........... Alahai Jingle Bell Najib .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Alahai Jingle Bell Najib ....

Wednesday, December 25, 20138comments


Sengkek sangatkah Bahasa Kebangsaan kita untuk digunakan oleh PM Najib sebagai perutusan Hari Natal kepada rakyat beragama Kristian ? Perhatikan bahasa Inggeris yang digunakan sepenuhnya oleh PM kita sepertimana saya copy dari blog 1Malaysia Najib

Kenapa bila bercakap kepada rakyat bukan Melayu, Najib suka guna omputeh ? Dan kenapa bila bercakap kepada rakyat berbangsa Melayu, Najib bercakap bahasa Kebangsaan ?

Bukankah kami semua RAKYAT MALAYSIA ?

Soal rakyat bukan Melayu tidak faham bahasa Kebangsaan itu tidak seharusnya dijadikan alasan. Bagaimana nak bersatu kalau terus diiktiraf dan diterima ketidakfahaman bangsa bukan Melayu dalam bahasa Kebangsaan ?

Inilah dia kesan pendidikan vernakular negara kita dan bukti betapa tidak seriusnya kerajaan sendiri mahu memartabatkan Bahasa Kebangsaan dikalangan rakyat. PM sendiri tidak yakin dengan Bahasa Kebangsaan negaranya sendiri !

Bukankah ini satu bentuk sikap APOLOGETIK yang ditunjukkan oleh Najib ?

Atas dasar apalagi kita mahukan rakyat bersatu kalau bukan melalui SATU BAHASA ? Adakah mahu rakyat bersatu hanya melalui slogan We Love Najib ?

 
Ini ada satu warkah khas buat Najib sempena cuti Jingle Bell -

Nukilan Anon 2:59am dari artikel terdahulu 

Umpama timun hendaknya
Melanggar kami terluka
Dilanggar kami cedera
Tapi itulah nasib kami yang hina



Tanpa elaun seperti menteri
Makan bayar sendiri
Kereta pandu sendiri
Minyak isi sendiri
Jalan sesak kami hadap setiap hari



Mudah pula tuan berkata
Jangan makan bila ayam naik harga
Jangan minum manis bila naik harga gula
Jangan guna jalan jika tol naik berganda
Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia 



Kami umpama kain basahan
Tuan perah habis habisan
Akhirnya kami kekeringan
Merana kami tuan kesenangan



Duit sejemput kami diperas hingga rabak
Gaji tuan sedikit pun tak boleh ditolak
Diusul kami tuan amuk sampai koyak
Kami senyum lihat tuan makin menggalak



Tak mengapalah tuan
Kami terima segala ketentuan
Cuma ingat pesan Tuhan
Setiap perkara ada balasan
Nasib tuan belum ketahuan



Tuan jangan lupa
Kami manusia biasa
Sabar kami ada tahapnya
Luka kecil boleh menjadi nanah juga
Jangan sampai menjadi barah pula
Cukuplah tuan menyeksa
Cukuplah tuan buat kami merana



Kuasa tuan dari kami
Naiknya tuan dari kami
Jatuhnya tuan dari undi kami,
Rintihan dan luahan hati kami ,
Terima kasih kerana tuan sudi melapangkan masa utk membacanya.

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 25, 2013 at 10:47 AM

Bro Din...mcm mana result poll psl naajib patut berenti tu? Ramai yg nk tau...terima kasih

....................
Reply To This Comment ...................
December 25, 2013 at 10:55 AM

@AnonymousMasih berbaki 5 jam lagi.... rupanya masa blogspot ni ikut jam Amerika hehehe .... nantilah saya buat rumusan ( macamlah perlukan rumusan ! )

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 25, 2013 at 11:08 AM

bijan must go!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 25, 2013 at 12:59 PM

@dinturtle Bukan rumusan.... Kena buat maksuk makmal dahulu...... Every thing is MAKMAL itu dan MAKMAL ini now bro.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 25, 2013 at 3:35 PM

rakyat merintih kau membisu
rakyat susah kau tambah
bila masa rakyat nak senang
jika kuasa jadi digauli nafsu serakah]
oleh pemimpin yang dulu sebut HARAM JADAH!

....................
Reply To This Comment ...................
December 25, 2013 at 4:53 PM

Najib ni sebenarnya Bapak Vernacular - kepala liberal. Lebih cepat Najib di"bungkus" lebih cepat Malaysia dapat diselamatkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 25, 2013 at 6:17 PM

Siapa calon baru pm dari Umno yang lebih berjiwa Melayu Islam?Agak-agak siapa yang layak heh?

....................
Reply To This Comment ...................
December 26, 2013 at 3:17 PM

Ni la masalah org Melayu din. Bila bercakap dgn Cina atau India jer mula la nk ckp English. Konon nampak lebih stylish dan educated. Bukan Najib jer abg din org PR pon sama. Depan org kampung ckp melayu la siap selit2 Arab lagi, depan Cina berbuih2 ckp English. Cuba tgk bang non,khalid ibrahim,khalid samad,nurul izzzah,dr.mujahid dll kalau ckp depan penyokong DAP atau berkomunikasi d;m media sosial dgn non-malay,HARAM nk guna bahasa Melayu. Apa la nasib melayu dpt pemimpin dn pembangkang bertaraf macai.

Post a Comment