........... PANAZZZZZ - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Menganaktirikan Peniaga Tempatan | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PANAZZZZZ - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Menganaktirikan Peniaga Tempatan

Sunday, November 17, 201315comments


Ditubuhkan pada 02hb April 1995 dengan nama Sabasun Sdn Bhd. Pada awal operasi hanya 8 orang pekerja yang bertugas dan terdiri dari ahli keluarga terdekat. Bermula dengan ruang jualan berkeluasan 3,000 kaki persegi dan 2 unit kaunter pembayaran, Sabasun bermula dengan modal pusingan sebanyak RM 300,000.00. Perniagaan ini diasaskan oleh  keluarga Haji. Che Ibrahim Haji. Abdul Kadir dan Hajah Saleha Mohammad sebagai Pengerusi dan anak anak  mereka, Che Salmi Haji. Che Ibrahim sebagai Pengarah Urusan dan Che Salman Haji. 


Che Ibrahim sebagai Pengarah Operasi. Dengan pengenalan konsep “Harga Muroh Sokmo” atau "Always Low Price", Sabasun mula dikenali sebagai kedai yang menjual barangan keperluan harian dan bulanan pada harga yang sangat murah malah tidak keterlaluan kalau dikatakan "PALING MURAH” di Pantai Timur Semenanjung Malaysia setiap waktu dan setiap masa operasinya. 

 Dengan pengenalan konsep tersebut, nama Sabasun Sdn. Bhd, mula meniti dibibir masyarakat umum. Secara langsung, keperluan untuk memperbesarkan ruangan kedai dan menambahkan bilangan kaunter pembayaran dari 2 unit kepada 4 unit dan seterusnya kepada 8 unit terpaksa dilakukan.


Pada tahun 2000, Pihak Sabasun mula membeli tanah disebelah bangunan asal seluas 20 ribu kaki persegi. Pada tahun berikutnya, bangunan baru yang ada sekarang dibina dengan keluasan ruangan jualan keseluruhan menjadi 37 ribu kaki persegi. Pada tahun yang sama juga Sabasun didaftarkan menjadi Sabasun HyperRuncit Sendirian Berhad. HyperRuncit diambil dari 2 perkataan yang digabungkan iaitu ‘Hyper’ dan ‘Runcit’ ( SUMBER )

                                   ********************************************

Begitulah sejarah awal sebuah perniagaan anak tempatan Terengganu bernama SABASUN di bandaraya Kuala Terengganu.  Tanyalah siapapun orang Terengganu, mereka pasti kenal akan pasaraya SABASUN ini. 

Saya sendiri sering mengunjungi kedai runcit Sabasun dari awal perniagaan mereka sehinggalah berstatus HyperRuncit sekarang ini. Dari hanya 8 pekerja yang terdiri dari sanak saudara sehinggalah mampu menggaji lebih 400 pekerja yang 100% merupakan anak tempatan !

Ketika pasaraya terbesar Mydin dibuka, diikuti oleh pasaraya Giant yang hanya 500 meter jauhnya, ramai yang menyangka Sabasun bakal bungkus tapi ternyata Sabasun mampu bertahan malahan berjaya membuka satu lagi cawangan berstatus HyperRuncit di Wakaf Tembesu juga di Kuala Terengganu.



Boleh dikatakan Sabasun adalah satu contoh Kejayaan Anak Tempatan dalam Perniagaan Runcit !

Suasana Sabasun2 - Sewajarnya menjadi kebanggaan anak Terengganu !

Satu perkara UNIK mengenai Sabasun adalah - anda akan segera merasai suasana Melayu Islam bila membeli belah disana. Serius .... bukan nak katakan yang Sabasun ini memilih jenis pelanggan hanya orang Melayu tapi suasananya yang nyata begitu tempatan dan mesra Melayu.


Saya bertemubual dengan salah seorang Pengarah Urusannya, Che Salmi yang lebih mesra dipanggil Along oleh semua pekerjanya. Bukanlah nak katakan yang brader kita ni selekeh, kebetulan saya datang pun tanpa temujanji dan beliau pula baru sudah memasak nasi Arab bersama2 stafnya ! ( boleh tahan rasanya.. )

Memang mesra dan sempoi usahawan muda ini namun dapat saya rasakan nada ketegasan dan semangat yang membara dalam jiwa beliau sepanjang kami berbual tadi.


