........... Karpal - Dong Zong Adalah Persatuan Pencetus Masalah ! ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Karpal - Dong Zong Adalah Persatuan Pencetus Masalah ! ?

Wednesday, November 6, 201313comments


GEORGETOWN - Pengerusi DAP Karpal Singh mencadangkan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama.
 
Beliau berkata cara tersebut merupakan jawapan kepada konsep perpaduan yang menjadi amalan selama ini.
   
"Masanya sudah tiba bagi semua parti berasaskan kaum dibatalkan pendaftarannya termasuk, malang sekali, Pas, kita perlu bersikap praktikal jika kita mahukan sebuah negara yang bersatu-padu.

 
"Sepatutnya parti politik dan mana-mana pertubuhan profesional berasaskan kaum  atau agama ini tidak boleh dibenarkan memandangkan perkara ini merupakan suatu yang serius dan bahaya," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
 
Beliau berkata demikian ketika menyelar kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar baru-baru ini yang mengingatkan Majlis Peguam supaya tidak menyokong isu penggunaan kalimah Allah dalam edisi bahasa Malaysia majalah katolik The Herald.

Karpal berkata pendaftaran PPMM sebagai sebuah persatuan juga tidak sepatutnya dibenarkan memandangkan Majlis Peguam membuka penyertaannya kepada semua peguam tanpa mengira kaum dan agama.
 
"Persatuan seperti itu hanya pencetus masalah di negara ini,  kerajaan juga tidak sepatutnya membenarkan persatuan seperti ini," katanya. - Bernama
( SINAR )

Apa yang saya fahamkan, Karpal tidak mahu ada sebarang pengenalan berasaskan kaum atau agama. Kerana ia boleh dilihat mengasingkan rakyat yang berbilang kaum dari bersatu.

Menariknya Karpal turut menyebut PAS sebagai satu contohnya persatuan pencetus masalah.

Hmmmm ...... bagaimana pula dengan Dong Zong dan Ngo2 yang sespesis ? And for that matter, bagaimana pula dengan SEKOLAH CINA / TAMIL yang menggunakan asas kaum ? 

Kalau Karpal ikhlas dengan gesaannya mahu menghapuskan sebarang pengenalan yang bersifat perkauman, beliau juga harus menyeluruh bukan selektif.

Jadi tidak salahlah jika saya buat kesimpulan yang Karpal juga menentang kewujudan sekolah vernakular yang berasaskan perkauman.


Hmmmm .... apa kata pemimpin2 Dap lain ? Atau mungkin Karpal akan perkemaskan lagi kenyataannya dengan memberi beberapa pengecualian kepada gesaan Bangsa Malaysianya ? Semua SATU kecuali Sekolah Vernakular ....... yang akan dipertahankan selagi ada bulan dan bintang.

PS - Teringat artikel sebelum ini ( KLiK ) dimana Tun ada berkata -  
12 - Jika kita tidak mahu melihat politik yang berasaskan kaum, maka kita harus bersedia untuk melupakan asal usul kita, bertutur dan menerima Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ibunda dan melafazkan ikrar taat setia kepada negara ini saja. Kita masih boleh kekalkan ugama masing2.

 

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2013 at 11:14 AM

Harap-harap PAS sahut saranan Karpal ni.. bubar parti masuk DAP.. lepas tu sama-sama sokong gereja guna kalimah Allah dengan puak kafir.. baru jelas mana kaca, mana permata.. takyah nak selindung dengan slogan Isle die..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2013 at 11:14 AM

asas kpd semua itu adalah pendidikan. oleh itu sblm parti2 berasaskan kaum dibubarkan, sekolah2 venukular yg berasaskan kaum wajib dibubarkan terlebih dahulu!!!! slpas itu barula parti PAS dibubarkan kemudian parti BN akan mmbuat transformasi yg turut akan mmbubarkn parti komponen dan mnjadi parti tunggal dan membentuk potfolio2 melayu-Umno utk jg perihal kaum melayu dan bumiputera, cina-mca yg jaga prihal cina dan potfolio india-mic utk jg prihal kaum india. aku setuju kalau mcm ini..

