........... Cardiff City dan Vincent Tan - Tajaan RM15 Juta MOTAC Hanya Membawa Aib Kepada Negara ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Cardiff City dan Vincent Tan - Tajaan RM15 Juta MOTAC Hanya Membawa Aib Kepada Negara ?

Sunday, December 22, 201313comments

Saya terbaca artikel di ruangan sideview TMI - Why give Vincent Tan taxpayers' money to embarass Malaysia ? - yang mempersoalkan kewajaran Menteri MOTAC Datuk Nazri membantu kelab bola Cardiff City dalam bentuk penajaan sebanyak RM15 juta dalam keadaan negara tengah mengalami masalah kewangan.

Nazri menjawab, urusniaga itu akan help the ministry gain global “publicity and public relations” benefit and to attract high-end tourists from the United Kingdom and other Western European nations to Malaysia.

Pada waktu sama, penulis artikel turut mempersoalkan motif  “publicity and public relations” sambil menceritakan apa yang sebenarnya sedang berlaku ketika ini antara penyokong2 Cardiff City dan Vincent Tan.

Controversial figure: Vincent Tan is viewed with suspicion by many of the club's supporters

Beberapa siri tindakan tidak populis yang diambil oleh Vincent telah menimbulkan kemarahan dikalangan penyokong setia kelab bola Liga Premier England itu, bermula dengan menukar warna dan logo kelab - suatu tindakan yang dilihat sebagai tidak menghormati budaya, sejarah dan kepentingan kelab serta penyokong setianya, menggantikan pegawai kelab, sering memasuki bilik persalinan waktu permainan untuk memberi arahan dan yang terbaru cubaan memaksa pengurus kelab Malky Mackay supaya undur atau diberhentikan.

Bluebirds fans gather at the Cardiff City Stadium to protest about owner Vincent Tan and show their support for Malky Mackay
Semua ini mengundang kemarahan dan protes terbuka dari kelab penyokong Cardiff City. Saya membuat semakan dan dari beberapa sumber seperti -

- Wale OnlineMetroThe IndependentThe TelegraphMailOnline ,

SEMUAnya melaporkan yang ramai penyokong setia kelab Cardiff City menganggap Vincent Tan hanya mementingkan keuntungan semata2 dan tidak peka kepada sejarah dan semangat kelab.





Ya, nama negara kita mungkin terpampang megah di jersey para pemain sebuah kelab bola Liga Perdana tapi apakah benar ia merupakan satu bentuk publisiti yang positif jika mengambilkira sentimen yang sedang hebat diperkatakan oleh peminat2 kelab itu sendiri ?

Apalagi bila melibatkan seorang 'pemilik asing' , pastinya sentimen negatif itu akan mudah dikongsi oleh peminat2 bolasepak England secara amnya ...... dan secara tidak langsung nama Malaysia akan turut sama mendapat tempias negatif dari semua kemelut ini.


Ya, apa yang berlaku di kelab Cardiff City adalah masalah peribadi Vincent Tan dengan kelabnya, tapi bukankah lebih baik MOTAC jangan libatkan nama negara dalam bentuk penajaan sehingga kemelut diselesaikan dengan cara baik ?

Dikhuatiri pembabitan MOTAC yang bernilai RM15 juta itu hanya membawa aib kepada negara ...

Perhatikan video dibawah .... reaksi penyokong2 setia Cardiff City ketika nama Vincent Tan diumumkan dan mereka ramai2 menyanyikan lagu yang mahukan warna kelab dikembalikan asal kepada warna biru.



KLiK ke Youtube.


Sebagai analogi, bandingkan seorang billionair dari Qatar ( CONTOH OK ) telah membeli dan mengambilalih Pasukan Bolasepak Selangor, kemudian menukar warna merah kuning kepada biru, dan menukar pengurus serta memberi arahan kepada para pemain ketika permainan berlangsung ..... apakah reaksi peminat2 pasukan Selangor ? Tidakkah kemarahan yang asalnya hanya ditujukan kepada individu itu, lama kelamaan akan dikaitkan dengan negara asalnya pula apatah lagi jika nama Qatar terpampang jelas pada jersey pemain ?


Mungkin ada eloknya MOTAC mempertimbangkan semula perkara penajaan ini  .....


PS - Jangan lupa mengundi pada bancian di sebelah kanan atas !

