........... BERSUARALAH ..... Tapi ingat, Rakyat Yang Mengkritik Adalah Rakyat Yang Termakan Hasutan Pembangkang. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

BERSUARALAH ..... Tapi ingat, Rakyat Yang Mengkritik Adalah Rakyat Yang Termakan Hasutan Pembangkang.

Wednesday, December 18, 201321comments

Kali ni artikel bersifat freestyle , malas nak rujuk kepada mana2 artikel paper, sekadar meluahkan perasaan di blog MILIK SAYA yang IKUT SUKA HATI SAYA nak tulis apapun.

Salahkah rakyat bersuara ? Well .... saya percaya semua pemimpin pun akan kata mereka galakkan rakyat supaya bersuara, kalau tak bersuara bagaimana pemimpin nak tahu apakata akar umbi, kan ?

Tak kiralah samada nak bersuara memuji atau mengkritik, dan kita juga tidak boleh nak kawal rakyat supaya bersuara mengikut apa yang ditentukan oleh sesetengah pihak.

Jadi bersuaralah rakyat !  Biar kerajaan dengar apa yang ada dalam hati anda !

Cuma satu jer kena beri perhatian .... anda bebas untuk bersuara tapi tolong jangan kritik.

Sebab ? Sebabnya yang mengkritik cuma pembangkang. Mereka tak tahu apa2, kerja mereka cuma mengkritik saja, Apa saja pun mereka akan kritik. Buruk mereka kritik, baik pun mereka kritik ! Jadi jangan ikut peel pembangkang, ok ?

Rakyat yang bijaksana tidak akan mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang dan ikut sama mengkritik. Itu rakyat yang bodoh, yang mudah termakan hasutan pembangkang.

Jadi bersuaralah rakyat ! Kebebasan bersuara dijamin sepenuhnya oleh kerajaan. Cuma sekali lagi saya ingatkan, asal jangan mengkritik, ok.

Carilah sisi positif dalam apajua yang negatif. Pasti ketemu. Kalau yang positif tu, tak payahlah cari dah .....adoyai...

Rakyat yang mengkritik adalah rakyat yang sudah termakan hasutan pembangkang, ingat tu !

Share this article :

+ comments + 21 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 18, 2013 at 8:17 PM

Bersuara pun tak boleh nati pembangkang kata kebebasan bersuara tu depa yang punya mcm mana tu?

....................
Reply To This Comment ...................
December 18, 2013 at 8:29 PM

Din - hang buat lawak apa pulak ari ni ? Semacam punya sebat aje - apa pun teruskan perjuangan !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 18, 2013 at 8:59 PM

Salam,

Memang Sah UMENO dan BN akan jatuh tergolek tidak relevan... Jika itulah saranan Puak2 Pemimpin Yang Takut pada Bayang2 Sendiri..

Kalau Dah Buat Salah, Mengaku Jadilah Pemimpin Gentleman.. Yang Nak Takut Sangat Kenapa?

Tak Da Telor Kee.. Macam Nie Nak Jadi Pemimpin Poorah..

Dari Ampang..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 18, 2013 at 9:07 PM

Tepat sekali analisis Bro Din. Masalah nya Ah Jib Gor dan menteri nya se tiap kali buat statement tidak anticipate dakyah pembangkang akan SPIN kaw kaw kata mereka. Kemudian Ah Jib Gor dan menteri nya kena buat penjelasan berkali kali untuk menghilangkan keruh yang di buat oleh pembangkang. Tak kan consultant dia tak tahu 'game' pembangkang kan spin statement Ah Jib Gor dan memburukkan dia.

Setiap announcement dia di pusing oleh pembangkang sampai rakyat benci dia dan UMNO,and the damage is done,kemudian bloggers pro BN akan bersihkan balik cerita/statement,tapi berapa orang public yang nak dengar propaganda BN???.

For RM7.5 billion upah consultants ,dia patut guna khidmat Obama punya kempen manager ia itu David Axelrod yang pandai spin news sebelum musuh Obama spin cerita buruk sebab David boleh predict apa musuh Obama akan buat. Tapi dengan Ah Jib Gor sama ada dia hilang reality yang rakyat tak suka dia dan Kak Ros kerana jika di biarkan kita akan KALAH PRU14 nanti.

Ah Jib Gor needs to SERIOUSLY to revamp dia punya PR image.Setiap hari dan saat sokongan terhadap dia terhakis.

Alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 18, 2013 at 9:33 PM

okeylah kritik tak boleh tapi menegur boleh kannnnn? macamana kalau nasihat?

Najib tak yahlah nak bodek orang Cina lagi. dah nyata depa tak sokong BN. balaslah jasa dan budi baik orang Melayu/Pribumi yang telah menambahkan kerusi UMNO untuk memerintah. ghentikanlah sekolah vernakular tuh. tak paedah pun. tak dapat pun perpaduan kaum nanti. janganlah dipisahkan kami Jib. dulu kan kami hidup saling membantu dan macam adik beradik. apasal pula sekarang nih tak boleh. pasal Ajib dah manjakan sangat kot.

Ajib dah belanja banyak sangat tuh untuk penasihat Ajib. tengok apa dah mereka lakukan. dah nak tebalik tok negara dibuatnya. Ajib nak lantik menteri tengok tengok dulu lain kali, jangan pakai bedal jer. menteri yang cap ayam pun Ajib sapu. apa nih Jib?

ini kan rakyat dah bising pasal kenaikan tarif letritk, tol, sara hidup dll. asyik main naik jer ikut sedap. dulu belum PRU Ajib kata tak naik pun, tapi Ajib tengok sekarang. Rakyat dah bising sangat nih, Ajib tak perasan ker atau Ajib sajer nak kapal UMNO nih tenggelam.

banyak lagi kalau nak cakap Jib. bawak bawaklah berpikir atau Ajib tak sehat ker?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 18, 2013 at 10:00 PM

Hehehe...baik punya perli..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 18, 2013 at 10:55 PM

sebelum ni aku undi BN.. lepas ni tak lagi..

