........... Isu Barang Naik - Terbaik Dari Tun Mahathir - Kerajaan Perlu Kurangkan Kos ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Barang Naik - Terbaik Dari Tun Mahathir - Kerajaan Perlu Kurangkan Kos !

Thursday, December 26, 201323comments


Artikel TERBAIK dan sempoi dari Tun Mahathir berkaitan isu Barang Naik ketika ini ! The Cost of Government. Secara asasnya Tun telah berikan nasihat kepada kerajaan Najib bahawa jika ekonomi kerajaan tenat, SELAIN dari mencari sumber kewangan diLUAR ( dimana rakyat yang perlu menanggung bebannya ), kerajaan juga harus melihat di DALAM yakni pengurangan kos kerajaan itu sendiri.

Sebelum ini pun telah ramai yang beritahu perkara ini melalui penulisan dan komen2, cuma kali ini diharap bila Tun Mahathir sendiri yang bercakap, ia akan tembus masuk kedalam kepala Najib !

Mkini ada terjemahkan bahagian yang penting -

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lebih baik langkah pengurangan kos pengeluaran diambil untuk mengekalkan harga barangan dan perkhidmatan daripada menaikkan harganya.


Beliau berkata apabila sesuatu perniagaan berhadapan persaingan atau peningkatan kos yang mengurangkan keuntungan, ia mempunyai pilihan antara menaikkan harga atau mengurangkan kos (cost down).



"Ada masanya harga boleh dinaikkan. Ini mungkin mengakibatkan kemerosotan jualan dan keuntungan. Lebih baik mengurangkan kos atau sama ada mengekalkan atau meminimakan kenaikan harga.



"Perkara sama boleh dilakukan kerajaan. Semua kos boleh diteliti untuk menentukan mana yang benar-benar penting, kos mana yang boleh dikurangkan, atau perkhidmatan mana yang boleh diolah," tulis beliau.


Begitu juga terjemahan oleh TMI -

- “Kita faham kerajaan memerlukan lebih wang tetapi itu tidak bermakna peningkatan seperti yang diumumkan.

“Adalah lebih baik mengurangkan kos, mengekalkan atau mengurangkan harga. Perkara sama boleh dilakukan kerajaan,” 

- “Kerajaan biasanya melakukan pembaziran kerana tidak memikirkan pulangan dalam apa juga bentuk perbelanjaan. Jika kerajaan berhasrat mengurangkan kos urus tadbir, mereka boleh melakukannya,” 


- "Pembayar cukai tidak mampu menanggung kenaikan cukai mendadak," 


 - “Kenaikan tarif boleh dilakukan secara berperingkat seperti 6% setahun untuk tempoh tiga tahun atau lebih lama. Jika formula itu digunakan, peningkatan sebenarnya boleh meningkat kepada 18% berbanding 15% yang diperkenalkan kerajaan sekarang,”

                               **********************************

Bila diumumkan penubuhan Makmal/Lab untuk mengkaji kenaikan kos hidup rakyat, ramai yang bising. Selain dari mempertikaikan apakah selama ini kerajaan tidak pernah buat kajian seumpamanya SEBELUM membuat keputusan menaikkan harga, ramai juga yang mempertikaikan kenapa tidak diwujudkan Makmal/Lab bagi mengkaji kaedah penjimatan kos dipihak kerajaan sendiri !

Antara sebab kenapa kerajaan boleh jadi sebegini sengkek adalah kerana sebelum ini kerajaan dilihat BOROS. Terdapat perbezaan yang begitu ketara cara kerajaan berbelanja jika dibandingkan SEBELUM dan SELEPAS PRU13.

Perkara pertama yang kerajaan harus lakukan dalam mencermin diri adalah BUBARKAN PEMANDU ! Jika Najib ikhlas kononnya mendengar keluh kesah rakyat, maka dengarkan ini - Rakyat berkeluh kesah mahukan PEMANDU DIBUBARKAN !


Mungkin penjimatan kos dipihak kerajaan tidak mampu menangani sepenuhnya masalah kewangan kerajaan tapi sekurang2nya beban yang perlu ditanggung oleh rakyat tidak seberat sekarang. Dan yang paling penting, seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, rakyat akan melihat kerajaan sebagai mesra rakyat. 

