........... Denyut Nadi Rakyat - Najib Faham Atau BLUR ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Denyut Nadi Rakyat - Najib Faham Atau BLUR ?

Monday, December 30, 201311comments

Sekadar bergossip menjelang Tahun Baru .... Sketsa yang saya copy dari seorang pengomen di artikel terdahulu -

Seorang bapa baru pulang dari membeli kereta porsche...

Anak : wau. Cantik kereta ayah. Mesti mahal ni.
Ayah : mesti lah. Mulai hari ini ayah terpaksa catu perbelanjaan kamu semua.


Anak : eh kenapa pulak ayah. Saya baru je nak tanya kenapa semalam ayah kurangkan belanja sekolah saya, hari ni ayah nak kurangkan lagi ?
Ayah : memang la. Kamu kena jimat sikit berbelanja. Semalam kan ayah beli motor harley davidson. Ayah dah banyak hutang. Kamu kena berjimat sebab tu ayah kena kurangkan belanja sekolah kamu.


Anak : ayah dah ada banyak motosikal dan kereta kenapa ayah beli lagi ? Ayah yang berhutang dan berbelanja sesuka hati kenapa saya yang kena berjimat ayah ?

Ayah : dah dah dah kamu jangan cakap banyak sangat. Syukurlah ayah masih lagi bagi duit belanja. Lagipun akhir tahun nanti ayah bagi la bonus sikit. Kalau kamu tak suka, kamu boleh cari keluarga lain. Kami tengok jiran-jiran kita tu, anak-anaknya melarat.

Anak : tapi ayah, tu sebab ayah diorang kerja biasa je tak berjawatan besar macam ayah. Diorang takde kebun besar macam ayah. So hasil pendapatan pun tak semewah ayah. Ayah banyak hasil tapi masih lagi banyak hutang. Sekarang ni ayah nak catu perbelanjaan saya pulak.

Ayah : banyak cakap pula kamu ni. Dah dah dah ayah ada kerja ni.

Anak : ayah nak pergi mana ?
Ayah : mak kamu nak pakai duit sikit nak pergi hawaii katanya nak beli handbag. Ini demi kepentingan keluarga kita.

Anak : ooo...
Ayah: Kamu tanya banyak sangat ni....apasal ? Kamu nak gulingkan ayah ker ?


Senyum  lar !  Hehehehe ...  Alaaaa .... janganlah serius sangat. Bergurau jer. Bukan saya sokong Demo Haram, nah ini pula pesanan buat para pendemo malam esok -


Ada sebuah artikel menarik di Utusan - Antara BR1M, bantuan bencana, kenaikan harga. Menarik kerana ia cuba menyelami perasaan RAKYAT BIASA yang yang tidak terlibat secara aktif dan khusus dalam politik kepartian berlainan pula persepsi mereka.

Kalau kita buka telinga dan mata, komentar di warung kopi dan laman sosial banyak mengupas komentar golongan ini yang rata-ratanya meluahkan rasa jelik, marah, benci, geram dan sakit hati terhadap para politikus yang masih lagi rakus kononnya ingin memberi bakti kepada rakyat jelata.

Namun kesemuanya tidak dapat dibuktikan secara realistik melalui bentuk tindakan dan diterjemahkan kepada pembaikan perkhidmatan bagi kehidupan sebenar rakyat yang semakin terhimpit dengan masalah ekonomi keluarga yang asas, termasuk keperluan tempat tinggal, makan minum, persekolahan, dan kesihatan.

Meskipun kita diberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi hakikatnya bantuan sekali setahun itu tidak memberikan sebarang makna jika dihadiahkan pula dengan pelbagai kenaikan yang berganda-ganda terhadap barang kepenggunaan.

Bermula dengan gula, minyak nampaknya melarat pula kepada tambang perkhidmatan bas sekolah kemudian berjangkit kepada tarif elektrik dan tidak mustahil pula tol, kemudiannya mungkin teksi, bas biasa dan apa sahaja akan menyusul seolah-olah tanpa noktah
.

