........... Khalid Dah Kantoi Fitnah Hasan Ali....... Mahfuz Pula Bagaimana ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Khalid Dah Kantoi Fitnah Hasan Ali....... Mahfuz Pula Bagaimana ?

Saturday, November 2, 20137comments


Dua hari lepas Mahkamah Tinggi telah mendapati Khalid Samad bersalah dalam kes fitnah keatas Hasan Ali

Mahkamah turut berpendapat menyatakan, Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat tidak memberikan komen yang adil dan oleh itu tidak lagi terlindung di bawah elemen perlindungan bersyarat.

"Plaintif juga berjaya membuktikan bahawa kenyataan yang dibuat oleh defendan dibuat dengan niat jahat," - Utusan 31/10.


Soal berapa kos yang perlu ditanggung oleh Khalid akan ditentukan mahkamah pada 27 November.

Anda ingat lagi apa yang berlaku awal Februari tahun lepas sehingga memaksa Hasan Ali bertindak menyaman Khalid ? 

Waktu itu Hasan yang baru dilucutkan jawatan dari Pas tengah sibuk menjelajah negara membalun golongan parasit didalam kepimpinan Pas. Dan ada pemimpin Pas yang kepanasan telah menyerang sesi ceramah Hasan itu konon ia ditaja.
 
Ketika itu Khalid mendakwa Syabas dan Puncak Niaga sebagai penaja Hasan dan demi mempertahankan integritinya, Hasan telah bertindak menyaman Khalid ....... ternyata kini dakwaan Khalid itu merupakan satu fitnah dan Khalid terpaksa menanggung akibatnya.

Ada sorang lagi pemimpin Pas yang turut kepanasan waktu itu, dan ikut sama melemparkan tuduhan yang tidak berasas terhadap Hasan Ali ....... siapa lagi kalau bukan Mahfuz Omar.


Mahfuz pula mendakwa Hasan ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan ( KBS ) sebanyak RM30juta untuk bergerak kesana sini dalam sesi ceramahnya, dan demi maruahnya, Hasan juga bertindak menyaman Mahfuz.

Waktu itu Mahfuz dengan segera cuba mengelak dan memberi salah satu alasan luarkotaknya yang terkenal -
 
" Saya suruh siasat, bukan menuduh ! "

Ternyata Hakim Mahkamah tidak seperti orang Pas yang begitu mudah menerima apasaja alasan Mahfuz dan telah menetapkan tarikh 28 Oktober untuk perbicaraan kes. ( KLiK )


Lebihkurang sama waktu mahkamah mendengar kes Khalid di atas yang mendapati Khalid bersalah menfitnah Hasan ..... tapi apa jadi dengan kes Mahfuz, ek ?

Atas premis yang lebihkurang sama, Khalid menuduh Syabas dan Puncak Niaga menaja ceramah Hasan Ali dan beliau didapati bersalah menfitnah ..... sementara Mahfuz pula menuduh KBS menaja ceramah Hasan Ali sebanyak RM30juta, apakah Mahfuz juga akan didapati bersalah ?

Atau kes ditangguhkan ? Ada sesiapa yang dapat berikan pencerahan ?

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
November 2, 2013 at 12:30 PM

Harap Parasit dalam PAS macan Mahpus pun di saman oleh Hassan Ali. Begini lah cara yang betul. Bukan macam Najib. Tian Anjing Chua yang buat photoshop gambar tengah makan dengan Razak Baginda, pun tak mahu disaman. MK dan MI buat berita palsu pun, tak saman. Kalau tak mahu duit pampasan pun, derma saja pada rumah anak yatim atau orang tua.
Nanti saya e-mail pada Abg.Din. Terima Kasih.

....................
Reply To This Comment ...................
November 2, 2013 at 12:35 PM

Hasan sudahpun saman Mahfuz, mahkamah dah set 28 Okt untuk dengar kes tapi tak tahu cerita apa jadi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2013 at 1:06 PM

Masaalahnya RD, PM kita tu ada banyak kes yang dituduh oleh puak pemimpin PR. kalau satu dua kes yg terang2 fitnah, dia saman, apa pulak jika kes yg betul? Nak saman jugak? Jadi mahu tak mahu, maka terpaksalah senyap. Tambahan pula real kes lebih banyak dari yg fake, lagilah perlu berdiam diri, buat2 tak ada apa yg berlaku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2013 at 3:41 PM

dunia boleh le buat2 tak tau, akhirat kalu semua sendiri keluar...kita bukan hidup kat dunia ni selamanya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2013 at 4:02 PM

Muka si kalid ni mcm salmon rusdhie. Perangai pon serupa. Laknatullah

....................
Reply To This Comment ...................
November 2, 2013 at 5:40 PM

@AnonymousMula-mula, saya nak tanya: Anon penyokong BN ke PR?
Cuba Anon terangkan atau perjelaskan "kes yang real lebih banyak dari yang fake" tu.
Listkan:
-Kapal-selam scorpene: PRU 12 & 13 jadi issue.(dah kali guna). Sekarang senyap. Nanti dekat PRU14, keluar balik kot.
-Cincin RM24Juta? Tak boleh guna PRU14. Dah ada surat dari tuan punya.
-Rosmah shooping di London? ada lagi ka, yang rakyat tak tahu.
-...........
-...........

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2013 at 6:41 PM

khalid tak fitnah dia cuma tanya ... kalau fitnah pun tak apa ... ia dimasukan sebagai taqiyah ... satu amalan mulia dan diberikan pahala yang tinggi dalam ajaran penganut agama syiah (pas) ... dan telah dijanjikan kepada penganut agama pas oleh nabi pas yang penganut agama pas akan masuk surga ... dengan syarat mereka undi pas ... kalau tak undi pas pun dan boleh melakukan pelbagai kemungkaran seperti menyembah dewa api pun tetap akan masuk ke dalam surga ... hanya sanya kerana orang itu melawan umno ... itulah hebatnya agama pas ini ... dengan undi pas, pkr dan dap pasti akan dapat pahala ... itu janji nabi pas la ... jadi kalau setakat fitnah itu apa mahu heran ...

Post a Comment