........... Ops Kutip Saman Bermula Lagi ! Apakata Ops Khas Kejar Pemimpin2 Yang Tak Bayar Saman ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Ops Kutip Saman Bermula Lagi ! Apakata Ops Khas Kejar Pemimpin2 Yang Tak Bayar Saman ?

Friday, November 22, 20135comments


Dah jadi macam satu trend pulak sekarang ni ..... dekat2 hujung tahun jer pasti Polis Trafik akan lancarkan satu Operasi besar2an untuk meng'galak'kan pesalah2 trafik supaya bayar saman segera atau berdepan dengan kemungkinan .... yang tidak menyenangkan.

Baca mStar 22/11 - 1,7 Juta Pesalah Trafik Dikehendaki. ( bayar saman trafik dengan segera ! )

- Tidak mampu menjejaki semua pesalah trafik pada satu-satu masa, polis mensasarkan untuk menahan 251,000 pemandu kereta yang tidak mengikut peraturan, pemandu kenderaan berat serta penunggang motosikal dalam fasa pertama Ops Cantas Trafik.

- "Kami sedang bekerja sama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengesan alamat individu berkenaan bagi memastikan 251, 273 pesalah trafik ini menerima notis," kata Pemangku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Fuad Abdul Latiff.

- Dalam fasa kedua, bermula minggu hadapan, sekatan jalan raya akan dilakukan di seluruh negara untuk menahan pemandu yang melanggar undanh-undang, katanya.

Sekiranya ditahan dalam sekatan jalan raya, pemandu berkenaan akan di bawa ke balai polis, sekiranya dia enggan membayar saman tersebut dia akan dibebaskan dengan jaminan polis serta seorang penjamin.

- Sementara itu, pegawai polis Bukit Aman yang bertanggungjawab dalam pengeluaran waran tangkap dan pengeluaran saman, Timbalan Supritendan S. Markandan berkata pemandu boleh menyemak saman tertunggak mereka di laman web, www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.

"Anda juga boleh menyemaknya di mana-mana kaunter polis trafik, pejabat pos, mesin ATM Maybank, beberapa pusat beli belah terpilih dan cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Dengan notis diserahkan terdapat pelbagai cara untuk menyemak saman, anda tidak boleh kata tidak tahu mengenainya."

Versi omputih - The Star

Dan seperti biasa kita akan kecoh sekejap ..... dah jadi Gaya Hidup Orang Malaysia.

Yang menghairankan saya, kenapa kekadang tu kita boleh baca nama2 pemimpin politik yang punya saman trafik yang berjela2 tertunggak selama beberapa tahun. Kenapa pihak Polis tidak adakan satu Operasi KHAS bagi mengejar para pemimpin yang begini ?

Saya percaya rakyat akan sokong dan ikut perkembangannya dengan penuh minat, dan selepas melihat satu bentuk sikap Kepimpinan Melalui Teladan ditunjukkan oleh golongan pemimpin, pasti ramai pesalah trafik dikalangan rakyat biasa akan ikut sama menunaikan tanggungjawab membayar saman yang tertunggak.

Senaraikan nama2 pemimpin yang punya banyak saman tertunggak itu. Pihak Polis tidak perlu susah payah cari dimana mereka atau cari alamat terbaru mereka ...... rakyat boleh tolong carikan !

Takut nama dihebahkan oleh bloggers, saya percaya mereka semua akan selesaikan sebarang saman yang ada. Diorang ni semua saya percaya tidak punya masalah kalau nak bayar saman pun. Sebab apa diorang tak bayar dulu .... wallahualam.

Tapi jangan pula nanti tetiba keluar pula nama pemimpin ( atas sebab2 tertentu ) tertentu yang masih punya saman tertunggak bertahun2 lamanya .... mulalah rakyat akan pandang serong ketelusan pihak Polis pula.  

Apapun, anda semua baik semaklah kot2 ada saman yang tertunggak. Macam tak biasa pulak dekat2 hujung tahun ni .... Jangan kata tak tahu pulak nanti.

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2013 at 4:32 PM

Haha..mmg canteek cadangan tu.. Cume nk tambah sikit lg jer..417,500 saman trafik tertunggak yg tidak dibayar sejak tahun 2000 oleh rakyat singapura bila nk amik tindakn tegas. Jgn la berani tunjuk garang dgn rakyat biasa je tp tetiba kecut telor bila kesalahan dilakukan oleh org/rakyat luar atau vvip. Kata menjunjung tinggi perlembagaan dan takde siape yg lebih tinggi dr undang2..sp buktikan lah dgn tindakan.. Rakyat dh muak dgr retorik lagu ni...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2013 at 6:30 PM

salam,

yup, saya sokong bro. mulakan dengan ikan besar-besar, yang mahal-mahal berdatuk datin. lepas tu, barulah cari yg ikan bilis ni. itu pun kalu igp ada telur la. kalu dgn penjenayah, memang telur mereka besar, dengan ikan bilis lagi la besar. harap dapat pastikan semua keta pemimpin (tak kira aliran politik) bebas saman dahulu. tak kira la awak bawa atau tidak. terutama keta karpal singh, keta pm, keta kak mah, keta bang nuar dan sebagainya. jgn kutip yg rakyat bawah dahulu, kutip yg pemimpin dahulu termasuk keta isteri igp kalu ada. polis trafik kena bayar dahulu. baru la rakyat ikut bayar saman. polis trafik kena dahulukan dan utamakan pemimpin dalam membayar saman kerana rakyat akan cuba ikut pemimpin mereka. senang je nak tahan mereka ni, buat sekatan di jalan parlimen semasa parlimen bersidang. nanti ada balaci kata pemimpin tak perlu bayar saman. bro boleh buat kempen, pemimpin bayar, rakyat bayar.

....................
Reply To This Comment ...................
November 22, 2013 at 6:34 PM

Agak nya lah, siapa yang paling banyak tidak bayar saman ? Melayu, Cina, India atau kaum-kaum lain ? Umur linkungan berapa dan jantina.

Paling penting Umur Kereta. Ada kah jenis yang sudah 12 tahun atau lebih. Kita semua nak tahu. 1.7 juta kenderaan dan pemandu jika di nilai am. Oooh banyak tuuu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2013 at 8:35 PM

Masuk tak keta org singapura? Polis tak mau kutip ke? Sblm kutip saman dr rakyat mesia, pastikan dulu org singapura pun dah jelas saman. Ni asyik nak kenakan rakyat sendiri jer. Mana wakil rakyat ni. Tidurrrrrrrrr ke atau nak bela kak mah dan ah jib gor aje. Rakyat tak perlu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2013 at 8:02 PM

Apa punya kerajaan ni? Beratus ribu rakyat Indon yang megguna I/C palsu untuk dapatkan lesen memandu kereta dan moto mereka tak tangkap! Rakyat Malaysia yang tak ada duit untuk bayar saman Ah Jib Gor nak tangkap!!! Macam tak mahu memang PRU14 !!!

Alfie

Post a Comment