........... 11 Perkara Perbelanjaan Berhemah Sektor Awam - Patut Ketua Jabatan Jer Yang Umumkan, Bukannya PM ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

11 Perkara Perbelanjaan Berhemah Sektor Awam - Patut Ketua Jabatan Jer Yang Umumkan, Bukannya PM !

Tuesday, December 31, 201356comments

Lambat saya pick-up berita 11 Langkah Perbelanjaan Berhemah oleh Najib malam tadi. Sibuk membeli persiapan anak2 ke sekolah. Sebab dah sengkek, jadi mood nak bodek Najib memang tahap zero lah sekarang ni. Ok, jom baca dulu -


11 Langkah mengurangkan perbelanjaan sektor awam diumumkan Najib semalam sebagai langkah mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah.

1 - mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus

2 - mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas

3 - kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus

4 - meminda kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah ialah Kelas Ekonomi.

5 & 6 - mengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan, selain membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan.

7 - mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis pejabat.

8 - mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian kebolehlaksanaan.

9  - mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau 'event management' serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam

10 - mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

11 - mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel. - SINAR.


( Errr .... saya kira ada 10 jer, mungkin no 5 itu ada 2 item kot ...  )

Sengaja saya tidak mahu besarkan ayat2 di atas sebab perkara yang disebut oleh Najib TERLALU KECIL ! Bukan tahap PM nak umumkan benda2 tu, cukup sekadar Ketua Pengarah keluarkan memo jer.

Tapi Najib nak juga bercakap .... alahai...

Mungkin Najib terkesan dengan tulisan Tun Mahathir - The Cost of Government, dimana Tun menyarankan kerajaan mengambil inisiatif mengurangkan kos kerajaan terlebih dahulu. Saya kata MUNGKIN saja ..... sebab kalau nak kata Najib ikut nasihat Tun, rasanya apa yang diumumkan oleh Najib diatas adalah ciput jer.

MUNGKIN Najib cuma baca tajuk artikel Tun saja kot (!) tanpa memahami pengisiannya. Apapun jom kita gosip lagi ....  ( oya, perlu diingat, langkah2 diatas adalah berkaitan perbelanjaan sektor awam, ok. Jangan keliru dengan isu dasar2 kerajaan yang bakal  dan telah  menaikkan harga barangan seterusnya membuat rakyat marah. )

Then again ..... Najib tidak sebut sebarang angka RM, berapa sebenarnya yang kerajaan mampu jimat. MUNGKIN saja elaun keraian menteri dan timbalan menteri adalah sebanyak RM1juta setiap seorang setiap tahun ! !  Bayangkan Malaysia yang punya bilangan Menteri dan Timbalan Menteri mengalahkan Amerika .... berapa banyak boleh jimat tuh ...

Tapi takkan sekadar 10% ? Kenapa tidak 90% ?

Tol pegawai kanan kerajaan dikurangkan 30% ? Laa..... kenapa tidak minta  diorang bayar sendiri jer sebagaimana penjawat awam lain ? Pak2 Menteri punya elaun tol ?

Kelayakan tiket penerbangan yang diturunkan dari Jet Eksekutif kepada Penerbangan Komersil, itu saya sokong !

Perkara yang lain2 tu, pemikiran saya dah ke laut ..... malas nak komen.

Seperti yang saya sebut tadi, semuanya ciput jer. Kalau betul nak perbelanjaan berhemah, apa yang perlu Najib buat adalah memastikan tidak ada lagi pembaziran melampau sepertimana yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara setiap tahun ! Makan billion2 RM dibazirkan setiap tahun ..... itu yang perlu Najib JANJI akan tangani.

Langkah pertama adalah menghukum mereka yang bersalah dan dapatkan semula wang rakyat yang telah disalahgunakan itu. Tak kiralah dengan cara apa sekalipun waima melelong harta pesalah.

Kedua, hapuskan amalan rasuah. Sebab akibat rasuahlah harga yang terpaksa dibayar oleh kerajaan ( yang menggunakan wang rakyat ) menjadi berlipat kali ganda. Namanya saja syarikat yang mendapat kontrek itu yang bayar padahal harga di mark-up, yang bayar tetap juga rakyat.

Kos projek2 yang meningkat berkali ganda dari yang dibajetkan harus disiasat bla bla bla .....

Dan yang paling penting PEMANDU di bubarkan !


PS - Sepatutnya Najib gunakan kesempatan ini untuk buktikan betapa kerajaan juga serius mahu bersama rakyat dalam menangani kegawatan ekonomi, tapi sayang .... kalau setakat 11 perkara di atas, seperti yang saya cakap, lebih baik biar Ketua Jabatan jer yang umumkan ikut memo kepada kakitangan mereka. 

PS 2 - Baru dapat copy surat resmi berkenaan 11 perkara itu ( klik imej untuk besarkan ) -


Share this article :

+ comments + 56 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 5:13 AM

Peserta Maharaja Lawak December 2013 sedang membuat pengumuman 11 langkah bagaimana beliau mahu memang acara Lawak untuk mengalahkan peserta2 lain .... Hasan Malek mesti tak sabar2 nak cium Tangan tuuuu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 5:34 AM

Apakah Dengan 11 Langkah tersebut Harga Banrang Akan Turun atau, drastically, PM Najib tarik balik rasionalisasi subsidi.. kekalkan harga?

Kalau tidak.. Apa kena mengena dengan Himpunan Merdeka 3 Disember... Pengumuman Najib BOLEH ke TIDAK menyejukkan hati Orang2 Melayu Khususnya supaya jangan Berdemo Hanya kerana Najib dah umumkan 11 Langkah tersebut???

11 Langkah ini SEPATUTNYA diumumkan semasa Pembentangan Bajet...bukan laa nie laaa Cik Najib Ooooiii...

Rasanya Dah Maik Tak Bijak si Najib Nie yea...

Pekung TOL Keluar... Menteri pie Umumkan Naik Toll ... Dia dapat PREEEE tuuuu rakyat jugak yang kena BAYOOOORR

mANA tAK kESIAN kAT rAKYAT kAT mALAYSIA nIEH...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 5:54 AM

Radzi Razak - Penulis MsiaKini dah SPIN ucapan twitter Saifuddin -

Ini memang jenis Melayu Bangsat.. Kalau ada anonymous yang nak marah2 kat Din Turtle pasai isu demo berdemo nieh.. tolonglah pie belasah mamat Radzi Razak nieh..

Dia bawak balik duit kasi anak Bini Makan hasil drp SPIN citer orang.. Memalukan..Melayu hanya kerana duit semata2..

Tapi di sini, kita masih lagi membicarakan tentang hal2 salah laku jerajaan dan bagaimana cara di perbetulkan..Apa komen2 pembaca dsbnya..