Tidak hanya pandai meminta rakyat saja yang perlu bersama kerajaan dalam usaha menangani masalah ekonomi negara tapi kerajaan sendiri yang terlebih dahulu memulakan langkah ke arah itu. Kepimpinan Melalui Teladan.


                                         **********************************

Saya ingin mengulas sedikit perenggan 4 dari artikel Che Det itu -

4. But the tax payers cannot suddenly come up with the money to pay the new taxes and charges. Lately Malaysian individuals and businesses have to come up with more money because of the many increases in cost due to Government policy decisions. Firstly the increase in minimum wage to RM900/-. This increase cannot be limited to those earning less than RM900/-. Those already earning RM900/- and above will also need to be paid higher wages. With this the costs of doing business and producing goods and services have increased and in turn the cost of living for everyone has increased.


... di mana Tun ada menyebut mengenai Gaji Minima RM900.  Perkara ini bukan saja memberi kesan kepada mereka yang bergaji dibawah RM900 ( dimana gaji mereka akan menjadi RM900 ke atas ) tapi memberi kesan kepada keseluruhan pekerja. Pastinya mereka yang sudah sedia menerima gaji melebihi RM900 melalui pangkat dan senioriti, mahu gaji mereka turut diselaraskan sama.



Bukan sedikit kenaikan kos itu ! Dan ia tidak menjanjikan pulangan dalam bentuk kenaikan Jualan. Hanya Kos semata2. Ditambah pula dengan kenaikan mendadak tarif elektrik, apakah sebuah syarikat itu akan menyerap begitu saja segala kenaikan kos itu ?


Seperti juga saranan Tun di atas, syarikat terpaksa membuat penjimatan kos mana2 yang boleh tapi sedikit sebanyak akan terdapat juga kenaikan harga barang bagi menampung kenaikan kos mendadak ini.

Sebarang kenaikan harga pastinya punya efek domino, saling berkait..... akhirnya bukan saja kenaikan gaji yang diterima oleh pekerja2 tidak memberi kesan yang diharapkan yakni kuasa membeli tetap sama kerana harga barangan turut naik, ia turut menyebabkan kesan inflasi yang lebih besar kepada keseluruhan ekonomi negara.

Bilangan pekerja terpaksa dikurangkan .... paling tidak pun syarikat tidak akan mengambil pekerja baru sehingga keadaan pulih. Kadar pengangguran akan meningkat.


Golongan yang paling teruk terjejas adalah mereka yang bekerja sendiri terutamanya yang dipendalaman seperti nelayan, petani dan para peniaga kecil. Pendapatan tidak banyak berubah tapi perbelanjaan akan meningkat banyak !


Dan ada pemimpin kerajaan yang kata rakyat jangan salahkan kerajaan ... pundek la.

PS - Nak tambah satu point lagi. Kalau Pemandu dibubarkan atas dasar pembaziran akut dan Najib tak reti nak memerintah tanpa Pemandunya, maka berhenti jer lah .... 

Share this article :

+ comments + 23 comments

....................
Reply To This Comment ...................
December 26, 2013 at 5:40 PM

Bro

Aku sokong 200% saranan Tun M. Itu bezanya pemimpin yg boleh berfikir sendiri dgn pemimpin yg bergantung kepada punahsihat.

Apa yg Tun cakap tu selalu dipraktikkan oleh syarikat2 yang bersaing dipasaran yg competitive. Pertama kita kurangkan kos dimana yg boleh kalau tak menjejaskan kualiti. Cari vendor alternatif. Jika kita tak buat semua tu kita tak tahu ada barang2 alternatif yg sama kualiti dgn harga jauh lebih murah.

Bezanya Jabatan2 Kerajaan ni dinilai dengan berapa banyak yg boleh dibelanjakan. Jika ada peruntukan seboleh-bolehnya mahu dihabiskan tak kira samaada ianya perlu atau pun tidak. Tapi yg peliknya setiap tahun kementerian2 minta bajet tambahan.

