........... PENTING Najib Wajib Perjelaskan Pembayaran RM7.2 Billion Kepada Konsultan Luar ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PENTING Najib Wajib Perjelaskan Pembayaran RM7.2 Billion Kepada Konsultan Luar !

Monday, November 25, 201327comments

Bayangkan senario yang sedang berlangsung sekarang ini -

PM tegur rakyat yang lari dari bayar cukai  dengan keras - Jangan jadi pengkhianat !

BIASANYALAH. semua orang akan setuju, para pengamal media akan ikut menggemakan amaran yang sama, ramai yang akan mengutuk sipengkhianat2 baru jelma itu .... tapi apa yang sebenarnya berlaku sebagai respon kepada kenyataan Najib semalam ?

Rakyat BALAS BALIK - Pemimpin yang boros pun sama Pengkhianat !

Adeeeeeh ....  Mesej yang amat jelas dari rakyat - Najib,  jangan jadi ketam ! 


Ada yang amat tidak kena dengan kerajaan Najib jika peringatan yang biasanya bersifat standard / normal kepada rakyat boleh ditempelak balik oleh rakyat kepada Najib. Contohnya NGO Isma ( KLiK )..... dan satu lagi respon menarik adalah dari wartawan veteran A Kadir Jasin yang mempersoalkan - Kenapa Najib TERDESAK sangat nak cari duit ? Cara kerajaan belanja macam banyak duit....

Apapun, He is the PM and the Finance Minister, and he has at his disposal those billion ringgit-consultants and a spouse that goes around the world promoting investment!

Timing nya - adakah satu kebetulan atau disengajakan ? Baru je Shahidan sebut tujuan Rosmah ke Qatar adalah untuk mencari pelaburan dan kita harus berbangga dengan usaha beliau. Ramai juga para bloggers pro Umno menyokong dengan sepenuh kenyakinan yang tidak berbelah bahagi akan kemampuan Rosmah mencari pelaburan luar ..... jadi kenapa Najib macam terdesak jer ?

                                           ********************************

Yang kat atas tu gossip, yang ini point artikel.

Ramai yang masih terkesima dan kelu lidah tak terjawab bila ditanya bab Konsultan Dibayar RM7.2 Billion. Tidak ada satu blogger pun yang tampil mempertahankan tindakan Najib itu.

Nak pertahankan macamana, masing2 pun macam tak percaya jer Najib boleh bayar sebegitu tinggi harga selama hampir 5 tahun kepada para konsultan luar yang mana hasilnya .... hampeh !

Imbasan kembali, sumber berita RM7.2 billion itu adalah dalam bentuk jawapan bertulis dari Kementerian Kewangan ( yang mana Najib juga adalah Menterinya kerana tidak ada orang lain yang lebih layak untuk memegang kunci bilik harta negara gamaknya ) mengikut artikel Mkini bertarikh 13 November lalu. ( KLiK )

Ni alang2 Najib dah balik negeri dan petah bercakap di media, saya yakin ramai yang mahu Najib menjawab sendiri secara lisan berkaitan RM7.2 Billion itu. Kita mahu dengar dari mulut Najib sendiri penjelasan dari beliau !

Ramai yang menaruh harapan kenyataan RM7.2 Billion itu telah di SPIN oleh pembangkang. Selagi ia tidak diperjelaskan, selagi itu nama dan kredibiliti kerajaan Najib telah tercemar dek tindakan 2B itu ( BENGONG dan BOROS ) !

Kalaupun ia benar, mohon Najib arahkanlah para konsultan berkos tinggi tahap giler babi itu supaya dapat SPIN alasan2 yang lebih munasabah supaya dapat diberikan penjelasan kepada rakyat waima dengan muka sardin.


Najib kena berani bertanggungjawab memberikan penjelasan.

PS - Kes RM7.2 Billion ini merupakan antara alasan utama kenapa rakyat boleh bangkit menempelak Najib kembali sepertimana gossip di atas.

