........... PAU 2013 - Tak Perlu Buat Meja Bulat Nak Dapatkan Input Luar | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PAU 2013 - Tak Perlu Buat Meja Bulat Nak Dapatkan Input Luar

Saturday, November 23, 201311comments




Artikel / kenyataan ini dah 3 hari keluar tapi sebab waktu itu duk sibuk layan FLOM sampai terlupa nak komen. Mengenai usul pemimpin Umno yang hendak bertemu dengan NGO Melayu untuk dapatkan input atau modal apa yang nak dibahaskan masa PAU nanti.

Persidangan meja bulat libat NGO minggu hadapan


KUALA LUMPUR 21 Nov. - Satu persidangan meja bulat melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bumiputera akan diadakan bagi mendapat input usul dalam Perhimpunan Agung UMNO pada minggu hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Usul, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, persidangan tersebut akan memastikan perhimpunan nanti lebih inklusif supaya memenuhi kehendak orang Melayu dan ahli-ahli UMNO.

"Kita bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) semalam iaitu kali ini perbahasan lebih terbuka, tidak ada sekatan dan kekangan tetapi lebih serius yang mana selepas pemilihan UMNO kali ini orang ramai mahu kita berada dalam landasan perjuangan parti itu sendiri.

"Saya percaya dengan penglibatan rakan-rakan (NGO) dan jawatankuasa yang telah diwujudkan, usul yang dibincangkan lebih inklusif dengan melibatkan setiausaha-setiausaha badan perhubungan, sekali gus minat mengikut Perhimpunan Agung UMNO akan meningkat bukan saja dalam kalangan ahli, malah orang luar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Setiausaha-setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri di sini hari ini.


Sepintas lalu, bunyi macam OK jer ..... baguslah kalau ada usaha nak dapatkan maklumat apa benda nak dibahaskan nanti. Tapi bila direnung balik kenyataan di atas, ada benda yang tak kena sebenarnya !

Cuba kaitkan dengan pembayaran RM7.2 Billion yang Najib dah bayar kepada Konsultan luar selama 5 tahun ini ........ dalam isu itu apa pandangan anda terhadap Najib ?

Sekarang Umno nak minta pandangan orang luar pulak apakebendanya yang nak dicakapkan waktu PAU nanti ....supaya orang tak marah2 nanti konon Umno tidak ada connection dengan apa yang orang Melayu mahu atau dengan kata lain, syok sendiri.

Bukan ke Umno menjadi JUARA orang Melayu ? Memperjuangkan nasib dan maruah bangsa dan menjadi wakil bangsa Melayu ?  Sentiasa connected dengan kehendak orang Melayu ? Alih2 tanya - apa yang orang Melayu hendak dengar dibincangkan masa Perhimpunan kelak ?

Kenapa tak tanya kepada Konsultan RM7.2 Billion  ? 

Sebenarnya pemimpin2 Umno bukannya tak tahu apa yang orang Melayu mahukan, mereka tahu ! Tak perlu sebenarnya nak dapatkan input dari orang luar pun, itu semua POYO ! Itu semua lakonan jer .... konon apa yang dibahaskan nanti, ITUlah yang orang Melayu mahu dengar. 

Kenapa saya katakan yang pemimpin2 Umno memang dah tahu pun apa yang orang Melayu mahukan ? Rewind dan ulang semula apa yang calon2 Umno duk gebang masa Pemilihan baru ni - itulah yang kita mahu dengar waktu PAU nanti !

Kita mahukan pandangan dan pendirian waktu mereka jadi calon kepimpinan Umno bukan selepas mereka menang dan jadi pemimpin Umno.

Mereka yang menang tanpa bertanding tak perlu tanya pandangan mereka sebab mereka tidak menjadi calon ! 

Yang ni serius -

Kita nak dengar apa yang kepimpinan Umno telah, sedang dan mahu perjuangkan BUKANNYA nak dengar apa yang orang Melayu hendak kepimpinan Umno perjuangkan .... faham tak ayat ni ?

Orang Melayu nak tahu sejauhmanakah kepimpinan Umno SUDAH mewakili suara bangsa. Orang Melayu yang sepatutnya dapatkan input dari kepimpinan Umno bukan sebaliknya.

Melainkan .........Umno memang syok sendiri.