Bukannya SPIN cerita yang tidak ada etika, tak da Tok Mat Minah laa tuu yang ada Nuar Berahi dan Teresa Akok

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 7:01 AM

kalo hapus pemandu mau Malaysia masok dlm longkang xpon gaung sbb najib xreti nak memandu sendiri...

yg rakyat laungkan suruh hapuskan pemandu dan punahsial yg charge lebeh 7 billion... tapi yg ciput neh gak yg najib usik... pemandu dan punahsial ttp kekal... mmg betolla najib xreti memandu...tukarjerla pm yg bole memandu sendiri... mcm Tun M...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 7:10 AM

9 - mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau 'event management' serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam

10 - mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Item 9 dan 10 - Sebenarnya Najib Razak Membunuh, Membubuh Pasir ke dalam Periok Nasi Kontraktor Kecil2 yang supply barangan dan perkhidmatan kepada Agensi Kerajaan..

Majoriti Mereka INI adalah orang Melayu ... Yang Menyokong Kuat UMENO...

Alahai Najib .. Hebat Sungguh CONSETAN PEMANDU si ideris Jala dan Omar Ong lagi Jamaluddin jarjis.. Makin Jahanamlah Melayu Nampaknya...

Besar sangat ke Nilai Perkhidmatan di atas? Boleh Mencecah Billion? Ratusan Juta?

Manalha kontraktor Melayu yang hidup mengharapkan projek kerajaan spt di atas nak bersaing dgn kontraktor Cina? Nak supply Perkhidmatan di atas ke Syarikat Cina?

Otomatiknya bila Kerajaan potong, GLC pon ikut sama...

Hmmmph.. Nak Niaga Apa pulak lepas nie yer?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 7:21 AM

Adakah dgn penjimatan tu beban RAKYAT akan hilang ?

Penjimatan tu membabitkan Menteri dan sektor awam je !!!
Adakah RAKYAT ni semua kerja sektor awam ?
Memang betul kata kekawan, PM baca je apa saja punasihat tulis !!!
Betul juga kata mereka, punasihat PM tu sebenarnya nak jatuhkan kerajaan !!!

Dulu TSMY bersuara minta Tun Lah turun, dimana suara TSMY kini ?

Siapa lagi RAKYAT boleh harapkan ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 7:29 AM

Pembaziran yang bernilai juta-juta ringgit jer yang nak dikawal. Abistu macamana ngan pembaziran yang mencecah bilion ringgit ? Kalo kerajaan prihatin dengan rungutan rakyat, eloklah dimansuhkan jer PEMANDU. Sejak PEMANDU mengambilalih tugas PM, banyak pembaziran yang berlaku seperti penjenamaan 1Malaysia, Talent Corp, makmal-makmal yang tak berguna dan Endless Possibilities. Selain itu, tindakan-tindakan yang kurang cerdik juga berlaku seperti pemansuhan ISA, PETRONAS dimonopoli oleh bukan Melayu, konsert kpop, majlis makan besar CNY, muncul dalam iklan TV sambil memukul gendang cina, pemberian tanglung percuma dan peruntukan jutaan ringgit kepada sekolah cina. Oh ya, untuk menjimatkan duit kerajaan, sekolah vernakular juga patut dimansuhkan. Pecat serta-merta Omar Ong, Idris Jala dan menteri-menteri yang dilabel sebagai cap ayam. Seluruh kabinet dapur Ah Jib Gor patut dirombak dan digantikan dengan mereka yang lebih berwibawa. Membayar gaji menteri yang tak bekerja untuk memenuhi aspirasi rakyat juga adalah satu pembaziran.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 7:30 AM

Saya tersangat setuju dengan perenggan ini.

"Langkah pertama adalah menghukum mereka yang bersalah dan dapatkan semula wang rakyat yang telah disalahgunakan itu. Tak kiralah dengan cara apa sekalipun waima melelong harta pesalah."

Kemudian ditambah dengan menarik balik pelaburan untuk restorasi Battersea Power Station di United Kingdom (UK) dengan kos sebanyak RM39.6 billion! (The New Straits Times Press, 2013). Perghh! Sabah yang banyak bagi undi kat ko, yang selalu blackout, ko tak jaga!

Dan kemudian ditambah dengan pelaburan 1MDB ke Pulau Cayman yang bernilai 7 billion! walau dinafikan, tapi sumber jelas tidak dinyatakan (BH,2013). Apa yang pasti, kedua-dua tempat itu dalah di British, makhluk penjajah negara kita yang taik-taiknya masih melekat di kepala hotak Ahjib Ngok!

Semua duit rakyat yang diguna secara tidak sah harus dikembalikan! Janganlah berperasaan duit rakyat itu adalah duit kaum-kaum pemimpin semua! (Tak kira apa jenis parti politik sekalipun).

Bagi saya, ADALAH DIHARAMKAN HASIL yang saya perolehi dengan titik peluh saya untuk diboroskan oleh kaum-kaum yang tak belajar agama dan sedar diri!

Terima kasih Din Pepenyu, kerana menjadi blogger yang benar-benar berkecuali!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 7:35 AM

Penjimatan sebesar ikan bilis juga yang nak dihightlightkan. Abistu, bagaimana pula dengan penjimatan sebesar jerung seperti pemansuhan PEMANDU dan "layanan istimewa" untuk FLOM ke luar negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 7:45 AM

Ha..ha..ha Tip Top punyer dayus ini manusia!

Tahu jak orang nak buat demontrasi, dia pun pergi bercuti tahun baru... Dia yang buang taik, suruh orang lain pegi flush? Memang sesuai bebenar lah dia tukar nama ke Ah Jib Ngok atau kalau boleh Lim Ah Jip!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 8:03 AM

Sokong anon 0710.

Beberapa point di atas sebenarnya membunuh peniaga melayu.
Saya nak cari pendapatan di mana selepas ini?

