........... MAS Rugi Hampir RM1 Billion - Saya Cadang Lantik Wee Choo Keong Sebagai CEO Baru MAS ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MAS Rugi Hampir RM1 Billion - Saya Cadang Lantik Wee Choo Keong Sebagai CEO Baru MAS !

Saturday, November 30, 201316comments


Ex-MP Wee Choo Keong sekali lagi menulis tentang MAS yang diakui telah rugi RM830 Juta dalam 9 bulan pertama tahun ini. ( Rasanya tidak ada masalah angka untuk itu mencapai RM1 Billion pada penghujung tahun .... kan ? Usaha lebih sikit lagi, dapatlah tuh .. ) - KLiK.

Beliau gariskan beberapa persoalan menarik tentang tindakan2 MAS selama ini yang dilihat merugikan MAS.

Tuan Syed OSTB turut memberi komen - KLiK.

Saya tertarik untuk mengulas cadangan dari Tuan Syed ini - Kenapa tidak kerajaan lantik Wee Choo Keong sebagai salah seorang lembaga Pengarah MAS ?

Ya , kenapa tidak ? Itu satu cadangan yang amat baik dan saya SOKONG !

WCK sememangnya begitu arif tentang segala permasalahan MAS selama ini. Selama beberapa tahun ini, blog beliau hanya menumpukan kepada isu2 yang melanda MAS malah komitmen ini turut ditunjukkan semasa beliau menjadi MP melalui soalan2 yang diajukan dalam Parlimen. Tidak ada pemimpin yang lebih tahu tentang masalah MAS dari WCK.

Malah saya lebih suka kalau WCK dilantik saja sebagai CEO MAS ! Supaya beliau punya kuasa untuk melakukan perubahan dan apasaja transformasi yang diperlukan untuk mengembalikan semula MAS kejalan yang benar

Jika anda rajin ikut blog WCK, anda akan setuju masalah kerugian MAS ini bukan hanya disebabkan beberapa tindakan terpencil dari sudut operasi tapi lebih kepada masalah yang lebih dalam .... ibarat barah yang mana harus dibuang terus bahagian yang busuk itu jika mahu melihat MAS kembali pulih. MAS perlu di UBAH keseluruhannya !

Ada dua isu yang mungkin orang akan persoalkan tentang usul ini -

PERTAMA - Kelayakan WCK untuk mengetuai MAS. Saya tidak pasti tentang kelayakan beliau tapi dari apa yang saya tahu, buat masa ini MAS lebih memerlukan seorang DOKTOR untuk membuang segala barah yang ada dalam badan MAS. 

Untuk tujuan itu kita perlukan seorang yang berani, tegas, berintegriti dan bukan kaki bodek untuk bersihkan MAS. Dan orang itu mestilah arif tentang segala penyakit yang ada pada MAS. Siapa lagi kalau bukan WCK ?

Soal operasi MAS ..... saya percaya kakitangan MAS yang telah lama berkhidmat punya kemampuan untuk memberikan yang terbaik untuk MAS. Masalah MAS adalah diperingkat atasan.

KEDUA - WCK seorang bangsa cina ! So what ? KITA BUKANNYA RASIS kepada apa saja yang bernama Cina. Yang kita bengang adalah Cina jenis kiasu yang tak sedar diri. Orang Cina yang jujur, pandai bawa diri dan menghormati orang lain... jenis ini kita tidak punya masalah. Jenis ini yang kita mahukan !

Jenis yang benar2 menjiwai maksud menjadi seorang rakyat Malaysia. Cina jenis begini kita akan lihat beliau sebagai seorang rakyat Malaysia bukan sebagai seorang Cina.


Saya percaya ramai yang akan menyokong Wee Choo Keong dilantik sebagai CEO MAS .... kalaupun untuk sementara bagi memulihkan MAS. Jika adapun bantahan, yang pasti ianya datang dari mereka yang punya kepentingan dalam / melalui MAS ..... biarkan mereka ini melompat supaya kita tahu siapa mereka, dan kenapa mereka melompat.

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
November 30, 2013 at 2:48 PM

Bro
Aku setuju dgn cadangan mu tu. Pertama Tun Abdullah Badawi mesti melepaskan jawatan Penasihat MAS kerana conflict of interest dgn supplier in flight catering ms Ibrahim catering.
Jumlah lembaga pengarshnya pun mesti dikurangkan. Perks ahli lembaga pengarah menjadi beban.
MAS mesti dibenarksn membuat. VSS sekali lagi supaya operasinya lebih lean. Masaalah fundemental mas ni ialah kos operasinya yg tinggi. Akhir sekali jgn ada campurtsngan politik dalam operasinya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2013 at 3:50 PM

Maaf saya masih x percayakam cina kecuali dia seperti ridhuan thee atau pok chu. Kita kene tanya kwnapa 97% masyarKat cina sengaja menolak undi bn walaupn diberi mcm2 walaupn sedar apa akan jadi pada kita org melayu kalau dap menang. Bagi saya mereka membelot kita yg berjasa besar pada mereka dan saya hilang kepercayaan pada mereka.

