........... Cahaya Al Majid - The Promised Land. ( Huh ? ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Cahaya Al Majid - The Promised Land. ( Huh ? )

Monday, December 23, 201314comments


Kali ni saya nak berkongsi dua hasil nukilan dari blog yang namanya agak menggerunkan .... atau mungkin menginsafkan, bergantung pada persepsi anda ... tapi sejak akhir2 ini sering saya kunjungi. Kuat balun Najib nih .... ( hai entahlah bloggers le nih.) - nama blognya CAHAYA AL MAJID PERJALANAN KE DUA ... ganaaazzzz ... tapi apapun namanya, gerenti lebih ummmph dari blog sorang tu yang guna nama penyu !

Artikel Pertama -


THEPROMISED LAND :-APA PILIHAN RAKYAT SELAIN MENERIMA SEGALA KENAIKAN OLIH NAJIB??

Apa pilihan yang rakyat ada.? Membiarkan kerajaan 'mengulam' rakyat atau rakyat harus bingkas menentang segala bentuk penindasan yang 'menyeronokan" Kerajaan Najib serta konco-konconya yang bertaraf ' Cap Ayam"?

Kalau rakyat berpeluk tubuh dan hanya  mengharapkan 'blogger' membelasah Kerajaan, dirasakan tindakan ini tidak akan kemana dan segala bentuk 'kenaikan' pasti akan 'dipikulkan' dibahu  rakyat tetapi sekiranya rakyat bangun membantah segala kenaikan ini, kemungkinan  Kerajaan Najib akan berfikir semula adalah 'tanda' kemenangan rakyat'.

Orang Melayu 'menyandarkan undi' pada PRU 13 kepada UMNO dan Barisan dengan harapan 'nasib Melayu' dan ekonomi Melayu akan terbela tetapi 'malapetaka' pula yang Najib 'sogokan' kepada orang Melayu.

Dengan bermacam-macam kenaikan yang dihimpunan keatas Melayu dan rakyat seolah-olah 'bank Kerajaan dan UMNO" hanyalah tertumpu kepada 'wang 'rakyat'', dirasakan tindakan ini amat tidak berperasaan sama sekali. Kuasa yang diberikan sepatutnya menyenangkan rakyat tetapi sebaliknya pula dilakukan. Sudahlah Najib 'berbelanja' sakan' didalam pentadbiran sehinggakan 'deficit' akaun negara, demi untuk menyelamatkan 'jawatan yang dipegang Najib', rakyat pula yang dipaksa menanggung segala bala hutang yang dibuat Najib.

Seterusnya klik link tajuk diatas..


Artikel Kedua -

THE PROMISED LAND :- UMNO NAZAK AKIBAT NAJIB

Sindrom 'aku peduli apa' atau 'ada aku kesah' terhadap kesusahan orang ramai bukan lagi keutamaan kepada pemimpin tertinggi UMNO, apa yang perlu dilakukan pemimpin hanyalah untuk ''membodek' dan 'membenarkan' salahlaku dikalangan mereka dan 'membela' pemimpin secara 'pukal' asalkan 'kedudukan' sendiri tidak 'terjejas'.

Kini orang ramai bukan lagi 'tolol' atau ' bodoh' seperti yang disangka UMNO. Orang ramai sudah berpendidikan dan bukan lagi berdiri sekadar 'melihat' segala kecurangan yang dilakukan pemimpin. Kalau dahulu hanya ruang akhbar saja menjadi rujukan tetapi kini alam siber menjadi medan rakyat untuk meluahkan ketidakpuasan hati terhadap Kerajaan dan juga Parti Pemerintah. Segala salah laku kepimpinan dan kebodohonnya pemimpin dapat disaksikan secara 'online' tanpa berselindung.

Memandangkan orang Melayu kini sudah semakin terhimpit kehidupannya akibat dari dasar UMNO dan idea Najib, maka,bermacam-macam 'salakan' dari setiap penjuru negara sudah berbunyi. Kebanyakannya merasakan UMNO sudah 'kurang relevan' untuk memperjuangkan nasib dan bangsa Melayu. Kalau sudah 67 tahun memerintah dan paras ekonomi orang Melayu masih lagi dibawah paras 'hidung' pada setiap bulan, kini, dengan pendekatan terbaru kepimpinan Najib yang mengenakan bermacam-macam kenaikan telah membuatkan ramai orang Melayu sudah mula merasai 'kelemasan' akibat salah takbir ekonomi olih Najib dan gerombolannya.

