........... Kos Jet Rosmah Ke Qatar - Satu Pembaziran ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kos Jet Rosmah Ke Qatar - Satu Pembaziran !

Tuesday, November 19, 201329comments

Hmmm ..... nak bincang tak isu ni ? Menarik beb dan saya nampak beberapa blog pembangkang dah mula main isu ini via artikel mkini. Apalagi kalau bukan Isu biaya jet Rosmah ke Qatar ! Rosmah pada 10 November lalu hadir ke Qatar untuk Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke-4.

Heboh juga parlimen tadi sebab perkara ni. Korang klik dan baca sendirilah apa yang didebatkan tadi. Saya cuma nak tumpukan pada perkara yang menjadi isu kepada saya. 


Isu utama saya adalah - PEMBAZIRAN.


BUKAN kenapa Rosmah ke Qatar, BUKAN layak atau tidak Rosmah mewakili negara .... TAPI kenapa perlu naik jet peribadi yang dikatakan - Setiap penerbangan dilaporkan menelan belanja kira-kira RM470,000. Tidak dinyatakan samada ia untuk penerbangan dalam negara atau keluar negara, sebab pasti perbezaannya besar.

Kalau mengikut blogger bigdog, purata perbelanjaan bagi rombongan Najib keluar negara adalah RM1.1 juta tidak termasuk kos minyak.

That is roughly RM1.1 million per overseas trips, minus the fuel charges.

Kenapa tidak Rosmah and gang naik penerbangan komersil saja ? Sebab antara KL dengan Doha,Qatar sudah sedia ada penerbangan komersil secara TERUS contohnya Qatar Airways.


Dikatakan yang turut serta dalam rombongan Rosmah adalah - The Malaysian delegation included Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, who is special advisor to the prime minister on women entrepreneurs and professionals; Datin Seri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad, wife of the Foreign Affairs Minister Datuk Seri Anifah Aman; Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah, wife of International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed; and Datin Seri Che Kamariah Zakaria, wife of Second Education Minister Datuk Seri Idris Jusoh.

Katakanlah setiap sorang bawa 2 orang pembantu, Rosmah pula kita kasi can dia bawa 10 pembantu, tak sampai pun 20 orang. Takkan semua nak naik Business Class ? Pembantu naik kelas ekonomi dah la, tiket pergi balik tak sampai pun RM3 ribu sorang untuk ekonomi. Kalau Business Class harga tiketnya RM10 ribu pergi balik pun, jumlahnya tak sampai RM100k ( itu pun kira dah ekstrim tapi tak perlah )

Bandingkan dengan kos RM1juta lebih yang telah dibelanjakan kerana menggunakan jet peribadi kerajaan !


Boleh sesiapa tolong kirakan berapa banyak TAN Gula yang subsidinya telah dihapuskan oleh kerajaan baru ni, diperlukan dimana penjimatan subsidinya boleh digunakan untuk menampung perbezaan itu ?


Takut rakyat kena kencing manis konon .......


PS - Nak pergi atas urusan resmi, PERGI LAH ! No problem. BAGUS ! Tapi tengoklah keadaan, kalau boleh berjimat, apa salahnya. Kalau dah ada cara yang mudah, senang, selesa dan murah, kenapa perlu membazir ?  Ke salah cara pemikiran saya nih ?

Share this article :

+ comments + 29 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2013 at 2:10 AM

tau x pe bro,semua olang sudah menyampah sama ini perempuan..malas dah nak layan.kita tgk je lah game pompuan ni.heran sungguh bertatun org dok bercakap pasal dia,dia boleh buat pekak badak.huhu kesian rakyat malaysia ada org macam ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2013 at 3:42 AM

sekali pandang.. malaysia kaya.. hebat. terkenal.. gah serata alam.. tak layak la nak campur dgn org lain.. kena la jaga STATUS.. cuba tanya kp umno makna GAH.. STATUS ARTIS.. SELEBRITI + KORPORAT + BANGSAWAN

dua kali pandang.. apasal tak carter aje business dan first class.. ambil aje semua kerusi tu.. book semua...

