........... Intipati PAU 2013 - HIDUP MELAYU LIBERAL ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Intipati PAU 2013 - HIDUP MELAYU LIBERAL !

Tuesday, December 3, 201316comments

Sejak akhir2 ini saya dah jadi malas nak menulis seperti biasa. Entahlah ...... dunia blog politik sudah semakin hilang serinya kerana pengaruh parti2 politik sudah menguasai nya dengan begitu ketara sekali.  

Seperti politik didunia nyata dimana yang wujud hanya Umno dan PR, begitu juga dalam dunia blog politik sekarang dimana yang ketara wujud adalah samada blog Umno atau blog PR. 

Blog yang mewakili rakyat atas pagar sudah semakin hilang ..... samada kita sokong 100% atau tidak. Kalau sokong Umno kena sokong sepenuhnya .... tak boleh kritik. Kalau ada pemimpin atau ahli keluarga mereka buat salah, samada kena back-up  atau diam. Tak boleh kritik. Blog PR pun sama.

Kalau pun ada yang jenis lain, jenis yang kritik parti yang disokong ... berapa kerat sangat ?  Yang betul kita sokong, yang salah kita balun - sudah menjadi sekadar slogan kosong jer. Sekarang lebih kepada - Yang betul pihak kita jer kita akan cerita ... yang salah kita buat tak tahu. Pada pihak lawan pula - yang salah akan kita cerita, yang betul .... mana ada yang betul !

Sekadar luahan .....

                                                    **********************



OK, story saya kali ni ..... apalagi kalau bukan berkaitan Umno dan Najib sementelah PAU yang akan mula esok. Ni pun satu hal yang buat saya dah makin malas nak tulis. Najib sedikit pun tak ubah. 

Macamana dia masa mula jadi PM, macam itulah juga dia sekarang walaupun selepas PRU13. Tidak ada sebarang perubahan sepertimana yang kita harapkan selepas berlakunya Tsunama Cina. 

Wawancara khas Najib bersama Bernama ini mampu berikan pencerahan ( KLiK ) tentang cara dan pendirian beliau. Najib sudah mula bercakap balik tentang 1Malaysia, tentang Winnable Candidate, tentang New Politiks, tentang Liberal ..... memang orang Melayu cepat lupa dan Najib sedar itu.
 
Kita mesti perbanyakkan lagi proses melatih pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat. Kita tak boleh terima ahli UMNO tanpa kita tarbiah mereka, didik mereka melalui kursus-kursus tertentu. Bentuk minda mereka untuk berfikir, cara terbaik langsungkan perjalanan baru dalam konteks environment baharu, new politics (politik baharu). Bukan lagi old politics. Siapa yang tak faham new politics bakal ditolak rakyat. Sebab itu UMNO kena sesuaikan dirinya, sediakan pemimpin-pemimpin dalam UMNO yang menghayati the new politics.


Apakah akan ada bloggers yang kritik Najib dengan New Politicsnya sebagaimana mereka kritik Saifuddin Abdullah yang memperjuangkan New Politics yang sama ? TAKDERNYA ......


Kepada soalan Bernama - Adakah Datuk Seri yakin menjelang PRU-14, kerajaan BN ada masa untuk meyakinkan masyarakat Cina bahawa BN pilihan yang terbaik buat mereka?

Kita harus berusaha ke arah itu. Ini bukan sahaja soal PRU tetapi dalam konteks nation building kita tidak mahu kerenggangan antara orang Melayu dan orang Cina ini akan menjadi sesuatu yang boleh divide us (memecahbelahkan kita).
Tapi kita mesti cari kaedah dan cara di mana kita boleh merapatkan hubungan antara kaum di negara kita kerana masa depan negara kita ini terlalu besar nilainya


Sekolah cina yang memisahkan hubungan antara kaum, yang boleh divide us, Najib tidak sesekali sentuh.  Begitu juga para bloggers yang berani bersuara jika Dong Zong batuk .... tapi bila Najib yang sebut, semua akan buat tak tahu jer ....

Saya berharap bahawa ahli UMNO akan kembali dengan keyakinan bahawa kita berada atas landasan yang betul dan perlu memberi sokongan dan kepercayaan kepada kepimpinan UMNO untuk membawa negara kita ke arah pengisian wawasan dan matlamat yang kita sama-sama inginkan.


