........... Isu Jet Eksklusif - Akhirnya Rosmah Menjawap ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Jet Eksklusif - Akhirnya Rosmah Menjawap !

Sunday, December 15, 201327comments

- "Dalam ucaptama itu saya berkongsi tentang kejayaan wanita Malaysia yang menjadi kebanggaan kita semua. Tak sangka pula dalam kita berbangga dengan khalayak antarabangsa tentang negara kita rupanya ada pihak yang tidak berpuas hati.

"Masyarakat antarabangsa bersungguh-sungguh memberi penghormatan kepada Malaysia tetapi rakyat kita sentiasa memandang negatif apa yang saya buat,"


- Ditanya mengapa tidak menggunakan pesawat komersial, Rosmah tersenyum. Katanya, isu itu tidak pernah timbul sebelum ini kerana setiap apa yang beliau lakukan mesti dirujuk kepada Kabinet untuk mendapatkan kelulusan.


Kabinet, katanya, mengambil kira pelbagai faktor terutamanya keselamatan dan masa. 


``Kita bergerak mengikut jadual, apatah lagi sesuatu program itu disediakan oleh tuan rumah, kita mesti menepati masa," katanya sambil memberitahu kemudahan jet kerajaan itu telah ada sejak sebelum Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri.

Menurut Rosmah jadualnya padat tidak memungkinkan beliau menaiki pesawat komersial, dan beliau bukannya bersenang lenang apabila berada di satu-satu negara sebaliknya akan memastikan setiap masa terisi dengan program berfaedah. Dan tidak semua negara menyediakan penerbangan ke satu-satu negara secara kerap, malah adakalanya hanya satu penerbangan untuk satu destinasi setiap hari.

Misalnya hanya terdapat satu penerbangan dari Kuala Lumpur ke Colombo, begitu juga Kuala Lumpur ke Dhaka seperti mana juga Dubai - Colombo dan Dubai ke Dhaka.

Dari Dubai, Rosmah berangkat ke Sri Lanka dan tiba di Colombo lewat malam dan seawal pagi menyertai Perdana Menteri menghadiri majlis perasmian CHOGM dan selesai CHOGM mereka ke Bangladesh untuk lawatan negara. Di Bangladesh, Malaysia turut menghulurkan bantuan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami masalah sumbing.

- Menurut Rosmah, apa yang dilakukan adalah sumbangannya untuk kesejahteraan negara dan beliau percaya mana-mana isteri pemimpin jika dijemput untuk berkongsi pengalaman tentang kejayaan negara mereka akan berbuat demikian. Dan adalah pemandangan biasa isteri-isteri pemimpin dunia menggunakan jet kerajaan masing-masing kerana pelbagai faktor waima negara seperti Bangladesh, Vietnam, Thailand, Laos, Kemboja dan Sri Lanka pun berbuat demikian.

"Apa yang saya lakukan kerana Allah, yang lain-lain saya tak fikir. Biarlah mereka memfitnah, menuduh dan memburuk-burukkan saya," 

Artikel Penuh 


ISTERI Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tenang ketika ditanya kontroversi penggunaan jet ke Qatar.  Beliau menghuraikan satu persatu jadual kerjanya dan mengapa beliau berada di Qatar, Dubai, Sri Lanka dan akhir sekali Bangladesh. Semuanya kerana kerja bukan untuk suka-suka. Semuanya dilakukan mengikut prosedur. 

Dari Langkawi Rosmah terbang ke Qatar bagi memenuhi undangan untuk menyertai Qatar International Businesswomen Forum yang keempat. Beliau dijemput menerusi kedutaan Qatar di Malaysia yang kemudian dipanjangkan ke Wisma Putra dan dirujuk ke Kabinet.

Di Qatar, isteri Perdana Menteri diberi penghormatan menyampaikan ucaptama bertajuk The Empowerment of Malaysia Women dan juga dikurniakan anugerah.

