........... PANAZZZZ - Lagi Mengenai Isu Sabasun Yang DiAnaktiri Oleh MBKT | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PANAZZZZ - Lagi Mengenai Isu Sabasun Yang DiAnaktiri Oleh MBKT

Tuesday, November 26, 201323comments


Sambungan kepada masalah yang dihadapi oleh usahawan Melayu Terengganu yang mengusahakan Kedai Sabasun HyperRuncit ( KLiK ) ....

Sabasun2 ( petak merah ) mula beroperasi tahun 2010 setelah pemiliknya membeli tanah di Wakaf Tembesu. ( saya lihat sebagai satu strategi untuk buka pasaran baru setelah kawasan Sabasun1 di 'ganggu' dengan kehadiran pasaraya Mydin dan Giant yang jaraknya cuma 500 meter )

Asalnya kawasan itu berpaya dan barisan bangunan putih diatas belum ada lagi. Ketika itu kawasan memang terpencil, waktu malamnya gelap tanpa lampu jalan. ( waktu itu saya pernah komen - Sabasun buka cawangan baru dalam hutan ? ) Bayangkan pekerja2 Sabasun yang terpaksa pulang malam dalam keadaan gelap ... permohonan demi permohonan dibuat, hanya selepas setahun setengah baru lampu jalan dipasang. Keseluruhan modal yang telah dikeluarkan ( simpanan dan pinjaman bank ) untuk Sabasun2 melebihi RM5 juta.

Sabasun2 ( petak merah di gambar pertama )
Dengan penuh sabar dan yakin, Sabasun2 telah bertahan dan secara perlahan2 menukar wajah kawasan paya itu. Lebih setengah juta RM dibelanjakan hanya untuk menimbus dan meratakan kawasan sekitar. ( Kawasan parking hanya bertar tahun lepas )

Semuanya atas usaha dan modal sendiri.

Bila kehadiran Sabasun2 sudah mula diterima orangramai, dan kawasan juga mula sibuk .... sekali lagi pasaran diganggu dengan kemunculan pasaraya Giant yang mula beroperasi awal tahun 2013. Juga tidak sampai 1 km jaraknya. ( seperti Sabasun1 dengan Giant dan Mydin ).

Tidak pasti samada tanah dimiliki oleh Giant ( Saya syak ia milik kerajaan Negeri dan disewakan dengan harga yang menarik sama seperti Giant1 )

Pasaraya Giant ( petak kuning digambar pertama )
Berbeza dengan kesukaran yang terpaksa diharungi Sabasun2 diperingkat awal, mungkin berbekalkan modal yang berlipat kali ganda, ketika Giant2 dibuka, segalanya sudah siap lengkap. Parking berbumbung, jalan bertar dan lampu terang benderang ....

Dan dengar ceritanya, pasaraya Mydin juga akan muncul dengan cawangan barunya tidak lama lagi dikawasan berhampiran !

Saya pernah terbaca garispanduan yang ditetapkan oleh KPDNHEP dimana :

- Hanya sebuah hypermarket dibenarkan beroperasi bagi setiap 350,000 penduduk
-Hypermarket tidak dibenarkan beroperasi dalam radius 3.5 kilometer daripada kawasan perumahan dan pusat bandar
- Sebelum pembukaan hypermarket dipertimbangkan, kajian impak mengenai Perniagaan Runcit Sedia Ada hendaklah dibuat.

KeSEMUAnya dibakulsampahkan !

Begitu peritnya Sabasun1 berdepan dengan persaingan dari BIG PLAYER Mydin dan Giant dulu hingga terpaksa beroperasi dengan ZERO PROFIT selama 4 tahun hanya untuk kekal bersaing ! Pembekal dan peniaga2 IKS yang bernaung di bawah Sabasun telah sepakat memberi kerjasama dan dengan sokongan rakyat tempatan, Sabasun berjaya mengharungi semua cabaran.

Tidak cukup cabaran dalam bentuk persaingan perniagaan, cabaran yang menguji kesabaran dan daya tahan usahawan Melayu ini juga datang dari pihak berkuasa tempatan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang kerap menimbulkan pelbagai masalah dengan yang paling besar adalah - keengganan MBKT meluluskan Permit Niaga tanpa sebab pada tahun lepas ..... setelah meluluskannya selama 17 tahun.

