........... Prk Sg Limau - Ini Yang Pas Mahu Kekalkan ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Prk Sg Limau - Ini Yang Pas Mahu Kekalkan ? ?

Saturday, November 2, 201310comments


Presiden Pas Haji Hadi berpesan kepada pengundi Sg Limau - Jadilah ikan yang cerdik yang hanya makan umpan dan bukan memakan jorannya sekali.

Jadilah ikan yang cerdik ?

Terbaru Mahfuz yang menyindir MB Kedah Datuk Mukhriz yang telah menjanjikan pembangunan kepada rakyat Sg Limau jika BN menang -

“Saya ingat dia masih mimpi di siang hari, bukan nak tunggu BN menang baru nak buat pembangunan, sebelum ini pun boleh. Dah perintah lebih lima bulan,macam-macam boleh buat, apa rasionalnya tunggu lepas PRK ini?,” - KLiK.

Cuba fikirkan sejenak ..... pernah tak Pas memberi sebarang komitmen secara spesifik yakni bukan secara umum, akan membawa pembangunan kepada kawasan Sg Limau atau mana2 kawasan yang mereka tandingi ?

TIDAK ADA ! ? ?

Seperti yang pernah kita dengar Nik Aziz yang sering berpesan ....Beri duit, ambil .... beri kain, pakai...tapi undi beri Pas.

Yang sebenarnya Pas masuk bertanding dalam Pilihanraya, nakkan kerusi wakil rakyat itu UNTUK APA ?

Mahfuz juga menyelar BN yang dikatakan sebagai 'ketagih' umum projek setiap kali PRK -

"Ibarat kalau tak buat pengumuman janji manis itu seperti tak kena air ketum," KLiK


Satu soalan jer wajar kita tanya Mahfuz balik - Pas janji apa ? 

Ya, saya sendiri akui yang memang nampak sangat BN ini terlalu bermurah hati daripada biasa setiap kali ada Pilihanraya ... TAPI bukankah itu bagus buat rakyat ?

Banyak juga projek yang dilancarkan bukan setakat umum saja atau setakat janji akan buat jika menang. Soal janji itu ditepati atau tidak, sekurang2nya ADA janji yang kita boleh tuntut daripada tidak ada langsung !

Petang tadi saya bersiar2 disekitar kawasan Sg Limau dan apa yang saya nampak kawasan ini dan rakyatnya masih perlukan banyak perhatian dan bantuan.

Dan pilihan ditangan pengundi kawasan ini - Mahu Pas yang menjanjikan keadaan KEKAL seperti sedia ada ( tetapi mengharapkan kerajaan BN yang akan bantu ) ATAU pilih BN yang menjanjikan PERUBAHAN dalam bentuk pembangunan?

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2013 at 7:19 AM

Din, dah terlanjur ronda2 kat Sg Limau, hang cuba pekena ABC salji sebelah balai polis simpang empat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2013 at 8:51 AM

Pas juga berjanji, tetapi tak semestinya ditunaikan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2013 at 10:23 AM

Mlm tadi saya tgk "landskap" d tv 101 mereka temuramah dtk mm mereka berjanji mungkin lambat tapi mereka in sya Allah akan lakukan. Lebih baik tidak buat langsong. His speech his body language mmg saya berkenan drpd si sly eyes kj. Dtk mm mmg ketara matang dan saya yakin niat ikhlas beliau ingin membantu org melayu islam. Harapkan beliau tabah untok menghadapi dugaan sebagai mb. Semoga d beri perlindongan dariNya. AMIIN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2013 at 10:25 AM

Syukur tuan din sampai sg limau dgn selamatnya. Terbang ke?

....................
Reply To This Comment ...................
November 2, 2013 at 10:36 AM

@Anonymoushang pernah tengok penyu teghebang ka ? :))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2013 at 11:44 AM

Pas janji syurga.. Haha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2013 at 11:50 AM

kalau ikan cerdik umpan pun dia takkan makan. orang yang cakap pun tak cerdik

....................
Reply To This Comment ...................
November 2, 2013 at 12:13 PM

Kepada saudara RD, soalan saudara terlalu peribadi untuk disiarkan disini. Tapi saya tidak punya masalah untuk jawap melalui emel - dinturtle@hotmail.com

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2013 at 12:57 PM

@AnonymousBihun sup dekat sebelah tu pun sedap. Eerrrr mcmna saya nak kenal DT? Boleh bagitau kat mana DT nak buat liputan esok (ahad)?..

....................
Reply To This Comment ...................
November 2, 2013 at 2:55 PM

@Anonymoushang pi tanya bloggers Umno kot2 ada yang kenai saya, no... nanti depa boleh habaq saya ada mana :)

Post a Comment