........... Rosmah Mansor Hadiri Ceramah Agama Di Seri Perdana | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Rosmah Mansor Hadiri Ceramah Agama Di Seri Perdana

Wednesday, November 27, 201320comments

Rosmah Mansor Hadiri Ceramah Agama Di Seri Perdana

PUTRAJAYA, 26 Nov (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor Selasa menghadiri Ceramah Perdana Maal Hijrah dan Wacana Bakti bertajuk 'Kesesatan dan Fahaman Syiah' di Seri Perdana.

Ceramah anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) itu disampaikan oleh Penolong Pengarah Seksyen Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Aizam Mas'od.

Mohd Aizam dalam ceramahnya selama dua jam itu antara lain menerangkan ciri-ciri amalan penganut fahaman syiah yang jauh menyimpang daripada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beliau menasihatkan hadirin supaya berhati-hati dengan penyebaran ajaran sesat berkenaan yang berselindung melalui agensi pelancongan, buku-buku agama dan risalah serta media sosial.

Katanya, kelompok syiah di seluruh dunia kini berjumlah 200 juta orang yang sebahagian besar berada di Iran, Iraq dan Afghanistan.

Selain menjelaskan salasilah kemunculan ajaran sesat itu, Mohd Aizam berkata di rantau nusantara sahaja, golongan syiah kini berjumlah dua juta orang di Indonesia, Thailand (21,000 orang), Singapura (5,000 orang) dan Malaysia (1,500 orang).

Selain anggota BAKTI, antara yang hadir pada majlis ceramah itu ialah wakil Badan Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia, Persatuan Keluarga Polis, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).

--BERNAMA


PS - Berita ni keluar di TV3 jam 8pm semalam, Bernama pun keluar gak, Mkini pun keluar gak .... jadi saya pun rasa nak keluarkan juga lah. Mesti penting ni....

Share this article :

+ comments + 20 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2013 at 7:16 AM

tak malu ke pegi taman taman syurga jambul tersembul camtu..buat pulak style majlis kat hotel..semoga dpt keberkatan jg la asalkan ikhlas..

kesian kat rakyat marhaen..pegi ceramah agama kena duduk atas lantai...ataupun tanah...dikatakan pl pengkhianat...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2013 at 7:31 AM

mana ada citer Rosmah bro? tajuk Rosmah tapi kandungan bukan Rosmah. takkanlah pulak berita agama pun nak tumpang populalriti Rosmah kot. tulislah sikit Rosmah hadhir walalupun bertudung, jambulnya masih terserlah ker atau Rosmah hadhir dengan pakaian ketat ker. hampa rasanya bro.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2013 at 8:33 AM

Rosmah sepatutnya tak perlu mencanangkan kepada seluruh dunia apa yang dia buat. Segala aktiviti yang beliau sendiri anjurkan tak perlu dihebah-hebahkan. Kalau diikutkan majlis tersebut tiada nilai berita pun, lebih-lebih lagi untuk disiarkan pada waktu perdana. Hanya berita-berita hot, sensasi dan mempunyai kepentingan rakyat sahaja sepatutnya disiarkan pada waktu perdana. Saya merayu kepada Rosmah, tolonglah low profile sepanjang masa. Cukup-cukuplah memberi buah tanggung kepada pembangkang untuk menghentam kerajaan. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali adalah contoh terbaik sebagai seorang wanita yang dihormati kerana suka merendahkan diri meskipun bergelar isteri PM. Beliau juga tidak pernah mengangkat diri sendiri sebagai FLOM.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2013 at 11:21 AM

LOL. Din you ni nakal betoi...Hai...balik-balik cerita pasal pompuan ni. Takde cerite lain ke?

Suzi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2013 at 11:24 AM

salam,
kalu dah masuk dlm berita pukul 8, tambahan pula jadi tajuk utama, memang penting untuk kesejahteraan malaysia. berita apa yg penting yer? isi ceramah atau pendengar ceramah yg jadi berita penting? macam biasa, nanti ada la yg komen. usik lagi kak mah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2013 at 11:45 AM

Tuuu diaa...rosmah mmg da setaraf pak pak menteri naaa..dia pi dgq ceramah agama pn dpt liputan meluas media.. Tp awat nya tajuk berita bernama lain macam jer.. Rsnyer kalo bernama tulis tajuk lain yg lebih menggambarkan ttg syiah lg bagus sbb isinye pasal bahaya syiah. So nmpk sgt berita ni just nk jual nama rosmah jer...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2013 at 1:01 PM

Pandai nya "berlakon" untuk lembu oppss lembut kan hati rakyat....lepas process " mencuci dosa" buat lagi kerja perabih kan duit cukai rakyaat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2013 at 1:08 PM

Baik punyer cover line nak divert isu pembaziran... Tapi itu tudung kak Rose tak cover line betul2 lah!

....................
Reply To This Comment ...................
November 27, 2013 at 1:11 PM

Rosmah Mansor Hadiri Ceramah Agama Di Seri Perdana ... simple dan mudah jer, takperlulah dijadikan isu atau dipolitikkan, ok. Saya sekadar tolong hebahkan saja ....

....................
Reply To This Comment ...................
November 27, 2013 at 1:22 PM

Adeh...Buat majlis yang mewah lagi.
Siap ada bunga atas meja dan hidangan makanan macam kat hotel 'lima bintang'.
Buat ceramah bersila atau duduk atas kerusi plastic dan beri air mineral botol kecil sudah la. Makan siap-siap kat rumah sebelum pergi. Jimat sikit WANG Rakyat.
Barulah ngam macam rakyat marheam.
Tak serik-serik lagi ke, kena balun dengan rakyat kerana belanja mewah?
Takkan benda macam ni pun nak kena ajar?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2013 at 3:10 PM

@Anonymous

bukan apa, Din hanya senyum dalam tangisan. ini yang dikatakan benci tapi rindu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2013 at 3:12 PM

@Anonymous
tu sumer tak penting. yang paling penting ialah Kak Mah. Din usek mengusek bawa bahgia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2013 at 3:14 PM

@Anonymous

sekali sekala kenalah pulak layan hati dan perasaan penulis bro. asyik asyik penulis nak layankan hati pembaca jer mana boleh tahan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2013 at 3:16 PM

@Anonymous
luncai terjun dengan labu labunya. biarkan, biarkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2013 at 3:17 PM

@Anonymous
bab itu tak boleh cover bro sebab kalau itu pun cover dah kira off-side pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2013 at 3:19 PM

@dinturtle
betullah tuh bro. yang orang lain nak sebok sebok kenapa pulak eh? sebarkan berita yang baik kan ker kerja baik. tiap kebaikan, pahala ganjaranya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2013 at 3:22 PM

@RD.
kalau tak buat macam nih orang nanti tak bercerita. bila dah buat dan orang dah mula bercerita, maka banyaklah nanti pahala yang diperolehinya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 28, 2013 at 1:03 AM

mana boleh semah nak duduk atas lantai sakit lutut.ingat semah muda lagi ke???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 28, 2013 at 9:11 AM

habis??? pakcik makcik nenek atok kat kampung dan bandar tu muda lagi ke? antara dua darjat...

....................
Reply To This Comment ...................
November 28, 2013 at 10:37 AM

@AnonymousKalau dak sakit lutut bagi kerusi-malas boleh lipat. Tak pun bagi bantal. Boleh meniarap, lapit siku atu baring terus sambil dengar ceramah.

Post a Comment