........... Isu Naik Kos / Barang Naik - Kerajaan Selangor Pun Jangan DIlupakan ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Naik Kos / Barang Naik - Kerajaan Selangor Pun Jangan DIlupakan !

Tuesday, December 24, 20136comments


Dalam soal bantahan kenaikan harga pelbagai 'barang' , kita kena adil lah. Siapa saja yang naikkan harga tanpa mengambilkira kesannya kepada rakyat, kita kenalah tegur. Kalau kerajaan Pusat buat, kita tegur. Begitu juga kalau kerajaan Negeri ..... dalam kes ini Kerajaan Negeri Selangor.

Saya tak berapa nak ikut isu Selangor ni jadi saya copy jer artikel rakan2. Saya hairan satu jer ..... katanya rezab Negeri Selangor BANYAK dan itu menjadi satu kebanggaan besar buat pembangkang, malah dijadikan bahan kempen masa PRU13 baru ni.

Jadi apa perlunya dinaikkan cukai tanah/pintu dan lesen perniagaan ? Apakah kerana sudah lama tak naik maka tiba2 terasa nak naikkan juga ?

Bagaimana dengan kenaikan mendadak gaji ADUN dan EXCO Selangor ..... apakah itu SELARI dengan alasan kantung kerajaan kering ( maka dinaikkan cukai dan bayaran lesen ) ? Maksud saya, kalau dah tak cukup duit, tak perlulah lagi naikkan gaji ! 

ATAU semua kenaikan itu cuma sekadar permainan politik PR ?

Ya, kenapa media pro pembangkang tidak memperjuangkan nasib rakyat Selangor ? Atau sememangnya 'perjuangan' mereka itu juga bermotifkan politik yakni berpilih ?

                                       *********************************

Kenaikan bayaran lesen perniagaan menjangkau 300% mengikut keluasan, merupakan antara faktor utama kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di Selangor.

Begitu juga dengan kenaikan cukai dan premium tanah. Cukai ini juga akan mendorong peningkatan harga memandangkan para peniaga terpaksa mengeluarkan lebih perbelanjaan untuk premis. Secara tidak langsung, penambahan kos tersebut akan dimasukkan ke dalam harga barangan yang dijual kepada pengguna.

Mengapa agaknya Pakatan Rakyat langsung tidak nampak perkara ini? Mengapa agaknya mereka tidak peduli dengan kenaikan beratus peratus di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, tetapi lebih sibukkan kenaikan 10%-35% sehinggakan mereka cuba menggambarkan bahawa kenaikan berkenaan akan menyebabkan rakyat Malaysia mati kebuluran? ( mykmu )

Baca juga luahan rakan blogger dari Shah Alam ( KLiK ) -

Ini kenyataan best dari khalid samad,''Katanya, dengan lebihan rizab dan hasil pendapatan negeri yang tinggi, Selangor boleh memastikan rakyat di bawah naungannya terjaga dan tidak terjejas dengan kenaikan harga yang dilakukan oleh kerajaan pusat.

Kalau dah ada lebihan rezab dan pendapatan negeri yang tinggi eloklah hal-hal cukai yang dikenakan pada rakyat dihapuskan sebagaimana kata-kata Haji Hadi semasa berucap di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru Kuala Lumpur beberapa hari lepas.Ini kenyataan Haji Hadi,"Percukaian dalam Islam yang dikenakan termasuk kepada orang Islam menetapkan sekiranya sumber negara sudah cukup, maka cukai dihapuskan,''jadi apa salahnya jika cukai yang dikenakan kepada rakyat negeri Selangor di hapuskan jika lebih rezeb dan pendapatan negeri yang tinggi seperti dakwaan Khalid Samad.

                                ************************************

Itu belum masuk bab penjualan arak yang semakin bebas dan berleluasa ... juga kemunculan rumah2 urut yang semakin banyak bercambah ! Wakil2 rakyat Pas takde telur ke ? 

PS - Jika sesetengah polisi 'kotor' dikatakan sebagai peninggalan kerajaan BN, kenapa dah masuk penggal kedua pun masih tidak diperbetulkan ? Bukankah kuasa sudah ditangan ?