Dengan katalain, cara Najib sebelum PRU13 akan tetap diteruskan ..... dan Umno kena terus sokong. Dan kepada perwakilan yang akan berucap di PAU nanti, pesanan Najib -

Tetapi kita akan memberi nasihat supaya jangan bercakap sesuatu yang boleh menyakiti hati bukan Melayu dan tidak menjadikan forum ini medan menyerang yang lain

Kita hendak menggambarkan UMNO ini bersikap inklusif. Walaupun kita ini parti bumiputera tetapi kita mesti anggap bahawa UMNO ini juga membawa kaum-kaum lain ke arah masa depan yang lebih terjamin lagi.


Dah tidak ada bezanya Umno dengan BN. Tukarlah maksud akronim M dalam Umno itu supaya mewakili Malaysians bukan lagi Melayu. Jangan jadi HIPOKRIT !

                            ******************

Apakah akan ada sesiapa yang tampil membawa isu2 rakyat dan meminta penjelasan dari Najib akan persoalan2 yang masih tidak terjawab .... seperti penjelasan isu RM7.2 billion kepada Konsultan Luar ? Tak usah haraplah ....


Yang akan berkumandang sekali lagi adalah 1Malaysia! dan puji2an kepada segala slogan Najib yang mana semuanya telah diTOLAK oleh pengundi baru ini tapi perwakilan Umno akan buat2 bodoh sambil mengulangi betapa orang Melayu sudah kembali menyokong Umno.

HIDUP UMNO LIBERAL  ! HIDUP MELAYU LIBERAL !

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2013 at 7:48 AM

ikut pengalaman aku lah kan.... dulu ramai blogger menghentam kerajaan yang tetiba jak buat U turn. Okeylah kalu U turn jak, nih siap kona baring 360 darjah kat roundabout! Rekod pertama (yg kira paling historic) dimulakan oleh sang kelembai....

Nih kita tengok 'keteguhan' abang Penyu.... Bole crack under preasure ker tak....

Dengar2, ramai dah YB2 (baca Yang Boncit2) tak senang duduk pasal posting abang Penyu. Harapan ambo, teruskan perjuangan dan bukan kewangan!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2013 at 7:53 AM

Tak seperti zaman Tun M dulu di mana semua menunggu ucapan Tun di PAU; kini lebih ramai dah semakin bosan dengan ucapan Presiden yang merupakan retorika sahaja. Kosong dan tidak bermakna. Banyak cogankata dan lebih banyak tukan angguk. UMNO is now in its final decline. Lebih senang sokong PERKASA.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2013 at 8:19 AM

din ...
blog yg mewakili rakyat yang menegur pemimpin yang salah samada dari puak sendiri atau puak lain amatlah sedikit ... bahkan kalau blog dari pembangkang memang penulisan jenis ni tiada lansung ... yang ada hanya jenis jilat parti atau pemimpin membuta-tuli. dalam blog penyokong kerajaan pula yang jenis menegur pemimpin yang khilaf ni amatlah sedikit. jadi janganlah dihilangkn yang sedikit itu dengan menyepikan diri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2013 at 8:40 AM

Bro Din, aku harap kau akan terus menjadi blogger yang memperjuangkan hak-hak Melayu sepertimana yang tercatit dalam Pelembagaan "without fear of favour". Yang benar kita sokong, yang salah kita sanggah. Janganlah melacurkan prinsip perjuangan ini demi wang atau nama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2013 at 9:07 AM

ada jugak kena lempang si din kang...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2013 at 9:47 AM

Najib Razak bukannnya Ulul Amri yg Patut kita taat, jadi kenapa perwakilan perlu membenarkan Yang Salah dan Baaatil yang dilakukan oleh Beliau dan Isterinya verlalu begitu saja?

Saya Ulang Pandangan saya spt berikut:;

Salam Pok Din, izinkan saya bawa isu ini untuk kesedaran bangsa kita yang tercinta….selagi masih ada masa…

Melayu Wajib Baca...

