........... Tak Bayar Cukai Dianggap Pengkhianat, Pemimpin Yang Boros Pula ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tak Bayar Cukai Dianggap Pengkhianat, Pemimpin Yang Boros Pula ?

Monday, November 25, 201322comments

Siapakah dia yang boleh dianggap sebagai PENGKHIANAT NEGARA ? 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mereka yang mengelak daripada membayar cukai boleh dianggap melakukan pengkhianatan kepada negara.

"Definisi patriotisme dalam negara kita ialah apabila kita melunaskan tanggungjawab kepada negara untuk kebaikan negara dan rakyat.

"Bila bayar cukai kita tolong rakyat, kita tanamkan semangat ini,  dengan ini negara kita akan lebih berjaya,"- Bernama.

Betul tu, saya setuju. Mereka yang mampu dan berpendapatan yang layak untuk dikenakan cukai seharusnya bertanggungjawab dan bayar cukai. Jangan lari !

Itu bab kerajaan nak kumpul duit. Bila duit dah banyak dikumpul ...... hmmmm ....

Bagaimana dengan PEMIMPIN yang tidak menjaga amanah rakyat dan BOROS membelanjakan wang yang dikutip dari rakyat itu ..... adakah mereka juga boleh dianggap sebagai PENGKHIANAT juga ?

Bagaimana jika rakyat melantik seorang pemimpin kerana percaya dia mampu jadi pemimpin yang baik tapi sebaliknya dia ternyata telah menipu rakyat kerana sebenarnya dia BLUR dan hanya tahu bercakap saja sedangkan segala dasar dan idea dibekalkan oleh para konsultan luar yang dibayar menggunakan duit rakyat tadi dengan kos yang GILA BABI TINGGI melebihi RM7 Billion dalam masa 5 tahun ..... itupun segala idea dan buah fikiran para konsultan mahal semuanya tak boleh pakai.... tidakkah itu MEMBAZIR namanya ?

Pemimpin sebegitu nak panggil apa ? Kalau sendiri tak boleh nak bagi idea, baik berhenti jer bagi kat orang lain yang lebih layak !

Bagaimana pula pemimpin yang bila diberi amanah oleh rakyat, mereka berlagak macam segala wang rakyat itu mak bapak mereka yang punya untuk dibelanjakan ikut sukahati mereka tanpa boleh sesiapapun tegur ....hanya mereka yang betul walaupun rakyat lihat sebagai pembaziran ...... pemimpin sebegitu nak panggil apa ?

Itu belum campur bab BINI-BINI pemimpin yang ikut sama perasan mereka juga punya hak yang sama seperti suami2 mereka untuk dilayan sebagai pemimpin negara !

Semua itu melibatkan KOS yang tinggi .... dari mana datangnya duit nak cover kos2 itu ? 

Jadi tolonglah bekerjasama dengan rakyat dalam hal ini.... dengar sikit pandangan rakyat. Jangan perasan anda ( pemimpin ) betul semuanya.... ANDA PUN BUKAN MAKSUM !

Tapi berlagak macam tak pernah buat salah ... semuanya betul belaka ...

PS - Oya, artikel ini adalah secara umum untuk semua pemimpin baik BN maupun PR. Kalau ada yang terasa tu, kira alhamdulillah la..

Share this article :

+ comments + 22 comments

....................
Reply To This Comment ...................
November 25, 2013 at 1:12 AM

Wow..pedas ni bro Din...terasa sampai ke tulang hitam nih.....hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 5:10 AM

Hapuskan PEMANDU kerana gagal memberikan idea yang bermanfaat untuk rakyat
Pecat serta-merta advisor dan konsultan yang bagi idea untuk menjahanamkan melayu
Mana-mana Perdana Menteri yang menerima idea secara bulat-bulat dari penasihatnya, tanpa menyelidik terlebih dahulu, eloklah meletakkan jawatan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 7:27 AM

pengkhianat paling nyata adalah pemimpin yg tidak amanah. sumber kerajaan digunakan sbg hak peribadi. ketirisan..kebocoran...pembaziran...k-pop an...gangnam style an...pukul gong an...disuruh bersidang tp tak dtg...klu bersidang pulak mcm sarkas..dll..

sdgkan pemimpin dilantik utk menjaga rakyat. skrg pemimpin2 sekalian...cuba buktikan kamu bukan pengkhianat..berani bersumpah dgn nama Allah bahawa kamu sedikit pun mrlakukan khianat? i bet u all tak berani punya...hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 7:39 AM

orang yang bayar PEMANDU dan consultan tu yang MESTI berhenti ,lagak macam pandai , kalau asik tanya consultn , pak cik aku yang noreh getah tu pon bolih jadi PM...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 7:42 AM

Pemimpin yang TAK RETI memimpin sehingga terpaksa melantik CON-SETAN yg dibayar berjuta2 dgn menggunakan wang rakyat adalah PENGKHIANAT..

eh..nak tanya jugak ni..consultan2 tu ada byr tax ke tidak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 7:49 AM

Apa punya posting nih! Pagi2 lagi dah buat BP naik!