Share this article :

+ comments + 27 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 2:38 PM

aku hanya ingin tanya ah jib gong ... kemanakah flom mahu pergi dgn jet peribadi dgn peruntukn setengah juta lagi sehingga begitu terdesak meminta rakyat membayar cukai. atau adakah kerajaan kekeringn wang untuk membayar konsetan sehingga ah jib gong sendiri mengemis cukai dari rakyat ... atau adakah ianya kedua2nya sekali ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 2:52 PM

Najib is the worst PM ever.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 2:52 PM

We rakyat should saman Najib in curt for pembaziran!. Tak de srang UMNO pun termasuk pemuda/pemudi UMNO yang ada teloq nak buat laporan Polis atas salah guna kuasa sebab mereka un sama salah guna kuasa. Walluhualam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 3:05 PM

Bagi kami ahli Umno..itu semua tak penting bro DT..bagi kami penyokong Umno kes liwat Anwar haruslah disensasikan semaksima mungkin.mari kita sebarkan kronologi kes liwat ini dalam semua media arus perdana dan blog2 Umno..bagi kami ahli Umno, dpt BRIM n baju t pun dh besar rahmat...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 3:43 PM

apa citer tabung haji nak beli bangunan lebih dr 500 juta di australia?
sama gak dgn felda nak beli hotel dilondon harga sekita 1/2 billion?

mcm sama jer, mcm sama jer pemikiran dlm segi pelaburan dgn NFC sykt lembu laki kak ijat. Org, kepala otak sama jer,

kesian mak ayah pakcik makcik kat kg bersusah payah deme menabung dlm tabung haji dan felda, untung org tengah juga di utamakan.

kesian org melayu, kesian org islam
setiap masa kena tipu, setiap masa di hina, dipandang anjing kurap oleh pemimpin, dipanggil anjing kurap oleh pemimpin.
pemimpin mana?? sama jer tak kira pemimpim mana2

....................
Reply To This Comment ...................
November 25, 2013 at 4:43 PM

Salam bang dinturtle,sihat hendaknya sbb skrg byk artikel yg mrh2.byk minum air suam...haha,bagussss artikel skrg nih.
Pelik,ajaib,dh hampir tahyul.najib yg slamber kering atau rakyat yg sensetip sgt.dia bg warning,(auwww) keras,waktu yg sgt xkena masa.sgt2!!!!!!
Byk isu yg dia kena jwb dl,isu bini boros,bil tahunan jet,bil elektrik dan penyelenggaraan kediaman rasmi,ketirisan pbelanjaan,projek gajah putih semua gagal nk jwb...najib still buat kering,hantar wakil yg jwb.yg semua org lg sakit hati dgn jwpn tuh.
Suruh rakyat bjimat sudah,ingat rakyat nk ada duit lebih,tp lps ni ada pulak gst...mmg,cukai ni tanggungjawab.tp samseng sgt main warning2,pengkhinat nih...mcm,isu pihak kerajaan dia buat bodoh,nk blame rakyat xbyr cukai ke klw negara kurang duit nk byr brim rm1200?
Lps pilihan raya,byk isu timbul,harga minyak naik,gst,harga gula naik,kereta 12thn la.tp najib bg warning ni la yg byk btl org kuat umno sniri yg mnyumpah kat fb. Najib xpandai bcakap,bhujah,memikat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 5:29 PM

Apa pengorbanan rakyat ? Sekarang ni rakyat kena serap macam-macam kos untuk meneruskan hidup. Pada masa yang sama, rakyat juga kena menanggung

1. Kenaikan harga minyak
2. Kenaikan harga gula
3. Kenaikan harga rumah

dan macam-macam kenaikan lagi.

Oleh itu, apalah salah kiranya, pemimpin pun turut sama berkorban demi rakyat dengan mengurangkan perbelanjaan yang tak perlu. Bayar penasihat, bayar konsultan, bayar gaji PEMANDU. Semuanya pakai duit berbilion ringgit. Kenapa Ah Jib Gor tak gunakan saja pakar-pakar tempatan yang lebih berpengalaman dalam memberikan nasihat yang bernas lagi bijak. Idea-idea yang dicadangkan oleh PEMANDU nampak bagus dari segi teorikal tapi hampeh dari segi praktikal.

