........... C For Chaos ... Hmmmm ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

C For Chaos ... Hmmmm ...

Sunday, December 29, 201315comments


Malas nak layan benda surat emel yang didakwa ditulis oleh Abdul Rahim Ghouse kepada Rafizi seperti di atas tapi bila disiarkan oleh Utusan sebagai salah satu berita utamanya, saya nak komen jugalah. Tajuknya C for Chaos.

Kalau tak jelas, korang boleh klik link Utusan untuk ketahui apakebenda yang ditulisnya. Rafizi nafikan pembabitannya sebagaimana didakwa - Sinar.

Saya tidak mahulah komen kesahihan emel itu tapi jika benarlah apa yang ditulis itu, senang kerja polis kita, semuanya siap ditulis baaaaaik punyer dalam satu emel !

Siap ada nombor talipon lagi...

Ya, saya harap pihak Polis siasat emel di atas. Jika sahih, bertindaklah ke atas mereka yang terbabit. Jika palsu, siasat dan bertindak juga ke atas mereka yang bertanggungjawab mengada2kan dakyah palsu ini. Sebab kandungan emel diatas mampu menimbulkan ketegangan awam kepada mereka yang percaya.

Semalam TV melaporkan pihak Polis sudah KENAL PASTI dan beri amaran kepada penganjur utama perhimpunan haram untuk guling kerajaan pada malam tahun baru nanti.




Empat pertubuhan tersebut adalah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang dikatakan turut merancang menimbulkan kekecohan dengan menggunakan senjata.
"Justeru polis tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas dan menangkap individu yang akan menggugat ketenteraman awam pada malam tersebut," tegas  Datuk Amar Singh Timbalan Ketua Polis KL.
"Mengikut peraturan, penganjur perlu menyerahkan notis kebenaran berhimpun 10 hari sebelum perhimpunan diadakan tetapi sehingga kini pihak kami tidak menerima sebarang notis daripada mereka," - Utusan.

Teringat beberapa siri perhimpunan Bersih ..... malas dah nak komen banyak. 

PS - Siapalah yang gatal mansuhkan ISA ...

Oooops lupa nak tambah pesanan Amar Singh -


Bagaimanapun kata Amar, polis memberi jaminan yang orang ramai tidak perlu risau dengan kumpulan berkenaan dan sambutan ambang tahun baru akan berjalan tanpa masalah.

"Pada malam 31 (Disember) memang selamat untuk orang awam buat apa mereka mahu (untuk sambut tahun baru)," katanya.

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
December 29, 2013 at 9:58 AM

Bawa je komando turun berpakaian b

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2013 at 10:30 AM

sapela yang bodo sangat2 yang mansuhkan ISA tu ye??? skrg amekaw!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2013 at 10:58 AM

Jadi Boleh lah pakai Baju Hitam sambil jalan-jalan kat Dataran Merdeka ... sebab tiada amaran tidak boleh pakai baju hitam drp pihak polis? Boleh jalan2 macam biasa?

Jadi apa yang digembar-gemburkan semuanya fitnah ke?

Hai.. Makin rumit keadaan sekarang nie, Media Sosial Pro-pembangkang kata Himpunan Selamat... nak demonstrasi menyatakan Hak Tak Bersetuju semua Harga Bakal Naik, Media sosial Pro-Kerajaan Kata Himpunan Haram Nak Gulingkan Kerajaan...

Laporan polis dibuat ribuan orang, laporan polis dah cecah ribuan tapi sampai sekarang tiada tangkapan dan kes yang jelas dibicarakan dsbnya...Tak macam Operasi Cantas.. Cepat Polis Bertindak tangani Penjenayah..

Media elektronik TV Pro-Kerajaan main sentimen macam Malaysia nak jadi macam Mesir, Bangkok...

Jadi Apa kita nak Buat.. Biar Aje Harga Naik... Tak Boleh Nyatakan Bantahan?

Kenapa Tak ada Ahli UMENO atau Pemuda UMENO yang HANTAR MEMORANDUM Bantahan kpd PM atau TPM? atau antar Nota Bantahan kat YDPA?

Siapa yang benar2 memperjuangkan Hak Rakyat sekarang nieh???

Bila Kita menulis dan Komen sikit Kita dikatakan Pro-Pembangkang? Apa nak jadi kat Mesia Nieeeh.... Mana Tempat Benar2 Nak mengadu???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2013 at 11:07 AM

Kalaulah diingatkan Pembaziran dan Pemborosan Najib Razak dalam Membayar RM7.2 Billion kpd Punahsihat dan Wang RM6.5 Billion dipindah keluar ke Cayman Island...Rasa-rasanya Mahu juga ikut pergi Demonstrasi Bantah Secara Aman...

Kerana akibat pembaziran dan Keborosan dan Kebodohan Pimpinan Najib maka berlakunya Kenaikan Harga secara Mendadak...

Tapi Malangnya, setiap perhimpunan seccara Aman pasti berakhir secara ganas dan tidak terkawal, kerana Emosi dan Tekanan percuma sewenangnya senang dipermainkan.. nafsu amarah jadi tak terkawal lalu memberontak...

Jika Dibiarkan MAKA akan keluar lah kenyataan BODDO dan Tidak berakal drp Menteri2 Ayam...Katanya

1. Rakyat tidak menyokong Himpunan Haram tandanya rakyat menyokong Kerajaan di dalam isu Kenaikan Harga Barangan dan perkhidmatan..

