurang juga ramai yang mempertikaikan kewajaran saya terus dilabel sebagai pro Umno kalau begitulah cara saya menulis .......

Entahlah ..... siPELAKU dan PENGANJUR tidak pula dibalun tapi yang menghebahkannya pula yang dipersalahkan.  


Terserahlah ..... saya punya cara saya sendiri dan saya sekadar meluahkan apa yang saya rasa. Hak anda untuk melabel saya apapun dan saya tak kisah.

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 7, 2013 at 11:51 AM

Habisla ko din, lepas ni cocodili mesti dah reject awal2 ko dari join dia punya grup.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 7, 2013 at 12:51 PM

salam,

sebelum pau berlangsung, kita dah agak apa yg akan diucapkan oleh pewakilan dalam pau. boleh semak balik posting yg lepas dan komen daripada pembaca. boleh buat statistik tak berapa peratus kebenaran yang berlaku. antaranya perbahasan dalam pau berkenaan kak mah dan jet. apa kaitannya dengan ahli umno dan rakyat, kita pun tak tahu? keselamatan, mungkin yg berucap tu nak jadi calon pru14 kot, calon pasti menang. kak mah dah ada body guard yg terlatih. agaknya ah jib gor tak merintih pun, tapi melompat gembira jika apa yg pewakilan cakap terjadi.

bab joget tu memang dah melampau, macam nak tiru pas ajer. pas buat konsert rock, umno buat joget lambak. lantak la bro, bukannya tak sokong, tapi melaporkan apa yg tak dilaporkan oleh blogger berbayar ( pengerusi kelab media yg cakap ). tak kisah tu, menarik bangat tu.

paling hangat hari ni bila dengar kak ijat cakap, kalu tak ada pm membantu semua lembu kak ijat dah tenggelam dalam banjir. superman ni sapa, ah jib gor atau pengerusi kelab media? kita yg tenggelam ni, bungkus kain sendiri selamat diri. tak ada tunggu orang bantu pun. saling tolong menolong. bukan macam lembu kak ijat yg perlukan gembala ah jib gor untuk selamatkan diri. mangsa banjir tak harap bantuan pm. tapi pemimpin kena prihatin terhadap kesusahan rakyat, terutama yang mengundi awak sebagai adun atau mp. datang tunjuk muka sedih dan simpati, hulur bantuan serba sedikit, lupa la sengsara yang dialami sekejap. tu belum balik tengok umah dan keta yg tenggelam.

setakat ni yg dilaporkan blog yg syok dibaca adalah kenaikan harga barang, menepati apa yg diluahkan dlm blog sotb. ahli umno dan pewakilan tak terasa harga barang naik kot. tu selamba jer.yala, yg menang semunya penyokong tegar presiden. beri peluang kepada presiden. nak tegur kak ijat pun tak boleh pasal semua sokong pm. mereka semua patuh pada presiden umno, ah jib gor.

tak mau liputan banjir ke bro? ada kat kl ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 7, 2013 at 2:28 PM

Blogger semua dah takut nanti tak da dapat bantuan kewangan....

Jadi saya mencadangkan Blogger Din Turtle letak nombor akaun di blog supaya papa pengomen boleh buat derma..

Demi untuk menyatakan Kebenaran, Menegakkan Yang Haq, Kita kena berkorban kalau blogger lain dah kecut takut nak jadi PONDAN.........

....................
Reply To This Comment ...................
Esa Adam
December 7, 2013 at 2:49 PM

Bro,

Mulah blogger pro rakyat. Teruskan perjuangan mu. Kami semua dibelakang mu. Peduli apa mereka nak kata.

Sekali lagi jangan sesekali gentar untuk menulis penyelewengan yang berlaku tak kira baik dari kerajaan yg memerintah atau dari pembangkang.

....................
Reply To This Comment ...................
December 7, 2013 at 6:33 PM

Din - aku tahu "penyu" tidak akan pernah mengaku kalah - teruskan perjuangan - bongkarkan yang baik maupun yang busuk demi rakyat - lantak pada pembodek yang sedia ada kerana sumbangan mereka hanya untuk terus menjahanamkan kerajaan yang ada.

....................
Reply To This Comment ...................
December 7, 2013 at 8:02 PM

InsyaAllah :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 7, 2013 at 9:15 PM

Bro Din, aku sokong ko kalau ko tetap dengan cara begini. Komentar "without fear or favour". Teruskan perjuangan mu bro din.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2013 at 12:13 PM

Bro Din,saya pun sokong UMNO tapi tak salah jika mereka di tegur. Terlalu banyak penyokong yang 'absolute' yang fikir peminpin kita ini tak pernah buat silap dan boleh buat apa mereka suka. You have my support Bro Din.

Alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2013 at 12:20 PM

Teruskan perjuangan bto ... Jangan gentar ... Semoga berjaya ... Biarkan diluncai (pembodek) terjun dengan labu2nya ...

Post a Comment