Che Salmi Bin Che Ibrahim bersama Mesej Boikot Barangan Zionis !


Kita baru bercakap tentang boikot produk Cina Dap sejak Tsunami Cina tapi Sabasun sudah pun mula dengan inisiatif sendiri dengan kempen Boikot Produk Israel, Amerika dan Sekutu Mereka ! Dan ia berlanjutan secara konsisten dan semakin agresif sejak tahun 2002 lagi.

Perhatikanlah gambar diatas ..... berapa banyak premis perniagaan yang begitu berani mempromosikan kempen Boikot seumpama itu secara terang2an ?

Kempen Boikot Sabasun pula bukannya jenis hangat2 tahi ayam dan dilakukan sembrono. Cuba baca dari laman web Sabasun dimana ada segmen khas untuk Kempen Boikot ini - KLiK. Anda pasti respek dengan cara bijak dan berkesan yang digunakan oleh Sabasun untuk Boikot tanpa menjejaskan Jualan perniagaan runcitnya !

Sabasun juga aktif dalam kerja2 amal terutama menderma kepada perjuangan Palestin dengan yang terbaru adalah pengiriman RM30 ribu melalui NGO bagi tujuan pembelian Generator untuk menjana tenaga elektrik bagi membantu Hospital di Tanah Palestin.

Tidak ketinggalan menaja team bola T-Team dan menaja beberapa aktiviti masyarakat setempat.

Satu lagi perkara UNIK yang saya kira payah untuk kita lihat ditempat lain, pengurusan Sabasun turut menitikberatkan soal akhlak dan ibadah pekerja2nya. Solat berjemaah dititikberatkan dan setiap minggu diadakan Usrah yang diwajibkan.

Kebetulan turut sama dalam pertemuan tadi adalah En Sazali yang merupakan Pengerusi Persatuan Pengusaha, Pengedar, Pemborong dan Peruncit Muslim Terengganu. Beliau mengesahkan akan sumbangan besar Sabasun selama ini kepada hampir seratus pengusaha IKS ( Industri Kecil dan Sederhana ) di negeri Terengganu.

Dengan rendah diri, Che Salmi turut memberi setinggi penghargaan kepada kerjasama dan sokongan semua pembekal termasuk dari sektor IKS yang bersama2 Sabasun berdepan dengan persaingan hebat dari pasaraya2 Hypermarket seperti Maidin dan Giant yang lokasinya amat hampir dengan Sabasun.


Ya, pasti ada sesuatu yang UNIK tentang Sabasun hingga mampu bersaing sama tinggi dan sama rendah dengan BIG PLAYER seperti Maidin dan Giant.

Siapa kata berniaga secara jujur dan mengekalkan keMelayuan dan nilai2 Islam tidak akan mampu berjaya ? Sabasun adalah BUKTI NYATA.


POINT UTAMA ARTIKEL

TAPI kenapa setelah 17 tahun berniaga dengan berjaya tiba-tiba terdapat satu usaha yang nyata dipihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu untuk MENGHALANG Sabasun dari terus beroperasi seperti biasa ?

Waktu sama, layanan berlebihan pula diberikan kepada pengusaha LUAR yang sememangnya sudah teguh seperti Mydin dan Giant ! Apakah anak tempatan di ANAKTIRI kan oleh pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ?

ikuti sambungannya ....

PS - Segala dakwaan adalah beserta BUKTI.

PS2 - Oya, Che Salmi tidak terlibat dengan politik, beliau bukan ahli Pas atau mana2 parti politik ! 

KEMASKINI 17/11 6:45pm - Sambungan bahagian Kedua - KLiK.

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2013 at 11:28 PM

Kita terjah bersama dinturtle!

....................
Reply To This Comment ...................
November 17, 2013 at 12:12 AM

Bro Din,

Meh kita buka perniagaan macam Sabasun di Kedah pulak....hehe amacam boleh tak??? Adakah melayu2 di sini akan support sebagaimana melayu terengganu support Sabasun??

