........... Isu Siti Balun KJ - Isu Adab Sopan BUKAN Isu Bola La ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Siti Balun KJ - Isu Adab Sopan BUKAN Isu Bola La !

Wednesday, November 13, 201328comments


Saya rasa perlu diberi pencerahan isu CT Balun KJ ni. Masih ramai yang tidak tahu punca cerita. Dan ramai yang pro KJ marah kepada CT kerana mencemar nama KJ, telah mempersoalkan kewajaran CT masuk campur dalam hal sukan bolasepak.

Isu ini TIDAK ADA kaitan dengan bola tapi mengenai CARA PERLAKUAN KJ yang membidas bekas kapten bolasepak negara Jamal Nasir.

Sebelum ini Khairy pernah menyifatkan Jamal sebagai ‘budak suruhan’ FAM apabila pergeserannya dengan persatuan bola sepak tersebut dikritik Jamal namun dakwaan itu dinafikan.

Selepas penafian dibuat Khairy dilaporkan mengeluarkan pula kenyataan di media,


“Jika beliau bukan ‘budak suruhan’ FAM, bukan pemimpin FAM, jadi jangan masuk campur. Ini antara menteri dengan FAM dan kalau tiada apa-apa jangan masuk campur. Orang luar tidak harus campur tangan urusan menteri dengan persatuan sukan kebangsaan!” - mynewshub.


Cantiknya budi bahasa KJ ........ Belajar kat Osfod ke ? Saya tak tahulah anda macamana, tapi saya sendiri terasa betapa tingginya tahap kesombongan KJ melalui ayat di atas.

Jadi sebagai rakyat biasa yang memerhati, Siti terpanggil untuk melepaskan geramnya kepada lebih sejuta pengikut tweetnyaseperti di bawah -

Kalau ada yang pertikaikan, kenapa orang lain tak tweet pun macam tu .... kenapa cik Siti pulak nak menyibuk ? Haaaaa... mungkin kerana disebabkan oleh Teori Bulu-Bulu Terkumpul !

Dan kalau ada yang mempertikaikan kewajaran cik Siti memberi nasihat melalui tweeter, hujah yang saya mampu berikan adalah - Siapa kata Siti nak beri nasihat ? Mungkin Siti nak lepas geram !


Jadi jelaskan yang ini BUKAN isu bolasepak tapi isu ADAB DAN BUDIBAHASA.

PS - Baca juga Sinar.

“Siti cuma tidak berapa suka dengan pendekatan Khairy kerana beliau menteri muda dan sentiasa dipandang tinggi.

“Perkataan ‘budak suruhan’ daripada seseorang yang muda sepertinya kepada yang agak tua seperti Datuk Jamal memang kurang manis.

“Ada lagi bahasa yang elok patut digunakan. Siti sekadar menegur, tidak mahu ia menjadi ikutan pula selepas ini. Siti tegur dengan ikhlas, kalau tidak mahu terima, terpulang. Siti hanya rakyat biasa,”

Share this article :

+ comments + 28 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 7:15 PM

Melayu progressive dan liberal katakan...menteri pulak tu! Bukan budak kampong yg berbudi bahasa sopan santun tapi "kolot" aka konservatif ala-ala UMNO zaman dulu (dari zaman mahathir bawak kebelakang). Siti...lu sapa? Oo...setakat dapat nyanyi kat royal albert hall, nak gempaq watpa........?

....................
Reply To This Comment ...................
November 13, 2013 at 7:15 PM

Kalau KJ tak tegur siapa lagi berani tegur....Cayalah KJ

....................
Reply To This Comment ...................
November 13, 2013 at 7:24 PM

Mohon jaga adab berkomen ya.... panggilan 'Beruk' saya tak lulus ! tak kira ditujukan kepada siapapun ....:)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 7:41 PM

Wah! Cayalah Siti! Apa salahnya artis tegur pemimpin.. most especially bila pemimpin pun dah lebih glamour dari artis. Recently dapat Shout Award kan?

KJ masa regime FIL memang arrogant. Lepas tu senyap sekejap. Sekarang kembali arrogant. Dah balik perangai lama ... bila dah rasa diri berkuasa.