Tak payah cakap banyak lah. Dari PM hingga ke cucu-cicit kakitangan kerajaan, semua pandai main silap mata dalam bab2 perabih duit rakyat nih. Tak boleh marah cucu-cicit nih, pasal 'moyang' pun perangai boros gila dlam urus-tadbir sumber2 negara! memang para2 perwakilan UMNO yg bagi malaun nih jadi pemimpin adalah juga malaun2 secara tidak langsung dlm membankrapkan negara!

Kurang2 kalu undi PAS, boleh jugak jadi anjing DAP......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 7:49 AM

sekali sekala makan masak lemak cili padi hidangan DT sedap jugak. kalau semua rasakan sedapnya baik jugak, tapi maklumlah, dah terbiasa dalam jamuan saperti ini, pasti ada suara suara yang komplen.

salah siapa agaknya? salah pemimpin atau salah mereka mereka yang memilih pemimpin? pemimpin yang bodoh atau mereka mereka yang memilih pemimpin itu yang bengap? bagaimana pun, pemimpin yang dipilih itu sepatutnya faham bahawa segala perbuatan didahului dengan niat. bagi mereka diatas pagar tentunya faham bahawa tabii yang dipaparkan oleh pemimpin itu merupakan niat sebenar. mereka saperti ini akan terus menipu rakyat dengan berlagak saperti hamba yang insaf dalam masa sama akan tetap meneruskan kepentingan peribadi mereka: dilaungkan supaya rakyat berubah tetapi mereka sendiri pun kira jari tangan pun tak sampai sepuluh.

masa depan pemimpin ditentukan oleh rakyat dan pemimpinlah yang pula membentuk masa depan rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 9:09 AM

Tengok Berita di Tv#.. Anehnya Orang Ramai Tak Banyak yg Tepok Tangan Bila Najib Ulas perkara Tersebut... Orang Dah Mula Menyampah dan meluat dah.

Kata Dulang Paku Serpih Kata Orang Dia Lebih laa tuuu...

Senang2 pergi tarok Tak Bayar Cukai Pengkhianat.. Kan Boddoh Punya Statement..

Patutnya Yang Lari drp Membayar Cukai atau Menipu Pembayaran Cukai itulah Pengkhianat.. (Patut Bayar Banyak tapi Buat Penipuan)..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 9:12 AM

Jadi Mana-mana Golongan Penerima BR1M juga adalah Pengkhianat kerana mereka Tak Bayar Cukai dan juga termasoklah Golongan Gelandangan..

Walaupon Maksod kenyataan lain, tapi bila dipukul-ratan di samaratakan menjadilah topik itu satu Kemarahan Semua Rakyat,...

SOALNYA KENAPA?........

Gomen dah Tak da Duit Untuk Bayar CONSULTAN ASING Lagi ker? Atau Gomen Tak da Duit Nak Beli Kerosene utk Jet2 Kerajaan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 9:15 AM

Otak Kat Kepala Lutut... Macam Nie punya Statement Boleh Keluar Drp Seorang Perdana Menteri...

Hai Lah Melayu... Hai Lah Malaysia... Apalah Nasib Orang Melayu UMNO...

Sedaplah, bagilah point banyak2 Kat Puak2 Pembangkang dan Pengundi Atas Pagar.. Biar Lagi Ramai yg akan Keluar Berarak Bersih No ke Brapa Ntah..

Memang Patut Rakyat Kelaur Berarak Pon... Salah Siapa?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 9:16 AM

Adooooooooiiii!!! Sakitnya Hati...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 9:24 AM

Aku setuju dgn ko din.. kan bagus kalo ramai2 blogger pro umno tegur najib dan barisan kabinet nye mcm ni... ni semua lesu..

bila perception kate mkn rasuah.. marah pulak.. peminpin perlu ditegur...

ambil nasihat dan pandangan yg betul...

kritikan dan kutukan pon die org xdapat nk beza.. mcm mn nk dgr nasihat...