Mesti ada KPI dalam cost saving. Projek dengan objective yg sama boleh dilaksana dengan kos yg minima.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2013 at 6:23 PM

Rasionalisasi subsidi dan tranformasi ekonomi.Ke mana arah hendak di tuju.Bagaimana kedudukan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana rendah.Pendapatan tinggi dan kos hidup tinggi adalah tidak berbaloi utk menyalurkan bantuan BR1M kepada mereka yang berpendapatan rendah yang di takrifkan kepada ketidakadilan sosial dan rantaian aktiviti ekonomi semasa.Mewujudkan banyak spekulasi kepada tanda harga barang mengikut teori supply dan demand yang mempunyai peak semasa musim BR1M,hari raya dll.Sistem yang tidak baik utk mengurus perbelanjaan sara hidup sepanjang tahun berbanding dgn format subsidi.Malaysia harus mempunyai dwisistem ekonomi iaitu separuh syariah+kovensional dan ekonomi syariah sepenuhnya.Menstuktur semula sosial ekonomi masyarakat ,untuk mencapai matlamat kos hidup yang rendah dan meningkatkan pendapatan tanpa subsidi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2013 at 6:25 PM

Andaikata ingin mengetahui lebih lanjut sistem ekonomi berkenaan,buka meja sahaja RM16 juta.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2013 at 7:52 PM

Assalamualaikum pak din...

Kos gaji minimun belum lg nampak kesan...

Skrg bising barang naik akibat minyak naik.. gula naik.. elektrik akan naik.. tol akan naik.. permit kedai naik.. elaun mb speker naik... semua naik.. tapi isu gaji minimun yg menyebabkan kos miningkat dan kesannya belum dijadikan isu..

Errrr... gaji minimun kerajaan tetapkan bermula 1 jan 2014 rm900 campur kwsp majikan menjadikan rm rm1000lbh kos baru... mau tak pekedai pengilang akan naikkan harga nanti...

Tapi kelas lagi.. ada org janji bg gaji minima rm1100 dan minyak turun harga barang pun turun..tol hapus... ini terbaik...hehehe. ..

Errr minyak turun drp rm2.80 kpd rm1.90 secara berpeingkat sejak 2008 hingga 2012/2013 takde barang turun pun...
Bila naik 20sen.. gaduh nak naik pulok sekali lagi...

Huhuhu..

Apa2 pun saya sokong tun M dan din turtle

Wassalam

....................
Reply To This Comment ...................
December 26, 2013 at 8:03 PM

@Anonymouspeeeergh ... apa benda saudara cakap ntah !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2013 at 8:49 PM

Pelik, blogger yg mendakwa pro umno menjadikan mkini dan tmi sbg rujukan...apa dah xde rujukan lain ka bro??

....................
Reply To This Comment ...................
December 26, 2013 at 8:54 PM

@Anonymoussaudara ada masalah ke dengan terjemahan mkini dan tmi diatas ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2013 at 9:16 PM

tun m gunakan akal dan kebolehan dia utk memimpin tapi najib gunakan penasihat 7.2billion dia untuk memimpin. jauh beza beb..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2013 at 9:43 PM

salam,

tang gaji naik tak nampak la yg bising. tp tang barang dalam naik ramai yg bising. barang keperluan naik harga lagi la bising. camna tak bising, masa naik gaji dah buat perancangan, tapi punah bila terpaksa tampung kenaikan harga barang keperluan. yg dpt brim tak kisah la pasal dah dapat subsidi. setiap kali beli gula, keluar duit brim, isi minyak motor, guna duit brim, beli tepung guna duit brim. yg tak dpt brim, kena guna duit gaji yg naik tu, serupa tak naik la tu. betul la yg macam TDM tulis tu. gaji banyak tapi kuasa membeli kurang pulak tak bertambah.

dah tu kerajaan bagi tambah gaji, tapi suruh berjimat.berbelanja secara berhemah. tak naik gaji pun belanja sampai habis, dah naik, lagi la gila berbelanja. dulu gaji kecil, impian kecil. gaji besar, impian turut besar. tapi tetap macam dulu juga pasal masih lagi tak mampu kerana kenaikkan harga terutama harga rumah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2013 at 10:24 PM