....................
Reply To This Comment ...................
November 13, 2013 at 7:51 PM

Ayat "Monkey" boleh tak Din?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 7:59 PM

Budi bahasa budaya kita....cewah Ct cuma rasa si kj ni nak tegur tu biar la beradab skit...dia bukan tegur si kj dgn fam....Ct cma tegur cara kj ni menegut...cakap dengan orang tua2 biar la berbudi bahasa sikit awak tu dah la menteri cakap dengan orang tua pun macam berlagak gila macam ni ke contoh? Budi bahasa budaya kita ~~~ budi bahasa~~~ budaya kita~~~~~~

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 8:02 PM

KJ ni budak yang buat team bola A Team tu ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 8:30 PM

CARA TU NAK LAH BETUL BUKAN DOK BELASAH KAT MEDIA JE MACAM NAK TUNJUK KAT RAKYAAT MALAYSIA KONON MENTERI YANG DILANTIK YANG DIPILIH OLEH RAKYAAT BUAT KERJA......SALAH KE KALAU DUDUK SEMEJA BINCANGKAN HAL BOLASEPAK NEGARA......JANGANLAH NAK TUNJUK EGO YANG MENTERI RAKYAAT TAK BOLEH BERI PANDANGAN......PANDAI SANGAT KE???????

DULU PUN PERNAH DUDUK DALAM FAM ........APA CERITA DENGAN MYTeam..

INGAT PAK MENTERI PRU AKAN TIBA SELEPAS 5 TAHUN..........JANGAN SOMBONG

....................
Reply To This Comment ...................
November 13, 2013 at 8:31 PM

Bro
Dalam hal bola ni aku sokong kj. FAM dah naik besar kepala. Untouchable.
Kalau tak menteri yg tegur mereka semua pekak telinga.
Biarlah org jantan aja yg selesaikannya.

....................
Reply To This Comment ...................
November 13, 2013 at 8:48 PM

@ReentryCapsuleHmmm ... monkey tu bunyi sopan sikit, cute pun ada ....hmmmm...

Tak boleh ! Tak Boleh !

....................
Reply To This Comment ...................
November 13, 2013 at 8:49 PM

@Esa AdamDalam hal bola, saya pun sokong teguran KJ :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 9:03 PM

Dua2 pun aku tak suka...tapi aku lagi meluat giler dgn si kitol tu...elok la tu...biarkan diaorg bergasak...terlajak mkn bole minum eno, terlajak ckp...haaa!! berjawab la nko!!! Pueh ati!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 9:25 PM

KJ = KITOL JADIAN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 9:58 PM

sepatutnya kj kena terima teguran dgn hati terbuka. anggap je teguran dari sorang taiko dlm industri hiburan. kan kj tu artis baru...baru je menang award..so toksah la sombong...hehe

eh? kawan aku bgtau kj tu menteri. laaa...aku sangka artis baru...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 10:02 PM

Korang jelous dia menang award SHOUT ka. Dia pecah record jadi 1st menteri kalahkan artist. DIa arrogant bukan pasai apa dia jelous bulu mate CT lentik you tak macam bulu kaki KJ berbelit belit serupa apa dia cakap.You know my bulu ketiak panjang I tak heran le, ni kan pulak KJ. UMNO keep making mistake lepas ni depa pulak berangan nak tawan Putra jaya.

....................
Reply To This Comment ...................
November 13, 2013 at 10:03 PM

Rilek la saudara Khairy Jamaludin.Dulu masa kau lepak tingkat 4 lagi macam haram.Sekarang Haramjadah bertemu haramjadah.Lantak ngkoranglah.Nanti masa meeting dengan FAM jangan lupa letak tongkol shit shout award tu atas meja mesyuarat kasi gigil sikit orang FAM tu.Warghhhh....Kah....Kah...!!!

....................
Reply To This Comment ...................
November 13, 2013 at 10:03 PM

Warghhhh...Kah....Kah...!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 11:11 PM

Rhesus Macaque boleh tak? Canggih sket bunyinya...

....................
Reply To This Comment ...................
November 13, 2013 at 11:50 PM

Jealous kepala BANA..!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2013 at 1:01 AM

Menteri apa macam tu? Rukun Negara yang kelima....."Kesopanan dan Kesusilaan". Hehe...tahu ke dia ni Rukun Negara?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2013 at 1:02 AM

Salam bro,

Dari segi bola, memang den sokong apa yang KJ utarakan. Tapi cara die tak kena. Nampak sangat besar kepalanya. Si kitol ni boleh je buat meeting tertutup dengan FAM. Kan ke die ni "Menteri yang dipilih RAKYAT Malaysia"? Kuasa ada. Tengok dulu FAM terima teguran ke tak. Kalau senyap lepas tu boleh la kutuk depan-depan media. Ni belum apa-apa dah meroyan tak tentu pasal.