Jualan lebih banyak datang dari Sabasun1 kerana lokasinya yang lebih hampir pada bandar Kuala Terengganu dan ia lebih awal dibuka, jika Sabasun1 tidak dapat meneruskan perniagaan, alamat akan TUTUPlah perjuangan Sabasun yang telah diusahakan selama 18 tahun !


Sabasun2 juga tidak lepas dari masalah. Kawasan lapang dibelakang bangunan adalah juga milik Sabasun. Setelah ditambun kawasan yang asalnya berpaya, pemiliknya bercadang membuka satu Kompleks Jualan khusus untuk disewakan kepada peniaga2 IKS dan peniaga2 kecil Melayu tempatan dengan harga yang jauh lebih murah berbanding dengan yang ditawarkan oleh Mydin atau Giant.

Ia mampu memberi peluang kepada RATUSAN usahawan kecil Melayu tempatan untuk menyewa gerai dan berniaga dan bagi pihak Sabasun, ia bakal menjana pendapatan bagi menampung pinjaman bank yang dibuat untuk kawasan itu.

Malangnya projek itu TIDAK DILULUSKAN oleh pihak MBKT walaupun ia diatas tanah milik Sabasun dengan alasan kawasan itu akan dijadikan sebahagian dari projek Bandar Baru. ( yang entah bila mau mula .... )

Persoalan yang ingin ditimbulkan -Kenapa payah sangat pihak MBKT untuk bekerjasama dan membantu usaha peniaga Melayu ini yang telah terbukti mampu bersaing dengan nama2 besar seperti Giant dan Mydin ?

Kenapa usahawan Melayu tempatan dianaktirikan berbanding orang luar seperti Mydin dan Giant yang pada mata kasar saya, begitu dimanjakan dan dipermudahkan urusan mereka ?

Saya harap isu ini mendapat perhatian mana2 pemimpin MELAYU yang mempunya kuasa atau pengaruh untuk bertindak. Jangan hanya pandai BERCAKAP tentang menolong orang Melayu tapi bila ada usahawan Melayu yang sanggup kedepan menerima cabaran, dia di cantas !

Setakat ini baru peringkat BERCERITA masalah.....

PS - Sekadar berkongsi cerita lagi tentang sumbangan Sabasun kearah perjuangan Palestin melalui Yayasan Amal.



Dibawah adalah pengalaman Cik Salmi sendiri ketika mengunjungi Sudan semasa meraikan saudara2 seIslam semasa Raya Haji baru ni.

Segala sumbangan adalah dari pihak Sabasun DAN juga dari sumbangan orangramai melalui peti derma yang diletakkan didepan kedai.

Share this article :

+ comments + 23 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2013 at 12:28 AM

Banyak sangat duit massuuuuuuuk. Itu lah sebabnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2013 at 7:55 AM

Memang celaka la MBKT tu...carik kepala pendengki dlm MBKT...dpt yg ni, masalah yg lain insya allah bole setel...sabasun kena perhebatkan penyampaian info tentang situasi yg berlaku...bukan setakat kpd public diterengganu tapi satu malaya...mungkin bole berhubung dgn pihak media...buat satu slot khas..atau mungkin slot radio..biar satu malaya dengar dan tahu apa yg berlaku...baru ketar skit diaorg tu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2013 at 8:08 AM

Ajak blogger lain utk cover cerita ni...contoh mazidul akmal sidik...blog dia ramai follower...dia bole huraikan lebih lanjut ttg garis panduan KPDNHEP tu...silap2 bole masuk tv...mungkin juga contact media, contoh Sinar (walaopun akhbar ni nmpk bias tapi tak kisah aa)..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2013 at 8:51 AM

minta tolong pd wakil rakyat yg dipilih

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2013 at 10:54 AM

Aku pernah terbaca satu buku. Kalau orang cina buat usaha, tidak kira usaha apa...perniagaan ke, maka orang-orang Cina akan "bersusah payah" untuk pastikan usaha orang Cina itu berjaya. Lain pula dengan orang-orang Melayu. Kejadian sebaliknya pula yang berlaku.

