........... Kereta 12 Tahun - Saya Setuju DiAdakan Pemeriksaan Asalkan PERCUMA, Jika Tidak Jangan Gatal Sebut ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kereta 12 Tahun - Saya Setuju DiAdakan Pemeriksaan Asalkan PERCUMA, Jika Tidak Jangan Gatal Sebut !

Friday, November 22, 201316comments




Baguslah kontroversi kereta 12 tahun dah selesai dengan kenyataan dari Hishammuddin yang menegaskan kerajaan tidak akan melaksanakan polisi untuk menghadkan jangka hayat kenderaan kepada 12 tahun.

Ia bermula dari kenyataan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Dr Wong Shaw Voon pada 15 Nov -

Beliau membuat cadangan itu atas alasan kenderaan yang berusia lebih 12 tahun, tidak selamat di jalan raya serta boleh mengundang risiko kematian lebih tinggi semasa kemalangan berbanding kereta baharu, selain terdedah kepada pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu.

Tapi kontroversi sebenar bermula pada 17 Nov bila Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) perlu membuat pertimbangan teliti sebelum menetapkan had jangka hayat kenderaan di negara ini ketika menjawab soalan wartawan mengenai saranan Dr Wong.

Beliau bagaimanapun berkata keputusan itu mungkin perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat. - Sinar.


Sepatutnya Datuk Abdul Aziz tidak perlu pun layan soalan wartawan itu dan jawab yang kerajaan tidak pernah pun terfikir ke arah itu. 

Bila dah jadi kontroversi mulalah nak buat penafian yang beliau ada berkata yang beliau bersetuju dengan saranan bengong dari bos Miros. Seperti biasa, kita dihidangkan dengan permainan kata2.

Cuba baca balik apa yang dijawab oleh beliau di atas ...... Apa jua yang cuba diperjelaskan melalui maksud ayat - keputusan itu mungkin perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat - saya percaya ayat itulah yang memberi persepsi seolah kerajaan bersetuju. Kalau tidak, isu ini langsung tidak menjadi satu isu !

Cuba hari tu Datuk Aziz jawab - Tidak ada ... saya sendiri pun tidak pernah dengar cadangan sebegitu bodoh sebelum ini.... apakah perkara ini akan jadi isu ? Tidak kan ....

Perkara pertama yang timbul dalam fikiran waktu saya mula dengar perkara ini adalah - PUSPAKOM ! Satu lagi Modus Operandi licik nak peras duit rakyat untuk diberikan kepada Puspakom.

Pung pang ...... pung pang .... last-last ditubuhkan satu jawatankuasa yang kemudiannya  setelah mengambilkira pelbagai aspek keselamatan dan pandangan rakyat membuat keputusan untuk TIDAK menghadkan sebarang jangka hayat kepada kenderaan TAPI mewajibkan kenderaan yang berusia lebih 14 tahun untuk menjalankan pemeriksaan diPuspakom atau yang diberikan tauliah sebelum cukai jalan dilepaskan. ( ditambah usia 2 tahun lagi untuk ambil hati )

Semuanya RM ! 

NASIB BAIK ia tidak berlaku ...... tapi saya tidak menolak kemungkinan ia bakal berlaku juga....  Kerajaan kan terkenal dengan sifat keperihatinan akan kesihatan dan kebajikan rakyat dan tidak akan teragak2 untuk mengenakan CAJ kepada rakyat demi menjaga keselamatan rakyat !

Tapi kalau kerajaan mahu tanggung 100% sebarang pemeriksaan ( maknanya secara PERCUMA sebagai tanda IKHLAS kerajaan menjaga kebajikan rakyat marhean ), dan tidak ada sebarang ikatan keatas hasil pemeriksaan, saya SETUJU !

Berkali2 setuju kalau sebarang alat ganti yang perlu ditukar cuma dikenakan harga KOS.


Bukan nak kata yang kenderaan yang dah berusia itu tidak selamat, tapi sebagai cadangan untuk menaikkan nama kerajaan di mata rakyat ...... tidak semestinya sebarang cadangan itu mahu membebankan rakyat tapi sebenarnya mahu menolong rakyat dalam ertikata sebenar MENOLONG. 