Kolek Kecil

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 8:47 AM

Tak de pun,
Menghentikan pembelian aset dan pemberian kontrak dgn harga melampau.
Menggunakan sumber dalaman secara optima dan mengurangkan pelantikan konsultan luar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 9:06 AM

Salam Bro,Jadi untuk ingatan Si Najib ni.Jangan buat sesuatu untuk mencari populariti.Paling aku setuju ialah kaji semula elaun-elaun semua menteri dan pegawai tinggi kerajaan.Aku tak tahu yang selama ini mereka ada elaun TOL! Memang kurang ajar ! Elaun keraian pegawai JUSA tu untuk sapa ?Aku tengok bila ada pelawat datang ke jabatan tapi bila masa makan ketua pejabat aku suruh jabatan bayar!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 9:08 AM

turun elaun keraian 10% je? jika betul2 serius, sepatutnya mansuhkan terus elaun keraian semua ahli parlimen dan adun. baru nampak bersama2 dgn rakyat. aku percaya, sedikit masa lagi, gaji pula akan dinaikkan 100% kononnya perbelanjaan mengurus la, perbelanjaan rakyat la...

ini semua sekadar nak sejukkan hati rakyat yg tgh panas..confirm dah ada kat luar tu yang dah tiba2 sejuk dgr berita ini..walhal itu semua takde maknanya bagi rakyat selagi kos hidup meningkat..target rakyat mcm aku ni ialah kurangkan kos sara hidup..kerajaan jangan membazir, tiris dan siasat habis2an mereka2 yang 'kaya raya' tu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 9:09 AM

MEMANG BENARLAH BIJAN NI MEMANG TAK BOLEH HARAP..

....................
Reply To This Comment ...................
December 31, 2013 at 10:15 AM

Ikut mimik P. Ramlee -

Kita bagi cans(chance) pada TPM yang cakap selagi ada bulan dan bintang! mencantas semak samun.

PM Najib and the gang pergi bercuti...he....he... baca blog kadirjasin. Sah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 10:31 AM

Seumpama memberi Panadol kepada pesakit kanser tahap 4.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 10:43 AM

Kami rakyat Malaysia menuntut agar PEMANDU dimansuhkan serta-merta kerana inilah punca sebenar segala kekalutan, keresahan, kesengsaraan dan penderitaan yang ditanggung oleh kami selama ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Sayang PM
December 31, 2013 at 11:19 AM

Dengan pengumuman 11 perkara ini, aku istihar secara terbuka "I LOVE PM". Jangan jeles yer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 11:34 AM

Din,

Baru lepas menghantar anak orientasi tahun satu di salah sebuah Sek Ren Keb di subang jaya. Dalam banyak2 murid, maaf bercakap takde sekor pun yang mata sepet. Sebelum2 ni ramai mata sepet juga kat sekolah ni tetapi selepas PRU 13 dan isu sekolah venukar menjadi panas maka tahun ni tak kelihatan langsung bangsa mata sepet ni.

Salah satu perbelanjaan berhemah yang patut Najib buat adalah menghentikan bantuan ratusan juta ringgit ke sekolah venakular ni yang langsung tak bagi apa-apa manafaat kepada negara malaysia ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 11:42 AM

Pada pendapat saya, penjimatan yang sepatutnya najib buat yang rakyat mahu lihat:

1. Mansuhkan PEMANDU. Idris Jala, Omar Ong & the Gang ditamatkan kontrak serta merta.

2. Gaji CEO2 agensi hibrid kerajaan dan swasta seperti TERAJU, SPAD, TalentCorpse dll yang bergaji puluhan ribu digantikan dengan skim gaji perkhidmatan awam.

3. Bini saya, Rosmah Mansur akan "dibekukan" dari sebarang urusan rasmi berkaitan kerajaan. Beg2 tangan mewah jenama Birkin, jam tangan mewah dll akan digadai sebagai tanda kami sama-sama bersama rakyat dalam isu kenaikan harga barang.

4. Saya, Mohd Najib akan bersara dari dunia politik bersama Hasan Malek. Kami berdua akan menceburkan diri dalam industri lawak tanah air yang semakin pesat berkembang di Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 11:45 AM

Din yg aku post itu untuk engkau tak perlulah siarkan ...kalau kau siarkan memang berani la aku tabik spring.cuma aku harap kau fahami la kita berjuang di malaysia bukan negara Islam yg 100% majoriti islam.Kita disni 50/50 je dgn kafir.

Fikirlah dengan hati terbuka..........masalah duit bukan punca utama kita gagal tetapi masalah kefahaman agama yg kita anuti...Islam lain dari demokrasi Din Islam ada sistem siasah nya.belajarlah insyaallah akan mantap perjuangan kau........

Masalah duit belajarlah kurangkan kos.maaf la Din cuba perhati betul2 kos hidup kau .elektrik dan air je kau boleh jimat paling kurang berape?

Cubalah bila mandi gunakan baldi sebagai takungan.........elektrik kurangkan gunakan kipas.apa nak buat ini zaman kos meningkat.Kalau naik kereta jgn pakai aircond.itu aje berapa banyak jimat.ok la Din...Aku doakan kau fahami dan berjaya mengharungi kos kehidupan yg sebenarnya takda lah teruk sangat cuma kita je nak kaya kaya kaya ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 12:24 PM

@Anonymous

geng2 "I LOVE PM" dah naik meroyan!!! ha..ha..ha... ko memang terbaik lah Din!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 12:44 PM

Bro anon 1145...jgn ckp je..bleh buat ker..bwk kete x pakai aircond...hheeeehheee...lu x faham isu bro...rakyat x kisah brg naik..rakyat x kisah jimat...rakyat x kisah hidup susah....tp dlm kesusahan nie...ko tgk pemimpin bebas berbelanja...harta menggunung...projek bg kroni...kita susah...sbb diaorg merembat....tlg la faham....

....................
Reply To This Comment ...................
esa adam
December 31, 2013 at 1:27 PM

Bro,
Kenapa elaun keraian dan tol tak ikut bil macam sektor swasta. Selalunya org yg rai menteri. Yg menteri rai siapa pulak. Begitu juga dgn tol. Claim mesti ikut ke mana menteri pergi. Elaun minyak kereta juga mesti ikut perjalsnan bukan bagi lump sum mcm sekarsng
Aku percaya banyak penjimatan boleh dibuat.
Sistem skrg byk ketirisan. Wang banyak kepoket dri utk tujuan menjalankan tugas. Wang tidak dimenafaatkan kpd rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 2:04 PM

bro 12.44.

lihat la Din macam ini ke perjuangan yang kita harapkan melihat bangsa kita ketawa seolah2 aku lah yg hebat mengharungi dunia ini.

.Din kau bayangkan la kalau kawan kita 12.44 ditakdirkan hidup di negara2 bergolak.........boleh kah dia survive.....

Din Ingat.....kau bukan lagi Din yg dahulu .Kau sebahagian dari agen perubah masyarakat....Kau boleh membawa sahabat2 kau berjuang...tapi dimana Din?

Adakah kau ingin lihat anak2 kita mempunyai hati yg lemah,Pemimpin kita tak jaga pendatang cuma pendatang ketawakan kita dan pelik melihat perangai bangsa kita........

Sekali lagi Din dunia yg kita hidup ini bukan hanya semata-mata duit.Tetapi perjuangan kita suci...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 2:17 PM

Kepada bro anon 1244

kalau ada bukti bawa la ke mahkamah.Kita hidup di Malaysia yg ada sistem undang2..tak perlulah terikut-ikut dengan ulamak PAs yg berpandukan undang-undang rimba.