Having tht said, saya syorkan ceo wajib org mwlayu berjiwa bangsa dan penuh rasa tanggungjwb dan wck sebagai pwnasihat ceo kerana ketelitian dia tentamg masalah mas. Itu pn dh cukup baik bagi saya yg hilang kepercayaan pada org cina.

Gaji pemasihat cukup mantap kan kira ok la tu

Mwlayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
November 30, 2013 at 4:11 PM

Jawatan apa tak penting asalkan punya authority dan pengaruh untuk bertindak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2013 at 6:03 PM

Saya yakin mash ramai org2 melayu berkaliber yg nerjiwa bangsa dan rasa tanggungjwb yg layak menjadi ceo

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
November 30, 2013 at 7:56 PM

Jangan terlalu emosi sampai nak menuduh semua Cina sama - please lah kalau Melayu tahap "hapraq" yang ada dalam MAS termasuk lah punaisihat TUN Dol tu sudah tentu lah MAS akan bertambah parah. Apa salahnya jika dilantik orang seperti WCK yang memang kita tahu mengambil berat tentang MAS ni demi kebaikan MAS sendiri. Bukan semua Cina kiasu (walaupun majoriti kat Malaysia ni kiasu) dan bukan juga semua Melayu hapraq walaupun yang mengemudi Malaysia dan MAS hari ni memang pun hapraq !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2013 at 8:04 PM

salam,

kalu dah ah jib gor boleh pilih sapa saja yg tak pernah suka kepadanya dan khianat terhadapnya, tak salah juga lantik wee jadi ceo mas. mana tahu dengan cabaran secara praktikal akan menyebabkan mulut wee tutup untuk menjayakan mas. daripada bagi kat kaki sapu, lebih baik try kaki komplen, pandai cakap saja atau boleh praktikal juga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2013 at 12:42 AM

xde emosi disitu, cuma bagitau hakikat. ramai org melayu seperti kami merasakan dikhianati. numbers dont lie. kene explain 97% undi tu bro. why?

so logicnya kalau ade org cina amik berat pasal malaysia kita amik dia sebagai pm atau sultan ? semua bende masih perlu berteraskan perlembagaan. itu asas negara kita. lagipn dlm keadaan sekarang dgn isu semasa sekarang adakah kita boleh 100% percaya mereka lagi?

apa salahnya jadikan penasihat instead of ceo.

as simple as tht?

jgn apologetic sgt, bila kita kene question kita kene question. bila kene berhati2 kita kene berhati2.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
December 1, 2013 at 2:33 AM

Kalau cina WCK ariff sekalipun ttg permasalahan MAS takkan secara mengejut nak memberikan jawatan CEO. Biarlah jawatan ajk,ataupun GM ataupun VP3.....yang punyai pendapat dan boleh bersuara dalam komuniti. perlu diingat walaupun WCK bkn antara puak2 cina yg kurang ajar di Malaysia,dia tetap kaum cina yg paling dibenci rakyat jepun, hal ini kerana Cina suka tikam belakng. Tak percaya SiLAkanlah lantik jadi CEO

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2013 at 3:29 AM

Lantik Mat Sabu... Senang Nak Khalwat Dalam Kapal Terbang... Lantik Khalid Ke.. Supaya ada message dalam Kapal Terbang.. Mesti Puak2 sana happie chappie..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2013 at 3:29 AM

Bila Nak Buat Usul Naji Letak Jawatan.. Ah Jib Gor asyik2 dok bela kaum lain aje

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2013 at 3:35 AM

Tulis lah macam2 dalam BLOG... Masalahnya ade ke Pemimpin Melayu Nak Tengok...

Saya Percaya Ayahanda Tun Mahathir rajin baca Blog... Tapi di a baca yang engerish nye aje.. jadi blog melayu nie siapa yang baca????

....................
Reply To This Comment ...................
December 1, 2013 at 3:41 AM

@Anonymoussaudara baca ! Tulis komen lagi ..:))

....................
Reply To This Comment ...................
December 1, 2013 at 3:45 AM

Ada sorang tu tulis beberapa komen balun Najib ..... mohon jaga bahasa ( hanya artikel2 tertentu saja saya lepaskan ) dan jangan lari topik

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2013 at 4:58 AM

Setuju Din Bro... bahasa kena jaga, melambangkan bangsa...

Balun tetap balun bila kena dengan topik perbincangan...

tapi betul jugak yea... ada ke pemimpin yang melayari blog2 pejuang melayu yang berani menyatakan kelainan.. bukannya mengikut dan membodek membuta tuli... asyik2 nak salahkan orang lain aje.. salah diri sendiri tak mahu lihat dan tak nak ditegur??? melayu ooh oooh melayu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2013 at 11:56 AM

@dinturtleJangan jadi eric chia II sudahhh!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 21, 2013 at 4:51 PM

dalam bahagian pentadbiran di semua bahagia syarikat Mas di KLIA terlalu ramai pekerja.mereka adalah senior dalam inflight svc.tolong buat kajian,perlukah mereka ini atau lebih baik diserapkan dalam perkhidmatan balik.

Post a Comment