Gerenti kerajaan menang PRU14 !


PS - Hmmmm .... kalau itu syaratnya ( pemeriksaan PERCUMA ), agak2 bos MIROS berani ke tidak berikan cadangan seperti itu sekali lagi ..... dan Datuk Abdul Aziz pula, apakah akan secepat itu juga beri respon - keputusan itu mungkin perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat.... ? ? ?

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2013 at 9:31 AM

PERCUMA!!! Tau tak staf PUSPAKOM sekarang pengamal rasuah tegar...pergi la buat inspection teksi (boleh menyamar kalau tak percaya) kat Wangsa Maju, minta bayar depan2 lagi, kalau tak tak kan lepas, kena datang lagi. DEMI ALLAH, ini kenyataan betul.

....................
Reply To This Comment ...................
November 22, 2013 at 9:56 AM

Bro,

Kalau benar Krismuddin tu kata untuk kepentingan rakyat, pemeriksaan tu mestilah percuma. Tak payah la buat setahun sekali. Mungkin 2/3 tahun sekali. Kalau nak buat pemeriksaan tu nanti kena tunggu berjam-jam ada pulak org yg mengambil kesempatan buat duit dari rakyat.

Ialah nak kan cop Puspakum dengan cepat ada pulak yang minta rm50/rm100. Ini semua boleh terjadi kat Malaysia ni Bro. Janganlah menyusahkan rakyat.

Aku percaya kalau kereta kita ni selalu rosak tak payah diperiksa kita akan tukar sendiri. Tak kan kita suka kereta kita rosak ditengah jalan yang akan menyusahkan kita sendiri.

Jadi periksa2 ni tak perlu. Cuma nak tau aja, kereta yang dinaiki Menteri Kesihatan yang accident di Pedas tu lebih dari 12 tahun ke?. Aku harap MIROS boleh check kereta tu.
Kesian kereta menteri tak ditukar2 kerana dah lebih dari 12 tahun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2013 at 9:58 AM

"Gerenti kerajaan menang PRU14 !"

bang biar betul!!! dengan barisan pemimpin yang ada sekarang nih???!!!! too early to predict.

....................
Reply To This Comment ...................
November 22, 2013 at 10:26 AM

@AnonymousHarap JPJ atau SPRM boleh cek .... atau bos Puspakom sendiri cek !

....................
Reply To This Comment ...................
November 22, 2013 at 10:27 AM

@AnonymousAdeeeh ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2013 at 10:46 AM

Dgn adanya pemeriksaan, spt disebut anion pertama, satu lg pintu rasuah terbuka luas. Kereta lama tentunya bnyk kekurangan, terutama yg diguna warga extra emas, biasanya tak bawak laju pun, dan hanya utk kegunaan harian jarak dekat ke surau, masjid ke kedai dsb, yg harga belinya mungkin cuma 2-3K sahaja, tp kerana nak lulus pemeriksaan terpaksa diperbaiki dgn kos khimat dan alat ganti yg berharga ribuan ringgit. Walau yuran pemeriksaan percuma, ia pasti mempersulit rakyat berpendapatan rendah. Rasanya BN yg bnyk menang di kawasan luar bandar bakal menempah petaka jika ia dilaksanakan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2013 at 11:01 AM

FYI, kat Australia, di NSW ada peraturan yang hampir serupa, kereta atas 10 tahun kena ada "road worthy certificate sebelum bolwh renew road tax... Tapi pemeriksaan untuk road worthy certificate boleh diajalankan oleh mana mana bengkel (bukan sahaja monopoli oleh puspakom seperti di Malaysia) dan memang ada charge untuk certificate tu (kalau tak silap less than $100).

Tapi di state WA tak ada syarat seperti itu...kereta berapa puluh tahun pun boleh pakai....cuma polis ada kuasa bagi notis "pemeriksaan" kalau kereta tu dah teruk sangat dan nampak macam dah barai....

