........... Banjir - Rakyat Terengganu Prihatin ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Banjir - Rakyat Terengganu Prihatin !

Sunday, December 8, 20135comments

Rakyat Terengganu sememangnya prihatin ! Dibawah adalah imej yang dikirim semalam oleh seorang pembaca ( KLiK ) mengenai usaha NGO2 dan kumpulan2 rakyat yang tergerak hati untuk bertindak menguruskan sendiri penghantaran bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Kemaman / Kuantan.


Lokasi yang dipilih sebagai pusat pengumpulan adalah kawasan astaka Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. 

Tadi saya ke sana untuk meninjau keadaan dan ini imej yang saya dapati -


Difahamkan telah ada kenderaan seperti lori, van dan kereta2 persendirian yang tampil secara sukarela menghantar segala sumbangan orangramai di atas.

Dan sebentar tadi muncul 2 kumpulan baru yang mahu turut sama menderma. Alhamdulillah !

Pertama adalah Persatuan Pemilik Kereta Alza cawangan Terengganu yang diwakili oleh En Fahmi -


dan yang kedua adalah Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Sultan Sulaiman ( Tahun 98 ) dibawah Tengku Amir.  Mereka menghebah dan berkoordinasi sesama rakan melalui FB dan media sosial lain..


Tertulis dibanner nama Pateh Iskandar, saya diberitahu beliau adalah pemilik lori dari Kuantan yang secara sukarela mahu menguruskan penghantaran bantuan yang dikumpulkan. Lori akan angkut setelah barangan terkumpul cukup banyak untuk dihantar.

( Saya akan cuba tumpang lori seterusnya dan rakam aktiviti mulia mereka ini )

Feedback yang saya dapat, RAMAI yang mahu membantu dan menderma tapi tidak tahu di mana dan kepada siapa mahu disalurkan. Bukan saja dari bentuk barangan keperluan tapi juga wang. Jadi diharap pihak berkuasa dapat tampil untuk menyelaras segala program/aktiviti ini supaya lebih tersusun dan efektif.


Oya, sejak seminggu lalu saya juga sentiasa menerima maklumat dari group Umno Kemaman yang dari awal sudah berkampung dan menyalurkan bantuan kepada mereka yang terlibat.  TAHNIAH dan teruskan usaha murni anda semua !

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2013 at 5:55 PM

Semuga musibah yg menimpa ini membawa kepada penyatuan semula hati hati yg telah lama terbelah di kalangan org org Islam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2013 at 6:02 PM

Di universiti pengumpulan sukarelawan terpaksa disekat sebab penginapan untuk barisan sukarela dah melimpah. Takut isu keselamatan dalam kalangan sukarelawan pula.

Alhamdulillah masih ramai yang suka membantu.

Kolek Kecil.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2013 at 9:49 PM

Alhamdulillah... Ketepikan soal politik dan Ideaologi.. Bantu org Melayu... Bantu Orang Melayu Bantu Orang Melayu terutamanya yg di dalam kesusahan yeaaa...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 9, 2013 at 11:50 AM

Din ...
Antara isu yang menarik bab banjir ni ialah ada satu menteri tu kata dengan bangganya yang Malaysia adalah sebuah negara yang terbaik dalam pengurusan mangsa banjir. Huh aku pun kagum bila dia kata Amerika bun tidak mampu menandingi kecekapan Malaysia salam bab pengurusan manga banjir ni. Kira worl class lah.
Tetapi apabila ada yang membandingkan pengurusan mansa banjir dengan negara Jepun didapati standard world class tu hanya sesuai untuk dunia ketiga sahaja. Dimana negara Jepun menyediakan khemah berasingan untuk satu-satu keluarga. Dan ternampak keselesaan dan privasi yang dijaga dengan baik oleh kerajaan. Dan apabila dicadangkan setiap leluarga dibekalkan satu khemah yang standardnya pun tak sehebat negara Jepun dan belanjanya tidaklah sampai 1/2 juta yang digunakan oleh FLOaM aka BN (bini najib) ada pula menteri kata apa yang dibuat oleh kerajaan Jepun tu amat tidak sesuai dengan negara Malaysia.
Persoalan aku ialah kenapa untuk BN aka FLOaM kabinet dengan bangga dan mudahnya meluluskan peruntukan yang banyak tanpa banyak soal. Semua dibuat atas nama presyij dan keselesaan seorang BN (bini najib) aka FLOaM. Tidak membazir katanya.
Terapi apabila masuk bab keselesaan dan privasi rakyat kabinet pejamkan mata sahaja. Bahkan diperlekeh dengan berkata tak sesuai.
Er aku nak juga baca komen bro tentang hal ini. Dan kalu nak tambah lagi ... Belanja untuk khemah tu rasanya tak mencecah pun sebanyak 7.2 bilion sebagaimana Ah Jib Gong belanjakan wang negara untuk con-setan berbayar yang elit tu.

....................
Reply To This Comment ...................
December 9, 2013 at 11:59 AM

@AnonymousPeeeergh .... boleh celah juga isu Rosmah hehehehe ...

Saudara lupa satu lagi faktor utama - kena fikirkan keselamatan Rosmah demi menjaga ketenangan fikiran Najib selaku PM, untuk itu tidak ada harga boleh diletakkan !

Kalaulah terjadi apa2 pada Rosmah disebabkan naik First Class Jet Komersil........ errrr... kalaulah terjadi apa2 pada Rosmah disebabkan naik First Class Jet Komersil ..... errr.... tak terbayang kesannya pada rakyat dan negara !

Post a Comment