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 22, 2013 at 6:38 AM

Kena buat JK Parlimen, utk semua perbelanjaan k'jaan yg bukan perbelanjaan mengurus, kena dptkan kelulusan JK Parlimen dahulu. JK Parlimen berkenaan mestilah ada dr kedua dua pihak sama bnyk. Jika tidak, mudah mudah sahaja wang rakyat dibelanjakan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 22, 2013 at 7:11 AM

sibuk nak taja juta2.tapi rakyat sndr setakat brim je? baik pegi mam... je la politicians dlm negara nih!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 22, 2013 at 7:12 AM

Video tu ada hantu ke?bunyi sound lain mcm haha

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
December 22, 2013 at 8:23 AM

Senang2 JUTAWAN dpt RMjuta2 dr kerajaan KONONnya boleh promosi Mas.....apa, NAK BALAS BUDI PENAJAAN MASA PRU13 ke apa?....tabur duit sana sini mcm negara KAYA RAYA

org BIASA diminta berJIMAT.....org KAYA diTABUR DUIT JUTA2....kita nak harapkan org yg menabur duit pd org KAYA supaya RASIONAL?.......egonya menGUNUNG, lidahnya berCABANG, otaknya hanya fikir $$$$$$$$, KONON utk negara....pooooorah!

tgk kes Namewee n anak sudah....itu kes plg JELAS, TELUS utk kita tgk corak pemikiran si penabur duit negara

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 22, 2013 at 9:24 AM

beza penjajah british
dengan penjajah malaysia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 22, 2013 at 10:20 AM

Kepada pembaca setia yg menggunakan Smart Phones, anda perlu klik dahulu "View web version" di bahagian bawah page ini, dan 'kotak' mengundi itu akan tertera dia bahagian atas kanan. Selamat Mengundi!

Pernah dgr pasal Bilionair Malaysia yg own kelab bola Inggeris. So ni la dia and kerjanya yer... ish ish. Kasi malu sama gua la uncle Tan. Nanti Abg Din kasi buat itu vote pasal lu pula Uncle, baru lu tahu. IN or OUT?

Paan M.

....................
Reply To This Comment ...................
December 22, 2013 at 11:00 AM

rakyat dok diam2, biar menteri yg semuanya otak bergegila tu pikiaq utk kesejahteraan rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
December 22, 2013 at 1:34 PM

@AnonymousTak perlulah ketahap JK, macamlah kerajaan langsung tak boleh dipercayai dengan duit ......

....................
Reply To This Comment ...................
December 22, 2013 at 1:36 PM

@Otak geligaPemimpin sentiasa punya alasan yang bagi mereka adalah justified walaupun ditentang oleh rakyat.

Ternyata ungkapan kerajaan lebih tahu dari rakyat yang diucap Najib hanyalah sekadar ucapan saja ...

....................
Reply To This Comment ...................
December 22, 2013 at 1:37 PM

@AnonymousYa, setiap kali disebut 'Jutawan Malaysia', negara kita mendapat malu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 22, 2013 at 2:13 PM

Nazri Aziz Punya Otak sama macam Budak2 Darjah Enam...Rasa2nya Menteri Paling Teruk yg Jadi Pujaan KJ Haramjadah tuuu lah.

Tun M dah Kata dah.. Kalau Dah Lama Duduk Dlm Kabinet Tuu ... buka lah mata, tengok kiri kanan, kasi lah can kat orang lain pulak.. Kalau Tidak memang lah Boddo Boddo Boddo saja Yang Rakyat akan Dapat..

Nazri Contoh yang Paling Tepat dalam Ungkapan Tun M...110% Tepat undur diri... Kalau Tak da Orang Lain Kat Padang Rengas tuu Kasi jea kat Anak pulak Bertanding.. tengok Boleh Dapat Wang Pertaruhan Ke Tidak!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 22, 2013 at 10:18 PM

President John F Kennedy pernah berkata "Ask not what the country can do for you but what you can do for the country' ,Cina ini kaya kerana kerajaan Malaysia sekurang2 nya masa negara kita di ambang Bankrupt ni(according to Idris Jala) dia patut 'donate' advertisement Malaysia di jersi itu for FREE instead of 'PAW' gomen kita RM15M.

Mana semangat 'Patriotic ' dia untuk berterima kasih kepada negara dia yang memberi dia TUAH. Cina cina juga,selagi boleh hisap darah kita,dia akan hisap.

Ah Jib Gor punya consultant sepatut SPIN cerita yang banyak cina cina macam ini yang support kerajaan dan polisi dia. Ini takda,duit keluar.cina kaya.

Alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2013 at 1:08 PM

haritu tgk game liverpool vs cardiff pun nampak lg tan out. patutnya kalau pun nak labur 15 juta, mintak sekali pulangannya. mintak contohnya 10 pound ke komisyen utk satu jersi dijual. senang benar bg duit atas alasan nak promosikan tahun melawat malaysia. dahla logo langsung x tarik pelancong luar nak mai negara kita. dulu buat logo maskot penyu je dah catchy ramai dtg msia. apa la x bijak kjaan msia skrg ni.


jentayu

Post a Comment