........... Najib Dah Mula Balik Bercakap Tentang 1Malaysia .... TIDAAAAAKKKKK ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Dah Mula Balik Bercakap Tentang 1Malaysia .... TIDAAAAAKKKKK !

Tuesday, November 12, 201315comments


Saya memang jenis malas nak baca ucapan2 pemimpin yang panjang lebar, biasanya saya main scan sepintas lalu je. Dalam menyecan tadi, saya terlihat perkataan yang sudah lama rasanya tidak disebut oleh Najib..... tiba2 disebutnya balik dalam Kongres Professor Negara II yang bertemakan Gagasan Penyatupaduan Nasional. - UTUSAN. .........iaitu - 1Malaysia !

Takkanlah Najib nak kaitkan lagi isu Perpaduan dengan konsep 1Malaysia yang sehingga kini masih belum difahami rakyat. Rakyat kalau disebut 1Malaysia, selain dari menuding jari kelangit dan jerit 1Malaysia!, hanya kaitkan dengan produk barangan pengguna. 

Kalau dikaitkan dengan isu perpaduan, minta maaflah ..... bagi saya konsep 1Malaysia inilah antara punca utama yang menjadi penyebab semakin banyak tuntutan kesamarataan dari cina kiasu. Pemimpin kerajaan sendiri blur nak jelaskan apa itu 1Malaysia, maka semakin kuatlah puak2 kiasu ini melalak bila tidak ada siapa yang berani menangkis segala tuntutan mereka yang bersulam ayat 1Malaysia !

Konsep 1Malaysia ini adalah anugerah terbesar Najib kepada puak kiasu dan golongan Liberal.


Kalau dilihat dari segi sistem pendidikan, saya tidak fikir ada negara lain ada sekolah kebangsaannya, ada sekolah jenis kebangsaan Cina, jenis kebangsaan Tamil ada aliran agama, ada sekolah mubaligh dan sebagainya tetapi kita masih boleh membawa nagara kita ke tahap kejayaan seperti yang kita ada pada hari ini meskipun kompleksiti ini perlu juga kita fikir bagaimana kita boleh mantapkan lagi proses nation building ini.

Hmmm .... Najib masih nak bangga dengan sistem Pelbagai Sekolah yang menjadi penyebab utama polarisasi perkauman yang semakin ketara sekarang.

Sebab itulah saya bila mengambil alih pimpinan negara, saya perkenalkan Gagasan 1Malaysia. Selain daripada faktor saya sebutkan tadi menambahkan kepada prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara kita, saya tokok tambah dengan Gagasan 1Malaysia.

Sebab bila Dr. Mahathir perkenalkan konsep bangsa Malaysia, ia tidak pernah dinyatakan apa maksud bangsa Malaysia, jadi kita kena lihat bahawa Gagasan 1Malaysia bukanlah mengenai soal pilihan raya.

Biar betik ! Gagasan 1Malaysia adalah TAMBAHAN kepada prinsip2 dalam Rukun Negara ! ? ?

Gagasan 1Malaysia menjelaskan apakah itu Bangsa Malaysia ? ?

Please la Najib, 1Malaysia sudah GAGAL !  Janganlah terlalu tinggi ego tuan untuk menerima kegagalan 1Malaysia. Ia hanya satu SLOGAN jer yang kemudiannya ditokok tambah dengan pelbagai definasi sehingga mengelirukan rakyat.

Dan sebagai orang Melayu, saya lihat 1Malaysia adalah ancaman kepada perjuangan mempertahankan hak bangsa di Tanah Melayu !

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2013 at 9:51 PM

lancau ah jib gor.kami mau pm kami ds najib tun razak.kalau susah sgt utrun je takhta tu.bagi dekat org lain.aku dah tahap menyampah hari2 sumpah seranah.ada terbaca flom kita kt luar negara,ada apa konferens tah.mengabihkan duit je,apa faedah yg rakyat dapat?melainkan pompuan ni syok sendiri.nak duduk sama rendah,diri sama tinggi dgn jantan.x ke liberal namanya????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2013 at 11:50 PM

pompuan ni....duduk dah tentu le rendah.....berdiri ...malas nak cakap le....dah tentu le tak tinggi2.....

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
November 13, 2013 at 12:02 AM

sebenarnya Konsep BANGSA MALAYSIA lagi memudahkan rakyat memahami apakebendanya bangsa Malaysia ni.....org luarpun rasanya lebih MUDAH memahami apa dia definisi BANGSA MALAYSIA.....rakyat berbilang kaum, agama n adat budaya, hidup dlm satu negara, saling hormat menghormati n bekerjasama dlm membangunkan Malaysia di mana Melayu/Bumi mempunyai hak2 n kelebihan2 berdasarkan perlembagaan berbanding kaum lain disebabkan merupakan penghuni asal Tanah Melayu ini.