Economic Transformation Programme (ETP) is a bold new approach has been taken to develop the ETP. It is the first time that any effort of this kind has been undertaken in the history of Malaysia, or of any other developed nation. The ETP will be led by “private sector”; the Government will primarily play role of a facilitator. Most of funding will come from the “private sector” (92%) with public sector investment being used as a catalyst to spark private sector participation. ETP is focused on actions—not on theoretical principles and ideas. Dipetik drp Buku ETP- A Roadmap for Malaysia…

(Transalation di bawah)
Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah satu pendekatan baru yang berani telah diambil untuk membangunkan ETP. Ini adalah kali pertama usaha sebegini diambil dalam sejarah Malaysia, atau mana-mana negara maju yang lain. ETP akan diterajui oleh "sektor swasta"; Kerajaan akan memainkan peranan sebagai “fasilitator”. Sebahagian besar daripada pembiayaan kewangan akan datang dari "sektor swasta" (92%) dan pelaburan sektor awam akan digunakan sebagai pemangkin untuk memulakan penyertaan sektor swasta. ETP memberi tumpuan kepada tindakan-bukan pada prinsip teori dan idea.

ETP sebenarnya satu rencana tersembunyi puak2 Vernakular secara mudahnya memesongkan pemikiran Pemimpin Melayu dengan gambaran khayalan dan mimpi di siang hari… akan tetapi demi Niat sebenar mereka untuk menguasai ekonomi negara secara Keseluruhan..MUTLAK iaitu sebanyak 80% hingga 90%...mungkin selebihnya kaum Melayu. Hakikatnya, jika di ambil contoh 100 buah Syarikat Bumiputera yang memohon dana/biaya kewangan daripada Bank-bank tempatan, mungkin secara puratanya hanya 5% hingga 10% sahaja yang benar-benar layak. Jika 90% lagi Syarikat Bumiputra ingin memohon Biaya Kewangan di Peringkat Antarabangsa 100% tidak layak, (kalau local bank tak layak macam mana nak mintak dana drp foreign investor? Apa nak jadi dengan orang melayu? subsidi..dikurangkan, mungkin ditiadakan pd masa akan datang..Melayu akan Tersingkir dan Tersungkur di bawah arus ETP bila mana Kedudukan Kewangan Ekonomi Global kembali Kukuh... Mampukah orang Melayu Bersaing?
Jadi… ETP sebenarnya duri dalam daging bagi orang melayu yg belum sedar diri menyokongnya habis-habisan supaya cepat2 lah Melayu Hilang Di Nusantara…

Bila mana seorang pemimpin itu Boddoh, tak ada akal, jadi kenalah gunakan punahsihat luar, kesempatan ini di ambil supaya dapatlah anasir luar menjahanamkan Melayu Bumiputra secepat yang boleh… agaknye lea… Jadi Para Perwakilan Sokong dan Sanjunglah Pemimpin Vernakular yang mahu melihat Kaum Vernakular lagi cepat menguasai Malaysia secara keseluruhannya…Apakah Anda ingin Berdiam Diri dan Menyesal di tahun-tahun mendatang? Tepuk Dada Tanya Selera…

Yang Benar Tetap Benar dan Haq, Yang Palsu itu… walau berselindung mana pon pasti akan kelihatan….Allahu’alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2013 at 9:48 AM

Perhimpunan Agong sepatutnya Menuntut Bank Negara Malaysia memberikan penyata atau Statistik Berapa Banyak Syarikat Melayu Bumiputera yang memohon Pinjaman drp Bank2 Tempatan dan daripada Jumlah itu Berapa Banyak yang layak diberi Pinjaman.. apakah syarat yang dikenakan? Apakah dikenakan Syarat Puteri Gunubg Ledang supaya Syarikat Bumiputera tidak layak mendapatkan bantuan kewangan, walaupon telah mendapat surat tawaran drp pihak bank? Apakah surat tawaran bersyarat Puteri Gunung Ledang ini hanyalah syarat Bank2 Tempatan melepaskan diri didalam menyediakan statistik drp Bank Negara atau MOF?