....................
Reply To This Comment ...................
December 18, 2013 at 10:58 PM

Salam Din,

Den pahang perasaan mung. Entah siapa yang betul2 bodoh pun tak tau..samada yang cakap konon orang mengkritik termakan hasutan pembangkang, atau orang yang tengah cari positif dalam negatif.

Hehe. Poning den.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 18, 2013 at 11:21 PM

Hahaha ingat jugok ding, rakyat yg mengkritik ialah rakyat yg dok tahu jasa Mek Semoh pada negara!

....................
Reply To This Comment ...................
December 19, 2013 at 12:02 AM

@Labu8455Aksi gaya bebas :)

....................
Reply To This Comment ...................
December 19, 2013 at 12:07 AM

@AnonymousMasalah yang saya nampak - mereka yang bertanggungjawab menjawab bagi pihak kerajaan gagal dalam tugas mereka. Bukan saja gagal menajwab dengan baik, malahan jawapan mereka pula dijadikan peluru oleh pembangkang.

Dan pihak kerajaan juga lembab dalam menjawab balik.

....................
Reply To This Comment ...................
December 19, 2013 at 12:15 AM

@panehEkau faham takpo... baguih ! Antaro bloger yang paling kritikal dalam dunio mayo :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 1:45 AM

Abih tuuu, Bila Tahu Keborosan, Pembaziran, Penyalah Guanaan Kuasa Rakyat tidak dapat menyuarakan pendapat...Jika dibenarkan bersuara melaui internet, sekurang2 panas hati, perasaan marah dapat juga keluar..

Ini tidak, NAK SEKAT Juga... Jadi kalau Rakyat Turun padang buat Demonstrasi? Siapa Yang Nak disalahkan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 8:03 AM

Salam,
Mereka nak jadi macam zaman dahulu. Puji dan ampu sahaja. Kalu ada yg kritik, dibunuh, dibuang, dihalau. Semua mesti angguk-angguk, tunduk2, kipas2, jolok2, jilat2. Tu yg consultan buat. Cam hebat jer, cam cerdik jer, cam bijak jer segala cadangan. Errrr kritik atau komen ni. Nanti dikatakan pengikut juburi atau syiah atau dapig. Tak boleh kritik kerajaan, biar aje buat salah di mata rakyat, kena sokong juga. Baru pengikut bn yg berdarah biru, tp mereka dpt duit utk lifestyle yg hebat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 8:24 AM

Rasanya critic boleh.. yang tak boleh adalah condemn.

KK

....................
Reply To This Comment ...................
December 19, 2013 at 3:11 PM

Assalam Bro

Rasanya mereka mahu rakyat jadi Hang Tuah.... siapa yang kritik akan di cop sebagai termakan hasutan pembangkang dan bole digelar Hang Jebat... Habis kalau aku ngundi BN hari tu... kritik aje terus jadi Hang Jebat... Sebab mencari positif dalam negatif lah Najib dah jadi macam ZOMBI... Apa yang dia dapat??? Rakyat dapat apa???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 4:04 PM

Apa apa pun....malaysia sedang menuju kehancuran....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 4:53 PM

ada beza ke critic dgn condemn... yang berbeza ialah POSITIF dan NEGATIF..

Cuba Citer.. Kat Mana yang nak citer pasal POSITIF Kerajaan Ah Jib Gor ler nie bila semua naik...BN Barang Naik... terma yang semakin betul dan Tepat dibuat puak2 pembangkang

Ini Blog Pro-Kerajaan... Kalau Nak tahu dan Tengok Kritik yang pedas, Maki Hamun... Sila Pergi Browse Blog2 Pembangkang..

Takkan itu pon Nak Kena Ajar Ah Jib Gor dan Pemandu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2013 at 4:54 PM

Cuba tanya penyokong kerajaan ape beza antara kritik, pendapat, nasihat dan teguran ikhlas?? Manusia yg besar jiwanya akan berlapang dada dan berterima kasih jika ada orang yg sudi menegurnya. Persoalannya...adakah para pemimpin kita berjiwa besar seperti mereka selalu momokkan kepada rakyat?? Jawapannya ada pada cara mereka respond terhadap setiap isu yg dibangkitkan rakyat.. Bahasa bdn tak pernah menipu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 20, 2013 at 9:22 AM

@Labu8455sayahendak pemimpin yang dedikasi ,melaksanakan perancangan yang berfaedah untukkesejahteraan rakyat dan umat islam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2013 at 2:01 AM

Setiap keputusan kerajaan,hendaklah menyebelahi kepentingan rakyat dan negara mengikut situasi tertentu.Dulu, pasal isu BR1M,(one off), ada yang membantah atas faktor2 tertentu dan ramai juga yang menyokong.Langkah rasionalisasai subsidi yang mempunyai kesan domino dan menyebabakan kenaikan harga barang yang berganda,ramai yang membantah.Di masa yang sama BR1m nak juga.Maknanya,kerajaan kena timbang seadil2nya demi kepentingan masa depan negara dan tidak terlalu menekan rakyat.Berpada2lah dengan langkah yang bijak.

Post a Comment