........... Kalimah Allah - HEBAT Mahfuz Mempertahankan Hak Kristian ! ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kalimah Allah - HEBAT Mahfuz Mempertahankan Hak Kristian ! ?

Tuesday, November 12, 201320comments


Peeeergh ! Amoi diatas memuji2 dan memberi semangat kepada Heronya Datuk Mahfuz yang sedang memperjuangkan / mempertahankan hak penganut Kristian untuk menggunakan kalimah Allah.

Patutlah begitu bersemangat Mahfuz ..... Serius, cuba lihat cara Mahfuz bercakap dibawah, memang ada kelas !





Minit 1:00 - Apa isunya sebelum ini yang menuduh Pas dan sebagainya.....  kerajaan sendiri PUN membenarkan untuk orang Kristian ( menggunakan kalimah Allah dalam bible Melayu ) .....

Mengenai isu yang dibangkitkan, Mahfuz menuntut kerajaan meminta maaf kerana dalam menuduh Pas bersetuju kalimah Allah digunakan oleh penganut agama lain, kerajaan sendiri membenarkannya  di Sabah dan Sarawak, apatah lagi bila merujuk kepada 10 Points Solution Najib. ( Mkini )


OK, ini isu sensitif ! Saya tidak nafikan yang hujah Mahfuz juga ada pointnya. Tapi apa yang saya ingin tumpukan dalam artikel ini adalah perkataan PUN seperti yang disebut oleh beliau di atas.


Pertama sekali kita kena jelas -  Adakah Mahfuz menerima yang kebenaran untuk gereja menggunakan kalimah Allah dalam Bible Melayu bagi merujuk kepada Tuhan mereka itu SALAH atau BENAR ?

Jika BENAR dan TIDAK SALAH , maka itu adalah isu lain yang bukan maksud artikel ini ditulis. Tapi jika SALAH dan HARAM sebagaimana yang diputus oleh Dewan Ulama Pas sendiri, tidakkah anda perasan sesuatu yang tak kena dengan hujah Mahfuz diatas ?

Maksud saya, pada pandangan Mahfuz, kerajaan BN sendiri melakukan kesalahan jadi TIDAK APA LAH kalau Pas PUN lakukan yang sama ! ?  Begitukah cara pemikiran pemimpin Pas ?


Perlu diingat, dalam isu ini bukan orang Umno saja yang teruja ikut setiap perkembangan dan jadi kritikal tapi juga melibatkan umat Islam keseluruhannya. 

Kita mahu sebuah parti yang benar2 ikhlas memperjuangkan kalimah Allah ini. Kita tidak mahu isu ini dipolitikkan. Tapi kenyataan Mahfuz diatas seperti satu pengakuan yang Pas bersetuju kalimah Allah digunapakai oleh gereja bagi merujuk Tuhan mereka.

Mahfuz ternyata marah kepada Umno kerana menuduh Pas yang bukan2 padahal menurutnya, kedua2 Umno DAN Pas ikut sama bersekongkol !

Tidak sekalipun Mahfuz sebut yang Pas sebenarnya menentang penggunaan kalimah Allah dalam Bible Melayu bagi merujuk Tuhan Kristian ....  yang dia duk sibuk sebut - Umno PUN sama !


PS - Balik kepada ayat saya semalam - Yang benar2 mewakili Melayu Islam sekarang SIAPA ? ?

Share this article :

+ comments + 20 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2013 at 10:11 AM

cuba perhati baik-baik wajahnya..mukanya takde seri langsung...wajah tompok-tompok hitam terutamanya di sekitar mata menceritakan segala-galanya tentang noda dan dosa.

....................
Reply To This Comment ...................
November 12, 2013 at 10:24 AM

@Anonymousadeeeh ... jurus ni saya belum belajar lagi :)

....................
Reply To This Comment ...................
pendita
November 12, 2013 at 10:24 AM

rosak habis ahli politik melayu sekarang....baik BN mahupun PR..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2013 at 10:35 AM

Anon tu jurus ninja ke berapa? Hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
November 12, 2013 at 10:48 AM

@penditaPolitikus Melayu mempolitikkan SEMUANYA. Tak kira isu dah, apa saja akan digunakan untuk menjatuhkan sesama sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Muslim
November 12, 2013 at 10:50 AM

"Hampi hampir langit terpecah kerana ungkapan itu, dan bumi terbelah, dan gunung ganang musnah, kerana mrk mendakwakan (Allah swt) Yg Maha Pemurah mempunyai anak." Maryam 90, 91.
Berani sekali org yg mengaku muslim menyokong ungkapan syirik (walau yg mengucapkannya sikafir) yg sgt dimurkai Allah swt ! Sikafir yg mengucapkannya bergandalah kekufurannya. Bg yg mengaku muslim yg menyokongnya tentu rosaklah aqidahnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
November 12, 2013 at 11:00 AM

Nampaknya PAS dah bersuara tapi....... mana pulak suara dari pemimpin UMNO. Pemuda sibuk lagi ke dengan Shout Award? Tak kan sampai hari ni masih lagi gosok piala yang dapat tu? Atau takut Ah Kok marah?