"Dalam ucaptama itu saya berkongsi tentang kejayaan wanita Malaysia yang menjadi kebanggaan kita semua. Tak sangka pula dalam kita berbangga dengan khalayak antarabangsa tentang negara kita rupanya ada pihak yang tidak berpuas hati.

"Masyarakat antarabangsa bersungguh-sungguh memberi penghormatan kepada Malaysia tetapi rakyat kita sentiasa memandang negatif apa yang saya buat," katanya.

Sementelah diberi penghormatan berada di pentas forum itu, Rosmah mengambil kesempatan melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Qatar, Sheikh Abdullah Nasser Khalifa Al-Thani. Kunjungannya itu turut menerima kritikan.

" Sebagai tetamu adakah salah saya memohon mengunjungi Perdana Menteri sebagai menghormati tuan rumah. Jika isteri Perdana Menteri negara-negara lain datang ke Malaysia, mereka akan melakukan perkara yang sama," katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di kediamannya baru-baru ini.

Jadual Rosmah di Qatar sememangnya padat. Beliau turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Sheikha Moza Nasser yang merupakan Pengerusi Yayasan Qatar . Kunjungan hormat ke atas isteri Perdana Menteri, Sheikha Alanoud juga dilaksanakan.

Ditanya dakwaan kononnya beliau menggunakan jet kerajaan untuk menonton pertunjukan fesyen, Rosmah memberitahu, pertunjukan fesyen itu anjuran rakyat Malaysia, dan beliau dijemput kerana kebetulan berada di Qatar atas urusan rasmi.

Katanya, isteri Perdana Menteri Qatar telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada majlis anjuran rakyat Malaysia di situ, salahkah beliau sebagai isteri pemimpin negara yang kebetulan ada di situ dan dijemput

"Saya bukan ke Qatar kerana pertunjukan fesyen. Saya berada di Qatar atas jemputan rasmi dan menonton pertunjukan fesyen yang dianjurkan oleh rakyat Malaysia kerana dijemput.  Saya juga mahu menyokong usaha rakyat Malaysia tidak kira di mana mereka berada" katanya.

Isteri Perdana Menteri kemudiannya terbang ke Dubai bagi memenuhi undangan Princess Haya. Di Dubai berlangsung beberapa agenda termasuk membantu kerajaan di situ merealisasikan impian mahu melaksanakan program seperti PERMATA.

Satu majlis pertukaran dokumen memorandum persefahaman antara Permata Pintar yang dikendalikan UKM dan Alliance International Investment berlangsung semasa Rosmah berada di Dubai.

"Satu lagi kebanggaan apabila Malaysia menjadi rujukan malah program Permata menjadi model ikutan beberapa negara termasuk UAE," kata Rosmah.

Di Dubai, Rosmah turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Princess Haya dan Sheikha Fatma Mubarak iaitu Mother of The Nation UAE

Beliau turut dijemput mengadakan lawatan ke Dubai Humanitarian City dan Dubai Healthcare City yang menempatkan pelbagai agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta badan-badan kemanusian antarabangsa .

Perbincangan antara delegasi Malaysia dan UAE turut berkisar kepada tawaran hasrat mereka mahu membuka cawangan di Malaysia sebagai hub di rantau ini. Mereka turut bertukar pandangan mengenai penyelidikan  autisme.

"Kita explore pelbagai kemungkinan dan membina persahabatan untuk menarik perhatian mereka tentang peluang yang ada di Malaysia. Dan Alhamdulillah mereka menerima kita secara positif malah mahu membuka cawangan di negara kita sebaga wakil mereka di rantau ini," katanya.

Ditanya mengapa tidak menggunakan pesawat komersial, Rosmah tersenyum. Katanya, isu itu tidak pernah timbul sebelum ini kerana setiap apa yang beliau lakukan mesti dirujuk kepada Kabinet untuk mendapatkan kelulusan.

Kabinet, katanya, mengambil kira pelbagai faktor terutamanya keselamatan dan masa.

