........... Eksklusif - Isu Sabasun-MBKT SELESAI ! Alhamdulillah .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Eksklusif - Isu Sabasun-MBKT SELESAI ! Alhamdulillah ....

Monday, December 9, 201312comments

ALHAMDULILLAH .... TERKINI dalam isu Sabasun VS MBKT. Setelah berjumpa dan berbincang, kedua belah pihak telah bersetuju untuk bersama2 menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. 

Dengarkan penjelasan dari Che Salmi, salah seorang pemilik perniagaan Sabasun yang saya rakam sebentar tadi ( transkrip saya sediakan dibawah )





( KLiK untuk ke Youtube )


Pertemuan kami dengan Datuk Bandar ( Kuala Terengganu ) pada pukul 3:30 petang ini Isnin 9 Disember 2013, telah membuahkan satu hasil yang POSITIF ke arah menyelesaikan isu antara pihak MBKT dan Sabasun.

Pihak Sabasun ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan TerimaKasih kepada Datuk Bandar di atas kesudian beliau untuk mengendalikan satu perjumpaan bagi menyelesaikan kekusutan yang timbul ini.

Datuk Bandar telah membuka laluan untuk mempermudahkan urusan bagi mendapatkan CF dengan syarat beberapa perkara perlu diselesaikan terlebih dahulu. Walaupun kami masih didalam proses untuk memenuhi beberapa syarat lagi yang ditetapkan oleh MBKT, pihak kami amat berbesar hati di atas kesudian Datuk Adzlan untuk mempertimbangkan satu Permit Sementara supaya pihak kami dapat berniaga seperti biasa.

Datuk Bandar Kuala Terengganu Datuk Adzlan Mohd Dagang


Apa yang penting pihak MBKT masih lagi membuka ruang dan pintu rundingan buat kami dan kami akan beri kerjasama penuh.

Dan saya percaya tindakan oleh MBKT ini membuktikan bahawa pihak MBKT sentiasa perihatin terhadap sebarang masalah yang dihadapi oleh usahawan Melayu di Kuala Terengganu.

( Isu kedua yang berbangkit adalah mengenai cawangan Sabasun2 di Wakaf Tembesu dimana ada saya tulis di SINI )

Dalam soal Sabasun2, Datuk Adzlan mengatakan bahawa ianya diluar bidang kuasa MBKT kerana  melibatkan soal pengambilan tanah dan itu dibawah kerajaan negeri iaitu dibawah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu ( UPEN ).


Sabasun2
Disini saya ingin membuat rayuan kepada pihak UPEN agar dapat mempertimbangkan masalah yang dihadapi oleh Sabasun2. Secara ringkasnya, pihak UPEN ada mengatakan bahawa tanah milik kami di Sabasun2 akan diambil oleh kerajaan bagi tujuan membina Bandar Baru Perkasa Alam yang merupakan pusat perniagaan yang mengandungi aktiviti peruncitan sebagai fokus utamanya.

Sabasun sendiri adalah satu entiti peruncit yang dibawahnya terdapat lebih daripada 1500 pengusaha IKS dan EKS yang membekalkan barangan kepada Sabasun untuk dijual kepada pengguna akhir. Selain dari itu, kami juga telah merancang untuk membina satu kompleks perniagaan bagi menyediakan ruang niaga untuk IKS dan EKS dengan kadar sewa atau pemilikan yang murah.

Dengan kadar sewa yang murah ini, kami harap pihak IKS akan sentiasa berada dalam keadaan berdayamaju dan bersaing.

Adalah menjadi harapan kami agar pihak UPEN dapat mempertimbangkan untuk menjadikan apa yang telah kita bina dan apa yang kita rancang untuk bina supaya dapat dimasukkan ke dalam Pelan Perancangan Pembangunan UPEN di kawasan ini. Semuanya itu adalah bertujuan untuk memajukan usahawan tempatan juga, sesuai dengan apa yang diucapkan oleh PM dan TPM dalam isu memajukan usahawan Bumiputera...


Alhamdulillah .... akhirnya selesai juga masalah antara pihak Sabasun dan MBKT. Sememangnya niat saya membangkitkan isu ini bulan lepas adalah untuk menarik perhatian pihak MBKT supaya dapat diselesaikan perkara ini. BUKAN untuk menyalahkan sesiapa. 

Apa yang penting - kita sesama Melayu bersama-sama membangunkan ekonomi  orang Melayu dengan masing2 memainkan peranan dan tanggungjawab .... membantu yang memerlukan dan mempermudahkan yang sulit. 

Kita mahu situasi MENANG-MENANG di mana kedua pihak saling bekerjasama dan tidak ada siapa yang kalah.

TAHNIAH dan TERIMAKASIH saya ucapkan kepada Datuk Adzlan diatas keperihatinan beliau dalam menyelesaikan masalah usahawan tempatan.


Jadi kepada para peniaga, perbaharuilah lesen niaga anda ! Tidak ada alasan untuk tidak membayar kerana MBKT telah buktikan mereka mahu bekerjasama jika anda ada sebarang masalah dalam mendapatkan kelulusan lesen !

PS - Hmmm .... mungkinkah selepas ini kita buka Bahagian Kedua pula - Sabasun VS UPEN ? Hmmmmmmm ..... menarik juga nih.

