........... Kalimah Allah - Titah Sultan Selangor Pula DiPertikaikan ....Oleh Melayu | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kalimah Allah - Titah Sultan Selangor Pula DiPertikaikan ....Oleh Melayu

Monday, November 18, 201310comments


Dalam isu titah Sultan Selangor yang menyeru rakyat jelatanya supaya akur, hormat dan patuh kepada keputusan Mahkamah Rayuan yang selari dengan Enakmen Syariah Negeri, sudah mula kedengaran suara2 seolah memperlekehkan titah itu ..... dan ia datang dari mereka yang kononnya pakar dalam bidang undang2.

Rakyat bukan Islam Selangor tidak terikat di sisi undang2 dengan titah Sultan yang melarang mereka dari menggunakan kalimah Allah kerana kuasa Sultan dalam hal ehwal agama Islam sekadar istiadat ( ceremonial ) saja.

KLiK
Nizam melihat isu kalimah Allah ini dari sudut Ekspresi. ( a form of expression ) dan menyatakan kuasa itu terletak pada Parlimen bukannya Sultan.

Beliau juga tidak melihat penggunaan kalimah Allah itu punya niat untuk memurtadkan orang Islam sambil merujuk kepada Enakmen Syariah.


Aziz Bari juga sibuk nak beri komen -

“Kuasa pemerintah semestinya perlu berdasarkan konteks Perlembagaan Persekutuan. Sultan selaku ketua agama hanya terpakai kepada orang Islam dalam negeri itu,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Tetapi bukan Islam yang tinggal di negeri itu adalah di luar daripada arahan pemimpin berkenaan. Malah kepada orang Islam sendiri, titah yang dikeluarkan oleh pemimpin itu tidak bersifat mutlak kerana perlu berlandaskan undang-undang Islam,” katanya.


Dululah .... kalau berlaku perkara sedemikian, saya percaya pasti ramai pemimpin2 Melayu akan bersuara mempertahankan maruah agama dan Sultan mereka.

Tapi sekarang .... ?

Baca balik apa Aziz Bari sebut diatas ....Sultan selaku ketua agama hanya terpakai kepada orang Islam .... 

Apakah titah Sultan Selangor itu beliau lihat sebagai mencampuri hak bukan Islam untuk beragama ?

Pemerintah negeri di Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk menggantung atau menafikan hak beragama bukan Islam yang telah dijamin Perlembagaan Persekutuan, kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.


Sementara itu Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi, pakar pengajian undang2 Islam di Universiti Islam Antarabangsa dengan tegas berkata, rakyat Selangor wajib taat kepada perintah Sultan, mereka yang engkar boleh keluar dari negeri Selangor !

"Apa yang dititahkan baginda perlu kita mentaati, tiada kompromi sekiranya beragama Islam atau lain- lain.

 "Kalau ada bibit-bibit penolakan terhadap titah itu, mereka perlu pergi ke (negeri) lain," - Utusan.


( Pendirian Dr Mahmood adalah konsisten dalam isu kalimah Allah ini sebagaimana yang pernah beliau ucap tahunn 2009 waktu isu ini mula panas - KLiK )


Dimana suara pemimpin2 Melayu Islam dalam isu ini ? ?


Dimana suara pemenang Shouts Award 2013 ? ?
“The decree is not legally binding. The sultan has purely ceremonial powers where Islam is concerned,” - See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/selangor-sultans-allah-decree-not-legally-binding-lawyers-say#sthash.6LwtShzm.dpuf

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
November 18, 2013 at 1:45 PM

Gila glamor. Mana ada masa nak pikir2 pasal Islam ya0ng kian hari semakin diperlekehkan. Yang orang angguk hormat kat dia







....................
Reply To This Comment ...................
ka
November 18, 2013 at 2:57 PM

Pemenang shouts award tgh busy get ready nak menang Anugerah Skrin 2013, so tgh busy maa.hehe

....................
Reply To This Comment ...................
November 18, 2013 at 3:12 PM

Jahanam bila kuasa pemerintahan diletakkan ditangan org politik. Elok Sultan jadi pemerintah semula.

....................
Reply To This Comment ...................
November 18, 2013 at 6:55 PM

Ya. Mana suara 'Juara Award Jerit'. Sebagai rakyat yang telah mengundi BN PRU14, saya mahu KP UMNO menyuarakan pendapat mengenai kalimah Allah dan Titah Sultan Selangor. Janga berdiam diri. Bersuaralah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2013 at 9:27 PM

Bangsa kita ni agaknya memang macam lebai malang. Kalau dah dari segi politik tak boleh nak bersatu apa lagi dengan hal-hal begini. Memang bangsa lain tengah menghitung hari bila mereka boleh melenyapkan kuasa Melayu di Malaysia ni. Semua benda mereka nak bangkang kalau melibatkan orang kafir punya isu. Apalah malangnya mentality macam ni. Sedih. Sebab nak glamer di mata orang kafir, sanggup berkata apa saja.

....................
Reply To This Comment ...................
November 18, 2013 at 10:14 PM

isu ni serupa dgn di palestine - pengebom berani mati (istishhad). satu fatwa kata perbuatan tu halal quoting ayat2 quran & satu lagi kata haram pun sebut ayat2 quran. half full or half empty. sesama islam dah berteraboq. bagi depa kelam kabut pulak la.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2013 at 10:42 PM

Kp bn umno tengah cari telur yg hilang. Mungkin perjuangan agama tak dpt meningkatkan populariti di kalangan org cina dan india dlm bn. Su akhbar mungkin nasihat kj supaya jerit kat fam jet pasal ramai yg menyampah kat pengurusan fam dan badan sukan yg asyik kalah jer. Bab agama, su akhbar tak boleh beri nasihat agama, so diam la.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2013 at 11:34 PM

Pelik, dulu sebelum merdeka, sultan juga yang menggunakan kuasa untuk menjadikan keturunan pendatang ni rakyat di negeri masing. Maknanya sultan ada kuasa ke atas negeri. Bangsat pulak cakap bukan Melayu tak tertakluk di bawah arahan sultan. Kalau macam ni maknanya bangsat asing tu bukan rakyat negeri terbabit la. Kalau dah bukan rakyat, apa haknya dalam negeri yang bersultan tu?

....................
Reply To This Comment ...................
November 19, 2013 at 12:13 AM

@AntiHipokriterrr... bukan ke politik itu kuasa memerintah ? :)

....................
Reply To This Comment ...................
November 19, 2013 at 12:15 AM

@AnonymousDalam keadaan Melayu sudah kehilangan majoriti dalam politik, ada baiknya kuasa raja2 ditingkatkan kembali sebagai check and balance

Post a Comment