Pakatan dah pegang 6 negeri anataranya Terengganu,kelantan,pulau pinang,Perak,kedah dan selangor.Dakwa je pemimpin korup yg kau katakan...Jangan lah bercakap cara kuno seolah-olah Malaysia tiada undang2.

Cuma kalau kau kata Hakim adalah UMNO mahkamah adalah UMNO buktikan dan bawa ke amiga dia mesti suka beb.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 2:18 PM

setuju huhuhu.. terkesan dgn perkara d atas. company boleh jatuh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 2:31 PM

Dato Najib punya favourite number ialah 11..so langkah2 menjimat pun mesti sebelas..percaya betul dia pada his lucky number.

Consultant2 buat baju2 yang banyak tak sesuai untuk Malaysia pakai..last2 habis rugi je..macam dalam Bahasa Inggeris, their advice and ideas are not tailored to our needs.
Dato Najib pakai Blue Ocean strategy ni..ni apakebenda??
Nama komain canggih tapi tak menjadi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 2:35 PM

Aku cadangkan beberapa point untuk kerajaan ambil perhatian:

1. TNB..yg dicanang tokenya untung 1.5billion...padahal rugi sebab tak masukan kos pelaburan semula 4B.Kakitangan dapat BOnus 6 ke 7 bulan. Tu yg kena naik tarif caj kat kita. Boleh katakan tiap tahun TNB ni naikkan caj..cuma tak perasan termasuk tukar meter baru.Padahal dalam TNB tu penuh pembangkang dan penyokong PAS.
Begitujuga GLC yg lain...ada yg hingga 11bulan bonus. Gila betul. padahal Syarikat tu mereka ambil dalam keadaan yg dah untung dan siap.

Apa jadi dengan BAKUN?. Sepatutnya Sabah Sarawak dapat gunakan dan kos letrik boleh diturunkan.

2. Hentikan BRIM yang tidak ada nilai tambah. Kerajaan rugu berbilion. Kita yg bayar. Padahal yg datang tu ada yg pakai Merc..pickup..boleh katakan tak ada yg jalan kaki. terutamanya cina.

3.Kaji balik had umur bersara. kalo nak teruskan hingga 60tahun...hendaklah lulus pemeriksaan doktor. Bebas dari penyakit. Pada masa ini yg umur 58 ke 60...90% tak boleh digunakan untuk bekerja dah. kalo mereka ketua Jabtan ... mereka tunjuk rupa sihat je, (macam menterilah bila bersara terus piap). Jika mereka orang bawahan kebanyakannya ulang alik kehospital.

3. Jabatan Hasil Dalam Negeri hanya pandai dan kejar kakitangan kerajaan sahaja untuk cukai..tidak boleh kurang walau 1 sen. Tetapi diluar yg berkerja sendiri, pasar...bela ikan..kebun sayur..berniaga yg pendapatan ribuan sebenarnya ...terlepas.Mereka nak kewrja senang.

4. Pantau Penguatkuasa..eg. imegresen,..kastam...Polis ...Pejabat Tanah dengan ketat.





....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 3:06 PM

BRO 2:35PM

salah tu bro..LHDN hanya pandai dan berani kejar rakyat marhaen je..yang ikan bilis je..tapi yang besar2 depa takut..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 3:49 PM

salam,
tak pa la baru 11. walaupun tahap ketua jabatan jer. dah nampak ada lubang kecil tu. jadi luaskan lagi artikel2 bagi menyedarkan pemimpin. biarlah mereka nak dengar TDM saja, tapi kita boleh usahakan lagi. selagi pada pandangan kita membazir, harap bro din tak putus semangat nak tulis. yg 11 tu pun, harap pemandu jer yg bagi. kalu tak ada pemandu, tah mana ghaib nak pm umumkan. tapi masih clueless lagi la pm kita ni. apa pun, perjuangan yg bro din buat, saya sokong sehingga hari ini. hampir semua artikel bro, saya sokong dan sependapat dgn bro. harap terus berusaha agar kita tak hilang kekuasaan melayu 5 tahun yg akan datang. kalu harap kp umno bn, tu tengah susun strategi nak jatuhkan ah jib gor tu. mana2 penyokong pak lah, diam membisu jer. harap bro teruskan agenda dengan cara bro. moga Allah merahmati dan memberkati segala usaha bro.

....................
Reply To This Comment ...................
December 31, 2013 at 4:03 PM

@Anonymouslepas sekolah buka nanti, kita tuntut kerajaan dedahkan peratusan murid2 mengikut kaum di setiap sekolah Kebangsaan dan vernakular.

Biar jelas betapa Najib sendiri yang berusaha memecahkan perpaduan kaum dinegara kita !

....................
Reply To This Comment ...................
December 31, 2013 at 4:06 PM

@Anonymous"Sekali lagi Din dunia yg kita hidup ini bukan hanya semata-mata duit.Tetapi perjuangan kita suci..."

Ya, perjuangan yang sedang saya lakukan sekarang adalah suci. Bukan kerana duit atau glamer tapi kerana mahu Melayu kuat.

Najib perlu berundur secepat mungkin !

....................
Reply To This Comment ...................
December 31, 2013 at 4:08 PM

@AnonymousTanpa kusedari airmata ku jatuh mengalir dipipi dan jatuh kebumi .... :)) TerimaKasih atas sokongan anda !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 4:16 PM

ada kengkawan aku yang penyokong kerajaan pun nak join jugak demo TURUNkan KOS SARA HIDUP.. so najib and gang masih tak faham2?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 4:31 PM

11 langkah drastik bagi menonjolkan langkah jimat cermat kerajaan tahap tadika permata je... Banyak perkara boleh bahas cuma aku nak bagitau satu point je drpd yang sebelas tu...

Ingat.. Najib jadi adun dr umur 32 tahun klu x silap kemudian naik jadi MB pahang dan terus ke federal dgn timbalan menteri /MP. Cuba kira berapa tahun dan berapa penggal tu dari dulu sampai sekarang. Setiap penggal adun/mp/exco waima menteri pun dapat pencen walau berkhidmat 5 tahun je. Cuba kira agak2 berapa puluh ribu kalau tak ratusan ribu pencen Najib je sehingga kini tak termasuk gaji dan saknika benda yg dia dapat sekarang. Begitu jugalah dgn menteri2 ayam yang dah duk jd mp/menteri 3-4 penggal tu.

Potong elaun keraian 10% apa barang la... Mungkin org kg x faham tapi jgnla keldaikan rakyat sampai macam tu. Nak buat penjimatan buat la betul2.... Bukan sekadar besar najis dalam hidung je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 5:09 PM

Din kalau najib perlu berundur siapa penggantinya Din??
Anwar?
Haji Hadi?

