........... Nik Amar - Pemimpin Paling Jujur dalam Sejarah Pas ! ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Nik Amar - Pemimpin Paling Jujur dalam Sejarah Pas ! !

Monday, November 11, 201310comments


Bagi saya kenyataan terbuka calon Timbalan Presiden Pas, Datuk Nik Mohd Amar Abdullah dalam sidang media semalam merupakan satu2nya pengakuan ikhlas dari seorang pemimpin Pas akan senario politik semasa Pas. 

Begitu terbuka, rendah diri dan ........ PENUH KESEDARAN !

Menurutnya, berdasarkan keputusan pilihan raya umum (PRU)  lalu, PAS adalah parti gabungan Pakatan Rakyat yang mendapat kerusi paling sedikit berbanding PKR dan DAP.

“Kita kehilangan sokongan dari masyarakat Melayu sendiri tentu ada sebab kenapa yang perlu kita cari penyelesaiannya.

“Pada pandangan saya, kita tidak boleh mengambil alih kedudukan Umno dalam negara sekiranya kita tidak menarik sokongan orang Melayu Islam dalam negara ini terlebih dahulu,” ujarnya. - HARAKAH.

Bila kali terakhir anda mendengar pengakuan sebegini dari seorang pemimpin tinggi Pas ? Saya sendiri tak boleh nak ingat ..... sebab selalunya orang Pas ni kalau bercakap, tak pernahnya nak mengalah.

Pas lah yang terhebat ! Biarpun tersungkur dan hidup atas penipuan politik keagamaan ( Pas itu Islam ), namun ego tetap tinggi mencanak. Tidak wujud resam padi yang bila semakin berisi, semakin tunduk ke bumi dalam jiwa orang Pas.

Kalau tak silaplah, kali terakhir yang sipi-sipi seorang pemimpin Pas buat pengakuan ikhlas sebegini adalah ketika Presiden Pas mengaku yang Pas memang diperKUDAkan. 

Tapi dek ego yang tak bertempat, sempat juga Hadi menambah - sekurang2nya Pas itu kuda perang ! Hahahahaha ......

Kali ini Nik Amar bagi sebiji penampar kepada keseluruhan orang Pas - PRU13 yang lalu, Pas sudah kehilangan sokongan orang Melayu !

Cuma Harakah saja yang masih cuba menyelamatkan sisa2 maruah Pas dengan memilih tajuk yang selamat - Nik Amar bertanding untuk suburkan demokrasi padahal kalau mengikut kenyataan beliau, tajuk yang lebih tepat mungkin - Nik Amar bertanding demi menyelamatkan maruah Pas.

Itupun Harakah dah seberapa banyak cuba melembutkan pukulan ego dari Nik Amar. Bandingkan dengan kenyataan beliau dari Sinar yang memetik dari sidang media yang sama -


"Undi Melayu Islam dah banyak lari dan Pas jika berterusan begini tidak akan mampu untuk menggantikan tempat Umno. Kita mahu tahu dan mengatasi kenapa bangsa Melayu menolak Pas."

Mengenai tahaluf siyasi Pas dalam PR, Nik Amar juga membuat satu pengakuan yang ikhlas namun agak tersirat -

“Tetapi kita melihat dari sudut keberkesanan kita bila berada dalam Pakatan Rakyat, kenapa undi orang Melayu kepada PAS merosot walaupun kita memerlukan juga undi kaum lain untuk menang,”


Tidakkah itu satu pengakuan yang Pas terpaksa bergantung nasib kepada Tsunami Cina untuk kekal relevan dalam PRU13 ? Pengundi yang memilih Pas bukannya kerana apa yang diperjuangkan oleh Pas tapi kerana ingin menjatuhkan kerajaan Melayu Islam !

Ironik kan ? Pengundi kafir menjadikan Pas, parti yang kononnya memperjuangkan Islam, untuk menjatuhkan kerajaan yang dikuasai oleh orang Islam ...... sementara orang Melayu Islam yang takut kepada kebangkitan kafir Dap telah menolak Pas yang bersekongkol dengan Dap dan memilih Umno.