Kalau ada kesilapan teknikal di pihak Sabasun, sepatutnya MPKT bantulah seboleh-bolehnya. Kalau usaha orang Melayu seperti Sabasun yang telahpun membuktikan keupayaan tidak dibantu, maka sia-sialah DEB selama ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2013 at 11:45 AM

Entahlah...ini kes diskriminasi terhadap orang Melayu yang berusaha keras...agaknya pihak berkuasa berkenaan telah disuap baik oleh syarikat hypermarket besar, dan tidak disuap oleh Sabasun. Ataupun Sabasun ini dilabelkan bukan penyokong UMNO

sri hartamas

....................
Reply To This Comment ...................
November 26, 2013 at 1:30 PM

melayu tindas melayu nii

....................
Reply To This Comment ...................
November 26, 2013 at 1:39 PM

Cina makan babi kalau tak ikut requirement pun boleh lepas sebab dah sumbat duit dalam bontot authority.Tak percaya sudah.

Sekian

....................
Reply To This Comment ...................
November 26, 2013 at 2:25 PM

@AnonymousNanti dikatakan bermain politik sebab wakil rakyat adalah dari Pas ! :)

....................
Reply To This Comment ...................
November 26, 2013 at 2:27 PM

@AnonymousTidak pernah pihak Sabasun dibawa berbincang dalam apajua projek dan perancangan MBKT walaupun dalam hal2 yang mempunyai impak kepada Sabasun....

Bayangkan lesen niaga tidak mahu disambung TANPA ALASAN !

....................
Reply To This Comment ...................
November 26, 2013 at 8:24 PM

Good article, look like assigment for master student. Pada saya apa jua keputusan yg dibuat oleh kerjn Ada tiga sebab. Prtama kerana Rakyat, kedua kerana profit and the last one because of political decision. Which one, i don't know. FI my friend penyokong tegar pas suka belanja di sabasun.

....................
Reply To This Comment ...................
November 26, 2013 at 8:37 PM

Mengarutlah.Semua kerana RASUAH.

Sekian

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2013 at 9:07 PM

Aku tidak tahu dan tidak ambil kisah siapa Sabasun sokong, BN atau Pakatan, atau neutral. Yang penting usaha orang Melayu yang dibangun dengan titik peluh dan perahan otak sendiri MESTI lah dibantu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2013 at 9:58 PM

maaf kerana mencelah....tp dgr cerita dr sudut pengurusan sabasun sgt lemah....n kebajikan pekerja langsung tk di ambil peduli???

....................
Reply To This Comment ...................
November 26, 2013 at 10:28 PM

@Anonymousdari perbualan saya dengan staff sabasun,tidak nampak pula apa yang saudara dakwa itu ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2013 at 10:23 AM

tidak adil kita menuduh seseorg makan rasuah, selagi tiada bukti. Jln terbaik kena minta bantuan wakil rakyat yg dipilih, wakil Pas lagi bagus sbb itu org K.Tgganu pilih...Jgn membazirkan jawatan yg kita pilih bersama2 utk menjadi memperjuangkan nasib rakyat setempat. Buat apa jadil wakil rakyat kalau setakat tidur lena

....................
Reply To This Comment ...................
November 29, 2013 at 11:37 PM

@asyrafsaudara faham ke tidak isu ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2013 at 1:44 AM

kita tak boleh dengar penjelasan dari sebelah pihak saja..pihak sabasun kata dianaktirikan oleh MBKT. Pihak MBKT pula cakap yang sabasun telah melanggar beberapa syarat berkaitan isu bangunan...pada akulah setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Aku sendiri selalu shopping kat sabasun, apa yang aku nampak struktur bangunan dalam sabasun 1 agak lemah. Contohnya, sesape yang pernah pergi ke sabasun 1, cuba korang pergi kawasan diantara bahagian barang basah dan juga bahagian yang menjual rempah ratus. korang perhatikan betul2 kawasan tu..adakah struktur lantai disitu rata?? Korang boleh rasa dan nampak sendiri bila korang bawak troli kat situ...kawasannya agak curam dan senget sebelah dan bukannya mendatar mcm biasa...lg satu, bahgian opis @ pentadbirannya berada atas bumbung bangunan tu..aku pernah naik beberapa kali atas pejabat dorang pasal aku supplier dorang...apa yang aku perhatikan jika berlakunya sesuatu kejadian @ kemalangan, bagaimana staff2 pentadbiran dorang selamatkan diri ?? dengan tangga besi yang muat2 sorang utk lalu, tiada exit keluar lain, Macam mana dorang nak selamatkan diri? Takkan nak terjun bangunan sabasun plak kan?...Mungkin sebab2 tulah MBKT x luluskan cf bangunan tersebut...aku cakap berdasarkan apa yang aku nampak psl aku mmg selalu ke sana dan aku tidak memihak pada mana2 pihak samaada sabasun @ MBKT pasal aku dah "faham" macam mane cara dorang ni buat kerja pasal aku berurusan dengan mereka...