Apakah Najib benar2 ikhlas bila memperkatakan tentang mendengar denyut nadi rakyat, mendengar keluh kesah rakyat ..... atau ia sekadar ucapan retoriks semata ? Begitu juga dengan pak2 Menteri yang sejak akhir2 ini sering mengeluarkan kenyataan yang tidak berpijak di bumi nyata dan hanya mengundang kemarahan rakyat kerana dirasai seperti mahu memperbodohkan rakyat ?



Kemudian harga barang dan perkhidmatan pula dinaikkan. Meskipun banyak pejuang NGO yang prokerajaan cuba untuk merasionalkan tindakan-tindakan drastik memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST), menaikan harga gula, petrol dan sebagainya tetapi sampai bila mereka berupaya menyokong pagar-pagar yang menjadi duri kepada keputusan tidak bijak dan tidak kena pada masanya ini terus berlaku.
 
Asyik2 alasan BR1M juga yang dijadikan sandaran akan betapa perihatinnya kerajaan terhadap masalah rakyat. Cuba fikirkan kehidupan dulu sebelum BR1M dengan selepas BR1M ...... kenapa ek, selepas BR1M diperkenalkan, rakyat sering diperingatkan akan bantuan tersebut ? Nah, bila dah terlalu disogokkan dengan alasan BR1M -
 
Ramai yang berpendapat biarlah BR1M tidak diberi asalkan harga barangan dan perkhidmatan tidak dinaikkan. Malah biar bonus tidak diberi dan gaji tidak dinaikkan asal harga rumah masih kekal di takuk lama. Itu hanya sebahagian daripada keluhan.


Jika pemberian BR1M dijadikan alasan untuk kenaikan harga minyak tempoh hari dan BR1M juga dijadikan alasan supaya rakyat terus mensyukuri nikmat berPMkan Najib dan terima saja semua kenaikan harga barang menjelang 2014, APAKATA kalau BR1M dimansuhkan dan kita kembali semula kepada era SEBELUM BR1M ?


Najib tahu ke tidak apa yang ada dalam fikiran rakyat atau Najib sebenarnya BLUR ? Apakata anda luahkan jawapan itu dalam bentuk UNDI di SINI - ( ada dipenjuru atas sebelah kanan blog tersebut )

Clueless maksudnya BLUR

PS - Analisis Bancian saya minggu lepas akan saya buat sekali dengan Bancian BLUR diatas :)

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2013 at 2:11 PM

Persoalan sebenarnya ialah Najib tak berupaya dalam membuat keputusan sendiri. Segala keputusan "diswastakan" kepada penasihat atau konsultan. Yang peliknya, pakar-pakar ekonomi yang sedia ada dalam kerajaan tidak pulak menjadi rujukan utama bagi Najib. Bila ditegur kerana sering membuat keputusan yang meresahkan hati rakyat, mulalah memberi alasan kononnya kerajaan tidak boleh membuat keputusan popular sewenang-wenangnya bagi mengelakkan kesan buruk kepada ekonomi negara. Hello Najib, sejak engko memerintah sepenggal yang lalu, ekonomi negara memang dah tak stabil pun. Malah lebih buruk dari sebelumnya ekoran dasar-dasar transformasi dan liberalisasi subsidi yang banyak merugikan rakyat. Malas dah aku nak cakap pasal ni. Tapi nak tak nak terpaksa jugak cakap. Ttak bolehlah biarkan macam tu jer kerana yang menanggung bebanan kos sara hidup yang tinggi setiap hari ialah rakyat marhean macam aku ni.

