........... Prk Sg Limau - Meneruskan Legasi Musuh Politik ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Prk Sg Limau - Meneruskan Legasi Musuh Politik ?

Sunday, November 3, 20132comments

Ramai yang dah baca penulisan dari blog sanusisetpol, milik Ketua Penerangan PAS Kedah yang juga merupakan Setiausaha Politik arwah Ustaz Azizan yang pernah disiarkan pertengahan bulan Mei lalu.

Sejak kempen Prk Sg Limau bermula, lepas sorang2 pemimpin2 Pas termasuk calonnya tampil dengan dakwaan betapa akrab dan mesranya mereka dengan arwah dulu. Begitu galak mereka menjual nama arwah Azizan dalam kempen kali ini sehingga antara ayat favoret Pas adalah untuk meneruskan legasi arwah dan mahu kekalkan cara arwah mentadbir kawasan Dun nya dahulu.


Sekadar flashback .....



- "Depa tak mau dengar cakap kita dah. Susunan dan cadangan kita diredah tanpa merujuk kepada kita lagi. Semua orang boleh membuat keputusan untuk PAS Kedah. Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa- apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah ni"

- " Hampa kata hampa, yang aku cadang pun depa buang, depa langgaq ikut suka depa, nak suruh aku pertahan hak hampa cadang lagu mana. Hampa pi lah ke pejabat agong, aku sudah tak buleh buat apa-apa."

- MB Kedah yang baru, Dato' Mukhriz sampai jam 3.00 petang. Saya melihat dan mendengar perbualan mereka, seperti seorang bapa bercakap dengan anaknya, tapi penuh hormat dan sopan. Ustaz Azizan  meminta dua perkara untuk diberi perhatian atas kerja kerasnya selama 5 tahun, diteruskan. " Saya nak minta tolong pada Dato' dua perkara, pertama tentang KUIN dan kedua tolong teruskan pembinaan  Ma'ahad Tahfiz Sains Pulau Tuba. Semua bajet untuk itu sudah diluluskan".  Dia masih sempat bergurau tentang beberapa perkara. Sewaktu melangkah keluar dari bilik, MB Kedah itu bersalam dengan aku dan berpesan. "Jaga Ustaz elok-elok" -  KLiK.

Anda nilaikan sendiri tahap keakraban dan hormat yang wujud dalam diri pemimpin2 Pas Kedah terhadap arwah Azizan melalui coretan Setpol arwah diatas.

Antara yang paling menjadi perhatian akan tahap keakrabannya dengan arwah adalah Adun Pengkalan Kundur, Datok Pahrolrazi yang mana calon Pas bagi Sg Limau, Azam Samat dikaitkan sebagai proksi beliau.

Perhatikan video pendedahan dibawah -




KLiK untuk ke Youtube.

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2013 at 2:53 PM

Pelik bila kita tengok perangai orang melayu/islam masa semasa PRU atau PRK,macam macam di janjikan atau di minta minta. Tapi yang peliknya bangsa cina diberi macam macam oleh kerajaan Ah Jib Gor sebelum mereka minta pun dan lebih pulak daripada apa yang di beri kepada melayu,contoh macam budget untuk sekolah.

Jadi nasihat saya kepada orang2 melayu jangan lah beri undi kepada kerajaan Ah Jib Gor dan dengan berbuat begini kita akan di sogok macam macam untuk mengambil hati kita seperti macam orang cina duk dapat. Dan ingat kalau mereka kalah pun mereka akan TETAP tunai janji dan memberi kepada semua orang termasuk juga kepada yang TAK SOKONG and ANTI mereka..Lebih menguntung bagi kita bila kita membuat kerajaan Ah Jib Gor LEMAH macam macam boleh dapat.

Alfie

....................
Reply To This Comment ...................
November 3, 2013 at 9:56 PM

En Din,

Saya ada satu kemusykilan lah, arising drp komen Alfie kat atas nuuu dan juga komen org2 lain yg saya dah skodeng drpd blog2 lain

Mengikut komennya, "jangan lah beri undi kepada kerajaan Ah Jib Gor dan dengan berbuat begini kita akan di sogok macam macam untuk mengambil hati kita sperti macam orang cina duk dapat... and so on" So, kalu kita tak undi, sapa plak yg nak undi depa and sapa yg menang undi nanti? So, klu kita x undi, BN/umno jadi lemah, sapa jadi kuat? So, jawapannyer, si chauvinist DAP/PR la weiii. Do we all want to take the risk (by not voting BN/umno) that the PR will naik memerintah? If UMNO/BN bukan jadi pemerintah nnti, dia bole nak manjakan Melayu yg tak undi dia ker? Bila PR yg jadi pemerintah, so ada nak ke DAP yg menungggang PAS/PKR tolong Melayu?....

And jawapannya, sebab tamak Melayu yg kononnya tak nak beri undi sbb nak di manja2 kan mcm org China, inilah jadinya...porak porandalah Melayu/Malaysia oooiiii. Cakap mmg senag, maka Melayu2 semua jadilah 'yang dikejar tak dpat, yg di kendong berciciran". Its not the risk that I want to take.

So my humble oinion, eloklah bagi pressure from within, supoort blogger2 yg mcm Din Turtle ni, support but critisize...kritik utk membina.

Post a Comment