 Suka atau tidak rakyat terpaksa 'berhadapan' dengan 'malapetaka' yang dicipta olih 'anak bangsawan' ini. UMNO tidak salah tetapi 'peneraju UMNO' dan 'rakan sekutu' dalam UMNO itu yang bersalah. 

Untuk Artikel penuh, klik tajuk di atas.

Jika anda tahu mana2 blog lagi yang sepesen dan sekepala yang bukan mainstream, bolehlah beritahu diruangan komen. InsyaAllah, kita kongsi bersama... sama2 kita naikkan bloggers sebegini supaya suara kita lebih jelas dan nyaring.

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2013 at 7:52 PM

Din, ko kenal ke nama blog yang guna nama penyu tu. Aku dengar blog tu suda bikin panas sama itu Ah Jib Gor.

....................
Reply To This Comment ...................
December 23, 2013 at 7:57 PM

@AnonymousBiar betul .... Penyu ? !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2013 at 7:58 PM

Ada khabar angin jibby diminta turun oleh inner circle UMNO sendiri. Katanya Mac 2014. Mohon Bro Din sahkan. Kalau betul sujud syukur den!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
December 23, 2013 at 8:01 PM

@AnonymousSujud Syukur ? Kepada orang PMO - Saya tak kenal siapa anon ni OK !

....................
Reply To This Comment ...................
December 23, 2013 at 8:56 PM

Pertama - kita doakan PM Najib dapat hidayah ketika ini melakukan Umrah

Kita tegur Pemimpin agar tidak sesat jalan. Bukan ingin memburukkan keupayaan nya. Sekarang kita nampak pilihan nya tidak tepat. Mengabaikan kakitangan senior awam berpengalaman dalam pentadbiran awam. Juga mengubah jalan di atas nama Transformasi dengan bebanan di pikulkan kepada rakyat marhaein. Kaum peniaga cina begitu selesa dengan aksi Melayu tanpa 'akai' sekarang. Semua cap ayam ponen !

Ingat pesan Allah SWT. Jangan mengangkat kaum kafirun sebagai pemimpin atau membiar mereka memegang, membuat keputusan ! Mereka tidak akan sesekali redo sehingga kita semua menyokong.... Mungkin PM Najib lupa agak nya kerana pengaruh dalaman...

Kemudian gaji orang-orang PM ini di luar amalan sektor awam. Tentu sahaja penjawat awam berkelulusan sama bersakit hati atau makan hati melihat slip gaji ahli-ahli konsetan berpuluh ribu... malah kini KJ juga teruja...fi konsultan berbilion untuk satu jangka sudah boleh melepaskan keperluan rakyat dari belenggu kemiskinan !

Jika PM kita gagal, terjelepuklah kita dalam kebinasaan. Malah GLCs dan Petronas bukan untuk individu tetapi demi pembangunan kerajaan dan kemajuan anak-anak bangsa Malaysia, am nya.

Hingga sekarang kita masih menongkah langit akibat perbuatan pemimpin- pemimpin bacul... Sampai bila ?

Binatang-binatang akan berpesta bom pada malam tahun baru...memburukkan lagi persepsi, itu yang mereka kata...kerajaaan masih di buai mimpi ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2013 at 9:02 PM

Srh najib letak jawatan tu ok din ! Selepas ni siapa yg kt nk lntk jd pm ?

....................
Reply To This Comment ...................
December 23, 2013 at 9:12 PM

@Anonymous

Kenapa lama sangat. Nak tunggu hancus UMNO baru nak turun.

Harap selepas Najib pergi umrah ni ditunjukkan jalan keluarnya.

Amiiin

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2013 at 9:42 PM

As salam din,
Mamat penyu sorang ni, aku rasa dah kena dot merah.
Boleh kata menteri semua dah lepas tarikh luput. Sombong ye mereka bila ditegur. Angkuh dan memperkecilkan pemikiran rakyat.