``Kita bergerak mengikut jadual, apatah lagi sesuatu program itu disediakan oleh tuan rumah, kita mesti menepati masa," katanya sambil memberitahu kemudahan jet kerajaan itu telah ada sejak sebelum Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri.

Menurut Rosmah jadualnya padat tidak memungkinkan beliau menaiki pesawat komersial, dan beliau bukannya bersenang lenang apabila berada di satu-satu negara sebaliknya akan memastikan setiap masa terisi dengan program berfaedah. Dan tidak semua negara menyediakan penerbangan ke satu-satu negara secara kerap, malah adakalanya hanya satu penerbangan untuk satu destinasi setiap hari.

Misalnya hanya terdapat satu penerbangan dari Kuala Lumpur ke Colombo, begitu juga Kuala Lumpur ke Dhaka seperti mana juga Dubai - Colombo dan Dubai ke Dhaka.

Dari Dubai, Rosmah berangkat ke Sri Lanka dan tiba di Colombo lewat malam dan seawal pagi menyertai Perdana Menteri menghadiri majlis perasmian CHOGM dan selesai CHOGM mereka ke Bangladesh untuk lawatan negara. Di Bangladesh, Malaysia turut menghulurkan bantuan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami masalah sumbing.

Bukan mengungkit, tetapi hubungan erat Rosmah dengan isteri-isteri pemimpin luar negara ada masanya memberi kelebihan bukan untuk dirinya  tetapi untuk rakyat Malaysia.

Kes penghantaran pulang  kira-kira 8,000 pelajar Malaysia di Mesir ketika negara itu bergolak misalnya berjaya diselesaikan apabila beliau menghubungi keluarga diraja Arab Saudi sehingga akhirnya mereka dibenarkan mendarat di Jeddah dan diberi visa sebelum dihantar pulang ke Malaysia.

Begitu juga apabila seorang pelajar Malaysia, Ibrahim Mohd Azmi hampir dipenjarakan di Rafah kerana disangkakan spy sedangkan penuntut berkenaan menyertai konvoi anggota kemanusiaan Viva Palestina untuk mengambil gambar sepanjang perjalanan konvoi itu ke Gaza.

"Saya menghubungi Suzzane Mubarak memberitahu pelajar berkenaan akan menduduki peperiksaan, ibu bapanya bimbang dan pelbagai alasan lagi. Ketika itu fokus saya adalah untuk membebaskan pelajar berkenaan dan akhirnya dia  dibebaskan dapat dapat kembali meneruskan pengajian," katanya.

Bapa kepada pelajar berkenaan Dr Azmi Mohd Ghazali turut mengucapkan terima kasih kepada Rosmah

Azmi berkata, beliau sekeluarga amat berterima kasih kepada usaha isteri Perdana Menteri dan Kedutaan Malaysia di Mesir yang berjaya membebaskan anaknya itu.

"Saya tidak mengharapkan orang akan berterima kasih atau bersyukur dengan usaha kecil saya itu tetapi tolong jangan asyik mencari salah orang lain, atau menjaga tepi kain orang lain. Dan jangan mengada-adakan cerita, berdosa besar. Saya tak mengata orang, tak memburukkan pembangkang,"  katanya.

Menurut Rosmah, apa yang dilakukan adalah sumbangannya untuk kesejahteraan negara dan beliau percaya mana-mana isteri pemimpin jika dijemput untuk berkongsi pengalaman tentang kejayaan negara mereka akan berbuat demikian. Dan adalah pemandangan biasa isteri-isteri pemimpin dunia menggunakan jet kerajaan masing-masing kerana pelbagai faktor waima negara seperti Bangladesh, Vietnam, Thailand, Laos, Kemboja dan Sri Lanka pun berbuat demikian.

"Apa yang saya lakukan kerana Allah, yang lain-lain saya tak fikir. Biarlah mereka memfitnah, menuduh dan memburuk-burukkan saya," katanya. -- MalaysiaGazette.