tiga kali pandang.. LU SAPA GUA SAPA itulah kata tepat utk org bawah mcm kita semua... paham paham aje leeee

tetap sokong umno... tapiiiii mau yg atas dan sebahagian besar PEMBESAR di tukar..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2013 at 5:06 AM

Salah cara anda persoalkan. Itu bidang kuasa suaminya na beri naik jet tu...apala salahnya kuasa PM kalau anda ditmpat nya sama juga

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2013 at 5:12 AM

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/11/18/now-rosmah-can-fly-in-jets-but/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+mycenews+%28MyCen+News%29

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/11/lawatan-rosmah-ke-qatar-adalah-demi.html

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/no-harm-in-rosmah-representing-malaysia-abroad-says-putrajaya

http://bigdogdotcom.wordpress.com/2013/11/19/commercialising-one-world/

http://www.malaysiakini.com/news/246935

Blogger Pakatan Keluar Topik panas yang agak sukar untuk di jawab oleh Penyokong kerajaan .. apa lagi umeno...

Najib Belanja RM7.2 Billion bayar Punahsihat.. Rosmah macam2 hal, RM470,000.00 ok lah tuu..

Kesimpulannya, Nak Perabih kan Duit Yang ada kot, agak2 dah tahu PRU 14, Pembangkang Nak Menang Majoriti ... Jadi perabihkan apa yang ada laa..

Isu nieh susah Nak Coverrrrrrrrrrrrrrr!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2013 at 5:25 AM

Kedutaan Malaysia di Doha ditutup kepada orang ramai selama tiga hari, Isnin hingga Rabu, ekoran lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke negara itu.

Makluman penutupan itu dibuat melalui pekeliling yang dikeluarkan oleh pejabat kedutaan itu menerusi Persatuan Malaysia Qatar (MAQ).

Menurut sumber Harakahdaily di Doha, inilah pertama kali maklumat pejabat kedutaan ditutup dibuat demi untuk melayan tetamu negara.

Terdapat 4,600 rakyat Malaysia di Qatar yang terdiri daripada golongan profesional, usahawan dan pekerja serta keluarga mereka.

Ekoran pengumuman itu, mereka sangat terkejut kerana tidak ada pengumuman penutup kedutaan dibuat walaupun ketika Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agung melawat negara itu.

Penutupan ini bagi mereka sangat menyusahkan dan yang melecehkan mereka adalah ia ditutup kerana lawatan isteri Perdana Menteri sahaja.

"Kalau ditutup kerana nak layan Yang Dipertuan Agung ke, PM ke, kita fahamlah. Tetapi tutup kerana isteri PM, lecehlah," kata sumber itu kepada Harakahdaily.

HEBAT ROSMAH TUUUUH!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2013 at 6:57 AM

Sedangkan Ah Jib Gor pun sanggup bayar jutaan ringgit kepada advisor dan consultant. Tapi hasilnya haprak kerana idea-idea yang dicadangkan lebih banyak merugikan orang melayu sendiri.

Berbalik kepada isu FLOM, kesilapan terbesar Rosmah ialah terlalu menonjolkan diri di hadapan media. Nak buat kebajikan ke, sumbangan ke, tiada siapa yang marah. Yang orang marah ialah publisiti yang agak keterlaluan mengalahkan menteri atau ahli politik. Buat senyap-senyap sudahlah. Cuba contohi keperibadian Tun Dr. Siti Hasmah yang low profile.

Saya lebih suka bersangka baik. Mungkin Rosmah ada duit sendiri yang tak menggunakan langsung duit kerajaan. Tapi meskipun begitu, tanggapan negatif rakyat amat sukar ditepis kerana imej dan style yang ada pada diri Rosmah sendiri. Di mata rakyat, Rosmah suka mengenakan busana yang mewah dan trendy.

