........... APA LAGI NAK NAIK - Jom Kita Berikan Cadangan Pada Kerajaan ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

APA LAGI NAK NAIK - Jom Kita Berikan Cadangan Pada Kerajaan !

Thursday, December 12, 201317comments




APA LAGI NAK NAIK HARGA ? Jika kerajaan berhasrat hendak naikkan lagi apajua harga  barangan atau perkhidmatan, saya rasa tak perlulah nak berikan alasan. Umum jer .... alasan kalau diberikan cuma menyakitkan hati. 

Pengumuman kenaikan harga dibuat lepas satu, satu ..... dan setiap perkara yang dinaikkan harga itu akan diberikan alasannya yang tersendiri, yakni tidak dikaitkan dengan perkara lain. Tanpa disedari kebanyakan yang naik itu saling berkait ......... Last2 lidah yang terkait dibuatnya ...

Contoh usul kenaikan tambang LRT Monorel yang disebut baru ni, atas alasan kos elektrik naik. Baru ni heboh dipertahankan langkah kenaikan tarif elektrik hanya melibatkan 30% pengguna besar saja, konon rakyat kebanyakan tidak perlu risau dan gundah gulana. 

Hanya industri dan premis perniagaan saja yang terlibat ( yang merupakan entiti utama 30% itu ). Dari segi Bil Elektrik memanglah tak terasa tapi apakah pengguna besar yang mengalami kenaikan kos mendadak elektrik akan berdiam diri serta menerimanya dengan penuh redho ? 

Tidakkah mereka akan menaikkan kos produk dan perkhidmatan untuk menampung penambahan itu ..... dan tidak mustahil kenaikan itu akan diUPkan sedikit bagi menampung apa yang dikatakan sebagai plan contingency ..... manalah tahu kot2 ada lagi kenaikan lain.

Akhirnya yang terpaksa menanggung adalah keseluruhan rakyat juga !

Itu bab kesan kenaikan secara tak langsung tarif elektrik. Bagaimana pula kalau kenaikan kos itu disebabkan oleh CARA bacaan meter elektrik dibuat  ! Huh ? Saya nak terang pun tak berapa reti tapi bacalah pendedahan rakan blogger ini - KLiK.


Rakyat seperti dijangka memanglah akan marah keatas apajua kenaikan harga..... kalau setakat SATU DUA produk yang dinaikkan harga, mungkin masih boleh diterima alasan2 yang diberikan. Tapi kalau lepas SATU-SATU diumumkan kenaikan harga, berilah alasan apapun rakyat dah malas nak dengar !

Yang saya risaukan bab TERKEJUT. Marah, marahlah tapi kalau boleh janganlah terkejut. Lain pulak jadinya karang. Jadi apakata rakyat sendiri yang berikan cadangan kepada kerajaan apa yang boleh dinaikkan harga lagi ..... supaya kalau dinaikkan pun, rakyat tak terkejut sebab dah dijangka.

Rakan blogger McTheory ada menyiarkan beberapa cadangan ( KLiK ) .... Antara yang dicadangkan adalah -

- Saman AES
- RoadTax dan Lesen Memandu
- Cukai Tanah
- Cukai pendapatan
- Lesen TV diperkenalkan semula

Anda ada lagi cadangan bernas untuk diberikan kepada kerajaan ? 

Yang penting niat kita baik dan ikhlas, kan .... kan ?

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
December 12, 2013 at 1:26 PM

kita bantu kerajaan utk maju lagi.. ayuh naikkan harga barang!!

....................
Reply To This Comment ...................
December 12, 2013 at 1:27 PM

@McTheoryeeer... kat Kedah pun hujan lebat ? ( macam dah masuk air hujan jer hehehehe )

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2013 at 1:28 PM

Dah lama tak tengok Ah Jib Gor dan sekeluarga makan di gerai2 dan di tepi jalan.Tak kan dah menang PRU dah jadi SOMBONG.

