........... Tun Mahathir Di Prk Sg Limau | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir Di Prk Sg Limau

Sunday, November 3, 201310comments

Rakaman yang saya buat tadi tak jelas suara Tun jadi saya copypaste je lapuran dari Mkini, cuma gambar2 je saya ambil sendiri.


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil kesempatan di hari terakhir kempen pilihan raya kecil DUN Sungai Limau untuk menyerang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai orang yang tidak tahu bersyukur.

Sedangkan, Anwar sendiri mampu mendapat pendidikan yang baik kerana bapa kepada bekas timbalan perdana menteri itu, Datuk Ibrahim Abdul Rahman seorang ahli Umno, kata Mahathir.

"Itulah Anwar dia tak pernah bersyukur langsung. Orang Melayu ini kena terhutang budi tetapi Anwar ini nampaknya tak pernah rasa terhutang budi.

"Dulu masa dia dalam kerajaan semuanya baik-baik sahaja," katanya pada sidang media selepas hadir di Karnival Luar Bandar Rakyat 1Malaysia di Bukit Besar.

Beliau turut ditanya sama ada kehadirannya ke Sungai limau adalah usaha terakhir BN untuk meraih sokongan penduduk Sungai Limau.

"Saya sepatutnya ke Vietnam tetapi isteri saya sakit.

"Jadi, saya ada satu hari lapang untuk buat apa-apa saya mahu dan saya datang ke sini," katanya.





 PS 6:30pm - Saya tambah satu lagi gambar pemandangan sawah untuk dikongsikan yang baru saja saya rakamkan  - Tangkap Syahdu beb ...


Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2013 at 6:18 PM

Gambar last tu mmg terbaik... Bravo Din.

....................
Reply To This Comment ...................
November 3, 2013 at 6:22 PM

@AnonymousEksklusif tuh ! Tu yang letak watermark :)

Kebetulan saya sorang di bahagian pintu sebelah situ, dan saya panggil Tun untuk diambil gambar. Tun pula respond dengan sporting sekali.

....................
Reply To This Comment ...................
November 3, 2013 at 6:28 PM

caye le din... tanda BN menang sok... he..he..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2013 at 6:38 PM

Insyaallah kalau din dtg kedah insyaalah blh menang cewah

....................
Reply To This Comment ...................
November 3, 2013 at 6:49 PM

@AnonymousSaya low profile jer kat negeri orang.

Hmmm ... kat kampung sendiri pun low profile ! :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2013 at 8:04 PM

Din, sampai lani aku tak tau hang ni sapa? ahli muzik? Lawyer?....

....................
Reply To This Comment ...................
November 3, 2013 at 9:17 PM

@AnonymousSiapa saya tak penting, apa yang saya tulis itu yang saya mahu diperhatikan :)

....................
Reply To This Comment ...................
November 3, 2013 at 10:09 PM

Din, aku terkilan sikit dgn TPM kite nii...Selagi ada bulan dan bintang !!!

Mak oooi aiiii.... kok di kata UMNO wujud untuk Melayu, mendokong perjuangan Melayu, bangga jugak ! Apa .... kerana progresif, terkesima liberalisasi, Dongzhong dan agihan tidak adil untuk Sekolah Kebangsaan dan vernakular ( kira lah peruntukan dengan jumlah sekolah dan pengumuman PM Najib, MASIH TIDAK SEDAR dengan patukan dan BISA ULAR ? Kenapa cari lagi lubang yang sama ???

Tidak apa jika mereka gelar aparteid, nazi, rasis atau apa sahaja gelaran jelek. Tun M tetap hebat bila dapat gelaran ' Maha Firaun ' atau apa sahaja dalam bentuk 'pembunuhan karakter ' sehingga sekarang... hidup nya tetap sihat.

Jadi di mana silap nya TPM ? Tidak pasal-pasal beliau berhutang dengan orang-orang Melayu......

....................
Reply To This Comment ...................
November 3, 2013 at 10:58 PM

Nampak gaya Abg.DinTurtle minat photography. Saya pun minat juga, dulu, tapi beralih kepada digital, sya dah mula kurang active pasai suasana pekerjaan dah berubah.
Bila selesai PRk Sg.Limau saya, hubungi Abg.Din.

Yang paling saya kagum Tun Dr.M, beliau sangat bijak dalam serba-serbi, banyak pengetahuan, pandai bercakap, berpandangan jauh dan amat vocal terhadap Barat.

Sebaik saja menjadi PM, beliau telah mengarahkan TLDM menempatkan Paskal di terumbu Layang-Layang. Jika tidak kerana Tun, hari ini kita mungkin tiada asas kukuh untuk menuntut sebahagian Kepulauan Spratly.

Baru 2 bulan jadi PM, beliau telah merencanakan 'Dawn Raid', pada 7 Sept.1981, yang menyebabkan Guthrie dimiliki rakyat Malaysia.

Satu lagi dasar Tun yang saya amat bangga ialah "Pandang ke Timur". malangnya, Najib sudah pandang ke Barat, terutama Amerika, sekarng ni. Pasal tu beliau agak terlewat menyuarakan bantahan terhadap 'curi dengar' CIA terhadap Negara. Itu pun DS Anifah Aman yang bersuara. Kalau Tun, sudah tentu tanpa berlengah, beliau sendiri yang balun.

Semoga BN menang PRK Sg.Limau.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2013 at 11:36 AM

Gambar tm bestnya. Saya dpt bersalaman dgn suami isteri tahun 80han d subang jaya.
He still look ceria semoga Allah pjgkan umor untok kerja2 amal murah rezeki (mahmudah) dunia akhirat jauhi dari d zalimi d khianati org sekeliling yg pandai berpura2. Untok dtk mukhriz juga. Perjuangan blm habis dan tidak habis untok agama bangsa dan negara.
In sya Allah Bn mmg d sg limau. Semoga tulus dlm perjuangan hidup. Uhuk...

Post a Comment