Nasihat saya kepada Rosmah, cubalah bersikap low profile. Tak payahlah buat liputan meluas segala aktiviti atau majlis yang dihadiri sehingga disiarkan kat TV1 atau TV3. Kurangkan over expose di kalangan media kerana di situlah puncanya pihak pembangkang sentiasa ada senjata untuk menghentam kerajaan.

....................
Reply To This Comment ...................
November 19, 2013 at 7:18 AM

Bukan isu pembaziran atau isu apa. Isu utama ialah orang yang naik kapal terbang atau lebih tepatnya DS Rosmah Mansor tu yang menjadi punca kepada isu yang Din utarakan. Banyak sudah aku dengar berkenaan dia ni tetapi aku harap taki betul semuanya. Pada pandangan aku, DS Rosmahnya ni seperti tak pandai atau seperti tidak ada naluri untuk berjimat cermat.

Aku melihat, Naluri mewah sentiasa sahaja ada dalam jiwa beliau. Lihatlah cara dan corak kehidupan beliau, semuanya serba mewah. Jika dalam diri sentiasa sahaja mempunyai naluri untuk bermewah-mewah, bagaimana penjimatan dan pembaziran boleh hadir dalam kamus kehidupan mereka.

Nak bermewah menggunakan duit sendiri tidak salah, tetapi kalau hendak bermewah-mewah menggunakan duit rakyat, ini salah dan berdosa masuk neraka jika tidak sempat bertaubat. .

....................
Reply To This Comment ...................
November 19, 2013 at 7:19 AM

@AnonymousKalau bukan dari kantung kerajaan/rakyat, dari awal lagi Shahidan dah sebut.

....................
Reply To This Comment ...................
November 19, 2013 at 7:35 AM

@putrarahmanDiri Rosmah sendiri yang patut disalahkan .... bukan kabinet, bukan Najib, bukan kapten jet .... hmmmmmm...

saya masih belum baca buku biografi Rosmah, mungkin ada ditulis sejarah lampau beliau yang mampu menjawab sikap boros/bermewah yang ditonjolkan sekarang ?

Atau mungkinkah semuanya hanya persepsi ? hanya mainan mata ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2013 at 7:36 AM

Bro, nape tiba2 berubah angin?

....................
Reply To This Comment ...................
November 19, 2013 at 7:36 AM

@dinturtlekenapa bunyi komen saya macam siiiiiot jer ?

....................
Reply To This Comment ...................
November 19, 2013 at 7:38 AM

@Anonymoushuh ? ? ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2013 at 8:54 AM

bro, kalu bab hantam bini ah jib gor, memang tak banyak respon dari geng luar. memang dok perasan la, kalu kritik ah jib gor, kp bn umno dan kak mah, tak banyak respon. diammmmmm jer para blogger. tak banyak yg ambil kisah. tapi kalu bab nak hantam dan kritik pemimpin pakatan, wowwww, memang respon baik punya. banyak ide yg keluar, atau mereka nak menganalisa kebenaran cerita, bukan fitnah.

bab pembaziran, jangan cerita la. pasal menteri suruh rakyat berjimat untuk kerajaan boros berbelanja. subsidi dikurangkan kerana nak tampung kos pembaziran. semua tu berkait. kalu tanya balaci pun mereka tak boleh nak sembunyi taik ah jib gor mengenai perkara ini. hujah pun senang dipatahkan, tak menyakinkan pembaca. tapi, tak dengar pun wakil rakyat tanya berulang kali perkara ini. bila dah jawab, terus diam macam dah puas hati dengan jawapan tersebut. harap ada yg kreatif dan kritis untuk berkhidmat untuk negara dan bukannya untuk perut dan parti sahaja.