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2013 at 8:37 AM

Din, aku teringin sangat nak dengar input dari Presiden BN dan KP Pemuda UMNO BN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2013 at 10:39 AM

UMNO dah ditubuhkan 47 tahun. Takkan tidak tau lagi apa Melayu mahu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2013 at 10:57 AM

salam,

mungkin input itu lebih kepada tutup mulut anda dan beri sokongan kepada pemimpin umno. umno sekarang lemah dan jika anda berterusan menyerang kerajaan sekarang maka kita akan terus lemah. persepsi saya la. maka perbahasan semasa pau adalah memberi sokongan kepada pemimpin sekarang untuk mengukuhkan parti dan melaksanakan proses transformasi. proses ini tak boleh dibuat sekelip mata atau macam silap mata, tetapi perlukan lebih masa untuk mata melihat. maka semua pewakilan yg telah memberi sokongan padu kepada presiden, timbalan, naib, kp dan kw, tak mungkin akan membantah atau membangkitkan isu yang dikatakan akan melemahkan parti. maka isu yg akan keluar ialah isu pas, dap dan pkr yg tak relevan dengan pengkukuhan umno. ramai dah termakan budi, tak mungkin akan keluar isu yg bro din tuliskan. kita lihat ada tak pewakilan umno yang berani mengeluarkan isu yang menyentuh presiden umno, datuk sri ah jib gor. antaranya bantuan berjuta ke sekolah cina, pelan pembangunan pendidikan, org cina terima tak, ancaman daripada pemimpin bn dari parti lain, timbalan menteri yg tanpa parti yg bercakap macam dia pm dan sebagainya. ada lagi iaitu menteri umno yg super kaya sehingga anak-anak boleh joli tanpa bekerja dan mempunyai perniagaan yg besar tanpa pinjaman. ada telur atau jilat jubur sahaja pewakilan umno. semua ini akan menjadi perhatian kepada pengundi bn yg menyokong umno. sebenarnya tak perlu praktikal pun, hanya bercakap sahaja dan isu akan hilang seperti bau kentut dan bukannya bau tahi. sekejap jer berbau dan orang tak perduli nak cari punca. tapi kalu bau tahi, orang akan cari punca bau kerana lamanya bau itu bertahan. so, bro din boleh ambil pen utk catat isu yg telah dibangkitkan dan adakah ianya akan muncul sewaktu pewakilan mula menjalankan tugas menjilat jubur presiden semasa perbahasan. yg pasti memperkasakan ekonomi dan pendidikan melayu yg diluluskan. isu yg tak pernah selesai sebab hanya beri pensil masa peksa sahaja, dan beri projek untuk dialibabakan oleh pembahas bertaraf kontraktor yg dapat projek atau saham untuk dijual kembali agar pembahas yg berniaga, kaya sekejap.

....................
Reply To This Comment ...................
November 23, 2013 at 11:10 AM

Waktu pemilihan majlis tertinggi dulu tak teringat ke inklusif esklusif...apa luahan rasa orang melayu dan siapa yang dipilih akhirnya?
Bila ada suara-suara menyeru supaya NGO melayu daftar jadi parti politik supaya boleh mengantikan umno menjadi pendokong perjuangan melayu, umno sibuk nak panggil NGO-NGO, nak urut belakang, nak sua bawah meja,..ini perangai keji umno yang tak boleh diubah, tapi terlalu mudah dibaca..
Minta pandangan orang-ramai, inklusif konon, sebelum bujet mintak, sebelum itu mintak, sebelum ini mintak,...tapi pakai ke? cuba bagi tau...atau cuma mainan penyedap rasa perbodohkan melayu...
Itu ke yang di consult oleh consultant berbillion? tambah sikit dengan KPI konon, SOP konon, 5S konon, semua tu supervisor kilang dah buat lama dahhh, ambik supervisor kilang yang dok supervise sistem ISO9001 pun lagi baik, double up gaji mereka pun tak sampai belanja berjuta..
Kita memerhati apa yang dibuat, bukan percaya kata-kata kosong....tolong la...please...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2013 at 11:54 AM

Haa Haa Haaa..

Ada Blogger sindir Najib Ah Jib Gor supaya menjadi Ketua Umum untuk MCA.. tuu lah sebab dah menyampah tengok nak jadi Pro-Cino sangat2.. paut ke: -
http://nasirwise.blogspot.com/2013/11/datuk-sri-najib-memimpin-mca-untuk.html

Perwakilan UMNO memang hebat dan mahukan perubahan di dalam tampuk kepimpinan parti, tapi UNDian Mereka tidak diguna-pakai, tidak diambil kira..