....................
Reply To This Comment ...................
November 12, 2013 at 11:35 AM

Di Australia Mat Salleh kata: Two Wongs don't make a White

....................
Reply To This Comment ...................
November 12, 2013 at 11:42 AM

"apa...apa masalahnya...apa isu dia?"

soalan ni dia kena tanya kat katholik kalau tak sebut nama (kalimah = statement) allah, depa punya ritual tak sah ka selama ni? malaysia dah ada hubungan diplomatik dgn vatican, jadi bukan payah PUN nak selesai...hantaq soalan objektif kat wakil tuhan depa tu & copy kat viceroy di kuala lumpur serta padri2 besaq - 'allah adalah nama tuhan katholik' a) true b) false. jadi dia takdak chance nak 'memukul disekitar belukar'. taroh balik bola tu kat kaki depa. takdak isu jadi isu, kerajaan dok layan, pas PUN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2013 at 12:40 PM

Isunya.. Di Dalam Soal Kalimah Allah... Kerajaan Bagi pakai Kegunaannya Di Sabah & Sarawak... Jadi PAS pon nak Bagi Pakai Di Semenanjung!

Jadi Perjuangan PAS adalah cari Salah Kerajaan sahaja, BUKANNYA perkara asal mana Yang Benar dan Yang Haq, tentang kedudukan kalimah itu di dalam Al-Kitab Bible.

Parti Yang Memperjuangkan Islam ini kata Kalau Kerajaan beri pakai, maka kena beri pakai semua, BUKANNYA nak menerangkan atau melarang dari segi point and matlamat kegunaannya di dalam Islam.

Perkataan Islam pada PAS itu sepatutnya Digugurkan Dulu.. sesuai dengan saranan Karpal.. kerana PAS tak layak langsung untuk memperjuangkan Islam, tapi yang Memperjuangkan Perasaan MARAH, HASAD DENGKI, BENCI MELUAP, puak2 pemimpin PAs terhadap Pemimpin UMNO..

Bukannya pada perjuangan sebenar.... Perjuangan adalah Kerana mARAH, Dengki dan bENCI.. dsbnya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2013 at 1:25 PM

tengah sibuk cari mana lagi award yang bolih join semangkok , anak omak gerenti menang punya ,anak omak kata kan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2013 at 1:28 PM

regina lee tengah tolong gosokan KEPALA piala bagi berkilat...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2013 at 1:32 PM

bro din , haron din tak kata apa pun....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2013 at 1:40 PM

demi sebuah undi nabi pas telah bersabda iblis adalah sahabat yang baik untuk menewaskn umno. demi sebuah undi tdm pun berkata setan yang kamu kenal adalah lebih baik dari malaikat yang kamu tak kenal. jawannya baik pas mahu pun umno tiada siapa peduli tentang islam dan melayu. islam dan melayu hanya menjadi alat untuk membentuk persepsi bahawa itulah yang mereka perjuangkn.

....................
Reply To This Comment ...................
November 12, 2013 at 3:04 PM

@AnonymousIsu yang sebenarnya bagi Pas mungkin - menjaga hati Dap. Yang lain tu cuma masalah nak spin supaya pengikut boleh terima

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2013 at 5:58 PM

nwar berahi pun mana ada peduli ... yg penting bagonya ialah menjadi pm ... dewa api pun dia sembah ... isu kalimah Allah ini adalah perkara kecil baginya.

....................
Reply To This Comment ...................
November 12, 2013 at 8:32 PM

Anon 1:40, sebelum komen fahamkan dulu makna kata-kata nabi pas tu yang jelas sanggup berkawan dengan iblis (ini bukan perumpamaan, belum ada perumpamaan sebegina dalam bahasa melayu mahupun Arab), yang TDM cakap tu hanyalah perumpamaan atau idiom dalam bahasa Inggeris yang biasa digunakan, dia bukan bermaksudkan betul-betul syaitan ataupun syaitan lebih baik dari malaikat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 7:17 AM

Itu pigmentation kerana byk berjemor bwh matahari. Dia ada masaalah sakit kulit bila makin berumor lagi ketara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 8:24 AM

Majoriti bumiputera 70% selebihnye non bumiputera 30%...agama rasmi Islam...agama negara Islam..Pm org melayu...hormati institusi diRaja...ape isunye non majoriti nak bersuara perihal hak...Adakah puak2 kafir selama ini mereka sanggup berkongsi ilmu dan kekayaan ekonomi dgn melayu..adekah kite nampak ketidakikhlasan mereka..disini kite perlu realistik agama dan bangsa nak atau taknak atas kapasiti sebagai melayu Islam amnya...saye akan pertahankan..kerana kite sedar Islam adalah musuh nyata puak2 kafirun dan mereka tidak akan duduk diam selagi kite tidak berpecahbelah...

....................
Reply To This Comment ...................
November 14, 2013 at 11:44 PM

inilah yang dikatakan politik sabun.......................

Post a Comment