2. Himpunan Haram tiada sokongan..blaa blaaa blaaa

Malah Media Sosila pro-Kerajaan akan siarkan cuma ratusan aje, yang keluar tiada sokongan dan tiada sambutan..

Apa ke benda Nieeh...Buat Salah tak Buat Salah...


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2013 at 11:13 AM

Saya Nak Cadangkan kpd Pok Din supaya:-

Diwujudkan suatu Suruhanjaya Diraja Memantau, Menyelia, Menyelaras dan Menyemak sebarang bentuk Kerja, Urusan dan Perkhidmatan yang diberikan oleh PEMANDU dibawah pimpinan Idris Jala dan penasihat Khas Kpd PM Najib iaitu Omar Ong supaya segala aktiviti Buruk baik mereka dapat di pantau dan diambil tindakan sewajarnya..

Kalau nak bagi cadangan supaya ditutup terus Pemandu dan di pecat si Omar Ong .. memang kerajaan Najib tak akan dengar..

Apa ada cadangan lain? ... Saudara Alfie macam mana?
Dari Ampang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2013 at 11:23 AM

Maaf Off Topik...

Malang Menimpa Buat Laksaman DS Ahmad Zahid Hamidi, Rasanya Belaiu membawa hati yang hancur berkecai kerana usaha Murni yang dilakukan oleh beliau dianggap sebagai menongkah arus di dalam mencari populariti...

Kedudukan DS Ahmad Zahid sebagai Wakil Rakyat betul2 terancam kerana adanya saman tentang penyalahguanaan wang/kuasa - pemberian yang dianggap sebagai rasuah politik semasa kempen PRU 13.

Ketiadaan Menteri Hang Jebat ini, ternyata menyukarkan keadaaan semamsa dengan ancaman Perhimpunan Haram Merdeka... Tiada satru pon Pak Menteri yang dapat mengeluarkan Statement Keras seperti Zahid Hamidi...

SOALNYA:-

Kenapakah kes beliau yang sekecil itu pon tidak mendapat sokongan dan simpati drp PM? atau pon Daripada AG ataupon daripada Hakim..

Wahai Orang2 Yang Diberi Kuasa, sekiaranya Bumi Malaysia terpalit dengan darah akibat Malapetaka Himpunan Haram yg tidak terkawal, maka kamulah yang Bertanggungjawab sebenarnya...

Bila difikirkan Makin Karut Marut hal2 Pelik berlaku di Malaysia ini...

Yang Berani disanggah, disekat dan cuba dibuang drp Menjalankan Tugas...

Semoga Allah Memberikan Segala Kekuatan dan KudratNya buat DS Ahmad Zahid di dalam mengharungi Liku2 Perjuangan menghadapi Serangan dari dalam dan dari luar...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2013 at 1:00 PM

Bro Din,

Emel C for Chaos ni didakwa dipintas oleh orang tertentu. Tak dapat dipastikan kesahihannya.

Emel ni juga didakwa dihantar oleh Rahim Ghouse. Den tak pasti sama ada Rahim Ghouse ni ada kaitan dengan Siddiq Ghouse yang ditangkap oleh SB sebab menjadi perisik KGB masa era Perang Dingin dulu.

Tengok respon dua2 blok sama kerajaan ataupun pembangkang, dua2 nak amik kesempatan untuk kepentingan politik masing2. Yang merana rakyat jugak sudahnya.

Apapun, den pasti perkhidmatan perisikan kita sama ada SB dan BSPP dah siap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

....................
Reply To This Comment ...................
December 29, 2013 at 1:27 PM

@AnonymousBetul, kenapa Pemuda Umno tidak lakukan protes kenaikan harga barang? Sekurang2nya ada saluran buat rakyat yang tidak sokong demo.

Pemuda tidak seharusnya jadi balaci kepada kerajaan.

....................
Reply To This Comment ...................
December 29, 2013 at 1:28 PM

@AnonymousKomen saudara pencetus kepada artikel saya selepas yang ini :)

....................
Reply To This Comment ...................
December 29, 2013 at 1:31 PM

@AnonymousPersoalan yang tidak tertulis dalam artikel -Emel boleh dipintas ? Siapa yang pintas ? Kenapa blogger yang dedahkan ?

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
December 29, 2013 at 1:51 PM

@dinturtle
Geng2 PEMUDA UMNO sibuk mempersiapkan diri utk Shout Award akan dtg....lagipun takda LIFESTYLE kalau tiap masa asyik nak BANTAH itu ini....mari kita semua amalkan petikan kata2 MENTERI Hasan Malek

"Kalau tak suka HARGA barang naik, jgn BELI barang"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 11:17 PM

Tu je? So conclusionnya, demo ni salah kerajaan jugak? Mana kritikan atau hentaman kau pd demo haram ni? Oh malas. Sepatutnya blog kau yg femes ni benar2 hentam demo semua ni. Tp tidak. Tak perlulah aku sebut blog2 yg pd aku lebih gigih menentang musibat2 pr ni. Tp sekali sekala mereka mengkritik kerajaan, bukan sikit2 umno, sikit2 salah bn. Sorry to say aku x pernah rasa kau seorang pejuang. Kau hanyalah blogger

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 1, 2014 at 12:31 AM

hackers umno....

....................
Reply To This Comment ...................
January 1, 2014 at 12:55 AM

@AnonymousMasing2 ada pemikiran sendiri... saya tak pernah pun mengaku seorang pejuang, mengaku sebagai blogger banyak kali dah hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 1, 2014 at 10:33 AM

Eloklah kalau kau faham

Post a Comment