....................
Reply To This Comment ...................
November 25, 2013 at 6:03 PM

@terjuntirukPRU14 LAMBAT LAGI ! Jadi tak perlu nak cover line. Kalau duk cover jer, naik lemak la diorang !

Saya balun nasihat sebab sayangkan Umno :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 6:19 PM

consultan yg dapat 7.2 billion tu BAYAR CUKAI KE TIDAK? TAK LARI DARI CUKAI KE TIDAK?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 6:50 PM

Umno tak salah. Jangan hukum umno tapi hukum pemimpin umno yang dunggu. Aku ingatkan pak lah pemimpin umno paling lemah...silap. Najib lagi lemah dan dunggu plus takut bini

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 7:09 PM

Brother ... Tentu engkau masih ingat jawapn bini ah jib gong siflom yang dgn sombongnya menyatakn dia gembira menghabiskn 1/2 juta rm kat doha itu hari ... Dan dia tidak peduli dgn persoaln oleh rakyat ... Apakh perlu duit 1/2 juta itu dihabiskn ... Seoalah2 duit itu dia yang punya. Adakah dia perlu 1/2 juta lagi untuk perhabis kat mana2. Mak lakinya dgn lantang meminta wang dari rakyat lagi dan apabila rakyat persoalkn jawapn yang sombong akan dikeluarkn.

Din ... Aku rasa rakyat akan nangis guling2 jika rosmah pergi ke tempat lawatnnya itu hari dgn naik kapal laut dan bawa 10 ekor lembu sharizat sebagai bekaln lauk sepanjang perjalann.

Dan rakyat akan terhariu apabila tahu kerajaan telalh membelanjakn 7.2 bilion untuk kesejahteraan rakyat. Dan jambatan bengkok antara johor dan singapura dibangunkn demi memperkasa ekonomi negara tercinta ini ... Ini tidak wang sebanyak itu dibayar kepada punahsihat. Dah la tu pakar kaunserling dilantik sebagai pemikir urusan ekonomi negara ... Adakah paklar itu tahu teori ekonomi mikro dan makro ... Dan strategi pelabur untuk menguasai ekpnomi sesebuah negara ... Ayoo yoop ah jib gong ... Apa lagi kau mahu ...

....................
Reply To This Comment ...................
November 25, 2013 at 7:18 PM

@AnonymousPerlu dijelaskan disini angka RMsetengah juta itu cuma anggaran berdasarkan pengiraan secara purata.

Hmmm ... tapi tidak pula kerajaan berikan angka sebenar , ek ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 8:18 PM

Makin pelik dengan DSN. Belum reda dengan isu bini dia terbang guna jet kerajaan, kos RM7.2 bilion bayar perunding, keluar pulak kenyataan "sape tak bayar cukai, die pengkhianat".

Saya fikir DSN bagi kenyataan tu dalam kapasitinya sebagai Menteri Kewangan yang tahu serba serbi keadaan kewangan dan Perbendaharaan negara sekarang. Saban tahun LHDN mengumumkan peningkatan dalam kutipan cukai negara. Tak pernah dengar kutipan cukai menurun. Kastam pun sama jugak.

Kalau diingat masa DSN mula pegang kuasa, hampir tiap-tiap hari benda ni kita baca atau dengar. ETP, GTP, NKRA, EPP dan macam macam P lagi la. Sampai otak naik tepu dengan istilah ni. Masa tu kita memang rasa everything going smoothly under Najib leadership. This nation is on the right course, runs by the right man.

Kita dihidangkan dengan banyak highly ambitious projects masa tu. Angka-angka berbilion ringgit dijanjikan. Tapi tak sampai lima tahun DSN sebut negara akan bankrap kalau GST tak dilaksanakan! Apa dah jadi? Where the hell billions of ringgit as he promised?