Yuyu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2013 at 9:42 PM

7.58
betul ke alhamdulillah... aku akan bersedekah pisang sesikat kat masjid jika ah jib gor meletak jawatan kpd pempin baru insaflah perjuangan agama bangsa kita kita berhadapan dgn pendatang sepet yg kurang ajar sekarang ni

....................
Reply To This Comment ...................
December 23, 2013 at 10:06 PM

Artikel yang saya rasa mewakili SUARA kebanyakan MELAYU/PRIBUMI yang sudah pun kehilangan arah. Sebuah bahtera yang mana nakhodanya MUNGKIN akan tenggelamkanya. Pendapat saya bukan USIA yang menjadi perhitungan walau pun sangat tepat dijadikan perbandingan dengan maknusia. UMNO kiranya ditadbirurus dengan baik, parti tersebut akan tetap menjadi relevan untuk orang orang MELAYU/PRIBUMI. Walau pun telah berusia, tetapi masih lagi punyai nilai tersendiri.

Oleh kerana parti sekarang telah mengalami kerosakan maka wajarlah orang orang MELAYU/PRIBUMI mencari jalan pembaikanya agar ianya akan terus menerus teguh. Orang orang MELAYUPERIBUMI punyai KUASA yang orang MELAYU/PRIBUMI sendiri tidak tahu atau tidak mampu menggukanya. Sememangnya BENAR kalangan MELAYU/PRIBUMI sekarang bijak dan pandai, tetapi harus digunakan kebijakan dan kepandaian itu untuk menebus kembali MARUAH BANGSA. Orang bijak pandai tidak akan lawan secara fizikal tetapi menggunakan mental yang waras. KEBERANIAN amat penting untuk sebarang perjuangan.

Si Polan baru baru ini ada mengatakan dengan begitu sombong dan bongkak bahawa UMNO punyai jutaan ahli dan banyak rangkaian. Si Polan itu juga menggunakan angka sebagai modal. Kalau angkalah yang menjadi ukuran, kenapa tidak orang MELAYU/PRIBUMI menafikan angka itu dalam setiap program yang dianjurkan UMNO/BN? Saya kira jika SEMUA program UMNO/BN diboikot samada melibatkan pemimpin atau pun tidak, Najib akan rasa tertekan. Sekiranya pemimpin tidak mahu berubah kenapa tidak orang MELAYU/PRIBUMI yang mengubahkanya. Kenapa tidak orang MELAYU/PRIBUMI bijak pandai menyusun strategi menghapuskan pemimpin yang telah merobek bahtera UMNO?

Janganlah pula marahkan nyamuk kelambu dibakar.

....................
Reply To This Comment ...................
December 23, 2013 at 10:29 PM

@d8manNYAMUK itulah yang kita bunuh, kelambu elok lagi ! :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2013 at 10:44 PM

@dinturtle

walaupun dah berusia?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2013 at 11:34 PM

@dinturtle

macam ada hidden agenda jer komen balas mu ni bro!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2013 at 11:48 PM

Sebut pasal nyamuk, aku teringat citer pasal nyamuk politik kat bawah ni.....

Hari ini nyamuk-nyamuk BN telah menyedut banyak darah manusia. Oleh kerana tidak tahan darah disedut setiap hari oleh nyamuk BN, maka berpakatlah sekelian manusia untuk mengadu kepada nyamuk PR.

Maka berkatalah Ketua Nyamuk PR kepada sekalian manusia, "Tuan-tuan jangan susah hati. Kami Nyamuk PR adalah nyamuk yang baik, sentiasa bermurah hati dan sedia membantu. Tapi dengan syarat, tuan-tuan semua diminta supaya mengundi kami dalam pru yang akan datang. Sekiranya tuan-tuan memberi kemenangan besar kepada kami, kami berjanji akan menjadi nyamuk yang baik. Kami berjanji takkan hisap darah manusia. Kalau kami lapar, kami cuma hisap madu bunga jer. Darah tuan-tuan kami takkan sentuh langsung. Ini adalah janji kami demi kesejahteraan tuan-tuan semua". Mendengarkan ucapan yang penuh semangat dari Ketua Nyamuk PR itu, maka bertepuk tangan dan bersorak-sorailah manusia yang terpedaya dengan janji manis nyamuk PR tersebut.

PS : Sama ada nyamuk BN ke nyamuk PR ke. Kedua-duanya tetap suka hisap darah manusia kerana itu tabiat semulajadi nyamuk. Cuma memandangkan kita dah lama kenal ngan nyamuk BN, kita lebih tau macamana nak kasi halau itu nyamuk sama ada guna Ridsect, Shieldtox atau Fumakilla. Nyamuk PR ni pulak kita belum kenal lagi spesis macamana. Takut-takut bukan sekadar hisap darah jer. Entah-entah boleh bawak penyakit sekali.

Post a Comment