Share this article :

+ comments + 27 comments

....................
Reply To This Comment ...................
December 16, 2013 at 12:27 AM

'biasa isteri-isteri pemimpin dunia menggunakan jet kerajaan'

correction: isteri2 PEMERINTAH.

"Apa yang saya lakukan kerana Allah" ye ke nyonya mansor?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2013 at 1:26 AM

Penipu besar minah ni
masalahnye minah ni tak menyumbang apa apa pun menteri pun bukan bini pm ah jib jer

wahai minah
isu utama adalah rakyat tertindas susah cari makan barangan harga semua naik rakyat susah jadi bila tengok makcik ni bergaya sakan org menyampah

eh tak paham paham lagi ke
rakyat majority susah dan bila melihat menteri kayaraya bini menteri kayaraya anak menteri kayaraya rakyat jijik meluat tengok

minah ni tak cerdik pun negara luar lebih hormat pada tun dari minah gemok ni so baik tun yg naik jet makcik ni layak naik taxi je

....................
Reply To This Comment ...................
December 16, 2013 at 1:37 AM

@Anonymouskok ya pun marah, marahlah dengan cara yang beradab :)

Errr... adalah 2-3...errrr 5-6 komen yang guna bahasa kasar yang saya padamkan.

Mohon berhujah dengan berhemah, ok.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2013 at 2:53 AM

rasa rasa admin la kan.. penyamun ni ada adab ke admin bila diaorang menyamun harta negara menyusahkan rakyat ekk ada beradab ke diaorang ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2013 at 4:41 AM

hahaha kesian Kak Mah...jawap salah tak jawap pun salah

-Golokru-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2013 at 6:07 AM

Tukang komen yg kurang mendapat ajaran tu sebenarnya lagi teruk dari org yg dikomen selalunya. Tulah fakta

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2013 at 6:29 AM

Mintak tolong Rosmah umumkan beberapa MOU perdagangan dua hala. Diharapkan beliau berjaya membuktikan bahawa kehadiran beliau di sana telah berjaya membawa masuk pelabur besar dari luar ke Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
December 16, 2013 at 7:17 AM

@Anonymoussaudara nak marah tapi bahasa masih ok .... kan boleh tuh ... :)

....................
Reply To This Comment ...................
December 16, 2013 at 7:26 AM

Masalah rakyat susah dan tak cukup makan, salah Rosmanh juga ke? Kenapa dalam masa yang sama ramai juga rakyat yang kaya raya dan berlebih-lebih makan. Patutnya kalau tindakan rosmah ini menyebabkan rakyat susah, semua rakyat malaysia ni susah dan tak cukup makan.

Moralnya, nasib kita samada susah atau senang tidak beregantung kepada tindakan rosmah. kita sendiri yang kena tentukan kita senang dan cukup makan. Apa yang Rosmah lakukan mungkin kita tidak berkenan, tetapi adakah disebabkan kita tidak berkenan dan tidak suka, maka perbuatan beliau itu tidak betul?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2013 at 7:48 AM

Alah diorang yg kutuk ni....kalo dia jadi PM, ntah-ntah bini cucu pon naik jet kerajaan pi golok!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2013 at 8:16 AM

Kita menilai seseorang dgn mengambil kira semua faktor. Ruang yg terhad tidak mengizinkan saya untuk menyenaraikan faktor2 itu. Tapi yg paling ketara, isteri PM ini macam kaduk naik junjung.

....................
Reply To This Comment ...................
December 16, 2013 at 8:39 AM

silibus permata pintar lagi bagus drpd taska2 kerajaan. aku puji rosmah tentang hal ni. sebelum ni, takde usaha yg di buat utk menaikkan lagi taraf pengajaran dan pembelajaran anak2 kita. tentang jet tu, itu adalah rezeki dia. dgn kata lain, itu antara dia dgn tuhan. tak payahla kita nak ambik kerja tuhan.

