........... Isu Siti Nurhaliza Balun KJ - Teori Bulu-Bulu Terkumpul | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Siti Nurhaliza Balun KJ - Teori Bulu-Bulu Terkumpul

Wednesday, November 13, 201318comments


Berita terhangat semalam adalah tweet penampar dari Siti Nurhaliza yang ditujukan khas kepada Menteri KBS Khairy Jamaluddin .... RAMAI yang main cerita ni beb ! Hahahahaha .... kenapa ek ?

Serius ni.... kenapa RAMAI yang main isu remeh ni semalam ? Tenggelam habis isu2 politik lain termasuk isu Clap Clap Clap Mahfuz.


Adakah CT ni peminat fanatik bolasepak ? Ada pengomen dalam FB yang cuba memperlekehkan CT dengan mengaitkan pengetahuan beliau tentang dunia bolasepak ....konon memandai2 komen tentang sesuatu yang beliau tidak tahu apa-apa.

Kalau diperhatikan tweet CT, saya rasa ia bukan isu bolasepak sangat tapi lebih kepada CARA KJ membuat teguran yang CT lihat sebagai BIADAB dan TIDAK BERHEMAH dipihak KJ apabila membuat teguran kepada seorang yang lebih tua dan lebih berpengalaman dalam bidang yang KJ cuba masuk campur. Tolak jenis bidang sukan itu, dalam kes ini bolasepak. 

Apa yang dibangkitkan oleh CT adalah soal Kesopanan dan Ketatasusilaan.


Satu perkara tentang bab tegur menegur ni, biasanya kita akan hanya menegur seseorang didepan umum bila bulu dah naik ke mata, bila dah tak tahan sangat. Setakat berkasar sedikit tu biasanya kita taklah sampai nak sebarkan kepada umum, tapi bila hati dah berbulu sangat.... ketahap nak meletup dah , salah sikit/kecil pun mampu buat kita melenting !

Dalam kes seperti itu, kita tidak boleh tumpukan pada pencetus letupan ie kes yang disebut, kerana ia cuma ibarat catalyst atau pemangkin saja. Kita harus lihat ia sebagai satu letusan himpunan bulu-bulu yang terkumpul selama ini.


Ia juga boleh dikaitkan dengan persoalan - Kenapa yang ramai sangat blogger main isu ni ? ! Adakah ia juga merupakan satu letusan bulu-bulu yang sudah banyak terkumpul, yang menunggu masa jer nak meletup ?


Ini teori saya lah. Teori ini dengan sendiri akan terhapus jika personaliti KJ itu berlawanan dengan premis yang saya gambarkan ..... yakni KJ merupakan seorang yang berbudi bahasa, sopan santun dan jenis yang pandai mengambil hati orang tua, tidak berlagak ie tidak suka berlagak macam lebih kuah dari sudu. Adakah KJ orangnya jenis begitu ? Hmmmm ....


Anda mungkin punya teori lain. Sekurang2nya panjanglah juga artikel ni bila saya tulis macam ni hehehehe ...


Tapi kita juga tidak boleh menolak kemungkinan ia melibatkan satu isu peribadi, maksud saya mungkin CT ada hubungan kekeluargaan dengan orang yang ditegur secara BIADAB oleh KJ.


Saya juga tidak menolak teori yang ini mungkin satu komplot para artis ! Errrr .... sebagai mesej kepada KJ supaya jangan kacau periuk nasi para artis dengan menyibuk nak bertanding acara glamer yang biasanya dikhususkan untuk para artis BUKANNYA untuk orang politik.

Share this article :

+ comments + 18 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 9:14 AM

Bang Din, tiba2 saya teringat parody lagu Najwa, Cinta Muka BULU tu. Haha.

Paan M.

....................
Reply To This Comment ...................
November 13, 2013 at 10:11 AM

Assalam Bro

Biasalah bila orang muda yang punya sifat GELOJOH... cara nak naik cepat kenalah hentam semua orang.... Tak kiralah atok ke , bapak ke apa lagi orang yang sejenis dengan dia... Kita jangan lupa cita2 KJ nak jadi PM bila.... Ingat mentor dia siapa???? Macamana mentor dia naik dengan mudah dan akhirnya jadi Perdana Menteri yang berangan sepanjang tahun... KJ cuma nak naikan populariti dia dikalangan pemimpin UMNO supaya senang dapat sokongan nak langgar Najib al maklum pemuda UMNO semua pakat dok sokong dia tu... menang majoriti tu... Apalah sangat Najib tu menang tanpa bertanding sebab dok paksa ahli UMNO supaya sokong dia kononnya supaya UMNO tak rebah jika dia bandingkan dengan KJ yang menang majoriti.......HIhihihi... UMNO memang tak rebah tapi makin bercelaru... Anak Omak dah besar kepala...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 10:45 AM

Yang sebenarnya KJ tidak berminat jawatan Menteri Belia dan sukan, sebabnya khulus kurang......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 12:31 PM

Bila bulu dah lebat...maka susah kita nak melihat dengan jelas. Sudah tiba masanya kita mencukur bulu yang terkumpul itu. Ini teori saya lah Bro Din.

