........... HOT ! Kategori Baru - Blogger Rakyat - DiWujudkan ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

HOT ! Kategori Baru - Blogger Rakyat - DiWujudkan !

Wednesday, December 4, 20138comments

What a Terkejut Layan ..... ( terjemahan Pleasant Surprise ) ! Saya terima msg dari rakan maya yang merupakan admin portal Warta Rakyat. Ramai yang mengikuti carta Ranking Bloggers yang di susun oleh beliau ( KLiK untuk Ranking terbaru ). 

Kali ini saya diminta check out satu lagi Kategori yang baru diwujudkan bagi diasingkan kumpulan bloggers yang dikenali atau yang mahu dikenali sebagai Bloggers Rakyat atau label yang biasa kita baca sebagai Bloggers Atas Pagar. ( KLiK )

Saya tanya kenapa tidak dinamakan saja Bloggers Atas Pagar ? Jawapannya, bunyinya seperti tidak ada pendirian

Saya tanya lagi, Kenapa dipilih nama Bloggers Rakyat ? Jawapannya sebab bloggers ini membawa isu rakyat.

Tanya lagi, apa kriterianya ? Tak jemu dilayan juga rakan tadi - Bloggers Rakyat menulis atas dasar ISU dan menilainya dari sudut pandangan rakyat TANPA AMBIL POT sudut politik. Dua-dua pun dibalunnya berdasarkan ISU dari sudut pandangan rakyat bukan dari sudut pandangan mana2 parti politik.

Oooooooooh ..... macam yang saya baru tulis semalam lah ( KLiK ) ? Jawapannya - Huh ? Aku dah lama tak baca blog ko ! Sibuk.   ( adeeeh .... mungkin secara kebetulan jer kot saya baru luahkan isu sama semalam )

Apapun perhatikan Ranking Blogger Rakyat yang baru itu -

Kenapa sikit sangat ? Jawapannya - Itu adalah penilaian peribadi admin, ada lagi boleh dimasukkan tapi beliau agak berhati2 sebab tidak mahu membabitkan tanpa rela mana2 blogger untuk dilabel sebagai Blogger Rakyat dan BUKANNYA Blogger Umno. Takut atas sebab2 tersendiri, mereka mahu kekal dikenali sebagai Blogger Pro Umno !

PS katanya, jika ada yang mahu disenaraikan atau tidak mahu disenaraikan dalam kategori Bloggers Rakyat, anda hanya perlu beritahu saja pada admin Warta Rakyat atau tinggalkan komen. Itu baru List Pertama.

OOOooooooh ..... AmenoWorld pun Blogger Rakyat ya ? Dia setuju ke ? Yang ini tidak dijawap ! hahahaha ... kena tunggu minggu kedua samada namanya dikeluarkan dan kembali jadi Blogger PR atau kekal sebagai Blogger Rakyat...

Secara peribadi saya tidak punya masalah dengan ranking atau label. Bukannya menyumbangkan apa2 pun tapi dari satu sudut, saya teruja juga dengan kategori baru ini sebab secara tidak langsung ia memberi satu bentuk pengiktirafan kepada cara penulisan saya.

Dan lebih penting, pembaca yang tahu mengenai kategori ini akan faham kenapa seringkali cara saya mengulas satu2 isu itu agak berlainan dengan rakan2 lain. Jawapannya adalah kerana saya menilai dari sudut rakyat .... atau dengan lebih tepat lagi, sebagai seorang anak Melayu.

Kepada Warta Rakyat - Saya No Problem dengan kategori baru ini.

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2013 at 5:26 AM

Aku nak membantah senarai di atas kerana aku rasa amenoworld tak patut ada dalam senarai tersebut. Sepanjang aku mengikuti tulisan amenoworld, aku tak nampak mereka menghentam mana-mana pemimpin pr atas nama rakyat. Berlainan sekali ngan bro din yang tanpa segan-silu 'mengusik' pm kesayangan kita ah jib gor. Oleh itu, sekali lagi saya mintak supaya amenoworld dikeluarkan dari list, jika tidak, saya akan protes sekeras-kerasnya.

....................
Reply To This Comment ...................
December 4, 2013 at 6:03 AM

@AnonymousErrr ... proteslah diWarta Rakyat (link diatas). Itu bukan penilaian saya :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2013 at 6:41 AM

aku bersetuju sangat dengan usaha yang dilakukan. pembaca akan mudah memahami blog blog yang mereka ikuti. tidaklah nanti dituduh pembaca blogger tak der pendirian. aku teringat kepada blogger yang kategorikan blogger "TAK TAU KIRI KE KANAN" (tak ingat blogger mana).

bagaimana pun aku harap sangat sangat blogger amenoworld tidak disenaraikan. aku tak nampak pun perjuanganya untuk rakyat. harap admin WARTA RAKYAT kaji semula.

kepada DT aku harap jangan pulak gatal nak tukar nama blog kamu tuh. nama blog kamu tuh sememangnya sesuai dengan semangat perjuangan kamu - segalanya untuk rakyat yang berbangsa MELAYU SEJATI.

apa pun aku tak kesah itu sumer asalkan kamu terus menerus menulis.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2013 at 8:28 AM

Blogger Yang Berani seperti:-
1. Din Turtle
2. SyedOutsidethe box
3. HelenAng
4. Kluang Diamond
5. Kader Jasin - itupon asyik kena sound jer.. Najib Gor tak berani sound suruh orang lain sound.. Najib Gor tak da Teloooooooooooooorrr lah...

....................
Reply To This Comment ...................
December 4, 2013 at 12:47 PM

Bro tahniah kerana berada dikedudukan no2. Patutnya no 1.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2013 at 1:14 PM

Blogger kesayangan saya berada di no. 2 je huhuhu!! tak per DT, dihati saya kamu no. 1 ok!!!

....................
Reply To This Comment ...................
December 4, 2013 at 2:29 PM

TerimaKasih diatas sokongan pembaca2 setia semua :) InsyaAllah selagi ada kudrat dan kreativiti, saya akan terus menulis

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 6, 2013 at 12:25 AM

Sy setuju amenoworld blogger rakyat..dia konsisten...ada pendirian terhadap isu n bkn kepartian...

Post a Comment