Kau pilih lah?

Persoalanya kau pun tahu UMNO akan kalah lagi 2 pilihanraya kenapa Din?

Melayu lupa diri ke?

Perjuangan suci kita naikan Anwar ke atau Haji hadi?

Din kau tahu UMNO gagal memahami orang melayu kerana itu lah pru ke 15 bakal tercatat berakhirnya pemerintahan melayu dibawah kepimpinan UMNO.Kenapa Din .Adakah perjuangan ekonomi yg kau bawa ke Hebat?


Suci ke perjuangan duit atau ekonomi?
Suci ke perjuangan memastikan melayu kena ada 2 biji kereta? tak cukp ke 1 biji kereta?
Suci ke perjuangan gaji rm 4000?

Din kau tahu dan aku pun tahu UMNO sudah berakhir...Kesilapan besar Tun Mahathir menganggap ekonomi bakal merubah melayu?
Ekonomi doianggap tiang seri melayu........kita berkejar kearah kebangkitan ekonomi Melayu?

Agak2nya kalau kau dah ada 10 biji kereta berjayakah melayu?

Kalau kau rasa cukup 10 kau salah Din....Melayu bangsa yang tak pernah rasa cukup..

Inilah kesilapan Tun Mahathir dia menggangap Melayu bakal menjadi hebat bila memaikai kereta mewah dan rumah banglo.

Din aku nak tanya berapa peratus orang pertengahan dan kaya sokong UMNO?
Kau pun tahu UMNO didokongi golongan miskin...........bukan seperti kita yg dah senang cuma cari susah dengan berhutang keliling pinggang.....

Din maaf menganggu kau...........ada sikit lagi Insyalllah malam nanti aku sambung..........

....................
Reply To This Comment ...................
December 31, 2013 at 5:36 PM

@AnonymousHuh ? ?

Kenapa saudara katakan yang perjuangan saya terhad kepada ekonomi saja ? Saudara baru saja baca blog saya sejak akhir2 ini atau sudah lama ?

Cuma sekarang isunya adalah ekonomi, jadi kita tumpukanlah pada ekonomu. Bukan nermakna kita hanya bercakap tentang ekonomi semata2 dari dulu, kini dan selamanya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 6:31 PM

Mohon bro din turun ke Dataran Merdeka malam ini utk membuat liputan yang telus dan adil himpunan malam nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
December 31, 2013 at 6:33 PM

@AnonymousBanyaklah ko punya turut.... saya kat Terengganu la :))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 6:49 PM

Kerana liberalisasi dan transformasilah yang menjadikan hakmilik melayu disamaratakan. Kini, melayu dipaksa bersaing dengan kaum-kaum lain atas nama meritokrasi. Nak mewujudkan persaingan tak salah. Tapi biarlah adil dan tidak berat sebelah. Kerana kononnya nak mendukung hak samarata, melayu akan terus ketinggalan terutamanya dari segi ekonomi. Dengan hambatan kos sara hidup yang makin meningkat setiap hari, sekali lagi orang melayu dikorbankan. Mana mungkin dengan pendapatan sederhana mampu survive kerana kenaikan harga barang sudah tidak mampu lagi dikawal oleh kerajaan. Ingat lagi tak bagaimana dasyatnya rakyat mengamuk apabila harga minyak dinaikkan secara mendadak di zaman Pak Lah ? Itu baru minyak. Kali ini Najib naikkan harga minyak, harga gula dan bil tnb sekaligus. Saya rasa kali ni bukan setakat mengamuk jer. Malah mungkin lebih dari itu. Rakyat dah tak mampu nak bersabar lagi dah kerana sekarang ni perbelanjaan rakyat sudah menghampiri ke angka defisit setiap bulan. Poket rakyat menjadi semakin nipis meskipun belum pun masuk tempoh separuh bulan. Dalam keadaan sempit begini, bagaimana rakyat nak menabung, membuat simpanan atau membuat pelaburan ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 6:51 PM

Din malam nanti aku akan nyatakan perjuangan melayu secara global kita tangguhkan.........

Din kalau kau menggangap aku berkata kau hanya berjuang ekonomi maaf aku.Tentulah Tidak.siapa tak kenal kau Din.seperti aku katakan Kau bukan lagi Din dahulu tetapi agen perubah masyarakat.

Aku sentuh ekonomi bukan apa......... inilah yang melanda dunia melayu sehingga terperangkap dan membutakan mata kepada perjuangan sebenar.

Din ........Aku nak bertanya pada semua siapakah pemain utama dalam pembongkaran PAS.Kau pun tahu kaulah salah seorang pejuang yg membongkar munafiknya PAS.........bukan mudah kalahkan PAS........

PAS berakar umbi kuat dikalangan orang Melayu sukar dikalahkan lihat sahaja sungai limau....
Din ...PAS pandai berbicara tetapi engkau menyedarkan melayu betapa Busuknya perjuangan PAS.

Hari ini berani kah PAS sebut Hudud? Nak sebut pun dah takut? Kalau PAS keluarkan je statement Hudud apa jadi?gerombolan cybertrooper UMNO akan meyerang begitulah tingginya motivasi.kalau dahulu was-was takut2 jadi murtad. Kenapa mereka jadi Berani?

PAS barah kepada bangsa Melayu.
Din .Kita dilahirkan sebagai pejuang dan tentulah kita memerlukan ketua.Jadi kalau kita asyik jatuhkan ketua itukah nilai seorang pejuang?

Dalam UMNO selain DS Najib tinggal TS Muhyideen Yassin(TSMY) je.....Ada lagi ke yang hebat?
Kalau kau anggap TSMY bakal melawan DSN silap lagi...TSMY orang Johor.Johor terkenal kawan dipercayai...........buat masa ini sejarah orang Johor tikam belakang jarang2 dengar......TSMY berjiwa pejuang dia memahami perjuangan ini.

Kau tahu tak 11 perkara mereka berbincang bersama-sama...

Hmmm apa -apa pun cerita UMNO hanya sekadar 2 penggal atau 8 tahun je?
Kau pun tahu.....Melayu sudah meninggalkan UMNO sedikit demi sedikit.........Kenapa agak2nya Pakar strategik UMNO mengatakan ibu segala PRU?
Din bukan ibu segala PRU tetapi ibu segala peperangan..kau sedar tak UMNO berhadapan dengan siapa? Aku yakin kau dah baca AIDC dan gelagat anwar.kau tahu kan jawapanya?

Kita tak mahu kehilangan seorang perjuang lagi



....................
Reply To This Comment ...................
December 31, 2013 at 7:20 PM

@AnonymousMungkin saudara melihat Najib sebagai seorang pejuang Melayu tapi bagi saya Najib cuma seorang ahli politik Melayu, bukan Pejuang.