....................
Reply To This Comment ...................
CJ
November 13, 2013 at 12:44 PM

Adakah menegur dalam twitter satu pendekatan yang berhemah mak CT ooi..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 1:03 PM

ADOOOOIIIII..... PENYANYI POYO sebuk nak campur politik!! . Dgn mekap tebal, bulumata palsu dia, tudung ntah hapa ntah... FAKE !!! Dah lah jga BERUK TUA ko tu kat rumah cukup lah.

....................
Reply To This Comment ...................
November 13, 2013 at 1:22 PM

@AnonymousHmmmm ... bagaimana rupa komen dari orang artis masa KJ enter frame Shouts Award pula , ek ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 1:33 PM

balaci kj byk yg back up dialah heheh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 2:29 PM

Tah agak2 la.nak backup kj pun tak payah la nk pgil org beruk...ko hina ciptaan tuhan ke? Teruk jgak penyokong kj ni ya...aku tak dpt bayang kn kalo satu hari nati kj ditakdirkan x dpt jadi pm mau meroyan penyokong2 dia...sejarah dah ada contoh mcm bang nuar...tapi kalo kj ni aku rasa lagi bahaya dari bang non...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 2:41 PM

First time dengar teori bulu-bulu. Menarik gak ni bro din.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 2:50 PM

Saudara Din,

Ada tengok tak ucapan KJ masa dia open Sukan Paralimpik untuk Remaja Asia di Stadium Putra bulan lepas.

First time saya dengar seorang menteri (yg rookie pulak tu) cakap , "this minister thinks ...."

Dia puji diri sendiri bahawa dia merasa terkejut krn wang insentif utk atlet paralimpik adalah separuh dari jumlah yg diterima oleh atlet 'sempurna'. Jadi katanya dia argue laa dgn pegawai dia dan arahkan supaya lepas ni wang insentif diberi sama rata.

Sebagai ibu kpd seorang anak OKU, memang saya terharu dgn usaha KJ menaikkan taraf atlet OKU tp cara beliau balun pegawai dia dan secara tak langsung sindir pentadbiran KBS terdahulu di khalayak ramai (kontijen dari seluruh asia pulak tu), rasanya teramatlah tak sesuai.....tak sopan dan takde kesusilaan..

Ada banyak cara dan ketika, yg lebih sesuai utk masuk bakul angkat sendiri... contohnya ketika dah jadi PM nanti ke...atau depan 'pengipas-pengipas'.

....................
Reply To This Comment ...................
November 13, 2013 at 3:02 PM

@Anonymouswell ... itu nama saintifik. Lain orang lain pula nama yang diberi

....................
Reply To This Comment ...................
November 13, 2013 at 3:02 PM

Shit shout award(Anugerah Tahi Terpekik)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 3:04 PM

Salam,
Kalu kj dpt jadi pm, anwar mesti jd pm mentol. Alamatnya, blog ni nak kena tutup la pasal dok kritik. Cina pakat dpt jadi pengerusi glc dlm membentuk mkat malaysia yg seimbang. Kakitangan awam kena cari keja lain la

....................
Reply To This Comment ...................
November 13, 2013 at 3:08 PM

@AnonymousItu tandanya orang yang tidak sabar atau desperate untuk mendapat pengiktirafan peribadi.

Jika pemimpin itu konsisten dengan caranya, setelah beberapa lama, rakyat sendiri akan beri pengiktirafan itu tanpa perlu pemimpin itu sendiri menghebahkannya.

....................
Reply To This Comment ...................
November 13, 2013 at 3:10 PM

@CJhmmmm .... itu kalau kita lihat ia sebagai teguran. Bagaimana kalau ia berbentuk lepas geram ? :)

....................
Reply To This Comment ...................
November 13, 2013 at 4:29 PM

Balaci KJ aku tengok segan segan sikit nak masuk kat sini.Takut kena balon kaw kaw.Blog gendot dia berani la.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 4:51 PM

karektor KJ mmg sesuailah dia dapat shouts Award tuh....anugerah jerit jerit...org kalo terpelajar berkepribadian tinggi dia lebeh humble n tau masa yg sesuai utk berkata2... bkn menjerit2 jer kat media mcm dia neh ... ini lebeh mcm org giler meroyan nak meraih perhatian...

Wa sokong dia tegur FAM tapi bknkah sbg seorg yg berjawtn dlm kabinet n oksfod mali punyer cara lebih berhemah yg bijak mnangani satu2 permasalahan...

Post a Comment