Parlimen perlu minta DSN hadir ke Dewan Rakyat untuk beri penjelasan mana die belanjakan RM7.2 bilion. Apa hasilnya untuk negara? Kenapa bini die boleh guna jet kerajaan? Last sekali apa keadaan sebenar kewangan negara. Jangan tau hantar wakil je. Jadi PM tapi takde telur nak defend polisi yang die buat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 8:22 PM

jangan harap lah najib beri penjelasan , sebab dia PERDANA MENTERI MALAYSIA. siapa kita kata dia wajib beri penjelasan, Kita tunggu dan lihat samada ada PM kita benar benar seorang PM yang jujur. Selagi dia tak buat penjelasan , makna nya dia penakut dan jenis orang yang lari dari pemasalahan. Kita tunggu dan lihat ... sepandai pandai tupai melompat , akhirnya jatuh ke tanah juga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 8:50 PM

Din, ko punya posting nih mcm ada timing jak..... Dah dekat abis tahun 2013 nih. Kejap lagi nak buat taksiran cukai....

Aku rasa mcm malas nak bayar cukai jer. Bukan pasal aper, malas nak sponsor pemimpin2 berotak udang, konsetan2 ahjibeng dan kak rose punyer shopping tuh...

Heh... boleh sakit jiwa!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 9:30 PM

Apakah najib diperangkap sehingga dalam keterpaksaan untuk membayar duit tuh..??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 10:55 PM

Nasihat aku kepada semua pengomen. Tolong bayar cukai. Aku tidak mahu ada yang jual rahsia negara kalau dah tak ada duit nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 11:30 PM

Kabinet tak ada telur akan terus senyap sunyi pasal pemborosan PM dan yang mengaku FLOM tak sedar diri.

Cuma ada yang akan bersuara lantang bila yang mengaku FLOM di kritik kerana boros.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2013 at 11:40 PM

Kalau Najib Tak Jelaskan Di Parlimen atau Mana2 Sidang Akhbar... Maka Najib Ah Jib Gor SAH Memang PENGKHIANAT Nombo SATU Negara..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2013 at 4:21 AM

din engkau tak mak kpmen sikap ah jib hpng yang mahu mengenepilan petundangan demi.kelansungan kasih sauangnya kepada bangsa cina spt icapnnua dlm betita mal tadi ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2013 at 8:09 AM

bro din , KJ tengah senyum lebar tu . ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2013 at 9:20 AM

Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian budi Tun Dr. Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak bertemu beliau. Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah yang saya lihat ialah ketika beliau memakai telekung untuk solat. Ketika itu saya pergi menziarahi Tun Mahathir di IJN. Tun Siti sendiri yang menelefon saya menjemput saya ke sana. MasyaAllah, wajah Tun Siti ketika bertelekung saling tak tumpah bagaikan wajah nenek saya yang sudah kembali ke rahmatullah.

 

Berjalan ke berbagai tempat dalam negara ini, bertemu dengan berbagai pihak memberikan kita berbagai maklumat mengenai persepsi masyarakat terhadap berbagai perkara khususnya para pemimpin politik. Cetusan dan ulasan rakyat itulah yang menjadikan saya ingatkan Tun Dr Siti Hasmah..

 

Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana pihak terhadap Tun Siti. Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego, kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik menyebabkan beliau tidak dimusuhi. Ya! Ketika Tun Mahathir berada di puncak kuasa dengan penuh kemegahan pun beliau tetap bersikap sebagai seorang isteri yang tidak menyibuk diri menjadi ‘menteri tambahan’. Orang tidak memperkatakan tentang sikap suka campur tangan beliau dalam urusan politik, tidak beliau dibenci kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara. Tun Siti sangat sederhana sehingga sekarang. Saya sendiri pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana lama menunggu Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London. Saya masih ingat jawapan Tun Siti: “ada orang hendak bercakap dengan kita, takkan kita hendak tinggalkan”. Masa itu ada rakyat Malaysia di London yang datang berbual dengan Tun Siti ketika beliau hendak turun dari Malaysia Hall.