Saya tidak akan tangisi sekiranya Najib berundur.

Sebarang perubahan harus dilakukan secepat mungkin sementara masa masih panjang untuk ke PRU14.

Patuh kepada pemimpin - Ya, tapi itu tidak bermakna saya tidak boleh usulkan pemimpin itu berundur !

Demi masadepan bangsa dan agama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 7:43 PM

najib has failed big time..like it or not..he must resign. just give it to muhyiddin..lets see his capability..at least he has the gut to say he is MALAY FIRST... compared to najib? palu gong je laaaaa...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 10:22 PM

@AnonymousNi mangkuk hayun mana yang dok meroyan ni din? Apa yang blur sangat dia ni? Aku agak dia ni geng pemuda umno kot (geng tolol) pelapis pemimpin umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2013 at 11:07 PM

Kalau nk baca psl pembongkaran munafik pas, sini bukan tempatnya. Kat sini tuan tanah lebih suka memburukkan umno tp mengaku pro umno. Bagi aku din ni lebih byk syok sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 1, 2014 at 12:25 AM

Din
Najib adalah pemimpin kita yang tinggal tiada lagi selepas ini..,,,,,,?

Din kita orang Islam ramalan bukanlah aqidah kita apa yang saya ungkapkan hanyalah fakta yang tidak kita suka tetapi terpaksa kita terima.

Umno dah sampai penghujungnya ..pakar analisis UMNO tahu dan sudah lumpuh.

UMNO sudah kehilangan taring.Umno yang ada tinggal nyawa-nyawa ikan.
Din,,,,,,,, Najib sudah memberi bayangan UMNO mesyuarat cawangan pun GAGAL.

Din kau seorang pejuang.Kalau mesyuarat pun gagal di tangani bagaimana menghadapai Ibu Segala PRU?
UMNO menang kerana kehendak Allah.Allah masih sayangkan Melayu kerana Islam.Itulah kehendaknya.

Din

UMNO mencari kekuatan seperti perjudian mengharapkan keajaiban ekonomi mengembalikan kuasa mereka.Bolehkah Kuasa ekonomi menjadikan Melayu kuat bersama-sama UMNO.

Tun Mahathir orang yang paling saya kagumi bukanlah niat memperkecilkan idea kebangkita ekonomi Melayu.Tidak cuma sindirin.
PAS diera Pemerintahan Tun Mahathir menggelar perjuangan ekonomi adalah materialistik.Aku setuju dan bersama-sama menentangnya...kesudahanya Tok Guru Nik
Aziz pun dah pakai Alphard.Hebat bukan.Perjuangan yg dianggap merosakan bangsa melayu hari ini PAS lah paling kedepan memperjuangkan ekonomi Rakyat.Anwar pakar manipulasi menjanjikan emas permata dan sehingga hari ini masih ramai menyokongnya
.kenapa?

Kenapa Anwar masih mendapat sokongan kuat??

Din Melayu mempunyai harta berbillion2 ringgit.Tun Mahathir dah berjaya membawa Kebangkita ekonomi Melayu........tetapi kenapa duit Melayu berbillion-billion ringgit Gagal memberi ketenangan.

Din .......Duit melayu terbenam dalam pelaburan yang tidak menjanakan keuntungan.

Din........ kau tahu bukan Melayu terlalu suka berhutang dan hujung bulan tiada lagi yang tinggal.
Peribahasa Melayu ada berkata Biar papa asal bergaya adalah kata-kata hikmah pejuang bahasa kita zaman tamadun melayu.Tapi ya la Penjajah menghancurkannya sehingga melayu seolah-olah tiada asal usul sejarah.Begitu kejam dan takutnya penjajah kepada bangsa kita.Bayangkan Tamadun yang hebat dengan keluasaan nusantara ghaib begitu sahaja?

Nampak gaya perjuangan Melayu belum selesai aku tangguhkan lagi........

Din......... cuma sebelum berundur aku nak tanya la?

Di zaman Najib NBOS digerakkan?
Faham tak kita apa itu NBOS? Kenapa kita ketawakan??
Tahu tak kita UTC dan RTC hanya terdapat di Malaysia dan inovasi terunggul dan pertama di dunia.Apa itu UTC dan RTC.tak hebat ke?
Tahu tak kita Pusat Latihan 1 Mlaysia menjimatkan jutaan ringgit?

Zaman Najib ada Kedai rakyat 1 malaysia yang membantu jutaan melayu di kampung2 dengan harga yang rendah?
Tahu tak kita zaman najib penjawat awam yang tidak amananah tidak berleluasa.

Din.....penjawat awam wujud sebelum Najib berkuasa.Adakah penjawat awam hebat?Agak-agak kau kenapa Najib yang umumkan?

Najib sudah membentangkan kad laporan berjaya atau tidak?

Berapa ramai melayu setiap bulan tiada apa2 yang tinggal.Berapa ramai melayu setiap hujung tahun mengeluh.
Din Najib tak tolong pendatang tetapi jutaan pendatan pulang duit berbillio2 ringgit kpd keluarga mereka.Kenapa kita yang menjadi tuan di tanah kita gagal?

Kalau anak kita menyimpan sehari 50 sen sudah cukup membantu persekolahan.Itu bukanlah titik perjuangan bangsaku Melayu.Perjuangan kita lebih besar daripada itu.

Najib dan Muhiydeen memerlukan seramai mungkin Melayu Islam yang sedar siapa diri mereka untuk bersama-sama menharungi Badai yang tidak ada kesudahanya.

Ingat Din

Tun Mahathir dah tua tetapi beliau tidak pernah cuti di zaman Najib.........buat apa ya?

....................
Reply To This Comment ...................
January 1, 2014 at 12:53 AM

@Anonymoushahaha ... saudara sendiri pun syok baca dan komen di sini...kan ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 1, 2014 at 9:18 AM

@AnonymousTak payah layan lah din... dia ni mereben tak tau hujung pangkal... bukan std kau pun nak layan dia ni...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2014 at 7:37 AM

Pejuang IRM

Assalamualaikum Din

Jumpa lagi insyaallah la aku harap berjaya lah aku agar perbincangan akan ditamatkan.

Din........member-member kau dah kira macam pemandu gak.......Cuma begitulah kehidupan kita .kita dikelilingi sahabat-sahabat setia. Mereka menasihati berdasarkan pengalaman dan adakalanya nasihat tersasar kerana emosi.

Din member engkau takut kalau-kalau kau memberi ketaatan tidak berbelah bahagi kepada pemimpin UMNO yang menjadi Perdana Menteri yang SAH.