Tu dia....apabila penasihat bertauliah memberi nasihat secara free jer. Tak payah membazirkan berbilion ringgit pun. Tapi Najib tak mau pakat nasihat free. Najib cuma berminat nak pakai nasihat yang berbayar jer. Kurang-kurang penasihat atau konsultan yang dibayar jutaan ringgit. Tapi sebenarnya ramai yang tak tak sedar bahawa Tun M memiliki otak yang genius. Otak Tun M seorang sebenarnya boleh menggantikan berpuluh-puluh otak penasihat yang dilantik Najib. Free jer, boleh jimat duit kerajaan. Idea pun boleh diterima pakai dan sudah tentu rakyat akan terima dengan senang hati.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2013 at 7:55 AM

inilah perbezaan antara pemimpin berotak dan berakal dengan peminpin berotak tapi tanpa akal.
aku dapat rasakan semasa menuntut di universitu dulu segala kertas kerja tun m buat senfiri kerana dia berasal dari anak marhain ... bapanya seorang guru.
berbeza dengan ah jib gong ... segala kertas kerja orang lain yang buat .. dia bayar upah kepada pembuat kertas kerja itu ... imi kerana bapanya seorang perdana mentrri. ah jib gong adalah golongan bangsawan yang banyak wang.
Kesannya semasa urus tadbir negara dia gagal menggunakan alalnya kerana akalnya tidak pernsh digunakan. dia hanya mampu mengunakan otaknya yang tiada akal itu.
Semua masalah akan dibaea ke dal lab ... dan pemandu akan membust kajian. Apa yang sesuai kepada pemandu adalah sesuai kepadanya walaupun tal sesuai kepada negara dan rakyatnya.
Najib tanpa pemandu ibarat orang buta tanpa tongkat atau lebih tragis lagi otak yang tanpa akal ...
Jikalau mahu bubar pemandu kena buang ah jib gong. Kerana ah jib gong tiada akal untuk berfikir. Akalnya adalah pemandu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2013 at 9:15 AM

mcmana nk berakal .. klu otak malas berfikir. .. nk kerja mudah aje... otak nie klu diajar malas berfikir.. lama lama jdilah org tanpa akal. (dengan ertikata lain ..otak malas)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2013 at 5:14 PM

@Anonymousnak rujuk utusan malaysia dengan tv3? haram takkan siarkan...sampai kiamat pun takkan muncul berita macam ni..yang muncul Malaysia maju..pendapatan negara...semua kisah dongeng

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2013 at 12:01 AM

Tak menjawab soalan kau nih...

....................
Reply To This Comment ...................
December 28, 2013 at 12:09 AM

@Anonymousbagi saya tidak salah merujuk kepada Mkini atau TMI,asalkan jangan ambil buta tuli jer.

Biasanya akan fikirkan kelogikan laporan dan cross check dengan laporan media lain. Dan selalunya saya ambil yang di 'quote' saja.

Dalam kes ini, saya sendiri telah berulang kali baca artikel asal Tun M dan bagi saya terjemahan mereka ok.

Saya jarang main copy paste buta jer.

Oya,Utusan dan Sinar LAMBAT dan jarang mahu menyiarkan berita yang berunsur negatif terhadap kerajaan dan umno .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2013 at 3:38 AM

Anonymous December 26, 2013 at 8:49 PM :

Kalau Nak Baca Media Sosial Nie kenalah baca Semua.. MKini dah keluar 2-3 hari, barulah Blog Pro-Kerajaan Akan Kelaurkan citer...

Blog 110% Pro Kerajaan Benar2 Blog Play safe, dah basi citer, Kat blog dia mesti baru keluar citer.. Kalau Takut nak keluar citer dan isu baik jangan buat Blog..

Macam mana nak lawan dgn Blog2 Pro-Pembangkang? Yang keluar citer panas2 cepat?

Setakat Hari INI, Berapa Banyak Wakkil Rakyat UMENO yang saman Blog MalaysiaKini?

Ada sah citer SPIN pon, apa jadi... MaafKan Saja.. Tapi Itu Citer Laksamana Mukhriz, dia insan yang Baik dan berhati Mulia.