Aku rasa elok sesangat Najib meletakkan jawatan kerana GAGAL mendengar denyut nadi rakyat. Beliau hanya dengar denyut nadi PEMANDU jer. Sebagai penyokong UMNO, mana aku nak taruk muka. Malu sangat aku sebab dah tak boleh backing atau cover apa yang pemimpin UMNO dah buat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2013 at 3:18 PM

King louis najib dan marie antoinette rosmah akan di campak oleh rakyat pada pru 14 ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2013 at 3:27 PM

Siapa punya idea asal berkaitan pengurangan subsidi atau bahasa canggihnya rasionalisasi subsidi.Pengurangan subsidi,pada asalnya di lihat dari sudut keadilan pada yang hak atau golongan yang sepatutnya menerima subsidi.Melibatkan pembaziran atas tanggungan yang besar oleh subsidi yang boleh di belanjakan untuk pembangunan.Persoalannya yang mana satu kita nak ikut,atas pandangan di atas.Adakah sistem ekonomi kapitalis di unjur sebagai instrumen kepada keadilan sosial.Ini persoalan pokok dan sangat besar.Subsidi di lihat dari perbagai sudut.Kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.Meningkatkan kemajuan dan pembangunan negara.Kadar inflasi yang rendah.Kadar kemiskinan yang kian menyusut.Kecualilah subsidi kita keterlaluan seperti negara venezuela,yang terang2 subsidinya melampau tinggi mengakibatkan inflasi juga tinggi.Malaysia memainkan peranan yang sederhana dalam pemberian subsidi dan di lihat dari sudut persaingan yang sengit di antara negara2 jiran.Malaysia masih lagi di landasan yang betul sebelum pengumuman rasionalisasi subsidi.Pembukaan koridor ekonomi adalah salah satu contoh yang terbaik.Bagaimanana agaknya ,kerajaan mengembalikan subsidi dalam bentuk lain tanpa menjejaskan kos sara hidup rakyat dan menarik minat pelabur asing.Ibarat menarik rambut di dalam tepung.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2013 at 3:30 PM

aku dah komen banyak kali dah dalam blog sebelum ni..dari awal lagi aku memang AMAT TIDAK SETUJU dengan slogan 1M, BR1M dan gaji minimum...sebab keburukannya lebih banyak dari kebaikannya..sekarang dah nampak kan? tapi najib dan pemandu dia ada peduli? even bloggers pro kerajaan pun dok sokong semua tu...hmmmm

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2013 at 3:40 PM

muhyiddin dgn zahid senyap je? Tkan tak brani sanggah najib?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2013 at 3:45 PM

BN mungkin akan kalah pru14 ni...kalau pemimpin2 dia dok takat tu ja...tak mahu berubah...orang2 sekeliling aku skrg semua anti kerajaan...tapi ni bukan salah umno...yang salah pemimpin2 dia la...cakap tak serupa bikin...skrg ni aku pun dah boring dgn umno...tapi aku lagi boring dgn pkr dan pas nak harap pkr dgn pas lagi la tak boleh pakai...skrg ni cuma satu ja tukar pm yg baru skli dgn menteri2 kabinet yg mcm budak2 tu...mansuh pemandul...dan yang lain2 yang dirasakan tak perlu membazir duit rakyat ja! Mcm sng ja ckp kn ntah la~~~

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2013 at 4:42 PM


Kalu nak tukar pm,gamak-gamaknya ,siapakah pilihan yang pertama dan calon seterusnya..
Najib nampaknya dah tak releven.....membisu dan senyap sesenyapnya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2013 at 4:59 PM

@Anonymous

aku akan pastikannya....sebagai pengundi kali kedua PRU 14...selepas bagi sedekah kat BN PRU-13 begini balasan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 1:19 AM

Lepas ni harga ais akan naik, disusuli dengan kenaikan harga minuman sejuk. Nanti ada la alasan standard, kalau dah kemaruk nak minum ais, duduk aje kat kutub utara/selatan.

* Rasionalisasi idris jalang yang tak rasional.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 10:04 PM

@AnonymousJangan tunggu PRU14... Sekarang adalah masanya!. Kita seluruh penyokong umno kena turunkannya melalui desakan yang bertali arus sehingga berjaya... Naiklah orang lain dlm umno, asal jangan Najib... Setuju?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 10:06 PM

@AnonymousSetuju sangat2 dgn komen saudara, semuanya tepat...

Post a Comment