LEBIH IRONIK lagi - Kedua-dua Pas dan Umno PERASAN LEBIH !

Pas PERASAN yang kononnya orang Cina sudah menerima perjuangan Pas sementara Umno PERASAN yang orang Melayu suka pada nya.

Yang benar2 mewakili Melayu Islam sekarang SIAPA ? ?

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
November 11, 2013 at 9:14 AM

Dua dua Parti pun kena tipu dengan Cina hidup-hidup.Tapi dua-dua parti masih sibuk terhegeh-hegeh menjilat tisu bekas seletan berak mereka.Sampai sekarang aku tak tahu kenapa?

Mungkin pemenang "WEIRD Celebrity Award" tempohari ada jawapannya.

Izinkan saya mengundurkan diri.

Sekian

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2013 at 10:48 AM

Boleh caya ke dengan mamat ni?? muka je senyum sokmo tapi sembang kencang aka kencing jugak..

http://www.youtube.com/watch?v=E5R3PJxGZnU

....................
Reply To This Comment ...................
November 11, 2013 at 10:54 AM

PAS tak diterima di Sarawak.Tapi sibuk nak bertanding.Buang duit dan masa aja,

....................
Reply To This Comment ...................
November 11, 2013 at 11:42 AM

@AnonymousSaya tak kata saya sokong dia cuma kenyataan dia saja yang saya puji :)

Dari apa yg saya lihat/dengar masa di k.Besut aritu, mamat ni pun lebihkurang sama jer ngan pemimpin Pas lain

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2013 at 11:51 AM

@dinturtlekenyataan menjelang pemilihan pucuk pimpinan PAS 2013, jika tidak tak pun keluar kenyataan sebegitu. Nanti ada la mangkuk dalam PAS sendiri yang kata kenyataan mamat ni diputar belit oleh media pulak? Hehe, spesis parti tak boleh pakai, dengar je boleh, tak boleh percaya terus...

....................
Reply To This Comment ...................
November 11, 2013 at 12:04 PM

"Yang benar2 mewakili Melayu Islam sekarang SIAPA ? ?"

nobody.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2013 at 3:03 PM

soalan brader yang last tu betul2 terbaik!
kenapalah umno dgn pas tak sedar yang diorang tu perasan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2013 at 3:44 PM

Selagi penyakit perasan dan SS (Syok Sendiri) kedua2 parti Melayu Islam ni tidak dipulihkan selama itulah undi Melayu akan berpecah..dan yang akan tersenyum lebar ialah kaum cinabeng sebab inilah agenda mereka selama ini..pecahkan persekutuan orang2 Melayu maka hilanglah dominasi bangsa itu dalam politik negara..Soalan Cepumas sekarang "Siapakah yang mewakili orang2 Melayu Islam sekarang?"..cuba2lah renungkan wahai bangsaku..

....................
Reply To This Comment ...................
November 11, 2013 at 4:49 PM

dalam politik ne tak ada kawan yg setia..dan tak ada musuh yg kekal..so, faham2 je lah dan tak payah nak lebih2 sgt...org yg duduk kat atas tu bak air berkocak dlm cawan je...ada IPO baru, ada projek baru ada segala apa peluang mereka sapu sama rata..yg kat bawah jelah dok takuk lama....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2013 at 11:32 PM

Samada kita setuju atau tidak, bagi saya keadaan orang Melayu menjadi haru-biru dan kucar-kacir, sementara Cina dan India saban waktu mengira keuntungan yang mereka perolehi akibat perpecahan ketara Melayu adalah disebabkan Anwar Ibrahim. Disebabkan UMNO ambil Anwar Ibrahim joined UMNO, UMNO hampir musnah. Adakah PAS tidak merasakan perkara yang sama sudah semakin hampir terjadi kepada PAS kerana mengambil Anwar jadi sekutu? Geng ulamak dalam PAS mesti setuju. Segala yang disentuh Anwar bakal menerima nasib yang tidak begitu memberangsangkan. Belajarlah dari kesilapan UMNO.

Post a Comment