........... Gossip - Kisah Cinta Tiga Segi ahTeo-RT-ahKok | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Gossip - Kisah Cinta Tiga Segi ahTeo-RT-ahKok

Tuesday, December 10, 201310comments


Menarik ni bila Teo Nie Ching enter frame dalam perbalahan cinta Dr Ridhuan Tee - ahKok ....  acu baca artikel TMI ini -

Setiausaha Wanita DAP, Teo Nie Ching (gambar) mengutuk tindakan Profesor Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah yang memanggil Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok sebagai "andartu kiasu".

Teo, yang juga Ahli Parlimen Kulai, berkata dakwaan Ridhuan itu adalah seksis dan membuktikan beliau tidak boleh berdebat dengan menggunakan fakta.

"Sangat memeranjatkan bahawa sebagai Pensyarah Kanan, Ridhuan Tee telah gagal untuk memahami hak seorang individu untuk memutuskan urusan perkahwinan mereka. Ini adalah perkara peribadi dan tidak sepatutnya dijadikan bahan ejekan," kata Teo Nie Ching.

Teo berpendapat Ridhuan harus dipecat daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sebagai Pensyarah Kanan demi memastikan bakal tentera Malaysia dapat dididik untuk lebih menghormati wanita.

OK.... menurut ahTeo, panggilan 'andartu' itu adalah seksis. SEKSIS ? Menurut Wiki - Andartu -

Dalam masyarakat Malaysia, seorang andartu merujuk kepada perempuan yang sudah berusia lewat tapi masih belum berkahwin. Sesorang menjadi andartu mungkin atas sebab rupa yang kurang memikat, mempunyai kerjaya yang baik sehingga lelaki merasa malu untuk rapat dengannya, dan mungkin juga atas pilihan sendiri atas fahaman "mampu hidup tanpa lelaki".

Sementara sexism ( tidak ada dalam Bahasa Melayu ) pula -


1. Discrimination based on gender, especially discrimination against women.
2. Attitudes, conditions, or behaviors that promote stereotyping of social roles based on gender.

Apakah Dr RT bersikap Seksis bila menggelar ahKok sebagai andartu ? Saya tidak nampak keSeksisan dalam penggunaan andartu oleh RT. Saya juga tidak nampak yang RT gagal memahami hak ahKok dalam soal perkahwinan, mungkin sebab fahamlah maka RT gelar ahKok sebagai andartu.

Adakah gelaran andartu itu satu bentuk ejekan ? Jika menjadi andartu adalah pilihan ahKok dan beliau bangga dengan status andartu beliau, kenapa gelaran itu harus dilihat sebagai satu bentuk ejekan kepadanya ?

Mungkin saja ahKok teruja dengan gelaran andartu ? Dan mungkin RT tahu akan perkara ini, dan antara mereka berdua, 'andartu' itu adalah satu panggilan manja ? ( Hanya mereka berdua saja yang tahu ..... well, banyak lagi benda pelik yang manusia buat, ok )

Jadi saya hairan kenapa Teo Nie Ching pula yang tiba2 melenting dan marah2 ? Ker ......... ker....... ahTeo cemburu ........? 

OMG ! CEMBURU ? JEALOUS ?

Bercakap soal hati wanita ni, pelik beb. Memang payah nak baca ! Mulut cakap satu benda tapi dalam hati ..... Tuhan jer yang tahu.

RT sendiri dah berubah hati dalam permainan cinta dengan ahKok ..... dah macam nak tewas jer pada tarikan ahKok. Tak percaya ? Cuba baca perenggan ini dari posting beliau pada 8 November -

Saya hanya ketawa mendengar hujah ultra kiasu ini di parlimen. Ingatan saya, kalau sudah terlalu desperate, carilah suami. Mungkin orang PAS ada yang berminat andartu ultra kiasu itu, dengan syarat, masuklah Islam. Saya, jauh panggang dari api. Biar ‘busuk dalam seluar’ daripada ambil orang sebegini untuk dijadikan teman.( KLiK )

Bunyi macam menyampah sangat kan ? Jauh panggang dari api ..... TAK HINGIN ! Kononnyalah ..... biar busuk dalam seluar,  perrrgh ! TAK HINGIN ! Konoooooooooon ......