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 9, 2013 at 9:48 PM

Ok la tu..bagus..antara lain yg kita bole pelajari..media mmg punya pengaruh yg sgt besar...media alternatif sekarang punya cakupan yg sgt luas hari ini..namun media tv masih punya pengaruh yg lebih besar..andainya media tv bersifat lebih terbuka, mungkin bole dibuat satu slot khas dgn tinjauan dan siasatan terhadap aduan2 yg dikemukakan oleh org ramai..contoh: pemaju perumahan yg memperdaya pembeli, servis perkhidmatan yg byk mengelirukan pengguna, modus operandi syarikat telco yg mengenakan caj yg tak masuk akal, tambang penerbangan yg kononnya murah dan apa2 lagi yg seumpamanya..kesan pendedahan itu nanti akan memberikan faedah yg baik kpd public..try la kalo tak percaya pasal aku dah rasa benda2 ni masa bermastautin di oversea dulu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 9, 2013 at 10:33 PM

Minta din penyu jenguk lihat usahawan peniaga peniaga yg di dengari belum dan payah nak dpt lesen premis berniaga dari mbkt. Kesian warung warung kedai runcit. Masalah sabasun dgn mbkt boleh di anggap selesai. Terima kasih din penyu dlm sumbangan ini

....................
Reply To This Comment ...................
December 9, 2013 at 10:49 PM

@AnonymousPulak .... hmmmm, mereka boleh emel ke saya dinturtle@hotmail.com dan saya cuba highlitekan jika ada kes :))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 9, 2013 at 11:01 PM

Salam Pok Din,

Tahniah kerana di atas kesungguhan dan keperihatinan Pok Din maka Kebenaran akhirnya terserlah.. Yang Haq pasti akan menang, itu Janji Allah Azzawajalla...

Tahniah juga pada Datuk Bandar dan seluruh Warga MBKT di atas perubahan sikap dan bertindak atas laporan bukannya duduk saja kat kerusi tak buat apa..

Alhamdulillah semuanya Selamat...

....................
Reply To This Comment ...................
December 9, 2013 at 11:05 PM

@Anonymousoya, saya sekadar pencetus minat kepada yang lain2 untuk turut sama menyuarakan masalah Sabasun. Yang menarik perhatian Datok bandar adalah hasil liputan Sinar dan FB

....................
Reply To This Comment ...................
December 10, 2013 at 12:29 AM

Saya sokong Sabasun sbb satu2 pasaraya yg banyak membantu PKS Melayu. Muslim Best adalah syarikat saya yg pernah diberi tempat oleh Che Salmi. Bayaran nya cepat kerenah birokrasi tiada.. ini lah satu2 Pasaraya milik Melayu diTerengganu.. Born In Terengganu Own By Terengganus" Syabas Bro Din Penyu.. teruskan perjuangan anda demi kebenaran dan keadilan. Cuma jgn main parti biru atau hijau. Stay Nuetral Bro

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2013 at 7:24 AM

Din,

Betul ke PM cakap tak nak pergi pengkebumian Nelson Mandela sebab nak jimat duit?!

Apa benda yang punasihat bagi dia makan sampai otak dah tak bergeliga lagi?

Habis bini pergi negara Pak Arab tak pulak dia apprehend cakap nak jimat cost.

Dah tak faham la. Apa benda ni?

Mat

....................
Reply To This Comment ...................
December 10, 2013 at 8:10 AM

Alhamdulillah,

Terima kasih kpd Brother yg telah mencetuskan isu ini dan sekarang perkara yg rumit dapat dirungkai. Saya baca semua isu yg dibangkitkan oleh Bro dan juga temuramah khas SH dengan Datuk Bandar.

Masaalah besarnya ialah tiada komunikasi. Ini adalah asas kepada penyelesaian. MBKT juga terpaksa mematuhi prosedur supaya tidak dikatakan berat sebelah. Sabasun juga mesti dibantu supaya agenda memperkasa perniagaan bumuputra dapat ditingkatkan.

Dalam keadaan2 tertentu pengecualian boleh dibuat utk membantu Sabasun. Tapi dalam soal hakmilik tanah yg dikatakan ramai tu Sabasun mesti selesaikan dalam keluarga sendiri. Dalam hal ini MBKT tak dapat membantu. Liability kpd MBKT adalah besar kerana salah seorang dari pemilik boleh mengambil tindakan undang2 jika MBKT melampaui kuasa. Yang ini saya berada disebelah MBKT.

Saya harap jika kedua-dua pihak ada niat untuk menyelesaikan masaalah ini perkara yg rumit dapat diselesaikan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2013 at 8:15 AM

Tahniah atas usaha anda juga... Hrp sabasun mkn maju..n mmbuke cawangnnye kat kemmn pulak

....................
Reply To This Comment ...................
December 10, 2013 at 1:06 PM

Bro Din, tahniah dan syabas...u are simply the best!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
December 11, 2013 at 11:41 AM

Tidak timbul salah seorang pemilik ambil tindakan undang2 kerana ketiga2 pemilik adalah adik beradik dan ketiga2nya shareholders Sabasun.

....................
Reply To This Comment ...................
December 15, 2013 at 6:12 PM

Tahniah saudara Salmi.....SMART SABASUN!

Post a Comment