........... MKPN Cari Jalan Perpaduan Nasional TAPI Jangan Kacau Sekolah Vernakular ! ..... Kan ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MKPN Cari Jalan Perpaduan Nasional TAPI Jangan Kacau Sekolah Vernakular ! ..... Kan ?

Tuesday, November 26, 201311comments


Hasrat kerajaan mahu memastikan perpaduan nasional tercapai sememangnya dipuji. Perkembangan akhir2 ini dimana polarisasi kaum begitu menyerlah dengan kemunculan isu2 yang melibatkan sensitiviti perkauman dan agama memerlukan satu pendekatan baru bagi mengkaji semula struktur sosio budaya yang menjadi asas perpaduan rakyat negara ini.

Rakyat semakin vokal bila medium untuk bersuara secara bebas semakin banyak tersedia. Tapi bila mereka yang bersuara itu tidak memahami konsep perpaduan apatahlagi mereka tidak menghormati sensitiviti antara kaum, maka ia bakal mencetuskan pelbagai polemik yang tidak berkesudahan. 

Dalam konteks apa yang berlaku akhir2 ini, keadaan bertambah parah bila semua perkara dijadikan bahan politik dimana ketegangan dan perasaan syak wasangka berasaskan perkauman sengaja dicetuskan.

Setelah 56 tahun negara merdeka dan kita masih lagi tercari2 formula perpaduan rakyat ..... Dimana silapnya ?

Tindakan Najib melalui penubuhan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara ( MKPN ) dilihat sebagai satu usaha menangani masalah hubungan antara kaum kita yang masih tidak pernah dapat diselesaikan dengan efektif.

"Kita ada dua pilihan. Kita boleh mengambil sikap apa yang terjadi terserah kepada perkembangan keadaan, atau cuba mengolah perjalanan negara melalui intervensi positif supaya proses pengukuhan integrasi dan penyatuan nasional serta perpaduan nasional bergerak mengikut landasan lebih terjamin,"

Tapi bila membaca tujuh panduan atau syarat yang ditetapkan kepada MKPN, saya merasa sangsi akan tujuan sebenar ditubuhkan MKPN !

Menurut beliau, panduan itu menggariskan apa sahaja yang diputuskan mesti berlandaskan kepada Perlembagaan, menjadikan Rukun Negara sebagai landasan serta mengambil panduan daripada Gagasan 1Malaysia yang antaranya terkandung prinsip menegakkan keadilan sosial.

Selain itu beliau berkata, program-program yang diatur juga perlu lebih bersifat neutral, bukan berkisar kepada agama dan kaum selain menghormati sensitiviti antara satu sama lain.

Tambahnya, objektif yang mahu dicapai itu turut mengambil kira Model Baharu Ekonomi (MEB) dalam konteks memastikan kekayaan negara dapat dikongsi secara inklusif, adil dan saksama. - Utusan.

Mengambil panduan daripada Gagasan 1Malaysia yang ternyata gagal ?

Jika benar Najib ikhlas, MKPN seharusnya diberi sepenuh kebebasan untuk membuat penilaian dan memberi cadangan2 terbaik kepada kerajaan. Dan MKPN juga harus diberi kebebasan untuk menilai dan mengkritik 1Malaysia jika mereka dapati konsep ilham Najib itu gagal.

Mungkin MKPN mampu memberikan satu alternatif kepada 1Malaysia ? Lagipun cadangan dari MKPN tidak mengikat kerajaan -

"Terpulang kepada Kabinet untuk menerima sepenuhnya atau sebahagian besar cadangan tersebut. Ini bukan soal politik tetapi kita mahu mengambil perspektif jangka panjang untuk masa depan negara,"

Jadi kenapa perlu kekangan atau syarat yang saya lihat lebih kepada menjadikan MKPN tidak lebih kepada satu wayang kulit saja.

Yang paling saya tidak setuju adalah kewujudan satu syarat tersirat yang begitu jelas kelihatan walaupun tidak dinyatakan secara spesifik oleh Najib iaitu -

Jangan sentuh kewujudan sekolah vernakular !

Kalau punca utama kepada masalah polarisasi kaum tidak dibenarkan disentuh bagaimana mungkin masalah perpaduan antara kaum mahu ditangani ? !

Bagi saya - penubuhan MKPN sudah GAGAL diperingkat awal lagi. 

PS - Oya, itu belum saya pertikaikan kelayakan / kewajaran pemilihan sesetengah Ahli MKPN yang saya kira melawakkan !