....................
Reply To This Comment ...................
December 16, 2013 at 8:53 AM

kaduk naik junjung ler, penipu ler..diapun berserah kepada Allah, korang jawaplah depan Allah kenapa korang ejek dia macam macam. Adoii lama ler tunggu kat padang masyar sebab nak tunggu kes orang orang macam korang ni selesai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2013 at 9:19 AM

Kalau banyak sangat yg boleh dibuat oleh Kak Mah ni, betul juga kata A Kadir Jasin, biar la lantik dia jadi Menteri Tugas Khas.. Biar dia handle semua kementerian luar, pelaburan, perdagangan..

Bole tendang je Menteri2 yang tak perform. Dah banyak jimat duit gaji yg nak dibayar..

Apa2 pon bukan la saya menyampah dgn Kak Mah... Cuma pada saya dah terlalu over expose je.. Relax one corner dulu laaaa...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2013 at 9:28 AM

aku cabar sapa yg kata rakyat susah. Ini berdasarkan pemerhatian.
1) kata barang semakin mahal, tertekan, aku tengok kereta asyik tukar yg baru jer
2) kata rakyat semakin susah, yg aku bengangnya kalu pergi kedai makan asyik penuh jer org dok makan dan minum sampai tengah malam dia orang dok lepak lepas satu2 tambah teh tarik.
3) hidup semakin tertekan, aku dok perhati di R & R terutama musim cuti sekolah ni nak cari tempat makan di R&R lebuhraya org sesak, tandas yg luas tu pun bersesak org.

aku tak taulah din adakah itu semua belanja kat kedai makan, beli kereta baru dan berjalan dilebuhraya tak sesen duit pun.

kalulah sesak betul2 sekarang semua tempat berbelanja dan jalanraya senyap sunyi kankan? Kalu atas nama belanja dek terpaksa maknanya adalah tu... hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2013 at 10:43 AM

Salam tuan, kata2 tn itu ada benarnya..ttp ianya tidak boleh disimpulkan terus begitu. Apa yg terjadi hari ini ialah rakyat terhimpit dgn pelbagai kenaikkan dan sumber pendapatan yg terhad. Disebabkan kenaikan ini, apa yg dikorban terlebih dahulu adalah 2 faktor yg amat penting iaitu kesihatan n pendidikan. Berapa peratus rakyat yg boleh mengambil insuran kesihatan n pendidikan. Ini terpaksa dikorbankan demi memenuhi keperluan hidup yg lain. Rakyay tiada masalah d hapuskan subsidi jika negara betul2 susah. Apa yg didebatkan ialah subsidi dihapuskan ttp pemimpin negara mewah berbelanja. Ingin sy menarik perhtian tuan...isu kenaikan gaji adun...bn sebenarnya x kisah pn..sbb apa...sbb adun2 mereka semuanya kaya raya....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2013 at 10:50 AM

Kalu mcm tuh, elok kak Rose nasihatkan ajer pok Jib tuh kalu buat sesuatu tuh biarlah Nawaitu kerana Allah S.W.T......

Kalu mcm tuh punya niat, kira2 boleh lah naik Jet peribadi yg dibiayai oleh rakyat....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2013 at 10:51 AM

@Anonymous

Ini peristiwa kat bandar2 ker atau kat kampung2?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2013 at 11:53 AM

Tu la kesian kak mah aka idola din aku pun tak berapa suka cara dia tapi pelik gak manusia ni tak jawab salab jawab pn salah tak yah la kutuk2 dia. X suka dia sudah diam jaa...aku pn x suka dia tgk aku diam ja kn? Hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2013 at 3:06 PM

Nak jd cai. Syarat mesti bodo

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2013 at 3:12 PM

salam,

kak mah dah jawab bro. din. so, sama tak dengan andaian kita. tapi macam biasa la, setiap jawapan tak mampu untuk memuaskan hati semua orang. berjuta pulak tu. mungkin pada saya dah ok, tapi pada orang yg kritis dan analitikal, mungkin jawapan ini gred c, bukannya gred a atau b. orang kampung, jawapan gred c, mungkin dah baik sangat. orang politik mungkin nak gred a plus punya jawapan.