Konsep SATU MALAYSIA pulak?.....menyatukan SEMUA AGAMA n BANGSA , SAMA RASA, SAMA RATA....ENDLESS POSSIBILITIES sebnrnya maksud Satu Malaysia ni

....................
Reply To This Comment ...................
November 13, 2013 at 12:33 AM

Saya sokong Saudara Din Turtle.
Syabas. Amat tepat sekali huraian saudara.
Saya seperti biasa sudah meluat habis. Tengok TV, kalau muka dia keluar, masa tulah saya pergi tandas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 5:53 AM

Sudah Sampai MasaNya TEPAT SEKALI... Ah Jib Gor Turun, Letak Jawatan, Pencen...Jaga Bini Rambut Mengerbang Tuuuh...

Ah Jib Gor Dah Terlalu Banyak Buat Kerosakkan Kepada Orang2 Melayu.. Golongan Bangsawan Nieh Nak Senang dan Mudah Aje.. Ingat Beri BR1M Rakyat Nak Unid Dia.. Phuuuuiih! Boleh Blahlah, Penakut Bini..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 5:56 AM

1 Malaysia telah Merosakkan MINDA Orang2 Melayu... UMNO dan Barisan Nasional.. Yg Untung... Pembangkang... Juga Golongan Liberal...

Apa Yg DiTunggu Lagi Pak Zahid Hamidi.. Beranikan Diri Suruh Najib Letak Jawatan.. Demi Maruah, Martabat Orang2 Melayu dan memastikan Kesinambungan Perjuagan Melayu..

Tun M dah bagi HINT.. Najib Lemah, Pentadbirannya Lemah, dok pie ikut kemahuan Nafsu Berahi Anwarinas Aje...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 7:14 AM

kan aku pernah komen awal2 dulu...1Malaysia ni aku tak setuju sebab akan disalahtafsir dan disalahguna..skrg dah terbukti. cuma jib gor dan geng dia masih ego lagi bodo sombong..

....................
Reply To This Comment ...................
November 13, 2013 at 7:16 AM

Adalah beberapa komen yang saya terpaksa padamkan sebab -

1- duk kritik Rosmah sangat ....tak relevan dengan artikel, ok.
2- Kasar sangat bahasa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 7:22 AM

tengok ajib gor terbayang toilet., nampak toilet terbayang ajib gor...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 9:08 AM

@RD.Ya ! tak sama sama sekali dgn zaman pemerintahan TDM dimana rakyat tertunggu-2 ucapan atau penjelasannya di TV. sebarang pertelagahan hanya memerlukan beberapa patah perkataan TDM. ianya akan merungkai semua persoalan, menamatkan segala pertelingkahan. Rasa sangat beruntung mendapat PM seperti TDM. Beliau disegani oleh kawan mahupun lawan. LKS dan Karpal pun buntu dgn TDM.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 11:39 AM

Yahooo!! Lepas ni boleh la tengok pak menteri berlumba-lumb angkat jari telunjuk diikuti jeritan beramai-ramai Satuuuu Malaysiaaaaa sambil tersengih-sengih.

Tak dapat lupa tengok muka najib malam pru13. Muram abis sebab kena kencing cina komunis hidup-hidup. Nampaknya belum, serik lagi PM 1Malaysia ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 5:05 PM

Bro Din,

Kenapa Tak Buat Artikel - Sejauh mana Peranan Rosmah di dalam Pentadbiran Kerajaan Najib? Apakah Benar ada Campurtangan, Pilih Kasih, Favourite Candidate dan Penetuan yg di lakukan, dimaklumkan dan di dalam sebarang ketetapan dan keputusan yang dibuat.

Dulu ramai dok Kata KJ, Pemuda Tingkat 4 ke 14 ke yang memain peranan di dalam Sebarang Keputusan Rasmi... Andain dan tohmahan itu berlalu sebegitu saja..

Apakah Kita takut untuk menerbit, mengatakan, mengiakan, membetulkan keadaan yang benar2 berlaku atau pon kita yang tahu dok diam2 baling batu sembunyi tangan?

Biar masyarakat Marhaen main dengan berita angin, yang boleh membahayakan negara..

....................
Reply To This Comment ...................
November 13, 2013 at 5:28 PM

@AnonymousMemang menarik tajuk tuh ! Tapi bahannya/info nak dapat mana ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 8:33 PM

SATU SATU MALAYSIA!!!!Uweeeekkkk

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2013 at 8:22 AM

Samalah kite..nampak muka dia kat tv cepat2 kalih. Berbulu je tengok muka tak semenggah dia ni. Kalau tv tu harga macam 10 keping roti canai..memang aku penerajang tv setiap kali muka dia keluar tv. Nak cadangkan pada brader din supaya muka najib ni disamarkan tiap kali nak letak dlm blog ni. kalau tak kami kalih baca blog lain..kui..kui..

Post a Comment