Cuba bandingkan dengan perenggan ini dari artikel terbaru RTpada 9 Disember -

Wahai andartu ultra kiasu, marilah masuk dalam kelas saya. Biar saya ajar apa dia hubungan etnik dan sejarah negara ini. Saya cadangkan, marilah kita berdebat di dalam televisyen atau radio. Saya yakin mereka akan menyediakan platform untuk kita berdua. Mungkin kita berjodoh selepas itu. Biar buruk dalam seluar. Hahaha.( KLiK )

NAMPAK  tak kenapa saya katakan yang RT dah mula nak mengalah dalam 'permainan' yang hanya mereka berdua saja faham ....

Siap ajak masuk kelas lagi ! Siap platform ko ...... tapi lepas tu RT tulis apa ? Mungkin kita berjodoh ..... aaaaauuuuw... tak tahan u !

Busuk/buruk tetap maintain tapi kali ni RT kata apa ? - Biar lah ..... part RT gelak Hahaha ... tu yang tak boleh blah tu !

Adakah itu Gelak Gembira ? Gelak Kepuasan ? Atau Gelak Menyindir  ? Saya nampak macam gembira jer ....

Dalam tempoh satu bulan saja, daripada TAK HINGIN kepada BIARLAH ..... ( aku rela )

Nah, sebab itu saya kata sebelum ini yang RT sedang meng-adjust ahKok ...... dengan bahasa yang hanya mereka berdua saja faham. 

Tetiba Teo Nie Ching enter frame ..... kenapa ? Sebab dia JEALOUS la ! ! ahTeo pun syok kat RT jadi bila dia dah nampak RT ngan ahKok dah semakin intim, dia dapat merasakan masa sudah semakin suntuk buatnya. Maka ahTeo pun bertindaklah ! 

Nampak ? Boleh terima tak analisis ini ? Anda kena buka minda dan berfikir di luar kotak baru boleh faham apa sebenarnya yang berlaku .... berlakon jer semua tu. Semuanya hanyalah permainan Cinta Tiga Segi ahKok-RT-ahTeo !



PS - Ulasan 'andartu' saya hanya kepada kes mereka ini saja , ok. Kepada orang lain memang tidak wajarlah perkataan itu diucap sebab ada yang sensitif. TAPI mereka bertiga ini lain sikit, diorang berlakon jer !

PS 2 - RT digelar sebagai Rasis ( terhadap bangsanya sendiri ? ), Promoter Ethnic Cleansing dan pelbagai gelaran negatif yang hebat2 , tapi bila RT tujukan satu jer - 'andartu kiasu' pada mereka, tahu pulak melenting.

Yang Tokong gunakan Nenek Rasis ( Racist Grandmother ) terhadap Datuk Jahara Hamid, kenapa ahTeo tak melenting sama atas dasar seksis ?

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2013 at 11:39 PM

Otak mu dah masuk air hujan deng ! Tapi tetap kreatif hahahahaha ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2013 at 11:43 PM

Puak dap ni asal org tu bukan pro dia mesti suruh pecat. Kalau geng dia cakapla teruk mcmana pun, sunyi sepi. Kiasu andartu betul.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2013 at 7:29 AM

DAP Tuan, Melayu Pakatan hamba abdi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2013 at 7:36 AM

Aku rasa kita perlu bangunkan team perang psychology untuk menentang puak2 cina ni. Sekarang ni aku nampak puak2 cina ni banyak menentang kita cara psycho dan akhirnya kita mengalah.

....................
Reply To This Comment ...................
December 11, 2013 at 7:41 AM

wajah yang kurang memikat?hahaha...patutlah si ah so beria2 pergi Australia rupanya nak berlakon dalam citer Titanic rupanya....itu pun kalu laku pilemnya...hikhikhik

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2013 at 1:42 PM

Din..aku rasa adalah lebih baik kalo kita sama2 dpt backing RT..jgnlah tulis semcm merendah2 kan RT..pasal selama aku kenal RT (di kaca tv, blog dan kolum beliau), beliau lebih ikhlas dlm mempertahankan islam (no 1) dan juga melayu (no 2)..beliau lebih berani drp kita yg melayu..so sewajarnya kita back him up...bukan sindir2 or perli dia plak..bagi aku, bila dia kata mungkin kita akan berjodoh..itu bukan la maknanya dia mmg nak mengadjust tapi tu perli sebenarnya..