....................
Reply To This Comment ...................
December 4, 2013 at 3:09 AM

@Anonymoussaudara mungkin tidak klik dan baca link yang disediakan.

Saya ada tulis yang antara masalah utama dalam soal lesen ini adalah - pihak MBKT tidak luluskan TANPA beri sebarang sebab bertulis. Bagaimana hendak tahu apa yang salah dan apa yang perlu diperbaiki ?



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 6, 2013 at 11:09 PM

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tidak pernah `menganaktirikan’ pemilik syarikat Bumiputera Sabasun Hyper Runcit Sdn Bhd (Sabasun) seperti yang hangat diperkatakan masa kini, sebaliknya banyak memberi ruang untuk permohonan lesen mengikut akta ditetapkan.

Datuk Bandar MBKT Dato’ Adzlan Mohd Dagang, berkata MBKT memberi tempoh panjang untuk menyelesaikan pelbagai perkara dan tidak akan timbul isu gantung lesen sekiranya pemilik Sabasun memenuhi syarat pemohonan lesen perniagaan.

Katanya, pemilik pasar raya mini itu telah sedia maklum tentang prosuder pembinaan sebarang struktur di atas tanah kerajaan di mana perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.



"Pasar raya Sabasun yang terletak di Bukit Kecil ini telah lama beroperasi di mana ketika itu kita memberi kelulusan untuk sebuah kedai runcit dengan keluasan 900 meter persegi sahaja.

“Oleh kerana perniagaan kedai runcit itu semakin maju, pemilik Sabasun bukan sahaja telah menukar nama kepada pasar raya besar yang sepatutnya perlu mendapat kelulusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) malah menambah binaan pada keluasan lebih 2,000 meter persegi,” katanya .



Menurut Dato’ Adzlan, MBKT banyak bertolak ansur selama ini dengan pihak Sabasun walaupun mereka banyak melakukan kesalahan seperti menambah binaan bangunan tanpa kelulusan dan permohonan pelan kepada MBKT.

"Sabasun adalah tempat tumpuan ramai.. jika tiada kelulusan bangunan bermakna tiada kelulusan bomba dan agensi-agensi lain dan jika berlaku kemalangan seperti kebakaran dan runtuhan, MBKT juga boleh disaman," katanya..

Katanya MBKT tidak mahu menjual sebidang tanah bersebelahan premisnya untuk dijadikan kawasan parkir, sebaliknya dikenakan sewa RM4,000 sebulana

“MBKT tidak boleh sewenang-wenangnya menjual aset mereka, terutama lokasi strategic dalam bandar.

“Mengikut perjanjian, MBKT memberi sewa kepada Sabasun sekitar tahun 1996, sebidang tanah untuk tapak parkir, namun dikatakan Sabasun melanggar perjanjian dengan membina struktur bangunan di situ,” katanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 6, 2013 at 11:12 PM

Mungkin saudara juga hanya mendengar penjelasan dari satu pihak sahaja tetapi tidak pada pihak yang satu lagi..

cuba saudari klik di sini http://teganukita.blogspot.com/2013/12/mbkt-jawab-isu-pasar-raya-sabasun.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FeKwKT+%28T+E+G+A+N+U+K+I+TA%29

dan saudari akan mungkin akan dapat jawapannya kenapa pihak MBKT tidak meluluskan lesen. Isunya pihak sabasun telah melanggar syarat2 pemberian lesen perniagaan itu sebabnya...

Post a Comment