-kipas-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 10:38 AM

Benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiinya tengok statement bodoh PM Malaysia nie... Dia nie tahu ke makna patriotisme, Pengkhianat negara sebenarnya? Statement beliau ' bila kita bayar cukai ........, 'siapa kita tu? , jangan tahu pandai buat statement secara am aje , buat homework/research sendiri dulu baru cakap .. siapa kita kita yang tak dan tak pernah bayar cukai tu? Terdesak betul PM nak cari duit , sampai kena buat statement-statement bodoh kononnya untuk educate rakyat ... mcm ajar budak kelas tadika pulak... saiko kepala hotak rakyat !!!

Kita -kita disini tiap tiap bulan menolong rakyat. Gaji belum terima , dah kena tolak cukai .

Pi lah check syarikat syarikat luar negara yang beroperasi di malaysia terutama dari negara jiran di selatan tu .... ada di kalangan mereka yang sebenarnya buat profit tapi declared losses- sebab nak lari dari bayar tax kpd kerajaan malaysia.

Entahlah berapa lama lagi nak dengor pasal pemimpin yang ' empty vessel' nie. Next election tak mau undi BN lagi lah, bukan sebab benci BN tapi meluat dan kecewa dgn pemimpin yang kosong. Kena lari jauh jauh... banyak sgt aura negative.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 11:27 AM

"Sukahati mak bapak aku lah nak belanja duit RAKYAT, bukannya itu duit AKU. Atau duit MAK BAPAK aku." Inilah monoloque seorang pemimpin kepada dirinya sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 11:29 AM

yang bprps pula pencinta tanah air ... ha3x ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 12:07 PM

Najib ni memang kaki "rasuah". Semua pemimpin yang ada sekarang di beri jawatan kerana nak "melembut" kan bakal pencabarnya dari memberontak. Dari shaidan kasim "dinasor" hingga lah ke wymurti kepala hindraf..... sampaikan rakyat pun di "sogok" nya dengan brim. Ini lah caranya najib mengekalkan kuasa...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 12:16 PM

hah..tax??

tempoh hari aku ada komen pasal tak puas hati bayar tax mahal2 setiap tahun sampai berpuluh2 K..tapi berlaku ketirisan di sini sana. itu hasi laporan audit. lepas tu didedahkan lagi pasal SEKURANG2NYA 7.2bilion UTK BAYAR CONSULTANS dalam 5 tahun?

tup tup hari ni kalau tak bayar cukai pengkhianat? najib dan kerajaan nak tahu tak? tak bayar cukai ke, lari dari cukai ke, tipu cukai ke sebab apa? sebab pemimpin tak amanah! jika kerajaan amanah, otomatik rakyat akan sokong semua yang dilaksanakan oleh kerajaan. lagipin, pemimpin2 semua tu BENAR-BENAR BAYAR CUKAI KE? CUBALAH SIASAT PEMIMPIN DAHULU SEBELUM TUDING JARI KEPADA RAKYAT!!!

....................
Reply To This Comment ...................
November 25, 2013 at 5:58 PM

Terimakasih atas luahan anda semua. Kita kena bersuara ! Serius ni ... kalau tidak pemimpin kat atas akan buat bodoh jer macam orang tak kisah pun

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 6:42 PM

saya betul betul harap luahan kami didengar.oleh pemimpin pemimpin yang benar benar ikhlas berkhidmat untuk rakyat. Tapi rasa nya mereka nie sama aje tak .... tak buat apa -apa tapi buat bodoh aje lah demi menyelamatkan kedudukan masing masing. jadi pak turut /mr,yes aje ... they've got no balls !!!!!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 11:30 PM

ah jib ni bukan buat kerja pun.kerja dia dgn bini tembun dia melancong je.sebab apa??sebab dia suruh con setan dia buat semua kerja.dah2lah aku benci betul dah ni.buat bp naik saja.betul anon kat atas kata bapa dia penoreh getah pun blh jadi pm kalau lagu tu.choooowwww ah jib goooo

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2013 at 1:41 PM

Bagaimana pulak dgn jabatan2 kerajaan yg pd hujung2 tahun ni berlumba2 menghabiskan "budget" untuk jabatan mereka dgn tidak mencapai maksud yang sebenar?Bukan apa kalau tak digunakan banti jenuh kena jawab/take dpt budget baru.......ketirisan yg tlh berpuluh2 tahun berlaku.........???????????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2013 at 5:29 PM

Bro din, tiap kali keluar isu kena btg hidung, tak ramai balaci bangun bela boss. Ke nak kena masuk belah sana baru respon baik. Kita nak dengar pujian dan pembelaan. Baru syok berdebat dan membetulkan keadaan. Kalu dok baling isu, yg balaci diam, alih isu. Tak syok rasanya bila tak ada yg sambut. Diam tanda setuju kot.

Post a Comment