Ah Jib Gor Menipu semua Perwakilan.. Itu asasnya kerana undian akhir masih lagi terletak pada Ketua Bahgian siapa yang dia nak pilih..

Inilah Kisah Dongeng Transformasi Ah Jib Gor.. Berani ke Letak 100% Keputusan kpd Perwakilan saja.. Macam mana nak Kontrol???

....................
Reply To This Comment ...................
November 23, 2013 at 12:05 PM

Salam Dinturtle,

1. Kalau itu inisiatif mereka, memang baik. Libatkan kumpulan bloggers Umno dan BN sekali. Suap maklumat yang saban hari di bincangkan dalam isu-isu semasa.

2. Paling penting Petronas, GLCs dan perbadanan lain Kerajaan mesti berfungsi dalam landasan, bukan berfungsi dalam pengaruh lembaga pengarah yang di pengerusikan di bawah faktor politik. Agenda mereka mesti mengimbangi 80% aspirasi Negara Bangsa. Selebih nya untuk pihak swasta mengimbangi modal insan dan insentif menyediakan peluang- peluang baru aktiviti ekonomi hiliran dan sampingan.

3. Buat sesi ini, TPM mesti berada di tengah platfom. Pendidikan akademik dan kerohanian termasuk moral mesti di ubah suai mengikut cabaran semasa kerana ini lah gambaran rakyat Malaysia sebenar kelak melangkah 2020. Tiada lagi konflik belajar dan pembelajaran. B.Inggeris mesti selari dengan memperkasakan Bahasa Kebangsaan. Secara mudah tiada lagi bahasa lain yang di paparkan untuk awam, dalam semua kategori peragaaan maklumat dan komersial.

( * Bloglist blogger engko din, bertarabur. Rocky Bru ada dua lak... hrp susun balik, di mana asingkan pembangkang belah tepi sekali. Kadangkala 'update terbaru' tidak segera keluar. Hrp din prihatin jadikan Bloglist menarik agar semua dapat di akses dengan suapan terbaru... tk din.)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2013 at 12:56 PM

Tak cukup Melayu ker pemimpin pemimpin yang ada sekarang nih? Calun calun Melayu yang menang dalam PRU lalu tuh tak cukup bijak ker?

“Orang ramai mahu kita berada dalam landasan perjuangan parti itu sendiri”. Tak ker bebal, dah jadi pemimpin tapi tak tau samada dilandasan betul ker tak. Nakkan orang luar lak perbetulkan.

“Sekali gus minat mengikut Perhimpunan Agung UMNO akan meningkat bukan saja dalam kalangan ahli, malah orang luar”. Ooh!!! Tujuan untuk menarik minat orang luar rupanya. Mungkin sekarang nih orang luar tak minat nak ikut PAU.

“RM7.2 Billion yang Najib dah bayar kepada Konsultan luar selama 5 tahun ini”. Aduuh!!! Banyaknya duit. Masih lagi belum dapat input? Apa nak jadi? Sekarang pulak nakkan pendapat NGO pulak, apa citer?

“Bukan ke Umno menjadi JUARA orang Melayu? Memperjuangkan nasib dan maruah bangsa dan menjadi wakil bangsa Melayu? Sentiasa connected dengan kehendak orang Melayu? Alih2 tanya - apa yang orang Melayu hendak dengar dibincangkan masa Perhimpunan kelak ?

Ingat ker dah pun dapat pemimpin yang ada hotak dan ada kelas di PAU yang lalu. Pemimpin Melayu apakerbendanya kalau permasaalahan orang Melayu senudiri tak tau?

Yang serious tuh memang terbaik dan yang melainkan tuh sangat molek – UMNO sememangnya syok sendiri.

Dah banyak kali dikatakan CUKUP, tapi masih belum CUKUP. Apa nak kata …..

....................
Reply To This Comment ...................
November 23, 2013 at 1:00 PM

@Anonymousadeeeh ...

....................
Reply To This Comment ...................
November 23, 2013 at 1:04 PM

@maaeSaya baru adjust listing dengan mengadakan satu lagi column Blog Aktif sebab terlalu banyak dan ramai yang dah kurang aktif.

Masih dalam mode ubah2 ...apapun Terimakasih atas teguran :)

....................
Reply To This Comment ...................
November 23, 2013 at 7:05 PM

Brilliant idea!!! Wa caya lu lah din!!!

....................
Reply To This Comment ...................
November 23, 2013 at 10:17 PM

Tk din. Saya dah tengok perubahan laman dan susunan semula.

Post a Comment