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
November 17, 2013 at 12:19 AM

SABASUN, Sabar dan sungguh-sungguh sbb itulah boleh berjaya.....selalu gak beli brg kat SABASUN.....cumanya ada satu perkara je yg jd kemusykilan......kenapa Tepung FAIZA seolah2 diletak ditempat tersorok berbanding tepung gandum cap sauh? Lokasi di Wakaf Tembesu.

kan tepung gandum cap sauh tu merbahaya utk kesihatan sbb tepungnya di klorok utk diputihkan berbanding tepung gandum FAIZA?....tapi seriusli kalau masuk SABASUN hati tenang je sbb ada zikir2 n ayat Al-Quran dimainkan.......harga mmg MUROH SOKMO!

SABASUN tak mau joint venture dgn KFC atau A&W?

....................
Reply To This Comment ...................
November 17, 2013 at 12:46 AM

Bro,

Apa yg Majlis Bandaraya KT telah buat. Bagi tahu lah kepada pembaca blog mu ni supaya kita sama2 balun.

....................
Reply To This Comment ...................
November 17, 2013 at 1:38 AM

@Sharifah Rashidah bt. Syed AhmadSaya yakin jika ada usahawan Melayu dari kedah atau mana2 pun yang mahu belajar ilmu dari Sabasun, che Salmi sudi berikan. Boleh hubungi direct dengan beliau.

Secara peribadi saya kagum dengan kejayaan beliau.

....................
Reply To This Comment ...................
November 17, 2013 at 1:44 AM

@Esa AdamEsok saya sambung :)

Kasi hangat betul2... ada yang terbakar nanti, silap2 ngan saya sendiri hangus ! hehehehe

sekurang2nya ada gunanya juga ranking utk tarik perhatian org :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 17, 2013 at 8:15 AM

Kita kasi bakar. Bakar jangan tak bakar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 17, 2013 at 3:50 PM

@Esa Adam

Mbkt xmboh renew lesen sabasun.

....................
Reply To This Comment ...................
November 17, 2013 at 4:38 PM

Nak mintak rasuah la pukimak PBT tu.Hulur rasuah laju jer lar kerja PUKIMAK BABI HANJENG NI.Aku dah banyak jumpa usahawan Melayu yang kecewa dan putus asa dengan kerenah PUKIMAK agensi kerajaan ni.Cina babi hanjeng jual PUKILENDIR rilek jer renew lesen sambil tunjuk muka bongkak.Sial...!!!'

....................
Reply To This Comment ...................
November 17, 2013 at 4:44 PM

@ReentryCapsuleHmmm ... lama juga mikir nak lepaskan ke tidak komen berbahasa kasar ni. Tapi saya lepaskan juga untuk 'capture' feeling disebalik komen :)

....................
Reply To This Comment ...................
November 17, 2013 at 4:44 PM

artikel susulan dalam proses, tengah meng-edit video

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2013 at 12:17 AM

che salmi dah pernah jumpa mb kita tak untuk selesaikan masalah dia ning... takkan mat said dokleh selesai masalah macam ning.. hidup usahawan melayu islam.. hidup iks2 di sekitar kuala terengganu...harap isu ini diselesaikan secepat mungkin..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2013 at 12:34 AM

Selagi org melayu tidak tanamkan sifat 'perkauman' kpd bangsa lain, selagi itu kita tidak dapat memegang kuasa ekonomi negara. Walaupun kerajaan membuat pelbagai dasar apa sekali pun, pasti orang melayu tidak tidak akan berjaya selagi kita perlu bersatu. Kita perlu tanamkan sifat perkauman ini jika ingin berjaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2013 at 11:40 PM

Kalu setakat nak renew lesen..kenapa perlu jumpa mb..
Ikut prosedur biasala.. isi borang dan bayar lesen.
Mengapa mesti mbkt menyulitkan urusan?

....................
Reply To This Comment ...................
December 1, 2013 at 6:49 PM

benda ni klo MBKT myulitkan renew lesen..elok trus buat aduan ke MB..itu je solution nyer.. MBKT mkn gaji bute je..haprak..dah paham sgt selok belok org MAJLIS ni.. sgt haprak.

Post a Comment