-wau

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2013 at 11:52 AM

karpal plak tak mahu ke tukar nama bercermin kan malaysia? contoh nya syed karpa atau mohd. karpal?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2013 at 11:57 AM

Selepas itu Mahkamah Syariah pun perlu ditiadakan, dan Perlembagaan perlu juga memberi kebebasan beragama, kebebasan berintim antara lelaki dan perempuan, lelaki dgn lelaki, perempuian dgn perempuan, kebebasan bercakap dihalayak ramai secara berdemo atau berpidato di sudut pidato di tempat awam.
Tunggu sajalah kehancuran institusi keluarga, budaya dan agama.......dan sebuah negara!!!

....................
Reply To This Comment ...................
November 6, 2013 at 12:03 PM

karpal kecewa dap cuma parti perjuangkan kaum cina saja. dia nak cakap banyak, nanti hilang jawatan. jadi dia cakaplah semua parti berasaskan kaum perlu dihapuskan. termasuklah parti dia sendiri hehehe.

....................
Reply To This Comment ...................
November 6, 2013 at 1:35 PM

@Anonymous
Inilah masa utk menghapuskan sekolah vernakular... jgn lupa point ini, kalu nak malaysian malaysia atau parti tunggal perlu hapuskan sekolah vernakular dahulu....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2013 at 1:36 PM

orang PAS ni mmg hampas betui la.Karpal kata kalau DAP memerintah Malaysia PAS akan batalkan pendaftaranya krn parti beragama dan satu kaum shj boleh jd ahli. DAP parti pelbagai kaum tp sekor je anak Cina yg mengaku Melayu jd ahli CEC mng ikut pintu belakang pulak tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2013 at 1:53 PM

Spttnya knyataan karpal ni kt ambl ksmptn untk menekan sekolah vernakular agar d bubarkn

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2013 at 3:38 PM

Satu lg propa dr karpal oku utk test market.. Bukan dia serius pn. Tak yah layan la oku ni.. "Kapral, you bring enough destruction to the country. Karpal Singh harus bertaubat!!! "

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2013 at 5:02 PM

Jika wujudnya 1 Bahasa, 1 Sekolah.....

barulah boleh wujud 1 Bangsa, 1 Parti Politik dan 1 Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
November 6, 2013 at 5:49 PM

Dong Zong ditubuhkan pada 1955.
Hindraf ditubuhkan pada 2006.
Perkasa ditubuhkan pada 2008.

Di sini sudah jelas, Dong Zong adalah bapak paling tua dalam memecah-belahkan masyarakat di Malaysia.

Saya sangat setuju dengan Karpal Singh. Kita hapuskan semua sekali yang bersifat perkauman.
Tak ada sekolah vernacular.
Semua bangas Malaysia.
Semua mesti cakap BM, termasuk di rumah.
Tiada tarian Naga.
Semua guna nama seperti di Thailand dan Indonesia.
Nama Karpal Singh di tukar ke Karpala Singah. (Kata, Just Read)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2013 at 6:30 PM

Alhamdulillah.. inilah hasil tarbiah dan dakwah Tuan Guru Nik Aziz kepada DAP.. ni ke katanya DAP makin mengenali Islam hasil didikan PAS.. rasenya orang paling gembira bila dengar berita ni tak lain tak bukan juara masuk gereja, Dr. Mujahid Rawa..

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
November 7, 2013 at 3:54 PM

chp...chop...sbnrnya Karpal cuma berkias je dgn PAS. Karpalpun tau yg PAS ni parti memperGUNAkan agama, bukannya berASAAkan agama, jd no hal utk Karpal sbnrnya. cuma yg pelik kenapa PAS boleh terguris, terasa??

yg Karpal masudkan sbnrnya Isma, PERKASA, Jati, PPIM, HIKMAH etc yg ASAS perjuangannya JELAS utk Agama, Bangsa n Negara.

cukup2lah PAS nak terasa bila Karpal sentuh ttg Islam....nak ulang sekali lg....PAS tu bukan parti berASASkan agama, tp parti yg memperGUNAkan agama....:)

kenapa nama UMNO x da?....UMNO ni skrg berjuang utk Ah Jib Gor n KJ bkn utk Org Melayu/Islam...jd kena sipi2 je la..:)

Post a Comment