....................
Reply To This Comment ...................
November 22, 2013 at 11:21 AM

Aku tengok orang putih kereta ford T-Model pun boleh jalan lagi on the road asalkan maintain.Apa bangang punya idea.

....................
Reply To This Comment ...................
November 22, 2013 at 11:24 AM

Itu kereta pandu laju la macha....
Mau meeting juga kalu kasi drive faster la macha...
Im from London la macha...
I dont celebrate Dewali.
I celebrate Christmas la macha....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2013 at 1:07 PM

SPRM apa lagi tunggu? Buat lah kerja tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2013 at 2:07 PM

Salam,

Saya pun tak faham kenapa Timb. Menteri nak jawab soalan mengarut tu. "Keputusan mesti dibuat untuk kepentingan rakyat." Kepentingan rakyat abah die! Gatal sangat mulut kononnya nak tunjuk kerajaan tu prihatin, last2 kena bedal kiri kanan.

Pemeriksaan PERCUMA tu saya rasa kerajaan akan buat.. tapi kena tunggu lagi lima tahun. nak dekat PRU14 nanti mula la keluar program "kebajikan" rakyat. Kurangkan beban hidup rakyat bla bla.. sekarang masa nak kutip duit balik la bro din.. banyak dah tabur masa RU13 dengan pemilihan UMNO hari tu.. poket dah nipis.. subsidi minyak dikurangkan, subsidi gula dihapuskan, GST nak dilaksanakan.. tahun depan tarif elektrik nak disemak balik, cukai pintu naik.. lepas ni apa pulak nak naik.. best betul la tinggal kat Malaysia ni.. menyesal tak sudah saya dengan naifnya pegi pangkah BN pru lepas..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2013 at 2:25 PM

Salam Din.
Cadangan2 di atas semuanya untuk menyempitkan hidup rakyat yang telah terbeban dengan kos sara hidup yang sedang meningkat. Juga untuk bagi towkey2 kereta cina dan penjual alat ganti kaum cina jadi lebih kaya. Otak orang cina tau la tujuannya untuk bagi bangsa dia kaya dan rakyat biasa yang majoriti Melayu ni hidup susah. Saya rasa rakyat melayu kena bangun bantah sekiranya kerajaan buat cadangan yang bukan2 untuk menyempitkan hidup rakyat. Kalau perlu datang PRU14 kita bagi pula PR perintah dan tengok apa dia buat pula. Semuanya jahanam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2013 at 3:33 PM

apabila ada pemeriksaan dgn bayaran tertentu ... insuran kereta tua dinaikn ... road tax kereta uzur dipertingkatkn ... dapatlah floam pergi ke moscow pulak dgn naik jet peribadi lagi ... dan gaji punahsihat akan dinaikn lagi ... tahniah ah jib gong ... anda pemimpin bn yang bijak ngalahkn ton dol ...

....................
Reply To This Comment ...................
November 22, 2013 at 4:00 PM

@AnonymousMacamana yang boleh dikaitkan dengan Flom ? ? Kreatif sungguh ..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2013 at 4:11 PM

apa taknya din ... kat malaysia ni banyak kereta tua ... maknanya penggunanya ramai ... bayangkn kera jaan kutip rm 1.00 sebuah sebulan ... kalu kereta tua tu ada 500 000 dah ada rm 500 000 cukuplah belanja utk floam pergi moscow pulak ... tarik para pelebur dari sana ... tak cukup lagi kerajaan kutip dari m/sikal lebih 10 tahun pulak ... kenakn cukai kenderaan tak selamat ka ... bayarannya antara rm0.20 -rm0.50 fuh banyak tu din ... itulah engkau dulu tak mahu jadi akauntan ... kalu engkau bijak cam aku kira tadi senang2 engkau boleh jadi penatsihat kat ah jib gong ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2013 at 8:50 PM

namakam cukao tu sebagai cukai kerajaan perihatin rakyat sejahtera singkatamnya kprs atau kerajaan penyaamun rosmah senang ...

Post a Comment