Apakah MOF dan Bank Negara tiada IDEA bagaimana untuk membangunkan melayu bumiputera drp segi mendapatkan loan, tatacara penggunaan loan,pemantauan penggunaan loan, disbursement of loan berdasarkan laporan syarikat yg dipantau dsbnya, dan pastikan supaya Bank2 Tempatan juga akur dgn pemantauan teliti supaya peminjam tidak boleh menyalahguana, terlebih guna, salah guna, ... Jadi sekiranya adanya pemantauan yang berkesan...KENAPA PERLU ADA PENJAMIN DAN COLLACTERAL utk mendapatkan loan???

Bolehkah kita fikirkan secara ilmiah, preventif, dsb dan bawa sistem Perbankkan kita keluar drp Perbankan secara Konservatif dan Tradisional ini??????

Ini Punahsihat Tak akan ajar Ah Jib Gor.. sebab Tujuan Mereka Nak hancurkan Melayu Bumiputera... Alahai... Malangnya Melayu....

Guarenti 99% cara tersebut blh mengurangkan Non-Performaing Loan... setidak2nya... Ini tidak Bank Negara dan MOF Mengalakkan Bank2 Tempatan melakukan Punishment... Tak bayar -2-3 bulan kejar bagai nak rak.. call hari2 tanya henti... Kenapa tak guankan mereka nie drp awal sebagai Preventif drp salah guna duit tuuuuh!!!!!

Yang Benar Tetap Benar Lagi Haq

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2013 at 9:55 AM

Najib Razak sama macam Pak Lah atau Tun Lah... Lemah dan Tak Boleh Berfikir...Tun Lah jatuh disebabkan KJ and the Gang dan Najib Razak pula disebabkan oleh Rosmah, Jay Jay and the Gang...

Tun M dah letak Jawatan Penasihat Petronas... Tun Mahathir pon kalah jugak dengan Si Omar ONG...yang merompak Petronas...

Untung Petronas cuma % Sahaja.... Jadi Bila Dasar2 Baru Si Omar ONG dalam Petronas tak Menjadi... MAKA RAKYAT KENA TANGGUNG....

Rakyat Kena Tanggung Kesilapan Besar Pemimpin BN, UMNO - Najib Razak... kenapa tak suruh aje Najib Razak LETAK JAWATAN...

Apa Najib Razak Nak Jadi Macam PM Bangladesh.. (Yg Baru dia jumpa) TAK NAK & TAKUT UNTUK TURUN kerana banyak TAIK akan keluar ke APA HAL..

DAH salah, Najib Mengaku Buat Salah... Nak PIlih buat apa lagi....

....................
Reply To This Comment ...................
December 3, 2013 at 9:59 AM

Din - PRU 14 - BN pasti "tonggek" kerana UMNO "tonggek" dulu. Cina 100% tidak akan memberi undi pada BN. Aku di Pulau Pinang cukup masak dengan sentimen politik kat sini. Najib terus memacu UMNO kepada kebinasaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2013 at 10:30 AM

sy setuju dgn pok din. sy pun dh naik menyampah dgn org org politik nie. org melayu nie klu tak kena btg hidung sendiri, tak sedar sedar lagi. kita tggu ajelah kehancuran melayu. org melayu mesti bersiap sedia dari untuk belajar hidup dan berkerja di bawah org cina. takut nnti tak larat ... lama lama melarat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2013 at 10:37 AM

salam,

seperti kebiasaannya, seseorang itu tahu di mana kesilapan dan punca masalah. tetapi berusaha untuk membetulkan bukan kepada punca masalah. ibarat pokok yang mempunyai buah yang buruk, patutnya buang aje pokok tu dan tanam pokok lain. tapi mereka masih sayang akan pokok tersebut dan cuba memperolehi buah yang elok juga dengan cara membaja, memotong ranting, potong pucuk, letak bumbung, siram air mawar, letak muzik dengan harapan pokok itu kembali berbuah elok dan tidak buruk.

sampai sekarang, orang ramai tak pasti kenapa orang cina masih mengundi bn sewaktu orang melayu menolak TDM. kenapa semasa pertukaran pemimpin, rakyat memberi mandat yang besar kepada bn. kenapa bn ditolak selepas itu? kenapa orang cina menolak bn ketika undi melayu kembali kepada bn? itu semua tak dapat dikaji oleh orang bijak bn. semua mereka dok sangka mereka pemimpin yang hebat. mereka tak dapat menerima kekalahan mereka dan kajian tentang buruk mereka.