Kita ada agama nilailah mengikut agama kita.Bagaimana kita hendak memastikan nasihat itu betul-betul ikut agama.Pastikan ianya dari Rasulullah dan dan mengikut cara berfikir para sahabat.

Din kau tentu bertanya siapa aku?? Cukuplah aku katakan aku sebahagian dari sistem kerajaan yang ingin melihat Islam, Raja dan melayu terus dilindungi.

Jadi apakah tugas aku?

Tugas aku mudah je bersediakah Melayu bersama-sama UMNO menjadi penggerak kepada kebangkitan ISLAM di nusantara.

Mudah tetapi Melayu yang ada hari ini tidak mencapai standard seorang pejuang.Melayu hari ini sekadar melayu 50 sen je. Maaf la Din kenapa aku cerita penjimatan duit anak aku hanya 50 sen sehari boleh mengeluarkan aku dari kos persekolahan.Anak aku ke 2 dengan penjimatan 50 sen sehari menyelesaikan masalah kenaikan tarif elektrik.

Kenaikan kos mudah sangat diselesaikan kerana Melayu dah kaya.Ketika aku mencadangkan tutup aircond kereta ramai yg ketawakan kerana menggangap idea bodoh.

Din anak-anak Melayu zaman pemerintahan Tun Mahathir tidak sama dengan lahir zaman Tun Razak........Zaman Tun Razak Melayu hanya berbasikal tetapi kuat sokongan kepada UMNO........Tetapi Melayu di era kini KURANG AJARr.

Penjimatan dari aircond kereta sebanyak 30% kalau kos minyak rm 300,.. 1 bulan maka penjimatan sebanyak rm 90..........Melayu berkereta berapa juta Din?

Melayu yang ada hari ini bukan sahaja majoriti tetapi sudah mempunyai kekuatan ekonomi.

Din ketika akhbar Utusan Melayu mengeluarkan kenyataan dari NGO agar Petronas membuka ruang menjual nasi lemak di kedainya.melayu ketawakan........Kenapa Din.Adakah kontrak nasi lemak sekadar rm 200 tak sesuai dgn billion ringgit asset nya?
Din nasi lemak Din.kau faham tak?

Din dalam pemandu yang kau marah2 sangat bukan sekadar orang kaya makcik2 pun ada cuma mereka tidak menghadiri mesyuarat.Suara mereka didengari.

Najib dsokongi orang miskin .Najib tahu dan berkeyakinan golongan inilah lebih ikhlas mempertahankan kerajaan.
Najib buat BR1M untuk meringankan beban kos.Apa lah nilai rm 650?
Aku tahu ramai golongan std gelakkan Najib.Malah Najib berani keluarkan kenyataan dengan nilai tersebut berapa kampit beras boleh dibeli dan berapa lama boleh bertahan.Din Najib tujukan kepada mereka yang miskin bukan kamu semua.

Tiada pemimpin yang mahu susah kan rakyat begitu juga Najib..........Najib kalau nak shortcut mudah je cagarkan petronas .KLCC atau apa sahaja.Din Asset Malaysia yg dibangunkan Kerajaan UMNO banyak betul.Boleh pinjam sehingga trilllion tetapi masa depan hancur.Najib orang ekonomi Dia buat pada landasan yang tepat.

Subsidi dinikmati golongan kaya ,pertengahandan dan pendatang.Pembaziran berlaku .maka Najib struktur subsidi agar adil dan diberi kepada yg layak.......itu bukan ikut Islam ke?

Pendatang menikmati subsidi kita bukan billion ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2014 at 7:37 AM

sambungan........

Din maaf cakap melayu yang std marah2 kos pakai kereta tak? Rata2 dah kaya cuma lupa diri.Perjuangan semata-mata kos tidak akan selesai selagi jiwa lemah dan
mengharapkan tangan diatas memberi.

Din perhimpunan UMNO kenapa lagu ANAK KECIL MAIN API berkumandang?
Kau ingat tak yang mula2 Nyanyi anak muda belajar di JEPUN?
Lagu apa itu Din?

Din lagu itu bukan untuk UMNO tetapi BANGSA kita untuk mereka kembali ke sejarah KESULTANAN MELAKA.Kita adalah bangsa BANGSAWAN dan memerintah kerajaan yang maju dan kaya.

Kau pernah tanya pada Tun Mahathir kenapa beliau MENANGIS?
Adakah Tun Mahathir menangis kerana melayu miskin semata2?
Kenapa Tun tak menagis ketika Melayu ramai yang bankrapsi?

Pernah tak kau pergi ke pulau langkawi dan bertanya pada penduduk2nya kenapa mereka tidak maju seiring dengan kemodenan pulau tersebut?

Tun Mahathir pemikirannya tak SESUAI untuk orang melayu kerana itulah melayu gagal.Di langkawi ada kisah benar.Apabila kekayaan melanda........ Melayu jual tanah dan beli speedbot .Selepas 10 tahun menjadi nelayan semula dan miskin.Din itulah saudara kita yang sama sifatnya pada semua orang melayu.Bila PAS datang mudah sahaja Tun Gagal dan merosakkan anak2 tuan tanah.

Sebagai pejuang setiap jatuhnya air mata berharga Din?
Air mata yang berjujuran ketikan peperangan melanda tidak sama diwaktu keamanan.

Lagu Anak kecil Main api dikumandang kerana Najib mengharapkan seluruh orang2 Melayu sedar dan bersedia bersama-sama menjadi kuasa di NUSANTARA bukan sekadar
std 50 sen. Tun mengharapkan bangsa kita jadi kuasa besar bukan sekadar mengelupur dengan badai yang tak seberapa ini......Ingat Din kita berperang bukan dengan golongan Picisan tetapi KUASA YAHUDI dunia.
Soros menghancurkan Malaysia dalam masa tak sampai 10 hari.Ringgit merudum dan Negara kerugian dan menjadikan negara kita Miskin.
Peperangan dengan bangsa laknat ini tidak akan berakhir dan berterusan sehinggalah Nabi Isa menghapuskan ketua nya Dajjal.
Din perjuangan apa yang kau ingin bawakan kalau ketua2 pemimpin UMNO dilanyak secukup2nya.
Kalau era Tun Mahathir ........melayu gelarkan dia Firaun maka Najib nak gelar apa?

Kerja aku dah selesai ........Kau dikelilingi kawan2 setia kau .Kau ada pilihan ke arah mana perjuangan yang ingin dibawa tetapi....... ingat DIN........ kau perlukan kepimpinan
sebagai Arahan.Kita hidup dalam demokrasi yg dicipta yahudi maka mereka bagi pilihan.Dalam Ilsam hanya satu ketua yang ke-2 dipenggal kepalanya.
Zaman Kesultanan Melaka hanya satu Sultan ..............dan HULUBALANG-HULUBALANG nya yang TAAT SETIA menjadikan Melaka kuasa besar di NUSANTARA.

MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTARA.........LAGU DIKUMANDANG PADA ZAMAN PEMERINTAHAN TUN MAHATHIR.

Semoga Allah berkati kehidupan TUN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2014 at 10:46 AM

Anonymous January 2, 2014 at 7:37 AM

Saudara nie orang PAS ke Orang PKR?

Kalaulah Kerajaan Mendengar Nasihat saudara, masih lagi menumpukan kpd Kaum Melayu Di Ceruk Hulu, dengan berterusan menipu mereka, menggulakan mereka dgn pemberian BRIM dsbnya, Maka Kerajaan Membiarkan Majoriti Melayu Bandar dan Melayu Pinggir Bandar..

Melayu Bandar dan Melayu Pinggir Bandar nie tak da famili di kampong ke? Kalau Kenaikan Harga barangan dan perkhidmatan berterusan, Melayu Bandar dan Melayu Pinggir Bandar lama kelamaan tidak akan dapat bertahan.. Mereka pon akhirnya berkeputusan pulang ke kampong..

Apa jadi bila mereka nie berdondong2 pulang ke kampong? Kat kampong tu ado lagi ke Orang yang Nak Sokong UmNO?

Ginilah Kata itu Mudah, Kata Pemimpin UMNO Letak Otak kat kepala Lutut, Tapi sebenarnya Pemimpin Pembangkang Langsung Tak da Otak.. Yang Tahu cuma Bangkang dan Sebar Fitnah..

Ulasan Saudara mengenai penjimatan 50sen dan Naik Kereta tiada aircond bukannya suatu penyelesain kepada masalah Ekonomi Negara.. tapi tak masok akal orang2 yang waras...

Entah2 Saudara Nie tak da Kereta, yang ada cuma Motorsikal Kap cai.. Kalau ada kereta pon simpan buat perhiasan, pakai cuma malam minggu...malam2....

Musim Hujan Kalau Tak Da Aircond... Boleh ke Pandu kereta ... belom lagi waktu tengahari..

Haa haa... Pro-Pembangkang kasi idea Parang Tumpul Idea Ketot!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2014 at 12:08 PM

Cerita aircond hanya sekadar membuktikan bahawa masalah duit persekolahan bukanlah masalah besar itu aje.jgn babitkan dgn masalah hujan.gila ke apa bawa kereta dalam hujan tak pakai aircond?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2014 at 8:17 AM

Sambungan..........

Saya ingat nak habiskan.....maaf lah Din.
Saya paling benci mereka yang lanyak PM dan RAKYAT MISKIN.

Golongan kurang ajar selalu mengaitkan ayat penghinaan kepada orang2 miskin pinggir dan luar bandar.................kenapa ya?

Din...

Sokongan kuat golongan miskin seperti yang aku katakan menjadi nadi kekuatan UMNO.
Zaman era Tun Razak UMNO kuat kerana rakyatnya miskin.MRSM yang ditubuhkan UMNO yang menjadi senjata ampuh melahirkan golongan pertengahan..........Hari ini peratus yang sanggup berkhidmat kepada UMNO boleh dikira dengan jari.

Alumni MRSM pernah ditawarkan menjadi AJK cawangan ...kau tahu apa mereka kata?
Macam biasa la Din mana ada standard.

Dahulu mereka miskin selepas kaya lupa diri.
UMNO berjaya mengeluarkan rakyatnya dari kemiskinan tegar.Agak2 kau la di Malaysia ada tak yang tak makan Nasi selama 2 hari?

Din dunia yang kita hidup tiada beza antara PM dan rakyat biasa.Sebagai ayah yang mempunyai keluarga kita mempunya kuasa penentu ekonomi keluarga.Tetapi Melayu GAGAL dalam mengurus kewangan.

Pemimpin UMNO gagal ke dalam mengurus ekonomi?
PAS 20 tahun mempunyai KUASA di kelantan.Apa yang jadi?
Melayu lupa diri tidak akan mencari jalan keluar .PAS mengajar mudah salahkan UMNO.

PAS ADALAH BARAH.

Sebelum berundur aku nak bertanya................ Berjaya Kah Najib membawa kekayaan kepada masyarakat Kampung.?
Din kalau kata GAGAl..........kau silap lagi..........Kau kenal ayahnya? Tun Razak

Cukuplah Felda menjadi lambang kemegahan keluarga Razak.

Din.
Felda dah kaya dan generasi pertama yang masih hidup masih mengekalkan kesederhanaan.Mereka penyokong kuat UMNO tetapi kematian menghampiri mereka..........Generasi baru termakan hasutan PAS.

Bagaimana Najib gagal ke dia membawa kekayaan kepada masyarakat kampung?

Din melayu bukan sahaja bodoh tetapi berlagak.Ketika membicarakan ekonomi mereka menolak hujah2 pakar ekonomi dunia. Din..kita tahu Pakar2 ekonomi Dunia dari sistem yahudi tetapi kewangan tidak boleh menipu. Hanya sisiten riba yang mencengkam sahaja yang salah tetapi perniagaan yang menjanakan keuntungan bukan main wayang.


Insyaallah Najib akan berjaya.Masyarakat kita akan bertambah kuasa membeli cuma bersabarlah Najib sedang pastikan hanya rakyat malaysia yang berhak mendapat faedahnya dan gandaan ekonomi menjadi teras kebangkitannya.

2 PRU UMNO kalah bukan kerana NAJIB TIDAK berjaya ...........cuma melayu di kampung2 bangkit meminta 2 biji kereta dan tidak mahu menutup "switch aircond".

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 9:39 AM

Assalamualaikum DIN...

Aku nak minta tolong......in adalah tempat melayu berniaga.........http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasar_Payang.

Akan dibangunkan tetapi bukan FOKUS usahawan MELAYU.

Din .Perjuangkan tanpa kenal erti kalah.buat dahulu research. Terengganu TEMPAT MELAYU......... tidak ada provokasi BANGSA lain.

KITA bangunkan Pasar Payang ribuan kedai bukan sekadar apa yang ada dipindahkan...Din kalau berjaya Insyaallah Disinilah bermula perjuangan martabatkan ekonomi Melayu.

Ribuan Usahawan Melayu akan dilahirkan di bumi Terengganu.Anak Melayu Islam.

Kau akan berhadapan bukan dengan Cina tetapi Melayu yang hanya berfikir untuk kaya sejenak.Kita tak menentang hotel atau kondomonium mewah Cuma yang KITA hendakkan sekadar Pasar Payang sebesar 3 padang bola.

Post a Comment