........... Perkauman - Tun Mahathir Pernah Berkata ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Perkauman - Tun Mahathir Pernah Berkata ...

Wednesday, November 6, 20132comments

Dibawah saya copy semula petikan dari artikel lama yang saya copy dari tulisan Tun Mahathir mengenai isu perkauman. Ini cuma sebahagian kecil jer cuma terasa nak siar semula ....



Dari SINI -

1  - Ramai yang bertanya kenapa kita tidak boleh hapuskan politik yang berasaskan perkauman ?

2  - Jawapan yang mudah adalah kerana kita sendiri yang mahu memperingati diri dan diiktiraf mengikut asal usul kaum, negara asal tuk nenek, bahasa dan budaya ibunda.

3  - Kita tidak cukup setakat menyatakan bahawa kita ini adalah rakyat Malaysia. ( maknanya kita masih mahu merujuk kepada kaum kita samada Melayu, Cina , India dll )

4  - Jika diberikan contoh negara lain dimana rakyat pelbagai kaum mereka mampu hidup tanpa adanya politik perkauman, atau perlu dibezakan mengikut negara asal mereka ( contohnya China, India dll ) , kita akan jawab yang kita ini berbeza. Keadaan kita unik, tidak boleh dibandingkan dengan negara lain. TAPI waktu sama dalam banyak perkara lain, kita mahu pula bandingkan dengan mereka.

11 - Faktor perkauman menjadi isu besar lagi. Suatu ketika dulu terdapat parti2 politik yang berasaskan ideologi bertanding dalam Pilihanraya tapi mereka semua ditolak oleh pengundi dan rakyat memilih parti2 yang berasaskan kaum.

 12 - Jika kita tidak mahu melihat politik yang berasaskan kaum, maka kita harus bersedia untuk melupakan asal usul kita, bertutur dan menerima Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ibunda dan melafazkan ikrar taat setia kepada negara ini saja. Kita masih boleh kekalkan ugama masing2.
 
13 - Mungkin satu hari nanti ia akan berlaku. Tapi untuk ketika ini, politik kita akan tetap berasaskan kaum walaupun kita tidak mahu mengakuinya. Kita juga tidak harus sebut 'pelbagai kaum' kerana dengan itu secara tidak sedar kita mengakui wujudnya perbezaan kaum.


Dari SINI -


- Apakah kerana soal perpecahan Melayu menjadikan UMNO semakin sukar menjawap ?

DR. MAHATHIR : Saya kata ada 10 tahun lagi kita akan hilang kuasa tetapi kita sudah hilang kuasa sekarang ni pun. Ini kerana masing-masing berpandangan kena minta orang cina sokong kalau tidak kita habis. Maka sekarang ini kita sudah jadi puak minoritilah.

Sekarang ni apa yang kita nak buat pun kena tanya, apa orang cina dapat. Kalau kita nak tolong orang sikit pun orang cina pun kena dapat juga. Kalau macam ni susahlah.

 - Kalau betul BN gagal urus negara, ingat kita boleh hidup seperti sekarang ? Apakah kita tidak tolong orang cina ? Kalau kita lihat, harta mereka berlipat kali ganda daripada orang Melayu. Tapi mereka masih tidak puas hati juga dan kita kena perjelaskan kepada mereka.

Masalahnya apabila mereka kata tidak puas hati, kita bagi dan kemudian kita bagi lagi.


Dari SINI -

- Kalau ikut pemerhatian Tun tentang kedudukan orang Melayu, di mana kedudukan kita sama ada cemas, bimbang, risau atau bagaimana ?

DR. MAHATHIR : Bagi generasi tua yang melalui kepayahan dahulu atau mereka yang sedar tentang kepayahan Melayu dahulu, mereka faham keadaan dimana kemajuan ini diperoleh secara perlahan-lahan. Jadi mereka faham dengan keadaan sebenar dan mereka berasa cemas. tetapi generasi yang dilahirkan pada zaman kita mewah dimana orang Melayu dapat peluang perniagaan, belajar di universiti dan sebagainya, mereka ini mempunyai pandangan yang berbeza. Mereka beranggapan kemajuan yang diperolehi ini adalah sesuatu yang biasa dan semulajadi.

- Apakah kita mampu bersaing dengan kaum lain sekarang. Jika belum berapa lama lagi ?

DR. MAHATHIR : Saya rasa kita masih belum mampu. Kalau betul-betul berdasarkan merit, kita tidak mampu lagi. Kebanyakan penuntut yang masuk universiti sekarang belum mampu. Itu pandangan saya. Bagi saya, kita kena usaha supaya mereka betul-betul menggunakan segala peluang yang diberikan kepada mereka. Kita tidak boleh melihat ia sebagai sesuatu yang datang bergolek kepada mereka. Mereka perlu berusaha sehingga mereka menjadi kuat dan kemudian boleh membuang tongkat, buat apa pakai tongkat lagi.


Dari SINI -

Kalau kita buat perbandingan dengan nasib orang Melayu di Singapura misalnya ramai yang sudah tidak boleh cakap Melayu. Begitu juga orang cina disana yang mana sekolah-sekolah cina dihapuskan tetapi tidak mendapat bantahan kaum mereka sendiri yang menjadi majoriti. Kenapa disini yang jumlah orang cina kecil tetapi mereka tetap mahukan sekolah cina ?

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
November 6, 2013 at 9:21 AM

Bagus Din. Ini lah istilah kita - Dilema Melayu seperti peringatan Tun M yang tidak jemu membina negara kita.

Kebanyakkan pewaris pemimpin kita sangat 'arrogant'. Tidak mahu atau jatuh maruah konon nya melakukan dasar kesinambungan.

Apa salah nya meneruskan dasar-dasar asas dan perkuatkan ? Jika PM Najib ada 'political stance ' dalam soal perkauman ini, semua nya pasti selesai.

Kenapa wujud tangan-tangan ghaib ? Melayu yang MESTI mencorak negara ini mengikut ajaran Islam, budaya dan tradisi yang telah di terap sekian lama.

Jika di suburkan perkauman dengan melayan bangsa minoriti yang mendapat sokongan harakiri melayu secara melampau, kita sebagai majoriti Melayu akan menerima padah nya, di pecah belahkan.

They just dont care !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2013 at 4:26 PM

Melayu mudah lupa..melayu mudah lupa...melayu mudah lupa. Ingatlah..hanya mereka yg cekal dan tabah, dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya..

Post a Comment