kak mah ni mempunyai aura yg besar dan luas (cerita benar tentang kak mah - masuk fitnah). kalu dengar kak mah datang ikut ah jib gor, maka mesyuarat diadakan untuk membincangkan agenda khusus untuk kak mah. agendanya ialah layanan untuk wanita pertama. perbincangan mungkin lebih daripada agenda yg berkaitan dengan lawatan pm ah jib gor. dengan aura kak mah inilah, maka ah jib gor dapat memegang kuasa dalam kepimpinan umno. seluruh pewakilan umno di bahagian, cawangan akan terkedu bila berjumpa kak mah. semuanya pakat menunduk kapla dan menurunkan nada suara serta tersenyum simpul bila berhadapan kak mah. kalu belakang kak mah, pijak pokok balak pun terbenan ke dalam tanah. begitulah hebatnya aura kak mah, wanita pertama.

kalu di pekan, pahang, maka aura kak mah telah menyebabkan ah jib gor terpilih oleh rakyat. tanpa kak mah siapa la ah jib gor. gambarnya di banner lebih besar daripada ah jib gor. orang yg tak kenal pm, akan berkata kak mah pm mesia, kalu tengok gambar pada banner la. maka dengan aura inilah, tak layak jubur kak mah untuk duduk di atas kerusi pesawat komersial. apa klas naik kapal terbang komersial. nak berak, jamban kecik, tak muat jubur kak mah untuk duduk. pesawat sewa khas ada jamban besar. nak pi 10 kali pun tak apa pasal tak ada orang tengok dan bercerita pasal pi jamban.

kita sambung lain la bibliografi kak mah ni version orang kampung. penat dah menaip.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2013 at 9:48 AM

@Anonymous
Eleh, Din....ko ni kan sebelum ni suka sangat puji Rosmah, bodek Rosmah....tiba2 beralih angin pulak. Ko tak teringin ke Din, buku free Biografi Rosmah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2013 at 10:42 AM

@Anonymous Saudara anon. nasihat dan ingatan kpd rosmah seperti yang sudara sebutkan tu, dah berpuluh kali dibuat oleh blogger sejak tahun 2008 lagi.. tapi siapa yg perduli? rosmah buat tak tau, lagilah pm kita...
Setakat pembangkang bising2 di parlimen, dua orang pemerabih duit ni akan buat pekak badak saja, agaknya kulit apa yang ditempek kan dimuka mereka, tak tahulah.
sejak 20 tahun dahulu, tak pernah kita jumpa pm yang sebegini kontroversi.... sehingga saya yg kuat menyokong kerajaan ni pun dah tak tahan dgn mereka.
sekarang saya dah rasa tak ada mood nak back-up pm dalam segala tohmahan puak PR... dan saya turut serta menyertai geng yg mengecam PM, saya rasa lebih suka kalau PM dinyahkan dari jwtnya, lagi baik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2013 at 10:52 AM

Msg mmg tidak sampai kpdnya sbb ramai yg mengatakan 'its alright we still support' tiba masanya time mengundi datin2 dan datok2 akan tergolek dog.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2013 at 10:54 AM

Yup. Special privileges for being where thy are today.
Today laaaa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2013 at 10:57 AM

Bukan datin yg uruskan hal naik jet2 ni. Pekerja yg urus untok mereka. Dia apa yg tau sengeh dpn tv depan konsulat menteri2 lain...pakai bj cantik senyum mcm siput sarawak lenggong kiri kanan ....tu yg kita nampak dari mata kasar selainnya....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2013 at 11:10 AM

Salam bro din,

Den paling menyampah tengok rambut mengerbang dia ni.. keras semacam.. puting beliung lalu pun still maintain..

Pasal pembaziran ni tak tau nak cakap ape dah.. tengok die pun dah tau style hidup die mcm mana.. Die ni bini pm je.. xde kuasa eksekutif pun.. tak dilantik rakyat pun.. klu laki die kalah pru xde pape dah..

Yang buat den pelik die ni First Lady ke? Setau den Permaisuri Agong First Lady msia.. mana satu ni bro?