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 24, 2013 at 2:09 PM

Jangan lupa tariff air yang naik di PP. Pandai diorang senyapkan,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 24, 2013 at 3:19 PM

Kalo BN Barang Naik PR Price Rise sama ja dua x lima 10!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 24, 2013 at 3:58 PM

bukan ke Red Pigs Army ada menyatakan bahawa penyokong2 PR semua bodoh? hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 24, 2013 at 4:15 PM

Salam Pok Din,

Kita sebenarnya sudah Lama Hidup Menikmati Kesenangan, Kemewahan dan Ketenteraman di bumi Malaysia Ini..

Apakah Ujian BERAT yang akan Mendatangi Kita ini, benar2 suatu Ujian di atas Kesenangan, Kemewahan dan Ketenteraman yg dikecapi selama Ini...

Apakah Kita Benar2 Umat Yg Tidak Tahu Ertikata Bersyukur..

MOHON POK DIN anjurkan, usulkan, cadangkan kepada semua Blogger2 UMNO dan Pro-Kerajaan dan Pembangkang dan Pro-Pembangkang supaya sama2 Kita Bersolat Hajat dan Berzikir Memohonan Keampunan dan DIHINDARI dari Masalah Besar yang akan melanda Negara..

Allahu'alam...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 25, 2013 at 2:59 AM

Umpama timun hendaknya
Melanggar kami terluka
Dilanggar kami cedera
Tapi itulah nasib kami yang hina

Tanpa elaun seperti menteri
Makan bayar sendiri
Kereta pandu sendiri
Minyak isi sendiri
Jalan sesak kami hadap setiap hari

Mudah pula tuan berkata
Jangan makan bila ayam naik harga
Jangan minum manis bila naik harga gula
Jangan guna jalan jika tol naik berganda
Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia

Kami umpama kain basahan
Tuan perah habis habisan
Akhirnya kami kekeringan
Merana kami tuan kesenangan

Duit sejemput kami diperas hingga rabak
Gaji tuan sedikit pun tak boleh ditolak
Diusul kami tuan amuk sampai koyak
Kami senyum lihat tuan makin menggalak

Tak mengapalah tuan
Kami terima segala ketentuan
Cuma ingat pesan Tuhan
Setiap perkara ada balasan
Nasib tuan belum ketahuan

Tuan jangan lupa
Kami manusia biasa
Sabar kami ada tahapnya
Luka kecil boleh menjadi nanah juga
Jangan sampai menjadi barah pula
Cukuplah tuan menyeksa
Cukuplah tuan buat kami merana

Kuasa tuan dari kami
Naiknya tuan dari kami
Jatuhnya tuan dari undi kami,
Rintihan dan luahan hati kami ,
Terima kasih kerana tuan sudi melapangkan masa utk membacanya.

....................
Reply To This Comment ...................
December 26, 2013 at 3:30 PM

Sebab diaorg naikkan itu dan inilah maka rezab diaorg besar din.Ingat segala rezab 2 hasil pelaburan ker? Semua hasil dari cukai yang diperah oleh kerajaan la. Sebenarnya kenaikan yg beratus peratus seperti dalam gambar di atas pon bukannya bermula lepas PRU13 jer,malahan ada yg dh lama naik seperti cukai hartanah di Shah Alam dh mula berkujtakuasa sejak December 2012 lagi.

Harap abg din pon jenguk2 la jugak isu dari PR ni. Jgn kita asyik ghairah nak MENEGUR umno,segala kelemahan umno kita telanjangkan sampai kita lupa segala onar yg PR buat di tempat lain sampaikan kita nampak umno dh mcm Syaitan dn PR pulak bersih mcm Malaikat.

Harap abg din lebih agresif. Macam mana abg din gasak ah jib gor dn Rosmah mcm 2 jugak la abg din kena gasak PR jika diaorg buat salah. Taknak la artikel sepintas lalu mcm ni jer. Bak kata abg din, kita berjuang demi Islam dan Melayu. Bukan sebab umno dan Pas dan bukan juga sebab Najib atau Anwar. Kalau nak gasak kita kena gasak sama rata.

Post a Comment