........... Muktamar Pas 59 - Calit Tak Main la, Kita Main Tebuk ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Muktamar Pas 59 - Calit Tak Main la, Kita Main Tebuk !

Sunday, November 10, 201312comments

Diberitakan yang Pas akan menggunakankaedah khas iaitu menebuk setiap tag perwakilan yang telah mengundi pada pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS pada 22 November nanti bagi mengelak pengundian berulang.

Peeeergh ! Canggih tuh ........

"Dakwat kekal kita tak guna sebab ia bukannya kekal pun, kita akan menggunakan penebuk khas dan setiap tag yang dipakai oleh perwakilan akan ditebuk pada waktu pemilihan nanti.

"Ini bagi mengenal pasti mereka telah mengundi, untuk berlaku pengundian dua kali itu mustahil sebab tag dikeluarkan oleh PAS Pusat dan ia tidak akan berlaku," katanya - Harakah.


Kenyataan yang tak boleh blah -  Dakwat kekal kita tak guna sebab ia bukannya kekal pun ... sempat lagi tuh menyindir ! hahahahaha ....

Kalau dah tahu dakwat yang digunakan SPR itu tak kekal, kenapa tidak cari jer dakwat yang sebenar2nya kekal ?

Bukan apa ..... teringat dua tahun dulu,Pas juga yang bersungguh2 mahu SPR gunakan sistem dakwat kekal berbanding sistem biometrik. Kononnya -

"Berbeza dengan dakwat kekal, apabila sesorang itu dicalit dakwat, semua orang tahu bahawa beliau telah mengundi dan tidak boleh mengundi lagi," kata Dr Dzulkefli yang menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP).

Beliau tambah lagi -

"Mengapa takut sangat dengan penggunaan dakwat kekal sedangkan ia terbukti berjaya di negara yang paling lama demokrasinya di dunia sebelah sini iaitu India.

"Cara ini mudah dan telus kepada rakyat kerana isu sebenar adalah ketelusan. Guna biometrik hanya akan dapat ditentusahkan oleh pegawai bertugas sahaja berbanding dakwat kekal yang boleh disaksi oleh semua yang berada dalam tempat mengundi," - Harakah 25 Julai 2011.

Nah .... buktikanlah, jangan pandai cakap saja. Carilah dakwat yang memang kekal dan waktu sama mengikut syarak dan praktikkan apa yang dicakap. Kemudian Pas boleh jadi pembekal kepada SPR dakwat yang sama untuk PRU 14 ! 

Bukankah ini masa yang terbaik untuk memBUKTIkan yang Pas tidak cakap kosong.


Ni main tebuk2 ni setakat pemilihan peringkat parti bolehlah digunakan. Untuk PRU tak masuk akal nak guna cara begitu. Tapi bagaimana kalau ada mamat yang gatal buat salinan tag dalam pemilihan Pas nanti ? 

Tak mungkin lah ! Takkan pemimpin atau orang Pas nak menipu...... Pas parti Islam, orang Pas semua jujur, tak main tipu2 nih. Berdosa kalau menipu. Bukan macam Umno ...... kan ?

Habis tuh ...... kenapa perlu tebuk juga tag ? Tak percaya kepada kejujuran wakil pemilih Pas ?

Errr ......


Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 10, 2013 at 9:55 AM

Baiikk punye cucuk din... I like!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 10, 2013 at 11:16 AM

Filem KL Gangster pon bole bocor walaupun orang tertentu jer yang boleh simpan master copy. Inikan pulak PAS sebagai sebuah organisasi yang besar. Bolehkah kita yakin takkan berlaku sebarang kebocoran ? Siapakah yang diamanahkan untuk menjaga tag tersebut ? Adakah tag tersebut benar-benar diuruskan secara telus dan terkawal ? Harus diingat bahawa tag yang telah ditebuk, boleh discan semula, diedit menggunakan photoshop dan boleh diprint semula sebagai tag yang baru. Penyelesaian terhadap masalah tag klon ini ialah dengan menggunakan tag yang bercip atau mempunyai ciri-ciri keselamatan bermutu tinggi seperti yang wujud pada wang kertas atau IC. Kalau setakat tag yang menggunakan kertas biasa yang dilaminate, ketirisan atau kebocoran kemungkinan besar akan berlaku.

....................
Reply To This Comment ...................
November 10, 2013 at 11:33 AM

Mustapa Ali cukup terrer bab-bab tebuk ni. Mungkin ini idea beliau.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 10, 2013 at 12:59 PM

selalu buat lawak...

....................
Reply To This Comment ...................
November 10, 2013 at 1:31 PM

Konon parti Islam tapi tak percaya pada ahli-ahli sendiri. Dasar penipu, putar alam suka main fitnah. Termasuk bloggers mereka. Bila tiada benda nak fitnah, nak tulis, cerita pasal mursi, al sisi dan mengagongkan dongeng orang lain. Bodoh piang, macam geng mat sabu al mahfuz. Kita nampak Pas amat teruja dengan idola personaliti keramat mereka (tahukan) yang suka menerjah semborona. Hai....dosa..dosa. Suka sangat dengan dosa.

Harap benar Ulama PAS bangun dari tidur. Kempiskan perut-perut buncit dari perkara yang di laknat Allah SWT. Buat landasan baru, progresif yang ber AKAL. Akal yang sudah tidak di gunakan lagi akibat teruja nafsu serakah main belakang Dalam pakatan haram mereka.

Kita bersama Utusan. Kita sokong Ulama-Ulama mereka yang telah di tapaikan sekian lama menjadi tapai yang bernilai tinggi (blog zul kulim)

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
November 10, 2013 at 1:36 PM

dr tebuk TAG, baik tebuk dkt HIDUNG terus.....senang nak jd lembu ke, kerbau ke, keldai ke........:)

spt catatan bro, TAK SANGKA golongan Ulama pewaris nabi mengamalkan konsep MENIPU/HANTU dlm pemilihan parti sendiri.......doktrin yg ditanam kpd rakyat nampaknya sudah mempengaruhi PAS sendiri....hahaha....:)

....................
Reply To This Comment ...................
November 10, 2013 at 3:08 PM

Assalam,
ooo PAS pon pakai sistem democrazy ka...sistem dajjal tu hehehe...sistem haramjadah penjajah tu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 10, 2013 at 3:53 PM

Baik tebuk kt bontot kalau jalan ngenkang tu dah mengundi la maksud dia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 10, 2013 at 6:20 PM

PAS memang suka menebuk...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 10, 2013 at 8:24 PM

tugas menebuk tag itu alan diberikan kepada mustafa ali, mat sabu, adun peruppk dan adun selising ... mereka ni palar tebuk menebuk.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 10, 2013 at 8:42 PM

Tebuk mana mana...tebuk mana mana.....tebuk mana mana....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2013 at 12:10 PM

Parti PEMBOHONG

Post a Comment