........... Muktamar Pas 59 - Ucapan Dasar Presiden Paling Lembut Dalam Sejarah ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Muktamar Pas 59 - Ucapan Dasar Presiden Paling Lembut Dalam Sejarah !

Saturday, November 23, 20136comments


Jika anda rajin baca Ucapan Dasar Presiden Pas ( KLiK ) anda akan perasan satu kelainan kali ini. Langsung tidak disebut perkataan walau sekali Negara Berkebajikan atau Hudud dalam keseluruhan hampir 1300 patah perkataan yang diucap oleh Hadi semalam !

Dalam mengulas keputusan PRU13, Hadi juga tidak sebut akan senario orang Melayu yang telah menolak Pas melihat kepada penurunan undi Melayu dan pengurangan bilangan kerusi yang berjaya dimenangi Pas.

Tidak ada lagi seruan2 perjuangan ke arah menegakkan negara Islam atau yang seumpamanya. Apakah Presiden Pas dah hilang taringnya dan semakin lemau semangat perjuangannya ?

Perenggan ke 10 ( yang merupakan perenggan terpanjang dalam ucapan beliau ) mungkin merupakan mesej utama yang ingin disampai oleh Presiden Pas -


10.        Kedudukan kita yang sedemikian ini, hendaknya sedikit pun tidak melemahkan semangat kita semua untuk terus berjuang. Kekalahan kita yang menyebabkan hilangnya kerajaan negeri Kedah pula, wajar diteladani, tetapi janganlah sehingga melemahkan semangat sehingga kita lupa erti sebenar perjuangan. Kita masih menjadi pilihan rakyat di DUN Sungai Limau Kedah, dalam Pilihan raya Kecil yang baharu sahaja berlalu. Kita wajib muhasabah diri sendiri secara dalaman, bukan hanya menjadikan lawan sahaja sebagai penyebab kekalahan kita. Semua itu wajar menjadi sempadan dalam lipatan sejarah dalam kita bergerak ke hadapan. Allah berfirman kepada generasi awal yang tewas dalam peristiwa Uhud :

(Patutkah kamu melanggar perintah Rasulullah)? dan (kemudiannya) apabila kamu ditimpa kemalangan (dalam peperangan Uhud), yang kamu telahpun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan kemalangan kepada musuh dalam peperangan Badar), kamu berkata: "Dari mana datangnya (kemalangan) ini? "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kemalangan) itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri (melanggar perintah Rasulullah)". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [al - Imran : 165]

iaitulah supaya Pas bermuhasabah dan melihat kepada kelemahan sendiri daripada berterusan menuding jari kepada pihak lawan ( siapa lagi kalau bukan Umno ! ) atas apa juga kelemahan Pas.

Hmmmm .... apakah mesej ini berjaya difahami oleh para perwakilan dan ahli Pas yang lain ?

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2013 at 3:20 PM

Kalo dah keputusan dewan ulama pas sendiri yang telah memutuskan untuk mengkaji tahaluf siyasi ngan dap pun pemimpin pas taknak dengar. Habis tu, cakap siapa lagi yang mereka nak dengar ? Sebab itulah aku menyokong 100% agar pemimpin pas yang berjiwa liberal dikekalkan. Pemimpin liberal inilah akan terus memastikan supaya pas terus hanyut ngan tahaluf siyasinya. Mereka yang digelar oleh hasan ali sebagai parasit ini akan terus menjadi penghalang kepada penyatuan pas - umno. Golongan ulama akan disisihkan secara perlahan-lahan. Manakala golongan anwarinas akan mendominasi kepimpinan tertinggi pas. Perkara yang paling buruk ialah apabila golongan syiah pun cuba untuk merebut jawatan dalam pas.

....................
Reply To This Comment ...................
November 23, 2013 at 4:10 PM

Saya rasa elok saja PAS keluar dari PR. Masa yang paling sesuai ialah apabila dekat PRU14 nanti. Buat masa sekarang, PAS mesti bertindak tegas dengan DAP dalam Pakatan. Jangan biarkan mereka ternampak seperti 'menunggang' di belakang PAS. Kembalikan pengaruh PAS dalam mempertahankan orang Melayu islam. Demand lebih banyak lagi jawatan dengan ugutan mahu keluar Pakatan.
Ramai penyokong UMNO sekarang, seperti saya telah meluat dan berada dipersimpangan. Saya sedang mencari Party yang lebih credible untuk PRU14 nanti. Harap-harap PAS boleh menpati cita-rasa saya. Tapi janganlah amalkan Nepotism dan Kronisma seperti DAP & PKR.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2013 at 6:19 PM

ahli dan pewakilan pas mana nak faham bab salah diri. silap-silap dia maksudkan lain makna presiden mereka cakap. tertukar menjadi umno salahkan pas menyebabkan pas kalah dan tak diterima orang melayu. bagi mereka, semua yg dalam quran telah mereka patuh sampai tok guru pun cakap, semua ahli pas ulama. bila dah ulama, cakap org yg bukan ustaz, sori naik lori la mereka nak dengar. so bila ulama cakap macam ayat quran la, tak boleh tolak, nanti kafir. itu dalam pemikiran ahli pas. yg hadi cakap dolu-dolu, mereka dah lupa. yg mereka ingat ialah perkataan semasa iaitu setiap kali ceramah diadakan. ceramah lama mereka lupa dah. tapi apa yg pemimpin bn buat, mereka tak lupa. errrrrr pak mus seluar dalam putih kekal lagi ker sebagai su agung atau tukar kepada husam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2013 at 9:18 PM

aku doakan semoga mat sabu ... pelakun tersohor di hotel perdana kekal sebagai naib presiden parti agama pas ... mystapa alu ... pelakun spender ku warna putuh kekal sebagai setiausaha agung parti agama syiah ... er pelakun keretapi ku ... tak bertanding ka ... aku nak doakn dia menang ni ... er sahabat iblis masih kekal ka sevagai murshit dol parti ajaran sesat nih ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2013 at 9:50 PM

dari amanat presiden pas yang mahu kekal dgn dap dan pkr ... maka akar umbi pas telah menghadam maksud tersirat presiden pas yang mahu pelopor pakatan ini kekal ... makanya mat sabung menang sebagai naib presideng pas ... fuh penzina pun buleh jadi naid presideng ... maka benarlah slogan pas kini ... pad for all ... geng ulam mak ditolal kerana mahu pas berdiri tanpa gabungn dap dan pkr ... alamak telah menolak ulam msk ... kerana paktwa nabi pad bahawa betsahabat nga iblis adalah aula dan amat mulia serta banyal manfaatnya ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2013 at 1:59 PM

Meremang mendengarkan syarahan Hj Hadi pada tahun 80-90an dulu. Masih ingat lagi syarahannya mengenai khalifah Islam yg memerangi satu golongan yg mencemarkan seorang wanita Islam dgn menarik baju wanita tu sehingga terkoyak. Syarahan hj Hadi mmg serius dan tak ada lawak. Tapi itu dulu.

Post a Comment