Alfie

....................
Reply To This Comment ...................
December 12, 2013 at 1:33 PM

@AnonymousHarga makanan di warong pun dah naik harga.... Rosmah nak jimat belanja kot, makan dirumah jer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2013 at 2:01 PM

Harga barang naik+malapetaka banjir = pergghh..pedih-pedih rakyat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2013 at 2:04 PM

Naik kan rambut datin rosmah lgi hehehe jangan marah haaa

....................
Reply To This Comment ...................
December 12, 2013 at 2:05 PM

rakyat dah bagi kuasa pada wakil (rakyat) utk memerintah (jadi maharaja la), jadi sendiri tanggung la. dok bising2 apa depa peduli? ada depa dengaq? malaysia bukan siam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2013 at 2:24 PM

naikan lagi belanja untuk penatsihat con-setan dan pemandu kerana banyak manfaat yang rakyat akan dapat dari kenaikan ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2013 at 2:40 PM

tambang bas awam dan teksi pun dah naik..kerajaan BN memang PENIPU!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2013 at 2:48 PM

Salam DT,

Cadangan aku;
• Bil air akan naik sebab pam proses air pun guna letrik apa
• Bil pembentungan pun naik sebab dah 25thn tak naik
• Cukai pintu pun naik sebab lampu jalan pun pakai letrik
• Tol naik tapi akan dikenakan kepada kenderaan yang menggunakan highway disebelah malam sebab lampu kat highway pun pakai letrik. Dianggarkan Cuma 30% pengguna yang akan terkesan.
• Bayaran perubatan akan dikenakan (tak banyak pun...RM20 aje) sebab nak galakkan rakyat ambil insuran kesihatan lagipun bayaran letrik kat spital pun dah naik
• Harga kereta pun naik (walaupun ada NEP) sebab kos letrik naik, lagipun rakyat didapati masih mampu tukar kereta walaupun rungutan harga kereta mahal.
• Cukai Jalur Lebar akan diperkenalkan bagi membasmi penyalahgunaan kemudahan internet.

Cukup la ni...darah aku pun dah naik ni...

DT, perasan tak untuk kenaikan elektrik tahun hadapan ianya juga disertakan dengan 1.6% FIT (feed in tariff). Sekarang ni kita kena bayar 1% je...next year naik lagi 0.6%.

-zam-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2013 at 3:13 PM

Errrr....saya cadangkan semua cadangan flom diterima. Pasal yg terbaru najib tak pergi afrika utk berjimat. Sapa la punye cadangan tu ek. Tapi dia pakat pi jepun. Nak tarik pelabur kata nya. Kilang jepun dah byk tutup pasal gaji minimum, buka tempat lain.
Yuyu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2013 at 3:59 PM

sebelum PRU, takde sorang pun pemimpin terutamanya najib yang berani kata itu akan naik, ini akan naik..

selepas PRU, semua naik.

sebab tu JANGAN SESEKALI percaya kepada politician. politician = penipu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2013 at 4:42 PM

Adalah dijangkakan bermula pada tahun 2014, ‘harga’ telur penyu Belimbing akan dinaikkan sebanyak 200% selaras dengan kenaikkan cukai pendaratan penyu. Oleh itu, adalah disarankan supaya kerajaan sentiasa mengawasi aktiviti-aktiviti mencuri telur-telur penyu yang dipercayai akan menyebabkan krisis kepupusan penyu dari spesis Belimbing dan Bebudin.

Jabatan Laut Malaysia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2013 at 6:39 PM

Adalah dimaklumkan bahawa berkuat kuasa 2014, yuran sesi persekolahan akan dinaikkan 300%. Kenaikan ini disebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos yg tinggi untuk membekal kan buku teks.
Selain itu, kenaikan ini juga adalah bertujuan untuk memberi kan perkhidmatan terbaik buat pelajar semasa berada di dlm kelas.
Kerajaan sedar, kenaikan kos ini akan membebankan ibu bapa,akan tetap kos pendidikan dimalaysia adalah yg termurah di dunia. Disamping peruntukkan baucer buku yg diberikan setiap tahun.
Oleh itu, jgn lah kita terasa terbeban kerana kos ini amat sedikit shj.
-menteri cap ayam-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2013 at 10:55 PM

salam,

sama seperti kenaikan harga gula, semua kenaikan barang harga barang adalah untuk memastikan rakyat malaysia tidak berpenyakit. kenaikan akan membenteras penyakit rakyat malaysia. betul kata pembangkang, undi bn , barang naik harga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2013 at 11:33 AM

naikkan bayaran masuk tandas..naikkan bayaran mandi dan berkelah kat tempat2 peranginan...naikkan segala2nya termasuk naik jet..yieehaaaa..

skrg ni persepsi rakyat adalah kata2 pembangkang adalah BENAR. dan pembangkang telah dapat sokongan demi sokongan..BN memang akan bungkus PRU14 nanti. mungkin BN akan BOROS lagi setahun atau 2 tahun sebelum PRU14..beri gula2 aka rasuah...tapi kesilapan sekarang rakyat seperti aku takkan lupa..strategi kerajaan memang SILAP.

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2013 at 7:46 PM

janji dah diTEPATI, inilah masa nya rakyat BALAS BUDI!

Post a Comment