........... Kes Saman Video Mat Spender - Kenapa Umno Mahu Tarik Balik Saman ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kes Saman Video Mat Spender - Kenapa Umno Mahu Tarik Balik Saman ?

Wednesday, November 27, 20136comments

Masih ingatkah lagi anda akan kes video seks Mat Spender yang orang kata mukanya sebijik macam muka Datuk Mustafa Ali ?

Hebohlah sepanjang bulan April lalu mengenai Spender Putih.... semua orang bercakap, berdebat dan berpuisi berasaskan Spender Putih.


Berdepan pulak dengan PRU13, takkanlah Mustafa dan Pas nak tolak tepi benda ni. Nak tunggu Mustafa buat sumpah menafikan Mat Spender adalah dirinya, sampai sekarang tak dibuat pun ..... katanya ketika bulan Mei lalu - pihak yang menuduh yang harus bersumpah bukannya pihak yang dituduh jadi Mustafa tak perlu bersumpah, lagipun itu pandangan authority tertinggi ( Nik Aziz ) ... tak boleh langgar !

( Tapi Mahfuz takder masalah pun nak langgar pandangan dari authority tertinggi Nik Aziz itu semasa Prk Sg Limau baru ni - KLiK )

Seperti biasa, Pas akan menuduh semuanya angkara Umno.

Umno mendakwa Mustafa telah membuat pernyataan media mengenai parti itu berhubung penyebaran video lucah yang telah tersebar luas di laman sesawang sejak 11 April lepas yang kemudiannya diterbitkan semula di laman portal www.malaysiakini.com.

Umno juga mendakwa Mustafa pada hari sama telah menfitnah Umno di ceramah awam di markas Pas Kampung Molek, Dungun , Terengganu yang kemudiannya diterbitkan semula artikel kedua mengenai Umno di laman portal HarakahDaily.net.

Umno mendakwa kata-kata fitnah itu dalam erti kata lazim dan biasa membawa maksud bahawa Umno yang merancang insiden berkaitan video lucah itu, Umno sengaja membuat video itu dan parti itu merupakan dalang di sebalik pembikinan video itu.

Parti itu berkata Mustafa dengan sengaja mengeluarkan dan membuat pernyataan fitnah itu bertujuan untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat negara ini terhadap Umno tanpa menghiraukan sensitiviti.

Umno berkata pernyataan fitnah itu telah disiarkan dan diterbitkan dengan sengaja dan berniat jahat untuk merosakkan dan menghancurkan reputasi parti itu di negara ini dan juga di mata dunia.


Umno mendakwa bagi artikel ketiga dan keempat pula, Asmuni telah mengucapkan kata-kata fitnah pada 12 April dan 13 April yang kemudiannya diterbitkan semula di HarakahDaily.net dan akhbar The Star.

Bagi artikel kelima pula, parti itu berkata defendan ketiga pada 12 April lepas telah menerbitkan semula kenyataan media berhubung video lucah itu oleh Mustafa di HarakahDaily.net.


Umno mendakwa pada 15 April lepas, Umno melalui peguam caranya, Tetuan Hafarizam telah menghantar notis tuntutan kepada semua defendan antara lain menuntut supaya berhenti daripada memberikan kenyataan berunsur fitnah, bagaimanapun sehingga tarikh writ difailkan mereka masih lagi gagal memberikan sebarang jawapan kepada tuntutan plaintif.

Parti itu berkata akibat daripada pernyataan fitnah itu, reputasi Umno telah terjejas dan mengalami kerosakan yang serius di mata rakyat Malaysia dan juga di mata dunia. - ( Sinar/Bernama 23 April 2013 )

Dan UMNO pun SAMAN  Mustafa Ali, Asmuni ( peguam Mustafa ) dan Zulkifli Sulong ( Ketua Pengarang HarakahDaily )

Peeeergh ... Punyalah banyak dakwaan yang difailkan oleh Umno .... Semua orang memang menunggu2 kes dibicarakan sebab ingin mengetahui jawapan kepada misteri nusantara - Benarkah Mat Spender itu Mustafa Ali ? Walaupun kes saman itu tidak fokus kepada identiti Mat Spender tapi ramai yang mengharap sedikit sebanyak hujah2 dari Pas mampu berikan sedikit pencerahan kepada misteri yang menyelubungi Mat Spender.


Alih-alih semalam keluar berita - Umno, Mustafa Ali Selesai Kes Fitnah Video Seks Menerusi Timbang Tara

WHY ?  WHY  ?

Kenapa tidak diteruskan saja saman itu ? Kenapa perlu settle luar court ?

Rakyat nak tahu apakah bukti2 yang Mustafa ada hingga menuduh Umno yang jadi dalang ? Rakyat nak tahu benarkah video Mat Spender itu satu fitnah ?

Kenapa Umno mahu tarik balik saman ?

Kalaupun semua pihak bersetuju nak settle diluar mahkamah, rakyat berhak tahu cerita disebalik settlement itu.

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2013 at 3:48 PM

kalo begitu pengakhirannya...mmg pemimpin umno semua TELUR SUDAH XADA.....murte yillek....saman sajala....bongoks.... tuh yg buat pihak sblh sana kemain mendongak langit mncanangkan kepondanan umno....dan di sblh raykat yg menyokong kjaan pimpinan BN ..akan semakin terhakis kepercyaan thdp kewibawaan BN...apaadaaa... org kutok , fitnah malah org tujal kepala kamu, mak bapak n keturunan kamu pon xbrani nak lawan.... chicken chicken chicken...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2013 at 5:19 PM

Orang cina no hal punya hal. Kalu melayu je byk hal sbb dah berkait dgn agama. Err umno tu melayu ke pasal presiden umno cina. Ah jib gor

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2013 at 5:33 PM

Settle luar mahkamah? Anti klimax betul camni. Patutnya ajar cukup-cukup biar sampai bisu terus lepas ni. Biar malu sampai tak keluar rumah. Selesai macam ni, mesti dia spin pulak kata umno yang memang salah. Geram jugak dengan umno lembek nih, ikut je orang nak buat apa. Kalau lurus sangat, bukan baik dah, jatuh kategori bodoh sebenarnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2013 at 9:07 PM

Selangor naikkan gaji MB..EXCO.. etc hingga 300+++% ... ikut trend Najib/Pemandodol..
Cerdik MB gagap ..pasang pagar.. terkedu abg non..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2013 at 9:26 PM

Tak pe la..islam pn galakkan kira supaya menutup aib org.lg pn kalo org saudara seagama kita nk berdamai,kita perlu sambut seperti yg perintahkan dalam alquran.barang siapa yg menutup aib saudaranya maka allah akan menutup aibnya di akhirat nanti.yg lain tu urusan dia dgn allah..itu biar dia jwb dpn allah kelak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2013 at 11:46 PM

Ada udang di sebalik Spender.

Paan M.

Post a Comment