Tau la mangkuk ni rising star dalam BN. Dh macam tak sabar-sabar ke nak ganti Najib. Kalau la anak omak ni ditakdirkan jadi PM satu hari nanti (minta dijauhkan), den ghaso abis sume award kat Malaysia die sapu.. silap2 Award Kelas Terbersih sekali dia sapu.. dah gila glamer sangat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2013 at 2:05 AM

Salam Pok Din & Salam Semua Pembaca Blog Din Turtle..

Eloklah Kita Benar2 memahami Keadaan, Isu Sebenar dan Juga Penyelesaian.
1. Sebagai Rakyat, Lebih2 Lagi Penyokong Kerajaan, Penyokong UMNo & BN, Siti N dengan Berani menyatakan pendapat dan pandangan Beliau berhubung kenyataan KJ yg kita sama2 dengar di dalam TV, Berita Akhbar, Blog tempoh hari.
2. KJ seorang Menteri Yg Tiada Otak Di Kepala.. Ade Ke Patut semua yg dibuatnya di pukul canang, hebat sungguh si Pembantu DAP dia tu yea, sampai apa yg KJ buat semua dapat Liputan TV, Akhbar, Blog secara Besar2an.
3. Sepatutnya KJ sebagai Menteri Sukan, Sebuah Badan Tertinggi di Malaysia, adakan suatu sidang mesyuarat dgn FAM.. Jelaskan FAKTA kedudukan BolaSepak Negara dari Dulu sampai Sekarang. Lepas itu Tanya FAM apakah Plan Pembangunan Drastik Jangka Pendek & Jangka Panjang bagaimana FAM mahu bangunkan Industri Sukan Bolasepak Negara. Adakan Bengkel Khas BolaSepak antara Kementerian & FAM tentang susunatur dan current/future planning, cost involve dsbnya.
3. Jika Sekiranya FAM masih berdegil, KJ bawak aje ke Parlimen supaya FAM dibubarkan dan diganti dengan Badan Bola Sepak Yang baru..
4. Bagaimana cara yang paling berkesan untuk Menyelesaikan Masalah PENURUNAN KETARA sukan bolasepak, BUKANNYA Terpekik Terlolong dan Minta Simpati daripada Rakyat Marhaen yg Kononnya FAM nie Jahat sangatlah. Apa lagi Para Penyokong Fanatik Liberal balunlah si Siti N.. tak ke sama, 2 x 5 ... Bukannya boleh selesaikan masalah. Faktanya KeDua-Duanya, KeTiga3nya tak boleh di Tegur antara FAM, Menteri KJ dan Siti N.. semua ada peminat/penyokong masing2)
5. Teguran daripada Siti N WAJAR, kerana KJ tak tahu buat kerjanya..Itulah sebab saya bermati-matian menyokong supaya Laksamana Mukhriz Menang PAU tempohari supaya dapat Mengimbangi si KJ nie. (Nie Mesti Mengamok Tahap Gaban Penyokong Liberal.. Tapi Fikirlah dgn Akal jgn marah dan menyokong membabi buta)
6. Boleh ke Kita Bayangkan Kalau KJ nie Perdana Menteri Malaysia.. Apa2 kenyataan dikeluarkan secara BIADAP, TerPekik Terlolong, itu ke cara Yg Mencerminkan Budaya Kita?
Dari Ampang-Anak Warisan-Anak Kecil Main Api-Asal Kay Tee..

....................
Reply To This Comment ...................
November 14, 2013 at 2:18 AM

Saya pun rasa KJ agak biadap apabila menegur orang dan bertindak. Setelah dilantik Menteri penuh, nampaknya beliau menjadi bertambah angkuh. Beliau juga seolah-olah tidak ada belas kasihan dan bertimbang-rasa terhadap rakyat yang mengharapkan ahli politik seperti beliau sebagai tempat berlindung dan pembelaan.

Lihat saja tindakan gila glamour beliau sehingga sanggup bersaing dengan rakyat marhean dengan mencalonkan diri untuk merebut anugerah 'Shout Award'. Tergamak seorang Menteri, ahli politik yang berpengaruh, sudah terkenal, yang sudah kaya-raya, tanpa segan-silu merampas 'tiket' lalu menutup peluang menambah rezeki pengiat-seni yang bertungkus-lumus berlakon dan menyanyi. Berilah peluang ini kepada artis untuk mencari rezeki lebih dengan 'Award Menjerit' itu.