....................
Reply To This Comment ...................
November 19, 2013 at 11:58 AM

"Diri Rosmah sendiri yang patut disalahkan"

betoi tu tapi dia ada laki. bini yg sorang tu pun tak boleh urus macam mana dia tadbir negara - hasilnya dah jadi kelamkabut, huruhara & berteraboq - rakyat jadi mangsa. aku tak pernah dengaq che det bagi komen tentang maharani nyonya mansur ni samada negatif atau positif. dia cuma kata 'nak menonjol itu hak dia'. siap dgn lancar buku biografi lagi o (kali ke2 pulak tu). british serah kuasa memerintah kpd rakyat, tapi bila rakyat dah dapat kuasa BERTUKAR (transformasi kononnya)jadi maharaja. lebih baik kembalikan kuasa mutlak kpd raja2 melayu kerana bilangannya tak banyak dibandingkan dgn 222 wakil2 rakyat, ini parlimen tak termasuk negeri2 lagi. apa kita boleh buat, depa yg berkuasa sekarang. kalau nak tengok seseorang tu baik atau tidak, bagi dia kuasa. belum berkuasa, perangai, percakapan & tindaktanduk pheew mengalahkan malaikat.

....................
Reply To This Comment ...................
November 19, 2013 at 12:25 PM

Semua orang pun dah MELUAT dengan pelampong Doraemon ni b

Sekian

Tak terdaya nak berkata-kata.

....................
Reply To This Comment ...................
November 19, 2013 at 1:17 PM

@Anonymoussaudara ni baru lagi baca DT kot :)

....................
Reply To This Comment ...................
November 19, 2013 at 1:19 PM

@Anonymouskalau Najib yang begitu saya boleh terimalah ..... yalah, bayar 7.2 billion untuk penasihat luar.

Tapi Rosmah pun sama ?

....................
Reply To This Comment ...................
November 19, 2013 at 1:21 PM

@AnonymousHarimau mati moninggalkan bolangnya ....

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
November 19, 2013 at 3:24 PM

Subsidi GULA diMANSUHkan supaya rakyat tak kena kencing manis, BAIK BETUL kerajaan Malaysia....I Loike!

DS Rosmah n DS Ah Jib Gor bila pulak nak diTURUNkan supaya rakyat tak kena DARAH TINGGI?......hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2013 at 4:56 PM

lambat lagi pru14. sempat la rakyat lupa. so joli-joli bazir-bazir dulu. lima tahun lagi wehhh. buat baik pun orang lupa gak. mungkin strategi nak kalah pru14. so belanja biar yg menang pru14 tanggung pulak. ya, kita rakyat bawah dpt sakit darah tinggi la pulak. kencing dah tak manis. senyum pun dah kurang manis bila nampak ah jib gor. darah pulak mencanak jer naik. cover selagi boleh cover. nanti 5 tahun habis orang buat senarai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2013 at 7:26 PM

saya rasa dia ni nak tunjuk dekat rakyat dia bini ah jib yg terbaik berbanding bini lama tu.bini lama tak bawa luck kot.dia je bawa luck dekat ah jib goooooo.haha begitulah kira2nya.dia nak tunjuk ah jb gor amatlah bernasib baik berbinikan dia berbanding wanita2 lain.x gitu???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 20, 2013 at 7:18 AM

diorang pegi pun atas atas nama forum perniagaan antarabangsa, pelaburan la ni, ....takan nak naik komersal airlines. kena tunjuk malaysia ni ade potensi pelaburan, baru org luar masuk dan yakin. bayangkan pegi naik mas, org luar nak konfiden ke? pelaburan kena ade modal, habis dulu tapi bawak billion masuk ekonomi kite.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2013 at 6:01 PM

PARTI UMNO ITU BAGUS CUMA PEMIMPIN DIA YANG TAK BAGUS..ISH...

Post a Comment