tapi, kita tunggu aje la 5 tahun lagi. para penyokong i lap pm, nak jawab pulak. jawapan ni kira macam kita nak kawin la, orang tanya kenapa kawin lebih satu? kita jawab ikut sunnah. tapi masih ramai tak puas hati terutama isteri pertama. kawan pun tak puas hati, tanya macam-macam soalan, nak kawin juga. camtu juga kita, nak naik jet juga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2013 at 5:12 PM

Inilah kalau hati dah benci, benda yang positif dan baik pun di pandang negatif/buruk. Kak ros , kenalah lebih peka pada masa hadapan, agar perkara yang serupa tak berulang .Walaupun bini PM, tak semestinya boleh meggunakan hartabenda kerajaan sewenang -wenangnya banyak mata yang memerhati dan telinga yang mendengar. Apa -apa pun saya puji dan sokong usaha murni kak ros dalam hal hal kebajikan , teruskan usaha-usaha murni kak ros kerana allah.

....................
Reply To This Comment ...................
December 16, 2013 at 8:08 PM

Mmg ade usaha2 rosmah yg boleh dibanggakan..mmg permata tu sgt bagus...penyelidikan ttg autisme pun sgt bermakna bagi mereka yg mempunyai anak autisme...tapi ye la..org dh benci kan.....kesian gak...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2013 at 11:05 PM

@Anonymous

ni aku jawab cabaran hang:

1. kereta siapa yang makin tukar? aku ada 8 adik beradik...abang sulung aku jer yang dah tukar kereta 2x...yang lain kereta tu lah jugak dah lebih 10 tahun termasuk bapak aku...so kereta siapa yang asyik tukar? kereta hang ke?

2. kalau setakat makan kat luar kat restoran 1 bintang 2 bintang tepi jalan tu pun hang dah nak berkira! itu lah yang rakyat Malaysia masih dapat enjoy pun...dengan hutang kereta rumah 10 ke 30 tahun, janganlah itu pun nak dirampas rakyat biasa ni...dengan meningkatnya sgala jenis barang ni...nak makan luar pun makin susah....

3. RnR sesak! memang lah sesak...dah masing masing asal kat Pahang Kelantan Terengganu kerja kat KL...memang lah selalu guna lebuh raya nak jenguk mak bapak kampung halaman! Duit memang kena keluar..habis nak buat macam mana?

Aku perhati point point yang kau keluar kan ni...benda remeh! ni bukan benda org kaya buat...org biasa buat....bukannya sekor sekor naik jet peribada RM 500,000 macam Rosmah...bukannya sekor sekor kerja dengan consultant yang dapat bayaran 7.2 billion tu!...dengan peningkatan segala macam barang ni...perkara biasa ni esok akan jadi luar biasa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2013 at 11:07 PM

@putrarahman

saudara Putrarahman....

memang ada rakyat yang kaya dan rakyat yang miskin...samada ada Rosmah atau tidak ada...


tapi percaya lah...kalau Rosmah dan menteri menteri yang seangkatan dengannya tak ada...yang kaya akan bertambah kaya dan yang miskin pun akan bertambah kaya!

Apakah semua salah Rosmah? tak juga...tapi beliau adalah sebahagian dari masalahnya!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2013 at 1:38 AM

amboi..ada lg yg nak tegakkan benang basah! tak paham2 lg ke? ke dah dpt fulus? KERAJAAN SURUH RAKYAT BERJIMAT TAPI APAKEJADAHNYE PEMIMPIN2 DAN ISTERI BOROS? rakyat bodoh je yg tak marah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2013 at 10:39 AM

Macam Mana Melayu Nak Maju.. Pemimpin Boros, Dunggu, Bodoh pon ditatangnya...setia mereka.. bodoh lah.. Islam pon tak suruh kita taksub pd pemimpin yg Khianat...

Post a Comment