Sudah di ketahui umum bahawa rakyat juga terpaksa bersaing dengan proksi ahli politik atau mereka yang ada 'cable' politik dalam mendapat kontrak perniagaan. Jika peluang untuk gelaran glamour pun mahu di rampas juga oleh ahli politik, apa lagi yang tinggal untuk rakyat?

Jika ini bukan menganiaya rakyat, apa lagi?
Tamak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2013 at 9:19 AM

as slm.. memang cara kj takde class langsung.. apa pengalaman dan kewibawaan dia yg membawa manfaat kpd negara.. dgn rekod membawa masalah ketika ayah mentuanya menjadi pm, dgn kemenangan meragukan dlm pemilihan pemuda umno, dgn menjd ketua pemuda dlm keadaan menganggur dahulu.. dgn rekod sbgai ketua pemuda umno yg tidak membawa kesan kpd agenda parti,jd memang langsung takde apa2, jd kena byk belajar la dgn baru beberapa bln menjadi menteri, jd kena fhm sendiri la klu org tak berapa nak layan pandangannye... menyelesai masalah perlu lebih mendekati dan memahami masalah dan kumpulan sasaran.. bkn menyerang tak tentu hala begitu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2013 at 10:45 AM

FAM tu kena tukar pengurusan..selagi ada kerabat diraja didalamnya sampai bila2 lah orang biasa x kan berani bersuara..

....................
Reply To This Comment ...................
November 14, 2013 at 12:26 PM

KJ lu mmg KURANG AJAR! diulang KURANG AJAR!

Ko ingt ko saper nk ckp pd Dato Jamal Nasir budak suruhan FAM sedangkan beliau penah menjadi ketua pasukan bola sepak kita yg pegi Olimpik dulu. Sezaman dgn arwah Supermokh!

Lu ingt lu hebat la nk jd champion aspirasi anak muda yg konon nak perubahan pd FAM? Dulu org bg lu peluang jd TIMBALAN PRESIDEN FAM TERMUDA apa lu buat? Ileeekk! Tak payah ckp hal besar2. Ko ckp pasal sistem jualan tiket FAM yg kononnya KETINGGALAN ZAMAN kn?

Habis 2 dulu masa lu jadi TP FAM apehal lu tak buat apa pon pd sistem penjualan tiket FAM? Tak kisah la online ker offline ker. Time 2 apa lu buat? Lu sibuk nk dpt publisiti sbb nk promote diri jd KP Umno sbb nk jatuhkan Mukhriz kerana dendam pd Tun M?

Lu memang KURANG AJAR!

....................
Reply To This Comment ...................
November 14, 2013 at 8:42 PM

KJ buat le kerja daripada bersikap populist tak beradab...tolong besarkan stadium ke(bagi peruntukan). Kalau dia berani janji sukan malaysia jadi cemerlang berbanding sebelum ini dah cukup...atau tolong taja jurulatih terbaik dunia utk harimau malaya dan janjikan mereka juara sukan sea je pun o.k. Orang pun boleh anggap yg ia serangan tanpa sbb kpd presiden yg ada, kut rasa bagus sangat ambil jawatan tu, kut mampu jadi juara asia. Bolasepak tu antara sukan paling popular...pergi cari pasal dgn sukan yg nyawa2 ikan dan bantu mereka. Nak majukan sukan bukan main2 ugut nak tahan peruntukan(sepak takraw). Mengurus myteam yg pemainnya 20,30 orang jgn bandingkan dgn proses pmbangunan bolasepak nasional. Banyak sangatke peruntukan kerajaan terhadap bolasepak....atau presiden yg ada terpaksa bekerja utk cukupkan dana.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 15, 2013 at 5:41 PM

KJ tegur FAM...yessss!! like.like.LIKE...
Datuk Nasir Jamil masuk campur ckp 'KJ x ikhlas tegur FAM die ade agenda lain ni'... KJ balas ko 'budak suruhan' jgn masuk campur, ni antara taiko-taiko je... hmmm.relex la bro, org tua tu, bnyak jasa die kt bola kite.
CT tegur KJ jgn biadap ngan org tua tegur molek2... fans KJ ckp CT x tau bola jgn nk mandai2, pahang tu menang nasib je... WTF??? sape x tau bola ni?
kesimpulannye rakyat Malaysia ni sume org x boleh ditegur. Sume rase die la paling betul nye.. adab sopan xdk. Rukun Negara ke-5 tu gune pakai waktu perhimpunan sekolah rendah je agaknya.

Post a Comment