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2013 at 2:29 PM

Najib menobatkan dirinyer sbg bapa VERNAKULAR... Kalo gitu seeloknyer najib bubarkb sekolah kebangsaan ,tukar semua jadi sekolah vernakular...mulai hari ini jadikan bahasa cina /mandarin bahasa utama Malaysia...n jgn lupe ah jib gol tikar nama Malaysia pada CINASIAL,... Sonok tol najib jilat jubor cina...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2013 at 3:45 PM

Saya percaya kalau MKPN diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengemukakan cadangan, sudah tentu pemansuhan sekolah vernakular adalah antara cadangan utama. Itupun jika tiada tentangan daripada ahli-ahli MKPN yang bukan Melayu. Satu lagi yang aku musykil ialah nama-nama yang disenaraikan sebagai ahli MKPN adalah agak meragukan terutamanya dari segi corak kecenderungan aliran pemikiran mereka, antaranya seperti Wardina Safiyah, Marina Mahathir dan Saifudin Abdullah. Aku meragui adakah mereka benar-benar boleh membantu PM dalam mencadangkan agenda perpaduan nasional. Takut-takut nanti MKPN akan menjadi penasihat atau konsultan yang mempunyai perangai sama seperti penasihat-penasihat PM yang lain.

....................
Reply To This Comment ...................
November 26, 2013 at 5:34 PM

Najib sengaja letak 3 mangkok tu ( Wardina, Marina dan Saifudin) dan beberapa mangkok lagi dalam kabinet dia untuk membantu dia dalam meliberalkan Malaysia sama macam Dolah Tdo letak Zaid sebagai Menteri Kehakiman dulu konon nya untuk mengembalikan mertabat badan tersebut yang konon nya korup.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2013 at 6:34 PM

"....... perlu lebih bersifat neutral, bukan berkisar kepada agama dan kaum selain menghormati sensitiviti antara satu sama lain".

kemana kah perjuangan AGAMA dan BANGSA kira itu tidak diambilkira? ada kah tujuanya untuk memberikan kelebihan kepada kaum lain? aku yakin sekolah vernakular akan tetap menjadia impian Najib untuk dilaksanakan. bangsa Cina akan lebih selesa dan Melayu akan bertambah derita. Azan pun tidaklah lagi akan didengar berkumandang di udara kerana bunyinya yang kuat akan menggugat ketenteraman kaum lain.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2013 at 7:09 PM

Konsultan lagi??? Najib ni mmg patut dapat gelaran bapak konsultasi malaysia la. Benda asas dalam pembentukan negara pn najib bg konsultan buat.dah tu najib dok pikir mende? err..MKPN ni termasuk tak dlm kos 7.2 bilion najib?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2013 at 7:54 PM

Wardina?who is she?memang betulla najib akan amik sape je yg suka mengutuk2 dn memperlekehkan kerajaan.bloggers yg penat2 membacking kerajaan dia lgsg tak pandang.go to hellla!benci tahap gaban dgn kerajaan skrg ni.wpun mmg lgsg tak minat dgn pakatan tahpape tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2013 at 10:29 PM

Najib ni saya dah faham perangai dia. Dia punya misi adalah mengalahkan Anwar, Kit Siang, Hadi, atau sapa-sapa yang membangkang walau dengan cara apa sekalipun . Misi memperkasakan Melayu hanya setakat acah-acah saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2013 at 4:41 AM

Wardina Yang Dok Pie Kutuk Kerajaan Selalu Dapat duduk dalam Nieh..

Celako Kau Najib Kau memang Sial... Penat aku tulis siang malam... langsung kau tak ambik peduli...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2013 at 11:23 AM

najib nak ikut idea saiffudin lah ni..masukan mereka yang memusuhi kita dalam satu pasukan...x tahulah siapa yang akan berubah pemikirannya nanti..kj pun dah lantik regina jadi pegawai dia kan..padahal regina tu ahli DAP..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2013 at 12:04 PM

perpaduan mungkin bermula di peringkat dewasa pada pandangan penasihat perpaduan. masa kecil tak perlu diterapkan kerana budak kecil tak faham apa-apa pun. sebab tu perpaduan perlu diwujudkan di peringkat dewasa dan majlis konsultasi perpaduan negara ditubuhkan. wang besar sudah masuk untuk perpaduan dan kpi perlu ada. sekolah vernakular bertujuan untuk rakyat mengekalkan warisan tok nenek di negara asal, tapi bukan pendatang. warisan tok nenek di negara ini tak perlu kerana akan dimaklumkan bila rakyat dah dewasa. kalu rakyat tak memahami kaum lain, no hal kerana sekarang dah ada mkpn, wardina kan ada. kita dah beli dah. orang muda semua suka wardina. kerajaan yakin, mkpn akan berjaya memupuk perpaduan dengan mudah kerana adanya wardina yang disukai oleh semua rakyat malaysia. (mungkin cakap penasihat la)

....................
Reply To This Comment ...................
November 27, 2013 at 4:27 PM

Ini konsep Tuan Penasihat." If u can't beat them u join them".Ah Jib Ngok pun TERKESIMA dan TERUJA dengan nasihat TAIK PALAT Tuan Penasihat misai kontot.Tak heranlah banyak musuh dan petualang sudah berjaya meresap masuk untuk melumpuhkan kita dari dalam.Sekarang dah tak main dari luar.Semua pancut terus dalam.Macam biasa Ah Jib terus senyum rilek brader....brader rilek...

PtuiiiiHHHHH...!!!!

Post a Comment