sekarang mereka nak letak salah kepada orang melayu. kalu tak terima liberal maka orang cina tak akan kembali sokong umno dan bn. mereka anggap melayu kena lebih memberi untuk mendapat sokongan cina. tetapi itu persepsi mereka sahaja. ramai yang melihat kepimpinan yang baik untuk negara dan masa hadapan untuk dipilih. yang membentuk ekonomi dan tabungan serta kemajuan negara. bukannya dengan cara kepimpinan sekarang. kepimpinan sekarang tidak menyakinkan mereka untuk diberi sokongan. walaupun pemimpin pakatan belum menonjol, mereka rasa tak salah untuk memberi peluang untuk mencuba jika kepimpinan sekarang tidak memenuhi piawaian pemimpin yang baik. pimpinan yang terbaik telah diletakkan tahap yang tinggi oleh TDM. semua pemimpin perlu berusaha untuk meningkatkan diri menjadi lebih baik daripada TDM. ianya berlaku dengan usaha dan kerja keras pemimpin. ambil masa dan bukan berlaku setelah kuasa diambil alih.

kalu ikut hati, memang dah malas nak baca dan mengikuti politik malaysia ni. sakit hati dan tiada kepuasan hati dan minda. hanya blog bro yang menjadi pengubat sikit dan beberapa blog. tu pun kena tengok tajuk. selagi para pemimpin dok rasa mereka hebat dan hebat serta terus nak kuasa, maka selagi itulah keadaan politik dok macam tu juga. ramai yang berpolitik sebab kesempatan dan tunjuk perasaan jika tidak mendapat tempat. moga bro din terus menulis dan mungkin luahan itu sama seperti apa yang saya fikirkan tetapi tiada tempat nak luahkan kecuali diruang komen.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2013 at 11:02 AM

bagus ulasan bro pg ni.

Najib kata mlm tadi dlm berita... kita membantu bumiputra ni bukannya akan berterusan .. nampakkan agendanya??
so najib ni faham ker, napa bumiputra ni undi BN dlm pru13 baru ni?
dgn undi yg bukan majoriti 2/3(tipis) masih lg nak bawa agendanya, bukannya nak faham maksud dan kehendak pengundi yg menybbkan beliau berada sbg PM tu.

Mcm tak da nilai langsung apa yg dihasratkan oleh pengundi umno baru2 ni. Yg undi umno baru2 ni nakkan tranformasi liberal ke? nakkan new politics ke?

Haram jadah, cakap najib mcm dia tu dari kjaan yg kuat sangatlah tu. Di suruhnya penyokong dan pengundinya pulak berubah, bukannya dia yg perlu berubah, asyik2 cina, cina.

....................
Reply To This Comment ...................
December 3, 2013 at 11:53 AM

Assalam Bro

Bukan menghilanglah Bro.. Tapi dah malas nak tegur Pemimpin syok sendiri yang semakin PEKAK, BUTA DAN BISU... Yang paling tak boleh tahan bila bercakap gunakan kepala lutut... termasuk para menteri yang macam telor separuh masak... Penat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2013 at 2:02 PM

PAU k, kari ayam k, liberal k, ape k... tol bakal naik harga, letrik bakal naik jgk, rege brg naik jgk, se,ua naik lah.. hape ke jadah. Aku yg rasa nak berdemo skrg nih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2013 at 11:08 PM

Setiap bekas PM Malaysia akan dikenali sebagai 'BAPA'. cthya Allahyarham Tengku Abd Rahman dikenali sebagai BAPA KEMERDEKAAN , begitu juga dengan bekas -bekas PM yang lain . Tapi utk PM Najib - sy berikan gelaran sebagai BAPA SLOGAN. Masih menunggu PM Najib buat penjelasan pasal RM 7.2 billion. tggu klu klu dia buat penjelasan dlm penghimpunan umno. Klu tak buat juga , memang dia pengecut dan penipu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2013 at 9:02 AM

BAPA SLOGAN? BAPA 1MALAYSIA, BAPA PERUNDINGAN @ BAPA KONSULTANSI, BAPA VERNAKULAR, BAPA LIBERAL, BAPA "PEMBEBASAN" MELAYU DAN BAPA SEGALA BAPA.

Post a Comment