Laa Nie selain Blog Din Turtle, Blog Unspinners, Kluang Diamond saja tempat mengadu dan meluah perasaan...Komen Yang betul dan Haq, Berani ke Blog2 Pro-Kerajaan Nak Menulis... Aku Peduli Apa pon kekadang ada Main Isu sebenar masalah Rakyat

Malah Blog2 Pro-Umeno lain dok main isu Mat Sabu Syiah BERZAMAN... Boleh ke selesai masalah Rakyat?

Dari Ampang... Kita Tunggu Komen selanjutnya drp saudara AlFie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2013 at 9:42 AM

Dan mkini dan tmi juga bkn saja jarang, malah tak pernah menyiarkan cerita negatif ttg pakatan. Sbnrnya bergantung pd mana satu kau nak lihat..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2013 at 1:59 PM

Anonymous December 28, 2013 at 9:42 AM

Apa maksud saudara sebenarnya... Media sisoal pro-pembangkang pon sah2 dapat DUIT Tajaan yang banyak drp PKR dan DAP.. Dana utk Menghasut Memang Banyak..Dari citer karut dan tak benar, samar2 diterima bulat2 oleh penyokong mereka kerana TIADA serangan Balas drp Blog Pro-Kerajaan.

Lagi pon macam mana Blog pro-kerajaan nak jawab kalau Tuan Empunya Badan tak jawab2 - main pakai Jawaban Bertulis - Isu Cincin - Apa jawapan Terdulu - SAYA MENABUNG - Bukannya Penafian - Isu Jet - Keluar kat parlimen - Berapa Lama Baru Nak jawab?

Kalau Blog Pro-Pembnagkang Tak nak citer negatif dia.. Biarkan Saja...

Manusia diberikan Akla Fikiran, Orang ada Otak akan fikir Kenapa Tak Da Citer Negatif pasai Pembangkang dlm Blog Mereka - Lama2 Mere sedar Pembangkang Bias - Takkan Semua nya Betul ..

Sebaliknya Blog Pro Kerajaan menyediakan citer sebenar - citer BODEK Memanjang - Berlambak Blog2 Sebegitu... Ada juga Blog Pro-Kerajaan yang mengeluarkan citer untuk MENYEDARKAN Pemimpin UMENO supaya tak lari daripada Topik Perjuangan UMENO ASAL berkhidmat untuk Islam Melayu dan Tanahair..Kembalikan Maruah Melayu yang dah Luntur Sebelum Hilang sepenuhnya..

Kalau Tak da Blog Pro-Kerajaan yang Menegur Pemimpin Boros, Pemimpin Boddoh Macam Cap Ayam...Maka Kita Biar saja Pemimpin UMENO boleh buat sesuka hati...

Inilah ada otak tak mahu fikir.. tengoklah diri sendiri takkan PERFECT SAJA.. ADA SALAH mOHON mAAF pERBETULKAN DIRI laaaah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2013 at 11:35 PM

Apa yg ko merepek ni haa???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2013 at 3:05 AM

Alamak Itu aje komen... Engkau Nie budak2 pie main jauh jauh OK... Pie sekolah dulu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2013 at 3:07 AM

Hee hee Tak der idea lah tu nak bagi komen2 adooooiiii, itulah pasal, jangan dok sokong Babi Buta... Fikir pakai otak.. Pembangkang Dah Sah2 Salah... Ta Kan Umeno buat salah nak Tegur pon Tak Boleh?

Apa ada Akta Tegur... Kalau ada silalah Bentangkan hee heee

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2013 at 3:12 AM

Haa Baru Cakap Jadi Lagi..

Cer Baca Artikel Nie @ http://siemens-melayumaju.blogspot.com/

Dana kerajaan: Media ISMA desak Malaysiakini mohon maaf

Minatk maaf lagi... Kenapa Tak Saman???????????????

Mingkin Isma juga mengikut Contoh dan Teladan Yang Baik daripada Laksamana Mukhriz...Insan2 yang berhati Mulia..

Jangan kampung tergadai udah leeer

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2013 at 11:36 PM

Bersilat bagai mempertahankan mkini...kehkeheh....

Post a Comment