........... Melayu Liberal - Barah Perjuangan Melayu ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Melayu Liberal - Barah Perjuangan Melayu !

Thursday, November 14, 20134comments

Setelah selesai pemilihan tampok kepimpinan atasan , kita telah disajikan dengan kepelbagaian andaian mengenai dasar dan cara sesetengah kepimpinan yang dipilih yang mana cuba mengubah  corak pemikiran sistem dari dalam.


Seseorang yang menerima fahaman liberalisme ialah orang yang liberal. Liberalisme pula ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi.


Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama “liberal” mungkin mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian,


Dengan kata lain, tidak banyak perbezaannya liberalisme dengan komunisme kerana kedua-duanya ialah alat pihak Barat dalam menakluk sesebuah negara itu melalui dasar-dasar yang diciptakan oleh mereka.


Oleh itu, kita tidak harus memberikan muka pada orang yang berkefahaman liberal kerana orang sebegini contohnya seperti Ketua Pemuda UMNO akan lebih mementingkan kaum lain dari membela nasib bangsanya sendiri yang lebih ketinggalan dari segenap bidang.


 
- Melayu alat pula lemah sehingga menyebabkan mereka mudah diperkotak-katikkan dan membantu memudahkan jalan pihak tertentu bagi melancarkan agenda untuk menghancurkan bangsa Melayu dan UMNO.


 
- Antara contoh-contoh Melayu liberal dan Melayu alat ialah mereka yang melemahkan UMNO dari dalam, mengutuk Perkasa serta lebih mementingkan agenda mensama-ratakan hak rakyat Malaysia ini. Mana mungkin hak boleh disamakan bila kaum Cina telah terbukti menguasai ekonomi negara dan juga majikan di syarikat swasta yang terdiri dari kaum Cina hanya mahukan sesama Cina bekerja dengan mereka?


- Tambahan pula sejak akhir akhir ini ada dikalangan orang orang Melayu yang sudah berani memperjuangkan Ideologi Melayu Liberal dimana mereka mahu diwujudkan kesamarataan


 - Mereka melihat Perkara 153 itu seolah-olah membawa pandangan buruk kepada Melayu, mereka rasa keistimewaan itu macam bantuan kepada orang cacat, benda yang buruk kepada orang Melayu. Ini menjadikan orang memijak Perlembagaan.


Menarik ? Baca keseluruhan artikel di rmf7.

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2013 at 7:14 PM

Din ... Sedarlah engkau bapa liberalisme kat malaysia ialah ah jib gong ... Namanya pun dia liberalkan ... Pendokong librelisme ialah sikitol jahanam aka kj penyokong liberalisme ialah moa yii dem yat seng ... Semua ahli umno telah menjadi penyubur liberalisme kerana mengangkat mereka ini sebagai pemimpin ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 15, 2013 at 3:24 AM

Salam Pok Din,

Kalau Boleh Tolong SPIN-Putarkan (Bukan Kearah Berbelit) Isu RM7.2 Billion...

Ini kerana AMAT Ketara sekali apabila Tiada Satu Pon Blog Pro Kerajaan yang Berani utk Terbitkan artikel tersebut.

Tidak spt Blog Pro-Pakatan, malaysia kini, free malaysia today, chronicle, dsb semua main peranan..

Bayangkan dengan kiraan mudah 1+1=2, Sekiranya Kerajaan Ah Jib Gor Bayar RM7.2 Billion untuk dapatkan Idea Bernas drp Puak KonSultan ini, katakanlah mereka mencadangkan satu projek infrastruktur bernilai RM10 Billion... Jadi Kos projek Infrastruktur ini dah menjadi RM17.2 Billion..

apanak jadi dengan 1.4 Juta Kakitangan Awam (Gaji Buta lah dlm Kes Ini-walaupon bukan semua), gaji mereka tetap kerajaan bayar.. Jadi Tidak ke Menambahkan lagi Kos projek itu? Nak kurang maaflah yea.

Jadi Tsunami Politik Masyarakt Cina kepada pakatan Rakyat.. ada asasnya.... Kalau mereka berkerja, nak bayar pinjaman pelajaran... cukai itu cukai ini, aleh2 Kerajaan Ah Jib Gor Bayar KonSultan!!! Sapper2 pon Maroh Pok Din..

Laa Nieh Mari Kita pikir.. apa guna antor anok belajor ke luar negara, apa guna anak2 kita baut pinjaman berhutang seusia muda, apa guna MARA dok antor pelajar ke luar negara, apabila pemimpin kita Ah Jib Gor langsung tak pandang walaupon dengan sebelah mata???

Kerajaan ah Jib Gor Lemah, Cara Pentadbiran Ah Jib Gor Lemah! Konfirm Lemah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 15, 2013 at 3:30 AM

Government Transformation Program... hebat program kerajaan ini... berdegung berdegang bila dilancarkan...

Rupa-rupanya... Berubah daripada bergantung kepada kakitangan awam kepada Pakar Perunding Luar...

Itulah yg saya faham.. di dalam kes Boros Berbelanja RM7.2 Billion!

....................
Reply To This Comment ...................
November 15, 2013 at 3:06 PM

Ummph...Melayu Alat.
Bagus juga istilah ini.
Melayu yang dah berjaya dan mereka memerlukan sokongan bukan-Melayu untuk terus berjaya. Maklum lah orang Cina duit banyak. Kalau taukeh2 syarikat tak mahu simpan dan menjadi pelanggan di Bank atau syarikat, mereka akan bungkus. Mereka sangat bergantung kepada pelanggan bukan-Melayu. Patutla mereka sanggup gadai bangsa, agama dan negara sendiri.

Post a Comment