........... Jumlah Sumbangan BN Di Prk Sg Limau ( Kredit Kepada Mahfuz ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Jumlah Sumbangan BN Di Prk Sg Limau ( Kredit Kepada Mahfuz )

Sunday, November 3, 20137comments


Saya bercadang nak senaraikan semua sumbangan yang telah BN berikan sepanjang tempuh Prk Sg Limau tapi terasa malas la pulak nak cari balik artikel2 berkaitan selama 10 hari yang lalu. Leceh tu ...

Tapi terimakasih kepada Mahfuz kerana telah keep track setiap sumbangan yang telah pemimpin2 BN berikan ! Senang kerja saya...

Semalam, PAS dalam satu sidang media mendakwa kerajaan BN berbelanja sebanyak RM15.15 juta sepanjang tempoh  berkempen Pilihan Raya Kecil Sungai Limau.

Menurut Pesuruhjaya PAS negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar jumlah keseluruhan perbelanjaan tersebut diperoleh menerusi  pengumuman projek dan bantuan oleh pemimpin BN di Sungai Limau.

Perbelanjaan tersebut antaranya ialah peruntukan RM5.5 juta kepada sekolah menengah agama; RM1.2 juta kepada 12 buah sekolah lain;  program Bantuan Azam Tani Mara (RM802,700); bantuan zakat Agrobank (RM19,700); pinjaman Tekun (RM30,000); peruntukan masjid Simpang Empat (RM300,000); sumbangan kepada guru KAFA dan 33 masjid lain (RM118,000); bantuan baiki rumah (RM1 juta); pemberian cermin mata (RM1.18 juta); peruntukan jeti perikanan (RM500,000); peruntukan tukun tiruan (RM2.5 juta); dan RM2 juta untuk peruntukan Sekolah Jenis  Kebangsaan Cina.

Selain itu, Mahfuz juga mendakwa sumbangan dalam bentuk anak pokok, baja, anak ayam, buku agama, set pembesar suara,  minyak masak dan sabun mandi juga diberikan kepada penduduk kampung sekitar Sungai Limau. - TMI.


Tak pasti samada Mahfuz tertinggal dari menyebut sumbangan dari pihak Pas pula, kalau tak boleh juga dapatkan jumlah besar yang rakyat di Sg Limau dapat setakat ini.....itu pun kalau Pas ada buat sumbangan.

Itu angka sehingga hari Sabtu, jadi saya harap Mahfuz teruskan menghimpun maklumat sumbangan BN itu hingga hari esok, hari terakhir kempen. Tolong ya ... Datuk.

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2013 at 8:41 AM

Din, alang-alang ko dah jumpa Mahfuz kat sana, ko intebiulah dia sikit. Aku pun nak tau gak rahsia beliau sehingga mampu berfikir di luar kotak. Pemimpin-pemimpin pas yang lain pun tak mampu berfikir seperti beliau. Aku rasa Mahfuz mungkin akan mencipta formula baru dalam merumuskan jumlah keseluruhan peruntukan yang telah dilaburkan oleh BN. Harus diingat, Mahfuz juga mempunyai kepakaran dalam bidang ekonomi dan matematik. Oleh itu, saya sarankan BN hendaklah bersiap-sedia dengan pakar-pakar ekonomi dari awal lagi supaya mampu untuk menjawab balik fakta-fakta ekonomi yang telah dibentangkan oleh Mahfuz.

....................
Reply To This Comment ...................
tungkaran hati
November 3, 2013 at 9:13 AM

BN bagi RM2 juta untuk peruntukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina pasai apa.....situ kan tempat membiaknya DAPigs.
Orang Melayu selalu jaga hati orang lain tapi orang lain itu bisakah menjaga hati orang Melayu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2013 at 9:34 AM

Erk eleh din penyu nih! Tuh hari yang semai benih padi dlm air paras lutut, tuh bukan sumbangan ker? Tuh yg pegi collect derma kat setiap ceramah, tuh bukan untuk org2 sg limau ker?

Benar kata TDM, mehlayu muder luper!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2013 at 10:25 AM

Ada sapa-2 nampak mat sabu berceramah dlm PRK ni? kalau ada tolong laporkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2013 at 10:39 AM

bagus la tu...rezeki penduduk sg. limau. Apa plak sumbangan PAS? Air liur jer kot...

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
November 3, 2013 at 10:46 AM

PAS berpendapat adlh lebih BAIK menyembunyikan "SEDEKAH" atau "RASUAH" dr pengetahuan umum......menguar2kan SEDEKAH atau RASUAH UMNO ok je...:)

tp PAS jgn lupa ttg "tgn yg memBERI LEBIH BAIK dr tgn yg menerima"

jika ada yg kata "RASUAH" UMNO adlh tanggungjawab kerajaan, maka sudah KONPOM kerajaan UMNO sudah menjalankan tanggungjawabnya n ore PAS yg menentang amalan berTERIMA KASIH ni wajar malu pd diri sendiri krn bukan shj GAGAL menjalankan tanggungjawab, malah mengHINA tanggungjawab yg kerajaan UMNO jalankan dgn menggelar tanggungjawab itu sbg "RASUAH"

tak diberi......."anak tiri"
diberi............."rasuah"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2013 at 12:29 PM

Ada la skit sumbangan pas hari tu...free minyak hitam kot kalau tak silap...tapi tu bukan rasuah 0k!!! Itu sedekah amal jariah pas yang kata bukan aku hehe

Post a Comment