....................
Reply To This Comment ...................
December 11, 2013 at 1:53 PM

@AnonymousSaya dari dulu lagi menyokong Dr Ridhuan Tee.

Tapi ada pelbagai cara untuk create interest :)

Saya percaya Dr RT faham apa yang saya cuba sampaikan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2013 at 5:27 PM

Yaa Betul... Dr Ridhuan Tee telah banyak berusaha ke arah perjuangan Islam dan Melayu.. Saya Sokong Dr Ridhuan Tee,,,

Apa2 pon Dr Ridhuan Tee, teruskan usaha anda... Jangan Kasi Peluang dekat Teresa @ Andartu Kok... Cakap dgn Teresa.. Apa2 pon Teresa tidak sempurna sebagai Pemimpin bila dia Tiada Suami, anak2 dan sebuah Keluarga..

Jadi Teresa @ Andartu Kok nieh bukannya Pemimpin Contoh... Kat Situ pon Dr Ridhuan dah Menang 2 : 0, hee hee

Dapigs.. Dah Kalah 2 : 0....yea yeah yeah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2013 at 12:01 PM

Salam,

Jika benarlah Dr. Ridhuan Tee menggelar Teresa Kok "Andartu Kiasu", secara tidak langsung memang beliau berniat untuk mengejek atau menghina status Teresa Kok (panggil saja beliau 'Kiasu' jika mahu menyatakan yang beliau kiasu). Cara ini (mengumpat/menggelar) memang bertentangan dengan ajaran Islam.

Lagi pun kita kena percaya/beriman kepada Qada' dan Qadar sebagai seorang Islam, walaupun Teresa Kok bukan Islam. Ajal maut, jodoh-pertemuan & rezeki semuanya ditentukan oleh ALLAH. Kita memang perlu berusaha/berdoa, tetapi yang menentukan ialah ALLAH SWT. Sebagai contoh, jika seseorang ditakdirkan berkahwin tetapi tidak mendapat zuriat, adakah patut kita menggelar orang tersebut sebagai 'Mandul...'? Jawapannya tentu TIDAK patut kerana ALLAH yang menganugerahkan anak-anak kepada sesiapa yang dikehendakiNYA. Sama juga dengan jodoh.

P/S: Saya bukan penyokong Pembangkang/Teresa Kok. Saya cuma tidak setuju dengan cara mereka yang sanggup menghina/mengejek seseorang dengan gelaran-gelaran yang biasanya tidak elok kerana secara umum gelaran-gelaran ini tidak dianggap positif di kalangan masyarakat yang memperkenalkan gelaran-gelaran ini.

Terima kasih.

Dr. J

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2015 at 2:13 AM

Assalamualaikum, Din, pandai engkau baca psikologi rupanya. Mungkin sebab itu agaknya Teresa Kok tak sampai hati nak saman Ridwan Tee sebab sayangkannya atau Teresa Kok tak faham Bahasa Malaysia seperti apa yang digembar-gemburkan oleh Ridwan Tee?.
Merujuk kes Ketua Menteri Pulau Pinang, kena bayar saman $500 ribu ringgit kerena gelaran nenek rasis. Andartu = Anak Dara Tua, apa kurang hinanya sama dengan nenek rasis? Apa kata kita galakan juga,Teresa dan Ambiga terus saman Ridwan sehingga mereka menang kes, walau kita tahu Ridwan Tee lelaki muka tebal, tak makan dek saman. Apa macam?
Selepas menang kes baru kita jodohkan mereka dengan menyuruh Teresa dan Teo meminang Ridwan Tee dengan hadiah duit kes yang di menangi. Barulah betul anak jantan boleh kahwin empat, tak lah busuk di dalam seluar atau Ridwan Tee akan terus menggatal. He he he.

Post a Comment