Saya kagum dengan Tun Siti sebab setiap kali saya berkesempatan berbual dengan Tun Mahathir, samada di meja makan atau di tempat biasa, Tun Siti yang selalu berada di sebelah Tun Mahathir tidak pernah mencampuri perbualan kami khususnya tentang politik. Beliau selalu menjadi pendengar setia kepada Tun Mahathir. Jika ada pun beliau mencelah, beliau akan bertanya khabar keluarga saya atau pandangan agama tentang urusan harian. Sekalipun beliau sebenarnya tidak pernah berjumpa keluarga saya. Tun Mahathir bertuah mendapat isteri yang tahu apa perwatakan yang sewajarnya dan tidak dianggap ‘busy body’ bagi negara ini ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Maka tidak hairanlah ketika Tun Mahathir berada dalam ketegangan krisis politik beliau, Tun Siti tidak menjadi sasaran kemarahan musuh-musuh politik Tun Mahathir. Hanya yang bermulut celupar sahaja yang cuba mengguris Tun Siti yang selalu diam itu. Itu pun puak yang suka menyentuh urusan peribadi orang yang tidak kaitan dengan kepentingan umum rakyat.

Begitu lama Tun Mahathir di tampok kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita ‘kegarangannya’ kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri. Bahasanya tidak bongkah, gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Namun, sebagai insan tentulah ada kekurangan dan kelemahan di sudut-sudut tertentu. Demikianlah semua manusia.

Seorang pemimpin memerlukan isteri yang ‘tidak menyibuk’ seperti Tun Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya. Pandai menjaga nama baik politik suami. Jangan sampai suami dibenci rakyat kerana gaya dan sikap isterinya. Ertinya, jangan sampai rakyat membenci seseorang pemimpin ‘pasal bini dia’. Buat semua isteri pemimpin, jadikanlah Tun Siti Dr Hasmah sebagai contoh yang baik dalam hal ini! Jangan lebih lajak dari laju, rakyat tak suka perangai macam itu!

Peranan isteri berdoa agar suami berada di jalan yang benar. Menasihati suami agar sentiasa ingatkan Allah dalam urusan rakyat. Janganlah isteri pula yang menyebabkan kemurka

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2013 at 12:16 PM

setuju dgn anoy - 10.55 p.m.;' kena bayar cukai . Tapi yang bayar cukai ni pekerja -pekerja swasta, yang tak perlu bayar cukai ni penjawat awam . Siapa yang lebih berpotensi untuk menjual rahsia kerajaan , kalau kerajaan tak ada duit. BASMI RASUAH.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2013 at 7:12 PM

12.16pm.....
Tolong check yr facts before spewing it out.. Saya penjawat awam dan setiap bulan gaji saya ditolak untuk cukai. Jika jumlahTidak cukup lhdn akan tolak lagi. Setiap sen ditolak.
Jangan ckp sedap mulut ya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2013 at 7:11 AM

berapa persen je bro? kitorang kat swasta ni pun ada gak potongan bulanan..mcm aku..setiap bulan dah potong 5k++ utk tax SAHAJA. cuba kira brp jumlah dlm setahun? dgn duit tu mcm2 aku blh buat..at least blh simpan utk pendidikan anak2..tp senang2 je diHANGUSkan oleh CON-SULTAN.. so kita sbg pembayar cukai GEMBIRA tak..SENANG HATI tak..bila dpt tahu pelbagai jenis unnecessary spending oleh gomen? sebab tu aku tak setuju dgn brim tu..itu hanya camouflage..keluar utk rakyat 5%..hangus 95%..tp yg 5% tu la yg dihebohkan spjg masa..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2013 at 8:47 AM

@Anonymousagree!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2013 at 8:48 AM

@Anonymousni macai PR punya komen....

Post a Comment